Thursday, August 28, 2008

Selamat Tinggal Kawan-Kawanku...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa
umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S..W.T, insyaallah.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA


Pesannya:

"Selamat tinggal kengkawan... jangan sedih..
aku cuti sebulan jer..."

TAPI Ingat KENGKAWAN semua!!!

pandai-pandai bawak diri yang selama ini dalam godaan nya!!!

Maaf Zahir Batin..
Selamat menyambut Ramadhan...
Berwaspada kerana akan berjumpa dia lagi di bulan Syawal....

Ambil kesempatan ini untuk:

Selamat Beramal!!!

Jangan lupa !!!

Solat Tarawikh

Bertadarus

dan

Mengeluarkan

Zakat

Semoga hidup kita diberkati ALLAH sehingga bertemu RAMADHAN yang MENDATANG!!!

Tuesday, August 26, 2008

Terima Dengan Hati Terbuka dan Penuh Keredhaan

Aku tulis blog ni tepat jam 9.15 mlm dan ketika ini keputusan undi parlimen P44 Permatang Pauh dengan keputusan tidak rasmi yang diterima adalah Anwar menang sebanyak 31,949 undi manakala calon BN mendapat 14,297 undi manakala calon bebas hanya 74 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 17,652 undi. Mengikut kepada keadaan semasa ini,sukar bagi calon BN Datuk Arif untuk memintas pencabar yang memang susah untuk di tumbangkan di gelangangnya sendiri seolah-seolah perlawanan bola sepak yang dah ketinggalan 10-0 di stadium lawan pastu nak menang dengan masa tinggal 5minit nak tamat.

So,Anwar akan kembali semula ke parlimen dan kita ucapkan selamat datang kepada beliau. Betul kata orang yang taksub kepada Anwar,rakyat tidak bodoh dan taknak lagi diperbodohkan oleh kerajaan sekarang dan ini adalah titik permulaan 'mereka' untuk mengubah nasib rakyat terutama Melayu. Bangsa lain biar pi lah,dieorang tetap terbela dengan kekuatan dieorang tapi orang Melayu satu bangsa yang memang dari dulu sukar untuk di didik dan ditunjuk ajar dek kerana keegoaan.


Melayu atau agamanya Islam (entah berapa ramai dah Melayu tak Islam) sekarang dengan erti kata mudahnya tidak ada sifat yang menjadi tunjang segala-galanya. BERSYUKUR KEPADA PEMBERIAN DAN KETENTUAN ALLAH SWT.Itu sahaja yang perlu kita terima disamping usaha yang seiring dengan penuh keimanan dan bukan terlalu taksub sehingga mendoakan kehancuran dan kerosakan manusia lain sesama agama.
Betul orang cakap,apa yang ada sekarang buruk,hodoh,penuh dengan kezaliman dan kekotoran tetapi ia masih terkawal dan rakyat majoritinya mampu hidup selesa cuma sikap orang Melayu sendiri tidak mahu berusaha sehingga nak orang menyuapkan nasik ke mulut baru dapat hidup. Itu sikap orang melayu yang aku tengok sekarang. Aku hairan,kenapa perasaan bersyukur tak ada walaupun sekelumit dalam hati orang Melayu sekarang?

Sebagai contoh,kerja dengan kerajaan dah walaupun kerajaan kayu dan kotor tapi sikap bersyukur tu tak nampak? Apa lagi dieorang nak? Gaji? Bonus berbulan-bulan? Duit pencen macam Lim Chong Wei? Kemudahan yang tidak dapat diberi oleh syarikat swasta yang lain turut sama dinikmati? hmmm,aku yang kerja makan gaji dengan institusi bukan kerajaan sekarang pun Ya Allah,teramat bersyukur dan kadang-kadang terasa nak dapat apa kakitangan kerajaan dapat tapi ketentuan-Nya telah menentukan aku disini setelah pelbagai usaha aku cuba.


Kita tunggu dan lihatlah nanti,apakah yang akan Anwar berikan kepada rakyat ini.Ingat,Melayu kelak akan bersaing dengan kuasa ekonomi bangsa lain selepas ini dengan lebih sengit lagi. Agama Islam? sama-samalah kita pelihara dan Allah akan pelihara agama-Nya dari dirosakkan kelak.


MELAYU,BILA TERHANTUK BARU TERNGADAH...

Monday, August 25, 2008

Pilih Calon ‘kurang’ Mudaratkan Agama, Negara

Tanpa menyebut nama calon, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abdidin berharap pengundi-pengundi di Permatang Pauh akan memilih calon yang “paling ringan mudarat” atau “membahayakan” agama dan negara, esok.

“Siapakah yang layak dipilih dalam keadaan begitu? Bagi saya pengundi yang matang hendaklah menilai manakah pihak yang paling ringan mudaratnya dibandingkan yang satu lagi,” kata beliau.

Beliau salah seorang pemilih berdaftar di bahagian Parlimen Permatang Pauh berkata, pengundi-pengundi perlu menilai siapa yang paling kurang bahaya dibandingkan dengan yang lain untuk masa depan negara dan umat.

“Seperti orang sakit yang terpaksa memotong anggotanya untuk mengelakkan maut.

“Walaupun dia tidak rela memotong anggotanya, namun jika dibiarkan akan menyebabkan maut, maka dia terpaksa memilih keadaan yang lebih ringan antara keduanya.

“Begitulah keputusan dalam pemilihan di suasana ini,” katanya.

Pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh akan diadakan esok.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili Pakatan Rakyat manakala Datuk Arif Shah Omar Shah pula bertanding atas tiket Barisan Nasional dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

“Satu pemilihan mesti dilakukan,” kata beliau dalam rungannya di Mingguan Malaysia semalam.’

Jelas beliau, jika tidak pun untuk memilih yang terbaik, sekurang-kurang memilih yang kurang mudarat antara semua.

“Setelah direnung dan ditenung, maka barulah seseorang pengundi muslim membuat keputusan yang diyakini paling menghampiri keredaan Allah.

“Undi ada nilai dosa dan pahala,” katanya lagi.

