Tuesday, August 30, 2011

Satu Lagi Tips Jimat Tenaga Elektrik Boleh Di Praktikkan Kerajaan

Setelah langkah bijak kerajaan mengeluarkan langkah meghadkan penggunaan penghawa dingin disemua ofis kerajaan hanya pada tahap 24 darjah celcius, aku ade satu lagi langkah bijak yang boleh diikut oleh kakitangan kerajaan tapi kalau botak macam pak-pak menteri tu tak payah ikut pun takpe...hahaha...Bukan kakitangan kerajaan pun boleh ikut langkah ini. Nak tau ape? Hayati langkah dibawah ini yang aku petik dari artikel KOSMO :

TOKYO – Sebuah firma di Jepun memperkenalkan langkah penjimatan tenaga unik dengan mengarahkan 2,700 kakitangannya mendapatkan potongan rambut serupa, lapor sebuah akhbar semalam.

Firma Maeda Corporation yang beribu pejabat di sini mahu pekerja lelakinya memiliki rambut pendek di belah tepi, manakala staf wanita pula diminta berambut pendek dan ‘comel’.

Langkah tersebut diharap dapat memendekkan masa penggunaan pengering rambut dalam kalangan kakitangan firma berkenaan, sekali gus menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

“Syarikat kami sangat berminat untuk melindungi alam sekitar. Jadi, kami menggalakkan staf kami mengamalkan banyak amalan yang mesra alam sekitar,” kata jurucakap firma berkenaan, Chizuru Inoue.

“Kami belum pasti mengenai bukti kajian. Tetapi kami percaya mereka yang berambut pendek tidak perlu menggunakan pengering rambut terlalu lama berbanding orang berambut panjang,” tambahnya.

Jepun mengalami kekurangan tenaga yang serius selepas penutupan loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang bocor akibat gempa bumi dan tsunami pada Mac lalu.

Loji tersebut menyalurkan tenaga elektrik ke bahagian timur laut Jepun. – Agensi


Macam mane? Ok tak tips ini, ape lagi boleh keluar pekeliling bagi semua staff kerajaan dan swasta untuk proceed cara ini. Memang puas hati, banyak boleh jimat ni, nanti semua rambut same jer...memang lawak...kahkahkah...Takboleh carik makan TNB...Bayangkan semua orang macam ni,kahkahkah...









[Video] Budak Selamat Di Langgar Keretapi

SYDNEY, Australia – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun selamat selepas dia dilanggar tren ekspres dalam insiden yang dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebuah stesen kereta api di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak lelaki berkenaan dirakam berada cuma beberapa sentimeter dari tren itu ketika dia cuba melintas landasan di stesen berkenaan baru-baru ini.

Ketika tren tersebut tiba, mangsa hilang daripada lensa CCTV. Dia dipercayai terjatuh akibat berlanggar dengan gerabak tren tersebut.

Namun, tidak lama kemudian, dia muncul semula dalam skrin CCTV dan dilihat cuba memanjat platform stesen.

Mangsa mengalami patah kaki dan siku dengan banyak bahagian di tubuhnya calar, tetapi bernasib baik kerana masih hidup. – Agensi







Ucapan Selamat Hari Raya


Aku dari AmzCampro ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca-pembaca blog aku samada pelanggan tetap atau sekadar menyinggah...hehehe...Maafkan aku dari hujung rambut sampai hujung kaki. Mane tahu, kot-kot aku ade buat salah, yerkasar bahasa, itu semuanya kesilapan dari aku sendiri, maklumlah ikut perasaan sangat...heheheh...So, selamat berhari raya bersama keluarga dan selamat pulang pergi dab balik berhari raya...Salamzzz...






Monday, August 29, 2011

Apabila Kimora Lee Simmons Wish Selamat Hari Raya

Kenal tak korang dengan minah Hollywood ni? Yang terkenal dengan butik Baby Phats dan rancangan realitinya sendiri iaitu “Kimora: Life in the Fab Lane”. Die ni memang dah kaya dah, kite ratus2 juta dolar tu memang harta die dah cume kat sini, aku nak share sikit wish Kimora kepada sekalian muslim dan muslimat sempena Hari Raya di laman Twitter :







[Video & Gambar] UFO Mendarat Di Siberia?

Kelihatan 5 'alien' yang mendarat

IRKUTSK, Rusia – Rantau sejuk beku di Siberia pastinya bukan lokasi pendaratan paling menarik untuk makhluk asing yang mahu menerokai Bumi.

Namun, satu klip video di laman perkongsian video YouTube menunjukkan beberapa makhluk asing memilih lokasi tandus itu untuk mendaratkan objek terbang tidak dikenali (UFO) atau piring terbang mereka.

Klip berkenaan yang dirakam di Irkutsk, pedalaman Siberia, menunjukkan satu makhluk asing setinggi sekitar 1.2 meter sedang berdiri kira-kira lima meter dari piring terbangnya yang bersinar, manakala empat makhluk serupa berada dekat dengannya.

Klip video pendek itu dirakam dua hari selepas beberapa cahaya misteri dilihat menyinari langit desa Bayanday, juga di Irkutsk.

“Terdapat dua rakaman insiden ini yang dibuat oleh dua saksi kejadian itu,” kata seorang pakar UFO, Mike Cohen. “Kedua-dua klip video menunjukkan insiden UFO utama seperti yang pernah terjadi di Roswell, Amerika Syarikat berlaku di Rusia,” ujarnya.

“Satu letupan kuat kemudian didengari meliputi satu kawasan yang luas,” tambahnya.



Dia mendakwa polis dan jabatan penyelamat dibanjiri panggilan telefon daripada penduduk kampung yang ketakutan mendengar letupan tersebut.

Pihak tentera mengesahkan bahawa ia tidak melakukan sebarang latihan ketenteraan di kawasan terbabit.

Namun, Cohen mendakwa pihak berkuasa Rusia cuba menutup berita pendaratan UFO berkenaan daripada diketahui umum.

Katanya, beberapa pegawai memberitahu wartawan tempatan bahawa insiden terbabit diklasifikasikan sebagai maklumat sulit dan lokasi kejadian tidak boleh didedahkan.

Sebelum ini, beberapa penemuan makhluk asing dan UFO pernah dilaporkan di Siberia.

Pada hujung Februari lalu, beberapa pegawai trafik udara di Yakutks, Siberia mendakwa mereka melihat sebuah UFO pada paparan radar bergerak selaju 9,600 kilometer sejam pada altitud 19,812 meter.

Pada April lalu dua pelajar Rusia, Timur Hilall, 18, dan Kirill Vlasov, 19, mengaku mereka cerita mengenai penemuan satu makhluk asing di hutan Siberia.– Agensi






Sunday, August 28, 2011

[Video] Terbaru Rakaman Taufan Irene Di Manhattan

Saksikan rakaman terbaru taufan irene di US, New York Manhattan









[Gambar] Puduraya @ Pudu Sentral Sebelum Dan Selepas

Aku selalu jugak menyinggah ke Puduraya ini, orang cakap kalaukita ke KL tak sahlah kena pi Puduraya dulu sebab dia merupakan nadi KL. Tapi dalam susana dan selepas hampir 2 tahun proses menaiktaraf Puduraya ini, perubahan drastik yang di alami Puduraya patut dibanggakan. Cuma aku sakit hati dengan RETORIK orang-orang besar Melayu kita ni. Elok2 name dah dikenali satu dunia dengan Puduraya, korang tukar jadi PUDU SENTRAL. Mane sekolah korang belajar? Memang betul, bahasa ibunda kite sudah mandul kerana orang-orang jahil macam ni. Pasni korang tukar Putrajaya jadi PURA SENTRAL, ok tak YAB PM?

