Saturday, July 2, 2011

Padanlah Duit RM5 Polimer Baru Tu Teruk, Ada Orang Celaka Terlibat!

Duit ni jahanam sebab ade manusia jahanam terlibat

Kita selalu bercerita pasal duit RM5 baru ini masa mula-mula bertapak dalam poket dan wallet masing-masing. Selain duitnya yang cantik menggunakan teknologi polimer, rupanya ada satu lagi yang tak syok,duit ni cepat jahanam dan rosak! Mudah sangat koyak,pastu kena salotep pulak.Kadang-kadang kedai sampai tak terima. Koyaknya,rosaknya terlalu mudah tapi sekarang baru aku tahu kenapa jadi macam tu. Nak tau kenapa,baca artikel di bawah :

"KUALA LUMPUR – Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 untuk membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek Percetakan Wang Polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Mohamad Daud Dol Moin, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Bagi kedua-dua tuduhan tersebut, tertuduh didakwa menerima rasuah wang tunai masing-masing RM50,000 daripada ahli perniagaan, Abdul Kayum Syed Ahmad, 62, melalui orang tengah dalam membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek Percetakan Wang Polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam Restoran Dome beralamat G7 Ground Floor, Bangsar Shopping Centre di sini pada 1 Disember 2004 dan 16 Februari 2005."


MOHAMAD DAUD didakwa menerima rasuah (kiri) dan Abdul Kayyum pemberinya (kanan)


Korang fahamkan artikel terbabit? Sebab ada 2 orang manusia celaka makan rasuah lah weh. Manusia macam ni memang patut tampar laju-laju pastu ikat kat pokok dengan letak kerengga. Pernah berkhidmat sebagai Penolong Gabenor Bank Negara tu, makan benda haram lagi.Yang bagi tu dah memang bangang. Beria-ria kerajaan nak basmi RASUAH tapi manusia yang bergelar jerung ini yang celaka. Janganlah duk kejar ikan bilis jer,yang jerung ni sape nak jawab?

Manalah orang tak marah, bila dah pencen atau berhenti,baru nak tangkap dan buat kerja membanteras, itu belum lagi yang tak tahu,belum lagi manusia celaka bertaraf jerung lagi yang makan duit haram tu.Tak sempat tobat, mati eksiden,baru tau kat mane tempat kat akhirat nanti.

Sumber artikel : KOSMO





Friday, July 1, 2011

Imam Muda Musim Ke-2 : Imam Muda Hassan Juara!


Kemuncak Imam Muda malam ini akhirnya di menangi oleh anak muda atau Imam Muda dari Perak iaitu Hassan mengalah Imam Muda Nazrul. Juara Imam Muda musim kedua ini akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

Manakala Naib juara bakal memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi. Alhamdulillah,bertambah lagi Imam-Imam Muda di malaysia ini. Semoga menjadi contoh dan pelapis kepada imam-imam yang lain.







UPDATE! Video Pekerja KFC Pengotor Dan Tiada Adab

Perhatikan apa yang difikirkan oleh 2 orang manusia ini. Tergamak bergurau pasal makanan dan meletakkan tahap makanan itu di kaki dia jer. Bangang punya budak. Benda macam ni tak mustahil berlaku. Kalau boleh aku nak perkara ini disebarkan dan disiasat. Silap-silap tak lalu makan KFC dah...huhuhu



Aku nak update sikit pasal video ini. Terbaru dengar cerita, pihak KFC telah mengesahkan perkara ini sebenarnya berlaku pada tahun 2010. Ini dijelaskan pada komen di Facebook rasmi KFC.Laporan dan sisatan polis telah dilakukan, 2 manusia yang menjadi hero dalam video itu pun telah tidak bekerja lagi dengan pihak KFC. Apa-apapun, jadikan hal ini ikhtibar. Kebersihan harus diutamakan. Tak pasal-pasal dan teruk reputasi. Berikut petikan di Facebook KFC tentang hal ini.






Foto : Benarkah Lebuhraya Kuantan-Gambang Berhantu?

Hari ini sahaja aku dah terbaca dua artikel di akhbar mengatakan kesah lebuh raya Kuanta-Gambang yang penuh dengan misterinya. Kesan dari misteri ini adalah kemalangan jalan raya yang secara tiba-tiba berlaku walaupun mungkin ada alasan lojik yang lain yang mungkin kita tak tahu. Sudah menjadi lumrah, makhluk ghaib ini menjadi punca dan alasan kepada kemalangan ini. Ini tidak mustahil,hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu. Banayk kesah aku dengar cuma aku fokus kan kisah yang berlaku di akhbar hari ini sahaja

Kesah pertama dimana sebuah kereta kancil terbabas ke bahagian tengah lebuh raya.Alasan saintifik diberi kerana keadaan jalan raya yang beralun dan tidak rata mungkin menjadi punca kemalangan. Kemalangan ini tidak mengorbankan nyawa tetapi menurut saksi, kemalangan ini berpunca dari gangguan makhluk halus yang mula glamer di lebuh raya Kuantan-Gambang ini.Kebenarannya hanya Allah yang tahu dan kesah kedua ini lebih menyayat hati kerana ia berserta dengan bukti.Ikuti sebahagian artikel akhbar tersebut :


“Saya demam dua hari selepas melihat imej tiga makhluk itu,” kata seorang penunda kereta, Abdul Mubin Mohamad, 24, yang mendakwa merakam gambar tiga makhluk halus menggunakan kamera digital di Jalan Kuantan-Gambang, berhampiran sebuah tokong, di sini, pada 17 Jun lalu.