Bagaimanapun tambah beliau, “barangkali memilih calon pada musim ini amat meragukan, maka beristikharahlah.”

Sumber : MindaMufti

Anwar Ibrahim Mendapat Sokongan Gereja

Surat (gambar) di atas dikirim kepada Anwar Ibrahim oleh Pastor Silvester Khemo Andaman, Presiden Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah untuk menandakan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Paling menyentuh perasaan bila ditulis dinyatakan bahawa "Datuk Seri juga amat dedikasi apabila menyokong penggunaan kalimah Allah dalam semua agama di Malaysia. Sesungguhnya Tuhan Yesus merahmati Datuk Seri dan keluarga". Bagaimana seorang bekas pemimpin ABIM dan PKPIM mendapat support dari gereja? Mungkin sokongan ini datang bila Anwar mula menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri 1 dan Timbalan Perdana Menteri 2 kepada bangsa lain.
Surat ini jelas sekali merujuk kepada kenyataan Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) Pada 27 Mac 2008, YB Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'.


Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez. Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat berada sama dalam majlis di Klang ketika Irene mempersoalkan kalimah 'Allah'. Mengapa Anwar diam dan tidak menegur ketelanjuran yang dilakukan oleh Irene dan Khalid? Di mana pula negara Islam cara PAS bila PKR sudah bersikap terbuka sebegini?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia.

baca artikel asal di anginperubahan.blogspot.com

Thursday, August 21, 2008

Kepada Peminat Starbucks Yang Merasa Gah Minum Kat Sini!


Berikut adalah surat,amanat dan ucapan terima kasih dan penghargaan yang teramat sangat kepada pelanggan-pelanggan setia atau sekali-sekala Starbucks daripada Howard Schultz-Chairman & Chief Global Strategist,Starbucks Coffee Store. Klik pada gambar untuk membaca penghargaan kepada rakan-rakan kita yang beragama Islam yang suka pi Starbucks. Duit kita pi minum sana buat support dieorang pi berperang dengan umat-umat Islam di Timur Tengah.Sendiri mau ingat. Banyak lagi benda begini terjadi cuma kita perasan atau tidak sahaja. Kalau lebih teruk siap bawak mereka datang sini lagi untuk belajar sesuatu yang belum tentu betul dari mereka,kafir harbi.

Dalam diam-diam kita menyokong Israel,Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya dalam menegakkan ideologi dan pegangan mereka menyesatkan dan menghapuskan Islam di muka bumi ini. Mereka serang secara halus-halusan melalui hiburan,politik dan sebagainya. Pendekatan yang nampak menguntungkan Islam tetapi sebenarnya jauh panggang dari api seperti pendekatan demokrasi yang mereka akan ketengahkan keseluruh dunia termasuk Malaysia yang lebih menguntungkan kafir yang patut ditentang iaitu Kafir Harbi!

Fikir-fikirkanlah....

Suara Hati Pengundi Permatang Pauh

Ada pengundi Permatang Pauh mendakwa pemimpin parti politik yang bertanding tidak menghiraukan mereka terutama golongan yang memerlukan bantuan. Dalam Tinjauan Malaysiakini ke beberapa kampung di parlimen tersebut hari ini, ada penduduk yang mengadu para pemimpin terbabit hanya membantu orang tertentu yang boleh memberi kepentingan sahaja.

Surirumah di Kampung Tun Saadon, Norma Ismail, 31, berkata pemimpin berkenaan tidak tahu kesusahan rakyat kerana mereka tidak turun menemui rakyat.

"Arif (Datuk Arif Shah Omar Shah) tidak turun. Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun tidak turun. Kalau mereka prihatin kepada penduduk, datanglah tengok rakyat di kampung.


"Kami hendak wakil rakyat yang boleh membantu kami. Tetapi saya tidak kenal sama ada Arif atau Anwar," katanya.

Menurut Norma, Kampung Tun Saadon merupakan kubu kuat PKR dan mmepunyai kira-kira 500 pengundi, sebahagian besarnya orang Melayu.

Rahizan Osman, 50, pula mendakwa penduduk Kampung Tun Saadon berpecah angkara politik pilih kasih yang dilakukan oleh pemimpin tertentu.

"Dulu penduduk sepakat, kini sudah menjadi lain. Wakil rakyat PKR pula, mereka pergi ke tempat orang dia sahaja, orang lain mereka tidak mahu temui," katanya.

Beliau berkata, kawasan Permatang Pauh agak ketinggalan dari segi pembangunan berbanding tempat lain di Pulau Pinang. Oleh kerana itu, katanya, penduduk mahukan wakil rakyat yang boleh memajukan Permatang Pauh sebagaimana yang dijanjikan.

"Kita tidak mahu mereka yang berjanji secara melampau tetapi akhir tidak boleh melakukannya," katanya.

Penduduk Kampung Mengkuang Titi, Kalsom Ismail, 56, berkata, penduduk kampung lebih mudah percaya kepada pemimpin PKR daripada Umno. Katanya, pemimpin Umno lebih cepat gelap mata apabila berdepan dengan wang ringgit berbanding pemimpin PKR yang hanya berkhidmat untuk rakyat.

"Dalam Umno, orang atas kenyang orang bawah apa ada? Saya rasa Anwar boleh bantu orang kampung," katanya.

Kalsom berkata, beliau dan ramai orang kampung yang lain, tidak percaya dengan tuduhan liwat ke atas penasihat PKR itu. Seorang lagi penduduk, Zakaria Yusof, 60, berkata, ramai pengundi Permatang Pauh gembira dengan ahli Parlimen sekarang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

"Sesiapa sahaja boleh jumpa beliau dan beliau kuat bekerja tidak mengira waktu.

"Banyak juga pembangunan di sini (Permatang Pauh), malah lebih baik daripada beberapa tempat lain," tambahnya.

Dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh kali ini, Anwar berdepan dengan Arif Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanapi Mamat. Hari mengundi ialah pada Selasa depan.

Sumber : MalaysiaKini

Wednesday, August 20, 2008

Bahang Freemanson Amerika Menular di Permatang Pauh?