Malas layan isu retorik ini, aku nak sajikan beberapa gambar Puduraya dahulu dan Puduraya sekarang atau sudah dikenali sebagai Pudu Sentral. Aku tak berkesempatan lagi nak ke sana, tapi ramai juga yang dah merasai pengalaman baru di sana, layankan...

PUDURAYA DI ZAMAN PENJAJAH (HAHAHA)



PUDURAYA BARU aka PUDU SENTRAL













Saturday, August 27, 2011

[2 Video] New York Darurat, Bukan Kena Serang Pengganas Tapi Bala Yang Menimpa


NEW YORK: Gabenor New York, Andrew Cuomo, mengisytiharkan darurat di seluruh negeri itu ketika ratusan ribu penduduk diarah meninggalkan kediaman masing-masing sebagai persediaan berdepan impak Taufan Irene.

“Saya menyarankan penduduk New York supaya bersedia menghadapi taufan dan bekerjasama dengan pegawai kecemasan. Dengan bekerjasama, kita akan dapat berdepan taufan ini dalam keadaan tenang dan terancang,” katanya.

Darurat juga diisytiharkan di Carolina Utara, Virginia dan New Jersey. Di Cape May, New Jersey, seramai 750,000 penduduk diarah berpindah tengah malam kelmarin.

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, juga mengarahkan pemindahan hospital dan institusi penting lain di kawasan paling rendah di bandar raya itu.

Ramalan menunjukkan Irene bakal menjadi taufan pertama menyerang Amerika Syarikat sejak 2008, ketika taufan Ike membunuh lebih 50 orang dan menyebabkan kerugian AS$30 bilion (RM89.7 bilion).

“Bahagian timur menjadi laluan taufan ini. Kita dapat lihat impaknya,” kata Pengarah Pusat Taufan Kebangsaan Amerika, Bill Read.
Taufan kategori tiga itu, diletakkan sekuat Katrina pada 2005, melanda sebahagian Bahamas dan menyebabkan tiga kematian di Haiti dan Puerto Rico.

Lovely Bay terletak di kepulauan terpencil Bahamian Acklins, dimusnahkan angin sekencang 177 kilometer sejam manakala berpuluh-puluh rumah ranap di pulau lain, kata pihak berkuasa.

Sementara itu hujan setinggi 0.30 meter dijangka turun diiringi dengan ombak besar dan bahaya.

Pengumuman Darurat Barack Obama :



Arahan pemindahan mandatori itu dikeluarkan kepada 200,000 penduduk di kawasan pesisiran pantai Dare dan Hyde di Carolina Utara. Penduduk di Dare dijangka tiba di tempat perlindungan khas menjelang 8.00 pagi manakala pelancong diminta meninggalkan kawasan itu secepat mungkin kerana impak Taufan Irene dijangka dirasakan hari ini.

“Taufan Irene mungkin menjadi sekali dan setiap 50 tahun yang melanda timur laut. Tingkap kaca mungkin retak di bangunan pencakar langit di bandar raya ini,” kata pakar kaji cuaca bagi Accuweather, Kristina Pydynowski, yang meramalkan banyak pokok tumbang, bekalan elektrik terjejas dan kerosakan bangunan.

Taufan Irene Dari Satelit :



Taufan itu dijangka meningkat ke kategori empat sebaik melepasi Florida tengah hari semalam, sebelum ia lemah apabila melanda pantai timur.

Bloomberg meramalkan keadaan bakal menjadi seperti ribut tropika dengan hujan lebat serta angin selaju 96 kilometer sejam di New York. Amaran banjir juga dikeluarkan di beberapa kawasan termasuk daerah kewangan.

“Kita berharap yang terbaik tetapi bersedia berdepan terburuk,” katanya.
Akhbar tabloid di New York menggabungkan gambar satelit besar Taufan Irene di muka depan akhbar masing-masing.

Sementara itu, penduduk di Washington turut diberi amaran akan dilanda taufan itu jika ada sebarang lencongan pada laluan Irene.

Pentadbir Agensi Pengurusan Bencana Persekutuan, Craig Fugate, memberi taklimat kepada Presiden Barack Obama mengenai keadaan itu. – Agensi

Sumber : BeritaHarian






Apabila Jamal Abdillah Derma Beras Satu Trailer

Mula-mula aku bace artikel ini dari KOSMO, ape perasaan korang? Terasa tak dalam diri yang die ni menunjuk-nunjuk, tidak ikhlas dan sebagainya? Mesti ade kan sebab kite dah tahu, kalu nak menderma tak perlu di heboh-hebohkan atau erti kate lain menunjuk-nunjuk tapi dalam kes Jamal ni aku rase lain sikit. Kite fikir positif sudahlah. Aku kalau jadi die pun mungkin taknak heboh2 tapi kalau dah media datang buat liputan? Macam mane?

Itu satu hal. Korang ingat tak timbul isu owner Pengasih kate die tak mengenang budi, duk sane melantak makan jer, sumbangan pun takde. Sampai nak bergaduh bertegang urat. Aku tak tahu siapa betul. Mane tau Jamal betul, die ade sumbangan tapi tak mahu heboh2kan kan? Last2 kena fitnah pulak kate menumpang di sane semata2 nak makan tido. Last2 tindakan die semalam ini, aku memang puji. Layankan artikel di bawah :



IPOH – Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam. Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.

“Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki. “Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya,” katanya






FHM 100 CARLSBERG : Lisa Surihani Dan Juliana Evans Tersenarai

Apa pandangan anda apabila dua wanita Islam dari Malaysia ini tersenarai sebagai antara 100 wanita yang dikehendaki oleh penaja utama Carlsberg? Bangga tak? Mestilah bangga, rakyat Malaysia tersenarai tu. memang tak jage sensitiviti langsung. Aku tak tahulah tuan punya badan suke atau tidak, kalu suke korang memang jahillah. Kalau korang gamble, buatlah ape2 press conference ke, menyatakan kekecewaan tersenarai di bawah satu jenama arak terkenal dunia.

Kalau senyap jer korang memang sukelah tu. Korang belilah majalah ini, tengok betul ke tak? layankan...







Friday, August 26, 2011

Cadangan Projek Mega Malaysia : Sumber Tenaga Negara Yang Lebih Bijak Dari Nuklear

Empangan Bakun

Kita sekarang diambang kepupusan sumber semula jadi negara. Mane taknye, minyak akan habis dalm 20 tahun lagi, mineral lain pun aku yakin akan turut sama habis,kalau ade pun kena beli dari negara luar yang dah tentu tinggi dan mahal. Aku fokuskan isu ini pada penjanaan tenaga elektrik negara. Kite semua sedia maklum tentang kenaikan harga tarif elektrik ini semuanya berpunca daripada kenaikan bahan mentah negara dan pelbagai lagi punca seperti sektor ekonomi dunia secara keseluruhannya.

Sumber tenaga elektrik negara kite sedia maklum datang dari 3 sumber utama iaitu:
  • Arang batu
  • Hidroelektrik
  • Minyak & Gas
Dua dari sumber mineral ini akan habis satu hari nanti dan yang tinggal hanya penjanaan dari hidrolektrik. Tindakan kite menggunakan hidroelektrik sebenarnya lebih bijak dari penggunaan arang batu, gas dan sebagainya kerana penggunaan ini tidak habis dan sentiasa ada. Langkah kerajaan ingin melaksanakan penjanaan tenaga elektrik dari nuklear sebenarnya satu langkah yang kurang bijak. Walaupun ia antara kos operasi yang paling murah tetapi kesan jangka panjangnya kepada masyarakat perlu diambil kira.