Sebagai pekerja separuh masa di sebuah bengkel membaiki kereta yang terbabit dalam kemalangan, antara tugas Abdul Mubin ialah mengambil gambar kereta mangsa sebelum ditunda ke premis majikannya.
“Pada hari itu (17 Jun) kira-kira jam 11.30 malam, ada kemalangan di kawasan berkenaan membabitkan sebuah kereta BMW 5 Siri yang dinaiki empat lelaki dalam perjalanan ke Kuantan.

“Saya berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Gambang untuk ke tandas sebelum isteri menegur mengenai gambar diambil selepas berasa curiga dengan bentuk tiga lembaga yang dirakam.

“Saya membesarkan lagi imej berkenaan sebelum terkejut melihat ‘satu keluarga’ berwajah ngeri dan lengkap berpakaian.

“Makhluk menyerupai wanita itu berpakaian serba putih manakala dua lagi berbaju merah,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, terkejut dengan penemuan makhluk itu yang kali pertama dilihatnya, dia kemudian memberitahu rakannya yang sama-sama berada di tempat kejadian.

Dia berkata, rakannya mendakwa tidak selesa ketika mereka berada di kawasan berkenaan sebelum itu.

Katanya, rakannya turut mendakwa menemui kesan tapak kaki berlumpur berjalan naik ke bumbung kereta yang terbabit nahas itu tetapi enggan menceritakan kepadanya kerana bimbang sesuatu buruk berlaku.

Abdul Mubin mendakwa, ketika merakam gambar berkenaan, dia yakin tiada sesiapa berada di depannya kerana tempat kejadian gelap gelita.

“Saya menunjukkan rakaman itu kepada beberapa rakan lain dan mereka mendakwa objek itu makhluk halus dan ini kali pertama saya merakam gambar sedemikian selepas beberapa tahun bekerja sebagai penarik kereta,” katanya.

Sementara itu, anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Mohd Azwari Abdullah, 31, berkata, dia juga mengalami nasib sama dan demam selepas melihat gambar berkenaan.

“Ketika di tempat kejadian, saya sudah merasa ada sesuatu tidak kena namun saya tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam kereta.

Sumber : Harian Metro


Berikut pula, adalah gambar yang berjaya di tangkap oleh beliau semasa beliau ingin mengambil gambar keadaan kereta selepas kemalangan itu :

Terdapat 3 imej yang kelihatan. Kebenarannya, Allah sahaja yang tahu.

Video Ditujukan Khas Untuk Kesedaran Tentang Kesan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 : AmzCamPro Version (Sebarkan-klik disini)






Rangkuman Video Isu Lynas Oleh Karam Sigh Walia Di TV3

Isu yang dibincangkan ini ke udara di kaca TV3 pada 28-29 Jun 2011 baru-baru ini. Saksikan rangkuman video ketiga-tiga siri ini.








Video Ditujukan Khas Untuk Kesedaran Tentang Kesan Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 : AmzCamPro Version (SEBARKAN-Klik sini!)




Video Rakaman Yang Belum Dibongkar : UFO Di Kuching,Sarawak 4 Mac 2011?

Entah betul atau tidak video ini merupakan rakaman UFO yang didapati di Sarawak atau sejenis layang-layang LED yang pernah glamer suatu ketika dulu?Aku cuba kongsikan sini tetapi penilaian anda buat sendiri,mungkin iya atau mungkin tidak.









Justin Timberlake Beli Laman MySpace : Nasib Baik Kita Beli Friendster


LOS ANGELES – Penyanyi pop, Justin Timberlake merupakan sebahagian daripada pemilik laman rangkaian sosial MySpace selepas dia bekerjasama dengan syarikat Specific Media untuk membeli laman itu pada harga AS$35 juta (RM105.65 juta) daripada syarikat News Corp milik bilionair Rupert Murdoch, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebagai persediaan untuk menerajui MySpace, Timberlake membina sebuah ibu pejabat di sini selain mengambil enam orang pekerja.

“Semasa kami menemui Justin dan ketika kami berbincang mengenai strategi kami, satu persetujuan telah dicapai dengannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Specific Media, Tim Vanderhook.

“Salah satu daripada keghairahannya ialah dia seronok membantu artis lain dan mencipta satu komuniti untuk orang ramai menyuarakan perasaan mereka,” jelasnya.

MySpace pernah digelar sebagai raja laman jaringan sosial tetapi kewujudannya ditenggelamkan oleh Facebook dan Twitter sekali gus membawa kepada kemerosotan pengguna.

Facebook kini dilaporkan bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) manakala ketua pegawai eksekutifnya, Mark Zuckerberg, 27, dilaporkan memiliki kekayaan berjumlah AS$18 bilion (RM54.5 bilion)

Timberlake juga berlakon dalam filem The Social Network yang mengisahkan kehidupan Zuckerberg di Universiti Harvard.

Dalam filem itu, Timberlake memegang watak sebagai presiden pertama Facebook, Sean Parker yang juga pengasas laman stor muzik dan penjual syarikat, Napster. – Agensi





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...