Pemandu pajero yang membawa bersama gambar Anwar dan pemimpin dunia yang lain. Meriah nampaknya pajero ini dengan gambar gambar. Selalunya iklan yang dilekatkan di badan teksi dan bas berbayar. Apakah gambar-gambar ini berbayar juga?

Atau ada sponsor tertentu di Permatang Pauh, hinggakan Gus Dur dan Estrada sanggup tumpang sekaki berkempen untuk Anwar Ibrahim. Jangan lupa, Gus Dur dan Wolfowitz adalah orang yang ditemui oleh Anwar di Munich, Jerman ketika Anwar baru sahaja lepas dari penjara pada Oktober 2004.


Anwar baik dengan Wolfowitz? Anwar sering berkunjung ke Washington menemui Wolfowitz selepas keluar penjara pada Oktober 2004. Dengan bantuan Wolfowitz, Anwar mendapat tiga jawatan pensyarah universiti di luar negara. Selepas itu, Nurul Izzah pun sambung pengajian di John Hopkins. Malah keakraban yang terjalin ketika Wolfowitz menjadi Duta Indonesia itu membawa kepada perbincangan tertutup dalam Pentagon.

Keintiman Anwar dan Wolfowitz lebih terserlah bila Wolfowitz melantik Anwar sebagai Penasihat Bank Dunia. Ketika nyawa Wolfowitz di Bank Dunia nipis akibat skandalnya dengan Shaha Ali Ridha, Anwar datang menghulurkan bantuan hayat melalui sepucuk surat dari Yayasan Masa Depan untuk menukarkan teman wanita Wolfowitz ke pejabat Anwar.

Wolfowitz membalas jasa Anwar itu, dengan menulis artikel memuji Anwar dalam majalah Time untuk mempromosikan Anwar sebagai antara 100 orang terhebat di dunia. Kini, Anwar bertanding di Permatang Pauh, apakah Wolfowitz (seorang yang berbangsa Yahudi dan mempunyai warganegara Israel) akan menolong Anwar lagi?


Gambar Anwar bersama dengan Bush yang dipaparkan pada sebuah pajero yang penuh dengan bendera PKR tadi di Permatang Pauh. Mengapa perlu ada gambar Bush? Reaksi senyuman Bush dan Anwar hampir serupa, apakah mereka mendapat khidmat nasihat daripada pakar perunding imej yang sama?

Yang pasti, kedua duanya rapat dengan Paul Wolfowitz. Bush rapat dengan Wolfowitz atas kapasiti Wolfowitz sebagai penasihat perangnya semasa menyerang Afganistan dan Iraq. Wolfowitz ketika itu adalah Penolong Setiausaha Pertahanan di Pentagon. Malah Wolfowitz adalah orang yang bertanggungjawab menulis surat menggesa Bush menyerang Afganistan ketika masih lagi menjawat jawatan Dekan di John Hopkins, University.


Apakah kriteria sebenar pemilihan logo bendera PKR ini disebabkan oleh hanya imej mata lebam semata mata? Atau warna biru muda dan bulan sabit yang berlogo mata ini mempunyai maksud yang lain?


Berikut adalah sticker kempen PKR di Permatang Pauh. Mengapa ada logo mata sebegini dalam sticker yang diedarkan kepada pengundi Permatang Pauh? Apakah mata tersebut ada kaitan dengan mata yang tertera pada logo bendera PKR atau simbol mata yang lain?

Ini adalah logo kepada gerakan Freemanson yang mempunyai ahli seramai 5 juta orang di seluruh dunia. Ada mata di atas piramid tersebut. Freemason dipelopori oleh orang Yahudi (Neo-Konservatif) yang ingin mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa.

Kemudian akan melebarkan pemerintahan mereka ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Bukankah usaha ini sudah dilakukan oleh Wolfowitz? Siapakah orang harapan Wolfowitz di Malaysia ini? Jika hubungan dengan Saiful, Anwar enggan bersumpah. Bagaimana pula hubungan baik Anwar dengan Amerika dan Neo-Konservatif? Apa yang pasti dalam beberapa temubual antarabangsa, Anwar tidak pernah menafikan hubungan baiknya dengan Wolfowitz.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Sumber : anginperubahan.blogspot.com

Tuesday, August 19, 2008

Gambaran Masjidil Haram di Mekah di Masa Hadapan


MasyaAllah...itu ungkapan pertama yang aku boleh ungkapkan bila terlihat gambar dari sudut perspektif perancang bandar di Mekah Al-Mukaramah tentang pembangunan masa hadapannya. Banyak gambar yang aku terima dari e-mail tentang pembinaan masa hadapan ni tapi aku letak yang ni jer. Gambar yang ini cukup menunjukkan pandangan keseluruhan Masjidil Haram di Mekah yang bakal dibangunkan dan sedang rancak berjalan sekarang fasa demi fasa. Ini semua adalah perancangan untuk memudahkan dan memberikan keselesaan kepadaa jemaah haji seluruh dunia yang semakin bertambah.

Tidakkah kita sedar bahawa banyak perkara dan tanda-tanda yang sedang dan bakal berlaku di masa hadapan? Antaranya adalah :

1. Pencakar langit di negara Timur Tengah semakin pesat membangun terutama di Mekah? Tanda-tanda kecil hari kiamat berada di Tanah Suci.

2. Kepesatan pembangunan meningkatkan taraf dan kos menunaikan haji. Berdasarkan perkhabaran,kebanyakan bangunan yang naik adalah hotel-hotel bertaraf tinggi dan kos terdekat penginapan ke Masjidil Haram semakain naik.

3. Pembangunan yang pesat naik ini juga terdiri dari pusat membeli-belah. Kesannya kelak,akan menghilangkan sebab asal kita ke Tanah Suci iaitu beribadat dengan lebih kusyuk dan tawaduk. Sekarang ni pun,orang ramai ke sana antaranya sebab nak shooping,ini pulak dah macam-macam ada di depan mata dengan macam-macam pilihan.