Tenaga dari atom nuklear memang mudah diperolehi. Reaksi atom apabila diekstrakkan memang cukup memberi pulangan yang besar tetapi bagaimana jika kesilapan dan bencana berlaku? Ia akan meninggalkan kesan yang sangat mendalam dan boleh merugikan negara dalam jangka masa yang sangat lama. pakar-pakar mengakui perkara ini, kawalan ke atas atom dan radiasi mudah dilaksanakan tetapi jika ia tersebar ke luar, ia menjadi bencana yang tidak lagi boleh dikawal.

Kenapa tidak menggunakan tenaga dan sumber dari Allah yang sentiasa diberikan olehnya yang mungkin susah untuk diperolehi negara lain seperti penggunaan tenaga SOLAR dan ANGIN? Betul,kosnya lebih mahal tetapi tidakkah kita sedar, dalam jangka masa panjang, ia sebenarnya jauh lebih menjimatkan? Sumber angin dan matahari tidak perlu dibeli seperti arang batu. Ia juga tidak akan habis melainkan kiamat berlaku. Kenapa kita tidak mengambil risiko ke atas perkara yang lebih menguntungkan?

Cuba saksikan video dibawah ini, satu teknik janaan CGI dihasilkan sebuah syarikat dalam menghasilkan satu WINDTURBINE yang bertaraf raksasa dan mungkin boleh difikirkan perlaksanaannya. Menarik sebenarnya. Negara lain menggunakan kincir angin yang biasa jenis propeller dan dengan kemajuan teknologi, jenis silinder ini sudah digunakan di merata tempat cume tidak dikomersialkan secara mega atau raksasa seperti di bawah ini :




Demo CGI dijangkakan akan menjanakan 2.0GW dari Magnetic Leviatated wind Turbine. Tahukah anda, dengan penghasilan ini sebenarnya hampir menyamai tenaga yang dihasilkan oleh empangan terbesar negara dan Asia ini iaitu 2.4G. Empangan bakun mempunyai 8 turbin utama dimana setiap turbin mampu menjanakan 300MW tenaga elektrik tetapi dengan satu projek mega windturbin seperti diatas, kita menghasilkan 2.0GW!



Tidak perlu lagi upacara pecah tanah, tidak perlu ekosistem semulajadi negara seperti hutan, bukit bukau, sungai dan pribumi orang asli dan pelbagai kesan akibat daripada pembinaan ini di gadaikan dan di risikokan. Konsepnya masih sama cume tenaga yang dijanakan itu datangnya dari sumber ALIRAN AIR dan satu lagi datangnya dari ALIRAN ANGIN. Turbin akan menjanakan tenaga ini. Tidak perlu minyak,tidak perlu gas, tidak perlu arang batu.


Kos hanya melibatkan kajian secara menyeluruh, melibatkan pembinaan, melibatkan tenaga kerja dan pakar negara dan melibatkan kos penyelenggaraan. Kos melibatkan pembelian sumber mineral telah di tolak mentah-mentah dan ini sebenarnya memberikan keuntungan jangka masa panjang. Arang batu juga menggunakan turbin dimana penjanaan tenaga terjadi hasil dari stim dalam pembakaran arang batu dan ia akan memberikan kesan pencemaran yang tinggi sama seperi insenerator.

Pokoknya di sini, sumber asasnya itu dapat dijimatkan disamping menjaga alam sekitar dan mampu memberikan kehidupan lebih selesa untuk anak,cucu dan cicit kita kelak.








20 Jurutera Kanan China Peluk Islam di Mekah



Menarik untuk dibincangkan. Kenapa? Mereka memeluk Islam ketika mereka masih bertugas menjalankan satu projek mega di Mekah dalam pembinaan Kereta Api Al-Masha’er. Sebelum ini, akhbar tempatan di sana melaporkan, jumlah jurutera yang memeluk Islam sudah mencecah 2000 orang daripada 6000 orang jurutera yang terlibat dengan projek tersebut. Ini sesuatu yang menakjubkan.


Projek ini melibatkan perhubungan diantara tempat-tempat ibadah umrah dan haji di sekitar kawasan Mekah dan Madinah. Akibat dari itu, pihak kerajaan Mekah akan membina tempat solat di samping kelas-kelas agama, bahasa arab dan sebagainya bagi meningkatkan kefahaman mengenai Islam. Alhamdulillah, ini satu rahmat dan hidayah dari Allah SWT yang diberikan di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Aku percaya, akan ramai lagi yang turut serta memeluk Islam selepas ini. Projek ini mesti memakan masa 2-3 tahun dan jika kita mampu menanam kefahaman dan keyakinan yang semakin tinggi, mereka akan pulang ke negara China dan akan melebarkan lagi pengaruh Islam dikalangan orang-orang profesional disana.






Berita Gempar : Dr. Rozmey Ikut Jejak Tony Fernandes Mahu Beli Real Madrid FC?

Terkejut gak aku. Tak sangka makin ramai usahawan kita nak ikut jejak Tan Sri Tony Fernandes ni beli kelab berpengaruh di Eropah untuk memajukan bisnes mereka. Terbaru, Dr. Rozmey menyatakan minat mahu mengambil alih Real Madrid! Korang tak percaya? Tengok berita terbaru dipetik dari website ESPN berikut :


Petikan artikel yang ditranslate:

“ahli perniagaan kosmetik terkenal telah mengadakan perjumpaan dengan alfredo di stefano dan juga Florentino Perez pemilik kelab terkaya real madrid untuk mengambil alih kelab tersebut pada bulan hadapan…banyak perubahan dijangka akan berlaku berikutan penukaran pemilik kelab antaranya jurulatih Jose Mourinho akan digantikan dengan jurulatih Malaysia, K.Raja Gobal.”

Korang percaya tak? Ikut koranglah nak percaya ke tak, tapi bagi aku, aku dah terkena...hahaha...korang pun mesti terkena jugak, tak bleh aku sorang2 jer kena...hahaha... Lawak2,nak berguling aku kena gosip ini. Sejak isu mengharapkan bulan jatuh ke ribu bagi filem 2 Alam dulu, beliau ni asyik jadi bahan gurauan jer...dari tang rambut sampai ke gaya sombongnya dalam promosi filemnya dulu...hahaha...tapi bukan penghinaan gosip kali ini, mane tahu, betul2 die beli, menyesal korang tak percaya...hahaha...






Thursday, August 25, 2011

Harimau Muda : Keputusan 7 Perlawanan Persahabatan Di Slovakia



Alhamdulillah...Akhirnya skuad Olimpik negara Harimau Muda telah menamatkan 7 perlawanan persahabatan di Slovakia dengan cemerlang dimana telah menang 5 perlawanan dan 2 kekalahan dan terbaru menang 1-0 pada perlawanan terakhir yang jadualnya diawalkan 2 hari dari perancangan asal. Berikut adalah keputusan 7 perlawanan yang diharungi mereka :

MALAYSIA (1) vs (0) FK BODVA MOLDAVA (26/7/2011)

MALAYSIA (2) vs (1) TOPVAR TOPOLCANY (30/7/2011)

MALAYSIA (2) vs (1) TATRAN LIPTOVSKY MIKULAS (2/8/2011)

MALAYSIA (1) vs (4) BUDAPEST HONVED (9/8/2011)

MALAYSIA (2) vs (0) DOLNY KUBIN (16/8/2011)

MALAYSIA (0) vs (1) FC NITRA (23/8/2011)

MALAYSIA (1) vs (0) FC LEVICE (25/8/2011)


Mengikut daripada sumber-sumber terdekat, mereka menunjukkan permaian yang mantap dan apa yang aku nampak, pertahahan negara pimpinan Ong Kim Swee ini betul-betul mantap dimana hanya mampu melepaskan 7 gol dan menjaringkan 9 gol. Kekalahan besar di tangan Budapest sahaja dilihat sedikit mencacatkan keputusan mereka secara keseluruhan.