Hmm,kita renung-renungkan lah,risau gak iman tak kuat,benda lain pulak yang dibuat kat sana. Kiranya,cabaran menunaikan fardhu haji di zaman moden sekarang jauh lebih mencabar dek kerana menahan nafsu dan menanggung kos yang akan jauh lebih tinggi jika tiada sebarang langkah untuk menyeimbangkannya dilakukan oleh pihak berwajib disana dan disini.

Salah pegang Al-Quran ketika bersumpah: Mufti Perlis

KANGAR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui cara melakukan sumpah laknat sambil memegang Al-Quran sebagaimana yang dilakukan oleh bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu adalah kepercayaan yang salah dan tidak perlu dilakukan.

Bagaimanapun menurutnya, lafaz sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.

“Lafaz sumpah itu betul mengikut ajaran Islam tetapi tindakan memegang Al-Quran dan berada dalam masjid tidak perlu dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sumber : MindaMufti

Monday, August 18, 2008

Hilang RM1juta Tapi Chong Wei Tetap Wira

BEIJING: Lee Chong Wei terlepas ganjaran RM 1 juta yang dijanjikan apabila tewas kepada pemain China Lin Dan 12-21, 8-21 dan perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik 2008 sebentar tadi.

Kekalahan Chong Wei mungkin kerana gugup beraksi di hadapan penonton tuan rumah di samping aksi Lin Dan yang cemerlang di gelanggang sendiri.

Dari segi rekod pertemuan lalu antara Chong wei dan Lin Dan, Lin Dan memenangi 9 perlawanan manakala Chong Wei memenangi 5 perlawanan.

Walau bagaimana pun tahniah kepada Chong Wei kerana mendapat pingat pertama bagi negara pada kejohanan kali ini iaitu pingat perak.

Sebelum ini Razif and Jailani berjaya mendapat pingat gangsa pada Barcelona, Spain, tahun 1992 bagi acara badminton bergu lelaki dan merupakan pingat olimpik pertama bagi Malaysia.

Rashid Sidek pula berjaya mendapat pingat gangsa bagi perseorangan lelaki dan Cheah Soon Kit-Yap Kim berjaya mendapat pingat perak di Atlanta 1996.

Pada tahun ini di Beijing, Lee Chong Wei mendapat bimbingan dari anak sulung keluarga Hj Sidek, Misbun.

Tahniah kepada Chong Wei!

Saturday, August 16, 2008

Sumpah Saiful Risiko Teramat Besar-Mufti Perlis

Friday, 15 August
Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dihubungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan sama ada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”


Sumber : pewarismelayu.blogspot.com

Saiful Sudah Bersumpah

Saiful (kanan) yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpahnya. -foto THE STAR oleh Azman Ghani

Pada 6.23petang,15 Ogos 2008 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan,Saiful telah bersumpah dengan nama Allah dengan memegang Al-Quran sambil Imam masjid menjadi saksi. Janji Saiful telah ditunaikan walaupun kita tidak tahu siapa yang benar atau siapa yang salah,hanya berserah kepada Allah. Kepada Anwar, beliau masih dengan pendirian tidak mahu bersumpah mengikut nasihat ulama-ulama dari dalam dan luar negara tak kira mazhab mana pun dan lagi penting mengikut undang-undang yang dinasihatkan ulama-ulama beliau iaitu qazaf dan kemudian macam-macam akta dan undang-undang pula di'charge' kepada beliau dari tuduhan dia meliwat,kemudian suka sama suka dan istilah rogol pun ada. Entahlah,kita tunggu dan lihat reaksi Anwar selepas ini.

Saiful bersalaman dengan Imam Masjid Wilayah Persekutuan sebelum memulakan upacara bersumpah 'mubahalah'.

Aku tahu yang selepas ini macam-macam kata-kata orang. Antaranya " alah,setakat cakap bolehlah...dalam ati siapa tahu..." ayat lain mungkin keluar adalah "dah kena bayar juta-juta semua sanggup buat sampai mainkan agama...!" hmmm,bila kita dah percaya kat seseorang tu,dia buat jahat masih di anggap baik,bila dah terlalu sayang benda diluar dugaan boleh jadi macam-macam. So kes sekarang ni kita nilai sendirilah. Ini boleh dijadikan sejarah dalam Malaysia dimana bersumpah adalah menjadi salah satu cara untuk kita membuktikan yang kita bersalah atau tidak. Allah akan tunjukkan kebenarannya kelak samada Saiful atau Anwar yang akan dilaknati-Nya.


Link Video : Saiful Bersumpah

Thursday, August 14, 2008

Arif Vs Anwar



Suke sangat die....

Akhirnya orang-orang barisan telah mengumumkan siapakah lawan yang sepatutnya atau selayaknya untuk menentang Anwar di Permatang Pauh (P44) 26 Ogos nanti. Datuk Arif Shah Omar Shah,52, adalah gerangan orangnya yang aku memang tak kenal lah pun tapi dia ni ADUN Seberang Jaya. Kena doh tu,A lawan A cume Anwar ber Datuk Seri lah dia Datuk je.Kita tunggu dan lihat jelah yerk?

We wait and see..Command and conquer!



Wednesday, August 13, 2008

Pesanan Ikhlas Dr. Mohd Asri-Mufti Perlis Kepada Calon-Calon Yang Bertanding di Permatang Pauh

Aku telah membaca satu artikel penulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di MindaMufti berkenaan nasihat dan harapan beliau terhadap calon-calon,pengundi-pengundi dan sesiapa sahaja yang akan terlibat secara lansung dan tidak lansung untuk pilihanraya kecil yang bakal diadakan di Permatang Pauh nanti. Berikut adalah artikel penulisan Dr. Mohd Asri :


Calon-calon Yang Dikasihi,

Proses demokrasi jika tidak dipandu dengan kesedaran Islam akan menjerumuskan kita ke kancah yang serba jijik dan kotor. Lihatlah apa yang terjadi dalam masyarakat kita apabila berpegang dengan demokrasi yang tidak ditapis dengan tapisan wahyu ilahi; lahirnya politik wang, permusuhan sesama muslim tanpa alasan yang benar, fitnah mengfitnah, caci-mencaci dan segala macam racun permusuhan dan kebencian yang hidup atas nama baja demokrasi. Dalam mencapai hasrat kuasa dan memenangi persaingan untuk mendapatkan kuasa ramai pemain di gelanggang demokrasi itu melupai prinsip-prinsip Islam yang harmoni dan lurus.

Maka, saya yang teramat daif ini mengambil kesempatan mengingatkan para calon dan mereka yang terlibat dalam kempen Pilihanraya Permatang Pauh –yang kebetulan juga merupakan kawasan undi saya- untuk berpegang dengan prinsip-prinsip Islam ketika berkempen. Bebaskan kempen anda dari rasuah undi, caci-maki, tuduh-menuduh tanpa bukti, penggunaan bahasa atau isyarat yang kasar dan kesat, membuka aib orang tanpa sebarang keperluan yang diizinkan syarak dan seumpamanya. Kesemua itu adalah dosa walaupun atas nama deomokrasi dan kegilaan undi!Keperluan politik umat bukan itu semua. Sebaliknya kita ingin mendengar siapakah yang memiliki pemikiran dan idea yang mampu membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih harmoni, terurus dan sopan berdasarkan teras-teras yang diredhahi Allah.

Didiklah masyarakat kita untuk hidup dalam iklim politik yang harmoni dan penuh kesantunan. Janganlah nanti generasi baru yang sedang membesar akhirnya tidak mengenali politik melainkan dengan wajah serba kehodohan dan kebiadapan cara dan bahasa. Hak-hak setiap muslim lebih mulia di sisi Allah daripada kerusi politik yang menjadi kegilaan sebahagian manusia. Kita sudah penat mendengar maki hamun, ketidakjujuran, pembohongan dan penipuan atas nama politik. Berilah ruang untuk rakyat hidup dalam udara politik yang bersih dan segar. Jangan jadikan mereka terbiasa dengan pencemaran sehingga akhirnya mereka sebati dengan kejijikan siasah yang tiada penghujungnya. Selamat berkempen, dan berkempenlah dengan cara yang Allah redha!

Seorang Pengundi Anda: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Diharapkan nasihat dan teguran Dr. Mohd Asri ini menjadi peringatan untuk kita semua supaya tidak terlalu mengikut nafsu atau taksub dengan apa yang hendak dikejar nanti.

Sumber : MindaMufti

Result-result Terkini Olimpik Beijing 2008


Dapatkan result-result terkini olimpik beijing 2008 dengan klik pada logo olimpik diatas. Semua keputusan secara terperinci, pungutan pingat terkini dan jadual-jadual yang tersusun boleh didapati di laman berkenaan. Kira ini adalah laman rasmi olimpik terbaik aku jumpa.


Monday, August 11, 2008

Manusia Yang Tidak Mengenang Budi

Kecewa bercampur sedih bila terbaca artikel dari Harian Kosmo semalam (10/8/2008) menceritakan mala'un yang sanggup menjadi lanun diesel subsidi yang telah diberikan kerajaan. Walaupun orang tak puas hati dengan subsidi yang dikatakan tidak mencukupi tapi ada lagi manusia yang buat kerja kotor dan manusia macam ni lah yang menjadi antara punca subsidi diesel bocor dan tidak mencukupi dek kerana mengejar keuntungan haram yang niat asalnya untuk memudahkan pelaut-pelaut dan nelayan-nelayan di Malaysia ni. Bayangkan,sesetengahnya sudah bergiat aktif dalam perusahaan haram ni sampi 5 tahun lebih dan telah di jual kepada bot-bot dari Thailand dan Singapura yang mendapat permintaan sangat tinggi.

Hari ini,di Harian Kosmo (11/8/2008) pula menceritakan bukana sahaja diesel,rokok,dadah malah senjata api turut diseludup. Berikut adalah artikel dari Harian Kosmo hari ini.

KERJA haram lanun diesel memunggahkan minyak ke bot lain untuk dijual ke pasaran gelap menutup periuk nasi ramai nelayan tulen.

MERSING - Di sebalik kegiatan menjual beli minyak diesel subsidi di perairan negara dengan nelayan asing dari Thailand dan Singapura, aktiviti penyeludupan seperti senjata api, dadah dan rokok turut dilakukan oleh segelintir nelayan tempatan.

Pendedahan yang dibuat oleh seorang nelayan dan bekas penyeludup, Ramli (bukan nama sebenar) menunjukkan kegiatan haram itu lebih giat di perairan Pantai Timur.

"Dulu saya seludup diesel subsidi kepada bot-bot Thailand dan Singapura selama lima tahun sebab minyak ini dapat permintaan tinggi.

"Tetapi selain minyak, saya juga diarahkan oleh tauke untuk bawa barang-barang lain seperti senjata api, dadah dan rokok,'' katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Semalam Kosmo! Ahad mendedahkan kegiatan menjual minyak diesel di pasaran gelap yang didalangi oleh segelintir nelayan yang ingin mendapatkan 'duit mudah' tanpa perlu berusaha keras.

Minyak diesel tersebut dijual pada harga RM1.50 seliter berbanding harga subsidi iaitu RM1 sahaja kepada 'peraih minyak' sebelum dijual semula kepada pihak-pihak tertentu pada harga RM2 berbanding harga pada pasaran sebenar iaitu RM2.58 sen seliter.

Ramli menjelaskan, senjata api yang dibawa masuk ke negara ini digunakan oleh tonto-tonto yang mengawasi kegiatan jual beli minyak diesel subsidi.

"Semua pergerakan orang luar termasuk penguat kuasa di perhatikan dengan teliti oleh tonto, mereka memang ganas,'' ujarnya


Sumber : KOSMO




Saturday, August 9, 2008

Bila Soal Agama diPolitikkan

Aku hairan dan rasa terhina dengan kata-kata dari Dr Syed Husin Ali.Siapa dia? Dia ni orang kedua dalam PKR,maksudnya Timbalan Presiden lah. Kenapa aku kata macam tu? Sebabnya,aku terbaca dari antara laman web formalnya iaitu KeadilanRakyat.Org yang bertajuk Syed Husin Ali : Keadilan Mengecam Tindakan Terhadap Seminar Majlis Agama. Antara ayatnya adalah...