Kemenangan terbaru negara 1-0 ditangan Levice boleh dijadikan kayu pengukur pasukan pertahanan negara kerana mereka menang dengan jaringan tunggal yang di hasilkan pada minit k-3! Ini bermaksud, mereka mampu mempertahankan permainan sepanajang baki perlawanan. Jika momentum permainan sebigini diteruskan, kita boleh mengharapkan sesuatu pada kelayakan Olimpik nanti.


Selepas ini mereka akan pulang ke Malaysia untuk berhari raya tetapi tidak untuk 3 orang pemain kita yang sudah hampir pasti dipinjamkan kepada sebuah kelab di Liga Slovakia untuk mengharungi perlawanan liga disana iaitu Wan Zack Haikal, Fadhli Shas dan Irfan Fazail, dan mereka kembali berlatih untuk 2 lagi perlawanan persahabatan sebelum perlawanan sebenar menentang Jepun kelak. Berikut adalah 2 perlawanan persahabat yang akan di lalui selepas ini :


  • Olimpik Malaysia vs Al-Arbil - 9 September 2011


  • Olimpik Malaysia vs Olimpik Oman - 14 September 2011
Mungkin akan ada LIVE dari ASTRO? Kita tunggu dan lihat. Tak sabar pulak nak tunggu 2 lagi perlawanan persahabatan ini.





Wednesday, August 24, 2011

Adakah Wanita Telanjang Akan Berleluasa Hari Raya Ini?

Hahahaha...tajuk gempak tapi hakikatnya ia sangat serius sebenarnya untuk dibincangkan. Istilah wanita telanjang @ bogel sekarang ini bukan kerana ia tidak berbaju tetapi berbaju yang seolah-olah tidak berbaju. Mampuh, pening nak paham ayat aku ni tapi korang pahamkan? haha... Fesyen ini sebenarnya dah mula digemari sejak 2 3 tahun ini dan aku perasan sangat fesyen ini. Macam mane tak perasan, pelik dan memerlukan kite memikirkannya.



Bagi aku, aku rase fesyen baju tradisional moden ala-ala langsir ni sebenarnya nampak lagi teruk dan hina dari pkai skirt pulak aku rase. Ops...sori kalau ade yang tak bersetuju yer?hehe...Kenapa? Korang boleh pikirlah sebenarnya. Amik contoh baju di bawah ni, macam pakai singlet jer sebenarnya, tul tak? Aku rase ade banyak lagi fesyen yang lebih extreme dari ini rasenye.


Fesyen baju kurung tak kire lah ape jenis sekalipun tetapi penggunaan kain yang jarang diluar tetapi didalam menampakkan segala-galanya aku tengok semakin di minati. Heran jugak, habis semua aset yang sepatutnya disorokkan di berikan tontonon umum. Boleh tahu ape kaler minah-minah ni pakai. Entahlah, aku bukan tahu sangat ape name kejadah pakaian dalam ni tapi ala-ala korset pun ade, silap-silap boleh nampak bra dah kak oii!


Kita tak sedar sebenarnya. Siapa sebenarnya mula-mula mencipta pakaian tradisi melayu asalnya ini menjadi seolah-olah pakaian nak ke pusat hiburan? Sedih sebenarnye tengok. Memang lah cantik tapi menyeksakan. Lebih2 lagi pulak, kena dengan pemakaian tudung, mak oii tak kena langsung. Tang mane yang ditutup pun tak tahu. Kadang-kadang kita pula rase malu. Ape yang kita perlu buat? Cukuplah menggayakan fesyen ini. Hari Raya ini jadikan ia titik tolak untuk kite pulaukan fesyen jenis begini. Terbang songkok haji pak imam kalu tengok.

Selain dari isu pakaian menjolok mata sedia ada, aku rase pakaian dan fesyen yang bertopengkan kesopanan ini jugalah penyumbang kepada tanda-tanda hari kiamat. Dari aspek agama dah tentu ia harus di tegah kerana tidak menutup aurat secara teknikalnnya Kita mungkin tak sedar, tapi bila dah sarung dibadan, baru tau ia mendedahkan segala-galanya. Jika kita pernah ingat, salah satu tanda hari kiamat adalah seperti pada perenggan No. 4 di bawah :




Kite tengok hari raya ini nanti. Masih adakah fesyen ini. Kalau ade, nampak gayanya, fesyen ini masih digemari dan sudah berbuih agaknye orang menasihati mereka2 yang berkenaan tapi masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kita tunggu...






Langkah Pertama Tony Fernandes Di QPR : Turunkan Harga Tiket Macam AirAsia

Nampak gayanya, Tan Sri Tony Fernandes kita sudah memulakan strateginya dengan langkah pertama menurunkan harga tiket yang melam[au di QPR. Aku percaya, strategi ni akan berjaya sebagai mana strategi AirAsia yang dulu kita sangkakan lekeh tapi sekarang menjadi antara syarikat gergasi dunia. Ikuti petikan akhbar KOSMO dibawah ini :

Menurunkan harga tiket perlawanan akan menjadi tindakan pertama Tan Sri Tony Fernandes (gambar) sebagai bos baru Queens Park Rangers.

Meskipun masih belum dimuktamadkan, pemilik AirAsia itu difahamkan sedia meluluskan pemotongan harga tiket sehingga 25 peratus,

Langkah tersebut bakal menyejukkan hati para penyokong setianya yang berang dengan tindakan rejim terdahulu menaikkan harga tiketnya berikutan kenaikan pangkat QPR ke Liga Perdana.

Mereka yang berhasrat menyaksikan perlawanan di laman sendiri, Loftus Road musim ini perlu mengeluarkan sehingga 72 pound (RM353) untuk sekeping tiket, selepas dikenakan kenaikkan 106 peratus.

Ia angkara pemilik sebelum ini, Bernie Ecclestone dan rakan niaganya, Flavio Briatore yang membuat keputusan untuk memanfaatkan status kelab pada saingan liga utama Inggeris bagi menjana keuntungan.

Tindakan kontroversi berkenaan juga menyebabkan Amit Bhatia, menantu kepada seorang lagi pemegang saham terbesar kelab, Lakshmi Mittal, meletakkan jawatannya sebagai naib pengerusi sebagai tanda membantah.

Pemikiran seorang bisnesman akan memikirkan keuntungan berdsarkan kepuasan hati penggunannya dan itulah yang menjadi intipati bisnes tokei besar Malaysia ini. Adakah QPR ini akan menjadi brand baru kepoada satu syarikat dari Malaysia? Kita tunggu dan lihat.