"Parti Keadilan Rakyat (keADILan) sangat kesal bahawa pasukan polis gagal mengawal keadaan, bahkan kelihatan seperti bersekongkol dengan sesetengah penunjuk perasaan yang mencerobohi masuk ke tempat seminar dan cuba memaksa ia diberhentikan."

Cerita lebih lanjut boleh dibaca dengan klik pada KeadilanRakyat.Org dan aku sendiri rasa terkejut betapa berbezanya pandangan mereka bila hal politik dan agama hendak diperlekehkan dan kononnya mereka ni berfikiran lebih terbuka. Pada pandangan aku,forum yang di anjurkan Majlis Peguam ni (aku memang anti-peguam sekarang sejak peguam atok aku sanggup menipu atok aku dalam urusan tanah pusaka dan anak yatim dan mempermainkan agama dan yang lagi penting mereka orang PKR!) memang sepatutnya ditentang dan tidak dibenarkan sama sekali.Bila hal begini,agama diperdebatkan oleh orang yang kononnya tahu hal agama dan undang-undang sanggup untuk mempertikaikan lagi hal ini yang telah menjadi asas kepada kesejahteraan negara dan agama Islam sebagai agama rasmi dinegara ini. Protes atau demostrasi yang dilakukan jauh lebih baik dan aman dihadapan Bar Council pagi tadi (9/8/08) jika hendak di bandingkan dengan demostrasi nak membela mamat Anwar pun nak dihentam. Aku rasa protes ini tepat,perlu dan masih dalam kawalan cuma sedikit ketegangan berlaku bila didalam forum setelah wakil-wakil dibenarkan masuk. Ish,pelik tapi benar,dalam Majlis Peguam ini ada orang Islam tapi.......
Kita tak tahu,bila hal agama diperdebatkan,kita akan rasa lebih marah dan kadang-kadang rasa nak membela cuma cara yang tidak berapa betul tapi mereka yang mewakili pihak yang memprotes Majlis Peguam ini sepatutnya di hormati dan diberi sokongan. Hal agama lebih utama dan akhirnya mereka berjaya memberhentikan forum ini dari berterusan. Kerajaan kena sedar,hal seperti ini semakin menjadi-jadi,aku tak tau sama ada sejak kepimpinan Pak Lah sekarang atau kesilapan Pak Lah melepaskan Anwar bergerak bebas menyebarkan fahaman liberal nya yang sekarang jelas beliau dibela Amerika Syarikat.

Ini cuma pandangan aku. Terpulanglah pada yang lain. Yang penting aku tak tau apa nak jadi dengan negara kita sekarang ni. Tak kiralah,baik kerajaan,pembangkang,hard-core,fanatik,taksub,keliru,dendam dan macam-macam spesis manusia lagi. Dunia menuju pengakhirannya seperti di Rukun Iman Kelima,Beriman kepada hari kiamat.

Forum Memeluk Islam : Apakah Masalah Anda, Majlis Peguam?

Tajuk forum yang akan dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia, "Memeluk Islam" mempunyai implikasi seolah-olah Islam sebuah agama baru dan penuh dengan masalah bagi sesiapa yang berminat untuk menganutnya sehingga ia seolah-olah perlu diberikan amaran.
Barangkali Majlis Peguam hanya benar-benar mahu membincangkan soal teknikal bersabit implikasi undang-undang kesan apabila seseorang ahli keluarga atau pasangan bukan Islam memeluk agama Islam.


Jika hanya mahu membincangkan soal teknikal perundangan, tidak perlulah Majlis Peguam menggunakan tajuk seperti itu kerana tajuknya sahaja sudah seolah-olah membawa niat tidak betul dan mengundang pelbagai reaksi negatif dari pemimpin kerajaan dan pembangkang serta pemimpin-pemimpin pelbagai pertubuhan NGO Islam.
Dalam lain perkataan, tajuk forum ini sahaja sudah terbukti provokatif sehigga mengundang kemarahan umat Islam Malaysia.


Tentulah tidak sepatutnya Setiausaha majlis berkenaan Lim Chee Wee menyelar Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak difahaminya. Nampaknya Lim Chee Wee terlupa bahawa Syed Hamid adalah Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab secara langsung tentang ketenteraman awam dan keselamatan dalam negera dan juga merupakan seorang peguam.

Kenyataan dan amaran Syed Hamid agara Majlis Peguam tidak bermain api dengan isu membabitkan agama sudah tentulah dibuat berdasarakan pelbagai pertimbangan termasuk beberapa insiden buruk yang telah berlaku di masa lalu membabitkan isu seperti ini.
Pandangan rasmi kerajaan itu turut dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kata beliau, "Saya tidak faham mengapa dia (Majlis Peguam) nak anjurkan forum ini, apa tujuannya kerana telah berjuta-juta manusia di dunia ini memeluk Islam sekian lama, jadi kenapa pula mereka perlu bising sekarang.


"Saya lebih setuju jika dibuat satu forum khas tentang mana yang lebih baik dan logik antara agama Islam dan agama lain. Ini lebih baik dan bermanfaat,?
Bagi Presiden Persatuan Peguam Muslim Tan Sri Abu Zahar Ujang, beliau mengingatkan bahawa negara mempunyai Akta Hasutan yang masih diguna pakai dan jika berlaku kemaharahan kaum dan penganut agama Islam maka Majlis Peguam perlu memikul tanggungjawab.
Kata Abu Zahar, "Jika isu berkaitan agama Islam mahu dibincangkan, ia perlu dibuat antara Majlis Peguam dengan pihak berwajib, bukannya melalui forum awam."


Antara pihak yang berwajib itu termasuklah Menteri Dijabatan Perdana Menteri Dato? Ahmad Zahid Hamidi yang mengeluarkan kenyataan, "Majlis Peguam tidak seharusnya mencampuri urusan agama Islam, Raja-raja Melayu dan masyarakat Melayu, jika ingin terus dihormati... Majlis Peguam perlu sedar bahawa Perkara 121 1(A) Perlembagaan Persekutuan yang mengaitkan keagamaan, kaum dan hak Melayu adalah sensitif dan tidak boleh diperbincangkan secara terbuka, dan jika mereka meneruskannya, mereka memang mengundang padah termasuk kemarahan masyarakat Melayu.


"Walaupun sudah buat pada siri pertama forum Memeluk Islam dan hujung minggu ini siri kedua, saya bagi amaran, majoriti senyap masyarakat Islam di Malaysia belum lagi bangun untuk menyanggah mereka, tetapi jangan suruh kami bangun."
Selain daripada Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan hampir semua pemimpin NGO Islam membantah, Pemuda PAS dan Pemuda UMNO juga turut menyatakan bantahan masing-masing mengenai pengajuran forum berkenaan.
Setakat ini, nampaknya segala amaran pihak kerajaan dan bantahan serta pandangan pembangkang dan NGO Islam tidak diendahkan oleh Majlis Peguam.
Seperti yang dinyatakan oleh beberapa orang pemimpin, terdapat cara lain dan saluran rasmi atau saluran lebih berwibawa dan objektif untuk membincang sebarang masalah, jika ada, membabitkan perundangan berkaitan umat Islam dan mereka yang memeluk agama Islam.


Namun setakat ini, Majlis Peguam seolah-olah seperti tidak mengendahkan atau menghormati pandangan dan sensitiviti umat Islam serta suara bantahan pemimpin mereka.
Maka ini mengundang kepada persoalan: Apakah masalah Majlis Peguam sebenarnya? What is your problem?


Sumber : HarakahDaily

Friday, August 8, 2008

AS Panggil Pegawai Kedutaan Malaysia

Seorang pegawai tinggi kedutaan Malaysia di Washington telah dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika berhubung pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat.

Ilango Karuppannan, telah bertemu dengan para pegawai jabatan tersebut Rabu lalu, sebelum ketua umum PKR itu dihadapkan di mahkamah semalam.

Jabatan itu mengesahkan pertemuan tersebut berhubung kes Anwar serta isu-isu yang lain, tetapi tidak mengulas lanjut.

"Kita sentiasa mengadakan perbincangan dengan diplomat Malaysia di Washington mengenai pelbagai perkara, termasuk dengan Karuppannan.

"Kes Anwar adalah salah satu perkara yang dibangkitkan," katanya.

Tindakan Amerika itu mungkin memarakkan lagi kemarahan kerajaan Malaysia.

Kuala Lumpur menuduh Washington campurtangan dalam hal ehwal dalam negerinya apabila Setiausaha Negara Condoleezza Rice bulan lalu berkata Amerika memandang berat dakwaan liwat terhadap Anwar.

Semalam Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii ke atas bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun lalu. Anwar dibebaskan dengan ikatjamin.

Beliau akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos depan. Penamaan calon ditetapkan pada 16 Ogos ini.

"Kita memandang berat banyak persoalan serius yang dibangkitkan di Malaysia, termasuk oleh Majlis Peguam, berhubung kes ini," kata seorang pegawai Jabatan Negara kepada AFP.

Anwar - yang pernah dihukum penjara sedekad lalu atas tuduhan yang sama, tetapi kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan - mendakwa tuduhan terhadapnya itu direka oleh kerajaan bagi menghalangnya mengambil alih kuasa.

Badan-badan pemantau hak asasi manusia juga menganggap tuduhan terhadap Anwar itu bermotifkan politik, dengan Majlis Peguam membangkitkan persoalan mengenai siasatan polis dalam kes tersebut.

"Kami sekali lagi menggesa pihak berkuasa kerajaan supaya menyelesaikan perkara tersebut dengan cara yang boleh membina keyakinan terhadap keadilan undang-undang dan demokrasi di Malaysia," kata pegawai Jabatan Negara tersebut.

- AFP

Sumber : MalaysiaKini

Wednesday, August 6, 2008

Hadiah Kepada Bos Yang Kita Tak Suka

Kita sebagai pekerja,jangan ada perasaan benci kepada majikan kita atau dengan kata lainnya,bos kita lah. Kita mesti hormat padanya walau macam mana pun perangainya yang hampir-hampir nak buat kita cekik batang leher dia. So,tunjukkan lah rasa hormat dan penghargaan kepadanya dengan menghadiahkannya........




Heheheh...ok tak bagi hadiah ni..heheheh..biarpun mahal tapi penuh 'kata-kata' peringatan..heheheh


Monday, August 4, 2008

Kenyataan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin Tentang Upacara Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan


Disiarkan pada Aug 01, 2008 dalam kategori Kenyataan, Penjelasan

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.
Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.


Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.
Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar.


Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”

Sumber : Minda Mufti




Saturday, August 2, 2008

Bila 'Makhluk Halus' Protes Dan Memberontak!

Berhubung dengan kes histeria yang berlaku kat SMK Tanjung Lumpur,Kuantan yang heboh diperkatakan beberapa minggu ni. Cerita terbaru,makhluk halus ini telah dipindahkan menggunakan van oleh pengamal perubatan tradisional,Sahabudin Shamsudin ke suatu tempat lain yang dirahsiakan. "Mereka terdiri daripada 14 'dewasa' dan tujuh 'kanak-kanak', saiznya macam kita," dakwa beliau ketika ditemui selepas proses pemindahan itu selesai semalam.
Tak kesah lah tu semua yang penting kita berharap semuanya kembali reda dan pelajar-pelajar boleh meneruskan pembelajaran macam biasa dan semuanya adalah ketentuan dan kehendak dari Allah SWT.