QPR : Pemain Malaysia Masih Kempunan Untuk Bermain


Nampak gayanya masih kempunan lagilah nak melihat pemain Malaysia beraksi di Liga Perdana Inggeris. Walaupun kita mempunyai kelab QPR kepunyaan Tony Fernandes, walaupun kita mempunyai pemain yang mantap dan cukup bagus dalam saingan BPL itu, walaupun kita mampu memberi penajaan yang tinggi kepada kelab di sana, kita masih lagi KEMPUNAN untuk menyaksikan pemain kita di pentas liga yang paling glamer di dunia itu. Kenapa aku cakap begitu? Saksikan petikan akhbar UtusanMalaysia di bawah :


"Kita kena sedar bahawa untuk beraksi di EPL adalah sesuatu yang mustahil kerana undang-undang yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) hanya membenarkan pemain dari negara yang menduduki ranking dunia 70 ke bawah sahaja untuk bermain di sana," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam. Jelasnya, walaupun tidak dapat beraksi tetapi pemain kebangsaan masih mempunyai manfaat di atas pembelian syarikat Malaysia ke atas kelab tersebut, misalnya mengadakan kem latihan di sana.

"Kita harus akur walaupun menjadi pemilik kelab tetapi kita tidak boleh melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh FA, jadi fokus utama yang lebih realistik adalah menjalani ujian (trial) ataupun berlatih bersama QPR sahaja,'' ujarnya.

Sementara itu, pengurus peribadi Safee Sali, Zakaria Ab. Rahim berkata, terdapat dua alasan yang hampir mustahil untuk menyaksikan Safee muncul sebagai pemain bola sepak Malaysia yang bergaji di EPL iaitu syarat ketat permit kerja bagi warga bukan England dan ranking dunia skuad kebangsaan yang jauh daripada senarai 100 ke bawah.

"Saya dapati Thaksin (Shinawatra, bekas Perdana Menteri Thailand yang pernah beli Manchester City pada 2007) pun tidak mampu menempatkan tiga pemain negaranya (Suree Sukha, Kiatprawut Saiwaew dan Teerasil Dangda) dalam pasukan utama The Citizens.

''Mereka tidak pernah bermain langsung dan ia mungkin kerana kuasa mutlak pengurus pasukan (ketika itu, Sven-Goran Eriksson) yang lebih memahami percaturan permainan," jelasnya.


Dari petikan akhbar dan kata-kata orang besar FAM itu, nampak gayanyan memang belum ada peluanglah kita nak ke arah itu. Bayangkan ranking pasukan kebangsaan kita macam mana? Jauh dari ketetapan ditetapkan FA England tersebut. Setakat berlatih dan berlatih sahajalah jawabnya. Yang pentingnya adalah perlawanan yang kompetatif tapi tak tahulah ape yang boleh dibuat oleh Tan Sri Tony Fernandes kita tu.

Mana tau, disebabkan kuasa saham 66% nya, die mampu menyelitkan seorang dua pemain kita dalam liga tersebut. Kita mempunyai pertalian yang baik dengan mereka termasuk dari aspek politik dan sosio-ekonominya, mane tahu, kite sahaja yang diberi kelonggaran, sape tahu kan? huhu...kite tunggu dan lihat.Ape rezeki yang pemian kite boleh dapat kelak.






Benji Curi Seluar Dalam Wanita?

Inilah Benji yang boleh dikategorikan 'gila seks' kalau dia manusia.

PRAGUE, Republik Czech - Seekor kanggaru yang terlepas daripada jagaan seorang pemiliknya ditangkap kerana mencuri beberapa helai seluar dalam wanita di ampaian di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan jantan itu yang diberi nama Benji dan berusia dua tahun ditangkap polis selepas seorang wanita melihat ke arah tingkap dan mendapati ia mencuri seluar dalam miliknya yang disidai.

Sebelum ditangkap, polis mendapat panggilan daripada penduduk yang mengadu mengenai kehilangan seluar dalam di ampaian baru-baru ini.

Seorang jurucakap polis menjelaskan bahawa pihaknya juga menerima aduan daripada pemilik kanggaru itu bahawa haiwan tersebut telah melarikan diri.

Menurutnya, ketika itu, polis tidak berpendapat bahawa kedua-dua kes berkenaan mempunyai kaitan.

Pemilik haiwan itu, Petr Hlabovic, 35, berkata: "Saya berasa amat lega kerana mendapat semula haiwan itu.

"Pastinya, haiwan itu tidak mendapat tabiat tersebut daripada saya." - Agensi

Sumber : KOSMO






Monday, August 22, 2011

[Video] UFO Di Lebuhraya M11 Essex, Britain?

Lagi video berkaitan UFO yang berjaya dirakam di sebatang lebuhraya di Britain. Kejadian ini berlaku pada 21 Ogos 2011 baru-baru ini. Layankan :







[Video] Kecoh Rakaman Perusuh Di London Rompak Skuter

Sebelum ini kecoh pasal rakaman pelajar Malaysia yang kena tumbuk dan rompak masa rusuhan di London tapi kali ini tak kurang hebatnya. Seorang penunggang skuter yang melalui kawasan perusuh telah di rompak skuternya ketika dia sedang melintas kawasan itu. Ini pun sama tahap dengan trajisnya kesah Asyraf dulu. Saksikan video yang dilampirkan dan petikan akhbar KOSMO di bawah :



CROYDON, selatan London - Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan detik-detik sekumpulan samseng mencuri sebuah skuter yang ditunggang pemiliknya di sini baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku semasa rusuhan yang melanda London ekoran kematian seorang suspek penjenayah, Mark Duggan yang ditembak mati oleh polis.

Dalam kejadian itu, pemilik skuter tersebut pada mulanya berunding dengan sekumpulan samseng yang merusuh di sebatang jalan raya. Pemilik skuter itu kemudian memecut tetapi dia dikejar oleh beberapa perusuh.

Sorang perusuh itu menarik leher pemilik skuter tersebut menyebabkan dia terjatuh. Dia kemudian diheret oleh seorang perusuh ke tepi jalan manakala seorang perusuh lain melarikan skuter tersebut. Detik-detik perusuh itu melarikan skuter tersebut telah dimuat naik ke laman YouTube. - Agensi






CIMB Clicks : E-mail Penipu Berkaitan Perbankan Internet

Aku rase ramai dah yang tahu pasal hal ini dan mungkin ade yang dah tertipu pun tentang email berantai dari kononnya pihak bank tapi entah malaun mane yang mintak kite update personal banking. Pikir logiknya, perlukah kita update ape2 melalui email? Pihak bank tidak akan berurusan ape2 dengan pelanggannya melalui email atau meminta ape2 maklumat tentang kite yang tidak munasabah. Kat sini aku bagi sedikit maklumat tentang penipuan ini yang aku sendiri dapat dari email aku.

Banyak penipuan boleh berlaku tapi yang terjadi dan boleh dijadikan contoh adalah berkaitan CIMB Clicks. Aku percaya, modus operandinya masih sama untuk lain2 penipuan online. Kat bawah ini adalah print screen dari inbox email aku yang aku perolehi dari CIMB Bank kononnye. tajuk memang gempak, ALERT FROM CIMB BANK. Bila kite klik pada email tersebut, paparan seperti berikut akan keluar :

Gambar 1 : Print screen e-mail dari inbox

Paparan ini mengingatkan kita bahawa kita ade masalah dengan CIMB dan kita diberi peringatan notis terakhir. Apa perlu kita buat? Silap2 gelabah, risau takut duit kite jadi ape2 kat dalam tu walhal die nilah punca duit kite jadi ape2 (ayat aku bahasa pasar siot). Biasanya kita nak cepatkan? So die bagi terus url link website CIMB pada email tersebut (seperti dibulatkan) dan kita tanpa pikir panjang akan klik pada link tersebut. Apa akan terjadi?

Apabila kita klik link tersbut, kita KONONNYA akan terus ke website CIMB seperti paparan gambar dibawah tapi sebenarnya kita sudah terperangkap! Satu sahaja lagi langkah kesilapan yang kita lakukan selepas ini akan mengundang PADAH! Perhatikan gambar dibawah, website interface die memang sebijik macam original, kalau tak same pun cume 0.1% sahaja.

Gambar 2 : Print screen website yang kite klik pada email

Perhatikan bahagian yang aku bulatkan, itulah cermin dan identiti yang email atau website ini menipu kite terang2an. Kalau kita tak perasan, kita akan masukan User ID dan password terus ke dalam website penipu ini dan die boleh terus detect akaun kite dan transaksi boleh dilakukan ikut suka mak bapak die. Bahaya bukan? Dibawah ini aku ringkaskan penerangan bulatan pertama dan kedua untuk gambar kedua ini :

  • Bulatan 1 : Menunjukkan URL address website ini bukan website sebenar CIMB Clicks dan tiada sceure network untuk website perbankan (https;//)
  • Bulatan 2 : Amaran yang ditokok tambah dan menunjukkan tindakan cepat kite perlu lakukan untuk update masalah dengan pihak CIMB ini kononnya.
So, berhati2lah pada mereka yang sering menggunakan urusan perbankan online ini. Biasanya kesilapan kita berlaku disini dan baru kite tersedar yang duit kite hilang dan banyak lagi urusan transaksi yang dilakukan diluar pengetahuan kita. Aku harap sedikit makluman dan amaran ini dapat menyelamatkan kite dari jadi mangsa malaun yang celaka ini.






Terima Kasih Nuffnang Atas BE Kali Ke-4 Tahun Ini

Dah masuk 3 minggu tak silap aku, aku tak merasa BE dah sejak 3 BE yang lepas aku dapat tahun ini. Walaupun tak banayk tapi syukurlah. Tup2, semalam aku cek, ada BE baru, Alhamdulillah...terima kasih NUFFNANG atas BE kamu yang ke-4 untuk tahun ini. Bunyi macam banyak kan? tapi collection masih suam2 kuku jer...ape2 kite patut bersyukur, mane tau ade untung lebih skit lagi kan? huhu...






Sunday, August 21, 2011

[Gambar] Nanu Baharuddin Bela Anjing?

Macam2 hal lah dunia artis ni, banyak sangat isu orang kita ini pegang dan bela anjing ni menjadi kontroversi. Memang betullah, alasan dieorang, bukan tak boleh samak, ataupun kalau pegang kering sama kering takpe. Pandai pulak main hukum agama. Kira macam laki orang nak kawin lebih dari satu lah, dalam agama boleh kawin 4. Bila nak kawin 4, baru guna hukum agama.

Ini pulak isu si minah artis Nanu Baharuddin ni, bukan main sayang dia dengan binatang kesayangan dia ni. Entahlah, ini betul ke tak tapi takkan super impose pulak? Siap bawak tido atas katil lagi. Hmm, sensitiviti agama kita makin diperkotak katik. Ini pulak manusia dari seagama kita pun main sensitiviti jugak? apa lah nak jadi..Mungkin ada penjelasan dari minah ni sendiri...layankan...




Sumber : BeautifulNara





[Video & Gambar] Ribut Pasir Di Phoenix Arizona 18/8/2011


PHOENIX, Amerika Syarikat (AS) - Awan debu gergasi menyelubungi bandar raya ini, buat kali ketiga dalam tempoh kurang dua bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Tembok debu menyelimuti kota metropolitan berkenaan Khamis lalu dengan langit bertukar warna coklat manakala jarak penglihatan pula berkurangan sekali gus menjadikan keadaan merbahaya untuk memandu.

Awan debu dikenali sebagai 'Habook' itu turut menyebabkan beberapa penerbangan tergendala selama hampir sejam tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan akibat fenomena tersebut. - Agensi








Saturday, August 20, 2011

[Video] Malapetaka Allah SWT Pada Konsert Pukkepop,Kiewit Belgium 18/8/2011

Baru-baru ini kita digemparkan dengan tragedi ribut taufan yang berlaku ketika satu konsert tahunan di Belgium berlangsung. Ribut yang melanda secara tiba-tiba itu telah mengorbankan 5 nyawa dan lebih 40 cedera. Ikuti petikan dari akhbar KOSMO berikut berkaitan dengan tragedi itu :

Dua buah pentas runtuh dengan sebuah pentas menghempap sekumpulan penonton yang hadir pada konsert tahunan Pukkepop yang diadakan di Kiewit, dekat bandar Hasselt.

Agensi berita Belga melaporkan, beberapa skrin gergasi turut roboh dengan banyak pokok tumbang semasa ribut kencang itu manakala banyak kemah turut runtuh.

"Langit tiba-tiba gelap dan kami berlindung untuk menanti hujan turun. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Angin bertiup amat kencang," kata seorang pengunjung festival itu, Catherine Blaise, menurut akhbar tempatan, Le Soir.

Sebanyak 65,000 orang, sebahagian besarnya remaja, dilaporkan hadir pada festival berkenaan.

Berikut pula adalah video-video yang berjaya di rakamkan oleh peminat konsert pada hari berkenaan. Memang mengerikan. Ini semuanya kuasa Allah SWT, walaupun Belgium bukan negara majoritinya Islam tetapi kesucian Ramadhan sangat-sangat perlu dijaga. Ini kan pula kita orang Islam. Fikir-fikirkanlah. Saksikan video tersebut. Wallahualam.

Kejadian ribut yang mahu mula terjadi dan ketika ini konsert masih berjalan :



Keadaan ketika ribut mula melanda :








Thursday, August 18, 2011

Benjy, Nasib Kau Memang Baik


Pelakon Benjy didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.24 gram yang ditemui di kediamannya di Kondominium Menara Duta 2, tahun lalu. Begitulah keputusan mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman ke atas mamat pelakon yang pernah glamer satu ketika dahulu ini. Entah macam mane bangangnya dia, boleh terjebak dengan kancah musuh no 1 negara, najis dadah!

Gempar seketika satu malaya ni dek kerana kebangangannya bermain taik itu. Bukan kes ini sahaja yang melibatkan artis di Malaysia tapi banyak lagi cuma yang gempar nya kes dia ni adalah penemuan dia atau ketika dia kantoi ditangkap siap di khabarkan dia mempunyai makmal pemprosesan najis itu di rumahnya. Itu yang sedikit havoc tu tapi semuanya itu tinggal kenangan sebab mamat ini masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi ini dan cuma di denda RM5000 sahaja. Ikuti pula petikan surat rayuan dan ala-ala surat simpati diringankan hukuman oleh pihak mamat ini pada mahkamah :

Amer Hamzah sempat membaca sepucuk surat dalam bahasa Inggeris yang ditulis sendiri oleh pelakon drama Kerana Cintaku Saerah itu yang meluahkan perasaannya berhubung masalah kesihatan yang dihadapinya sejak ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor pada tahun lalu.

Dalam surat itu, Benjy menceritakan keadaan pusat tersebut yang menyebabkannya mengalami penyakit asma dan walaupun telah dibebaskan dari tempat tersebut pada Mac lalu, dia terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital selama dua minggu serta menanggung kos rawatan RM65,000.

"Saya mempunyai seorang anak lelaki yang akan berusia lima tahun pada 5 September ini, kanak-kanak itu memerlukan kehadiran saya sebagai seorang ayah, selain menjaga seorang ibu yang menghidap penyakit kanser payu dara tahap keempat," luah Benjy menerusi surat sepanjang tujuh perenggan yang dibacakan oleh Amer Hamzah.