Apa yang kita nak cita kat sini merujuk kepada tajuk cerita kita,kira ada kena mengena gak lah. Kenapa tajuk macam tu? Sebab merujuk kepada cerita dalam Harian Metro Edisi Timur bertarikh 2 Ogos 2008 m/s 28,tajuk ini lebih sesuai dipadankan dengan cerita yang nak disampaikan. Kat bawah ini sedikit petikan dari kata-kata Sahabudin dalam Harian Metro tersebut :

Menceritakan semula,Sahabudin berkata,dia yang berkomunikasi dengan Ajah yang berusia kira-kira 90 tahun (makhluk halus tersebut) memberitahu keluarganya amat marah dengan segelintir individu yang mencemari kawasannya. Menurutnya,apa yang diberitahu Ajah kepadanya memang benar apabila dia turut menemui beberapa keping kondom serta botol minuman keras ketika membuat tinjauan di kawasan terbabit.

Katanya, dia percaya keluarga terbabit yang sudah lama tinggal di kawasan berkenaan marah disebabkan penemuan barang itu yang dibuang segelintir individu.

Hmm,kalau benar apa yang dikatakan Hamba Allah dari alam lain itu maka jelaslah yang mereka selama ini memberontak dan ingin menunjukkan protesnya terhadap kita yang lalai selama ini. Dengan cara meng'histeria'kan pelajar-pelajar disekolah terbabit sekurang-kurangnya dapat membuka mata kita ni tentang gejala-gejala kotor yang berlaku tanpa kita ambil peduli. Akhir kata,bayangkan lah jika semua Hamba Allah di alam lain ini memberontak dan protes,plak politik tak menentu,Islam nak jadi liberal (Nauzubillah)? Bagaimana agaknya kita yerk? Fikir-fikirkanlah...


Pindah Ikut Jalan Belakang - ‘Makhluk halus’ Punca Histeria Sekolah Dipindah Guna Van

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my

KUANTAN - Tindakannya mungkin tidak dipercayai ramai, tetapi kepada Sahabudin Shamsudin atau Pak Din, bungkusan plastik yang dibawa keluar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, di sini semalam adalah penamat kepada kejadian histeria yang dialami guru dan pelajar di situ sejak Mei lalu.

Pengamal perubatan tradisional itu merahsiakan isi bungkusan dalam beg plastik biru itu tetapi yakin matlamatnya sebagai umpan untuk membawa keluar apa yang dianggap sesetengah pihak sebagai makhluk halus, sudah berjaya dilaksanakan.

Malah, ia dilakukan dalam diam sehingga pihak sekolah dan media yang menunggu proses pemindahan itu sejak awal pagi, tidak menyedari kehadiran beliau.

Ini kerana mereka tidak menggunakan bas seperti yang dilaporkan semalam, semuanya gara-gara pemandu kenderaan itu tidak berani melakukannya.

Akibatnya, Pak Din terpaksa mendapatkan khidmat seorang rakan untuk memindahkan makhluk halus itu dengan van yang dinaiki mereka berdua ke satu lokasi rahsia kira-kira 20 kilometer dari situ.

Tambah beliau lagi, makhluk halus yang dipindahkan itu sebenarnya 'satu keluarga' yang didakwa mengikutnya keluar dari pintu belakang sekolah berkenaan untuk dipindahkan.

"Mereka terdiri daripada 14 'dewasa' dan tujuh 'kanak-kanak', saiznya macam kita," dakwa beliau ketika ditemui selepas proses pemindahan itu selesai semalam.

Pak Din menambah, pemindahan tersebut terpaksa dibuat dalam diam bagi mengelak ia menjadi tumpuan ramai dan mencetuskan gangguan.

Menceritakan detik pemindahan itu, Pak Din yang sudah mengendalikan tugas seumpama itu di beberapa negeri berkata, sewaktu perjalanan, van itu terasa membawa muatan yang sangat berat.

"Kalau tak silap saya, van itu hanya dapat dipandu tak sampai 30 kilometer sejam sebab berat macam bawa 23 orang tetapi yang nampak hanya saya dan pemandu," katanya.

Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back

Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back. Dalam bahasa melayu maksudnya Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowiyz di Belakang Negara Asia

Disiar dalam majalah the Executive Intelligence Review (EIR)pada 29 April 2005 oleh Mike Billington


Sedih bila baca,klau tak baca tak tau plak,kenapa orang buat tak tau jer hal ni dalam laman-laman yang lain? Tunggu dan lihat je lah.

Friday, August 1, 2008

Nak Jimat Kos Speed Trap




Perhatikan betul-betul. PDRM nak save duit rakyat punya pasal lah ni..hehehe...ataupun dengan erti kata lain,rakyat Malaysia mudah tertipu? Renung-renungkanlah...

Sumber : isuhangat.blogspot

Rebat Tunai Boleh Dituntut Melalui Online

Rebat Tunai Boleh Dituntut Melalui Online

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rebat tunai bagi subsidi petrol yang diagihkan melalui Pos Malaysia Berhad (PMB) kini boleh dibuat melalui online.

Transaksi itu boleh diakses di www.posonline.com.my dan pilihan itu adalah bagi melengkapkan tuntutan rebat tunai yang ada sekarang yang boleh dibuat di semua pejabat pos di seluruh negara, kata Pos Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Melalui online, pemilik kenderaan mempunyai pilihan untuk menerima tuntutan dalam bentuk kiriman tunai atau dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka, kata kenyataan itu.

Bagi kiriman wang, ia mengambil masa tujuh hari bekerja mulai daripada tarikh tuntutan itu dibuat bagi Pos Malaysia membuat penghantaran kepada alamat surat menyurat pemilik kenderaan.

Kenyataan itu berkata bagi mereka yang memilih rebat itu dimasukkan terus ke dalam akaun masing-masing, mereka akan menerima wang itu dalam tempoh tiga hari daripada tarikh tuntutan itu.

Pada Jun lepas, kerajaan mengumumkan pembayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan bagi mengurangkan beban orang ramai berikutan kenaikan harga bahan api itu.

Pemilik kenderaan berkuasa 2000 cc ke bawah, pikap dan pacuan empat roda yang berkuasa 2500 cc ke bawah akan diberi rebat RM625 setahun namun, bagi pemilik motosikal berkuasa 250 cc ke bawah rebatnya RM150 setahun.

Pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan rebat itu sehingga 31 Mac tahun depan.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...