Amer Hamzah mengakhiri rayuannya dengan menyatakan bahawa anak guamnya telah banyak mengalami perubahan ke arah yang lebih baik sejak dihadapkan ke mahkamah.


Huhu...memang trajis surat ini tapi semuanya bila nafsu mengatasi akal. Kalau dia berfikiran macam surat ini sebelum kerja giler ini dibuat kan bagus. Huhuhu...biasalah, dah berlaku baru nak sedarkan? Ramai yang mengharapkan dia sedar dan insaf dan ramai juga yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan. Apa2 pun, dia diberi satu lagi peluang untuk perbaiki kesilapan diri sebelum ia menjadi lagi terlambat.

Sumber : Utusan dan KOSMO






BPL : Akhirnya Tony Fernandes Sah Miliki Queens Park Rangers



Akhirnya sah QPR menjadi hak milik rakyat Malaysia dimana Tan Sri Tony Fernandes yang juga tokei besar AirAsia dan satu kumpulan F1 Lotus telah menjadi bos besar QPR dengan pegangan saham yang lebih besar dari jangkaan sebelum ini iaitu 66% daripada 51%. Fuyoo...pandai betul dia ni melabur, kelab ini pulak dah naik musim ini ke liga perdana. Huh, ape lagi, sape yang rasa nak main BPL mase ni lah perform kaw2 dalam permainan bola sepak tak kira ape peringkat, mane tau kot2 bleh memikat tokei baru ini,huhu...ikuti artikel dari akhbar ini :


LONDON 18 Ogos - Jutawan penerbangan Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes melengkapkan pengambilalihan kelab bola sepak Liga Perdana England, Queens Park Rangers (QPR) di sini. Fernandes, pemilik penerbangan bajet AirAsia, memuktamadkan pembelian itu selepas beroleh 66 peratus kepentingan dalam pasukan London barat yang baru dinaikkan bahagian itu daripada pemilik saham terdahulu, Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore.

Dalam satu kenyataan, Fernandes, 47, yang juga pemimpin pasukan Formula Satu Team Lotus, akan bekerja di samping keluarga Mittal yang mengekalkan 33 peratus kepentingan dalam kelab itu. Fernandes yang menganggapnya seorang peminat West Ham pada Twitternya berkata, dia sejak sekian lama memegang satu ‘tempat lembut’ bagi QPR yang digelarnya sebagai sebuah ‘berlian mentah’. - AFP

Sumber : UtusanMalaysia






[Video] Misteri Dalam Kaabah Terjawab

SELAMA beratus-ratus tahun, soalan apa ada di dalam Kaabah menjadi misteri kepada berjuta-juta umat Islam yang melakukan tawaf mengelilingi ‘Rumah Allah’ itu. Hanya golongan diraja Arab Saudi, pemimpin negara Islam dan orang tertentu dibenarkan memasukinya terutama semasa acara mencuci Kaabah yang dilakukan setahun sekali.

Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan rahsia Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik ke dalam YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang pertama seumpamanya yang boleh ditonton oleh orang ramai.

Sebelum ini, keadaan di dalam bangunan batu yang terletak di dalam Masjidil Haram di Mekah itu sekadar digambarkan dan diceritakan dari mulut ke mulut.

Paparan di dalam video itu hampir menyamai cerita seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd. Don. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.

“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.



Dinding

Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk.

Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.

“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran.

“Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.

“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.

Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah.

Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah.

Tambah Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.

“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada Jurnal.

Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah.

Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.

Kunci

Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).

Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.

Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.

Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya’.

Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.

Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.






Wednesday, August 17, 2011

Polis! Buktikan Anda Bukan 'Kayu' Dalam Menangani Isu Simbah Asid


Semakin menjadi-jadi isu simbah asid ni.Apa agaknya masalah manusia kejam ini? Dah takde kije lain ke? Menzalimi orang yang tidak bersalah. Aku rasa dah hampir cecah puluh orang dah yang kena simbah asid atau cuka getah ini. Terbaru, seorang pemuda berusia 28 tahun. So, sekarang ni dah tak kira orang dah kije die buat. Semua leh jadi mangsa. Mak orang, anak dara,teruna dan mungkin anak2 kecik.

Sedih tengok mangsa yang menjadi cacat seumur hidup, sampai buta mata dibuatnya seperti di Bersamamu TV3 baru-baru ini. Tak kan kita hanya mampu tengok sahaja? Pihak berkuasa tak boleh buat ape2 ke dengan hal ini? Takkan nak kena atas muka kepala anggota polis sendiri baru nak mengamuk? Buktikan yang Polis kita ni mampu selesaikan hal ini. Bersepah2 CCTV aku tengok, bersepah2 polis muda merayap2 menjaga keselamatan awam tapi...Hmm

Memang orang awam kita hanya mampu berserah pada pihak polis kita yang dibangga2kan ini untuk selesaikan hal ini. Anda lah yang terbaik dalam menyelesaikan macam2 isu dan hal di dunia ini so takkan hal kecil simbah asid ini tidak dipandang serius? Buktikan PDRM yang anda bukan nya KAYU dalam hal ini. Tangkap manusia durjana ini dan kenakan tindakan sewajarnya. Setakat tindakan mengikut undang-undang di mana-mana kes melibatkan serangan atau mencederakan mana-mana individu disiasat dan boleh dituduh di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Takkan tu jer tindakannya? Orang yang jadi mangsa cacat seumur hidup tapi yang buat palat setakat penjara 3 tahun pastu denda RM1k...Mboh...Kalau boleh, simbah asid jugak kat muka dia. Baru tau langit tinggi rendah.






Tuesday, August 16, 2011

[Video] Eksklusif Serbuan JAIS Di Gereja DUMC Selangor

Video ini telah di upload di YouTube sejak semalam 15 Ogos 2011 dan kejadian ini aku rasa masing-masing tahu dan masih menjadi isu dan perdebatan hangat. Kejadian yang berlaku di Selangor ini berlaku pada 3 Ogos 2011 dimana isu itu timbul kerana terdapat orang Islam yang turut serta dalam majlis ala-ala kenduri kesyukuran anjuran gereja DUMC. Saksikan :



Isu ini patutnya diselesaikan dengan baik dan dipandang serius. Semoga semuanya berjalan lancar dan kita sentiasa dilindungi olehNYA.





Isu Melayu Islam Dapat Bantuan Gereja : Agensi Zakat Dan Baitulmal Kita Memalukan


Aku terpanggil untuk menulis isu ini dek kerana isu ini agak panas diperkatakan dan masih diperbincangkan dan disiasat oleh pihak polis seperti apa yang berlaku di Selangor. Aku dah nampak perkara ini lama dah cuma entahlah, aku tak paham apa kerja pegawai-pegawai kerajaan di pejabat agama, pegawai-pegawai di pusat-pusat zakat dan semua mereka yang makan gaji dan diberi amanah untuk mengutip zakat dan mengagihkan kepada yang memerlukan.Betul, tak semua macam tu tapi kenapa boleh jadi tak semua? Yang itulah masalahnya.


Korang semua ni memang memalukan. Maaflah kalau ada yang terasa dan inilah hakikat. Tidak kita dari tahap kuli sehingga ke bos-bos besar yang diamanahkan memegang tangunggjawab mengagihkan wang ehsan dan bantuan ini. Korang patut malu dengan mereka (pihak gereja) yang sentiasa mengambil kesempatan dek ekrana keegoaan dan keangkuhan mereka yang berkhidmat di jabatan-jabatan berasakan agama Islam seperti di pusat zakat dan jabatan agama sendiri.

Kemiskinan ibu tunggal sering dijadikan mangsa

Aku pernah terkena sekali, kita bukan main sopan dan berhemah dalam berurusan dengan pejabat agama ini sebab nak kawin lah punya pasal, kalau hal lain takde dah kot. Tapi dilayannye kita ni macam duit hantaran tu mak bapak dia yang keluarkan atau pun macam kita plak nak kawin dengan anak dia. Songkok, ketayap semua kat kepala tapi adab bercakap entah kemana, kemesraan hilang entah kemana. Macam inikah cermin dan contoh yang baik kita perlu tunjukkan kepada mereka yang betul-betul ikhlas mahu mendalami Islam?

Berbalik pada isu pemberian bantuan ini, aku setuju sangat seperti kata seorang pendakwah bebas di berita TV3 semalam yang mengatakan, pegawai-pegawai ini tidak buat kerja. Sepatutnya mereka turun padang, mencari mereka yang memerlukan, bukan duduk goyang kaki di pejabat megharapkan orang yang daif ini menuntut sembah memohon simpati! Ada yang malu, ada yang merasakan mereka mampu sebab itu mereka tidak memohon. Tidak semua yang jenis meminta-minta. Maka, tanggungjawab kita sepatutnya mencari dan membantu mereka.

Dalam hal ini kita patut mencontohi apa yang pihak gereja buat, mereka sendiri turun padang mencari orang yang memerlukan dan lebih amalng lagi mereka yang mahu ditolong itu adalam bangsa seagama dengan kita, ISLAM! Tak malukah kita? Jangan merosakkan institusi zakat ini dengan birokrasi melampau. Berilah kepada yang memerlukan. Masyarakat kita boleh maju dan boleh dihindarkan dari arus kemiskinan jika bantuan-bantuan ini diberikan sebaik-baiknya. Kerajaan sendiri patut sedar. Perkara ini bukan main-main. Satu transformasi patut di laksanakan sebelum kita terlambat dan anak bangsa kita hanyut.






JAKIM Sahkan Mentega Pure Creamery Butter-Golden Churn HARAM Di Pasaran Malaysia


Berikut adalah sebahagian artikel dalam akhbar KOSMO dari pihak JAKIM yang mengesahkan HARAM dan TIDAK HALALNYA butter buatan New Zealand ini di pasaran seluruh Malaysia :

"KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.

"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam."

Maka, secara rasminya ia telah diHARAMkan di Malaysia. Sebelum ini ia telah di HARAM kan di Sarawak dan Johor dan akhirnya ia telah diperakui sendiri oleh pihak pengeluar di New Zealand. MasyaAllah, kita hanya mampu berdoa dan memohon keampunan darinya jika kita dah termakan atau terguna produk ini. Mujur ia akhirnya dapat dikesan, kalau tidak ia akan merosakkan banyak lagi darah daging anak Melayu Islam kita. Semoga menjadi ikhtibar.






Monday, August 15, 2011

Petaling Street 'Keras' : Ada 'Penunggu' Jaga


KUALA LUMPUR: Peniaga di Jalan Petaling, di sini, yang sinonim dengan jolokan ‘syurga’ barangan tiruan seolah-olah ‘kebal’ daripada tindakan apabila menjual barangan itu secara terbuka walaupun kegiatan mereka sudah lama diketahui umum.

Tinjauan Harian Metro di sekitar lokasi berkenaan mendapati hampir semua peniaga di situ menjual pelbagai barangan ‘berjenama’ tidak kira barangan jenama tempatan atau antarabangsa dengan harga amat rendah dengan mendakwa kualitinya serupa barangan tulen.


Ketika ditanya berhubung kegiatan itu, peniaga terbabit berkata, orang ramai mencari pelbagai barangan berjenama terutama pakaian dan kasut kerana tidak mampu membeli di tempat lain kerana harganya mahal di samping kualiti barangan itu hampir sama.

“Serupa saja sama ada barang ‘ori’ atau yang ini (tiruan), malah beli barangan tiruan lagi untung, harga murah, boleh jimat duit. Kalau pakai pun bukan orang nak tengok tulen ke tak yang penting ada jenama,” katanya.

Ada juga peniaga menyalakan pemetik api dan cuba membakar kulit barangan terbabit untuk meyakinkan orang ramai barangan tiruan itu setanding barangan berkualiti.

Lebih mengejutkan, peniaga itu mendakwa pihak berkuasa tidak berani mengadakan operasi membanteras kegiatan penjualan barangan tiruan berikutan tempat itu ada ‘orang jaga’ dan mereka perlu berurusan dengan individu terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan, Mohd Mokhtar Yeop, berkata tiada istilah kebal dalam melaksanakan undang-undang dan peniaga terbabit tidak terlepas tindakan pihak berkuasa.
Katanya, dakwaan kononnya peniaga terbabit kebal daripada tindakan tidak benar kerana pihaknya kerap mengadakan operasi barang tiruan di sekitar kawasan terbabit dan mengambil tindakan kepada peniaga yang gagal mematuhi undang-undang.

“Mereka tidak kebal cuma mereka degil walaupun ratusan kali operasi diadakan dan dikenakan denda. Kami percaya ada dalang di sebalik kegiatan ini yang membekalkan barangan itu supaya mereka meneruskan perniagaan,” katanya.

Sumber : HarianMetro






[Video] Peminat Justin Bieber Yang Meraung Di Mexico

Video berikut menunjukkan peminat Justin Bleber (hahaha) yang meraung taksub kerana kehabisan tiket konsert pada 1 Oktober 2011 ini di Mexico. Tak tahu nak ulas macam mane,tengok jer...








Sunday, August 14, 2011

[Gambar] Penyerang dan Perompak Pelajar Malaysia di London Di Dakwa

Reece Donovan

LONDON – Polis Britain mendakwa seorang lelaki kerana merompak pelajar Malaysia, Muhammad Ashraf Haziq Rosli di sini dalam insiden yang ditonton oleh berjuta-juta orang menerusi klip video di Internet, kata agensi polis Scotland Yard semalam

Dalam klip video berkenaan, Ashraf yang mengalami patah tulang rahang dalam kekacauan di Barking, timur bandar raya ini, dilihat sedang dibantu untuk berdiri oleh beberapa lelaki sebelum mereka sebaliknya meragut barang-barang di dalam beg sandangnya.

Susulan kejadian itu, polis Britain mendakwa Reece Donovan yang berusia dalam lingkungan 20-an dan berasal dari Romford, di sini, kerana merompak Ashraf.

Seorang jurucakap polis berkata, Donovan dihadapkan ke mahkamah lewat semalam.

Dia ditangkap pada Khamis lalu berikutan kemarahan orang ramai berhubung serangan yang berlaku ke atas pelajar Malaysia berusia 20 tahun itu.

Ashraf menjalani pembedahan kerana patah tulang rahang pada Rabu lepas susulan serangan tersebut dan dibenarkan keluar dari hospital pada keesokan harinya. Klip video serangan tersebut ditonton hampir tiga juta kali di laman perkongsian video YouTube dengan insiden itu dikecam Perdana Menteri David Cameron yang menganggapnya sebagai ‘menjijikkan’.

Polis Britain telah menangkap lebih 1,600 orang semasa rusuhan empat hari yang menggemparkan bandar raya ini dan beberapa bandar utama lain di Britain pada minggu ini.
– Agensi






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...