Monday, September 30, 2013

[Video] Benarkah Amerika Syarikat (US) Menjadikan Al-Quran Sebagai Sumber Rujukan Sistem Keadilan Mereka?

Benarkah Amerika menggunakan Al-Quran sebagai sumber rujukan sistem keadilan mereka? Isu ini telah dibongkarkan oleh Mahkamah tinggi Washington (Supreme Court in Washington) dimana ia telah digunakan sejak di zaman pemerintahan presiden US ke-3, Thomas Jefferson lagi. Kita saksikan petikan pendedahan dari video berikut :

Friday, September 27, 2013

Tips Jimat Minyak Dari Amz Campro

Kite dah sedia maklum tentang kenaikan minyak petrol dan diesel 20 sen baru-baru ini dan kite juga sudah sedia maklum sejak sebelum PRU-13 lagi yang minyak akan naik. Dan dalam masa terdekat ini,dikatakan juga minyak akan naik lagi dengan alasan dan sebab2 yang boleh dikatakan agak celaka dari mulut seorang yang dikatakan pakar dan balaci rakyat ini sepatutnya memikirkan cara terbaik supaya tidak membebankan rakyat. Itulah,bile dah diberi muka sangat,begini lah jadinya.

Aku nak share cara tips minyak kepada rakan2 sekalian base kepada pengalaman aku memandu selama hampir 12 tahun dan juga dari maklumat2 tambahan dari tips2 yang pernah di sharekan sebelum2 ini. Tips berikut adalah :

  1. Ade orang kata, kalau tuang minyak full dapat jimat minyak sikit nak dibandingkan dengan tuang sikit2. Ade betulnya tapi bagi aku,aku elakkan tuang minyak full bagi mengurangkan beban pada kenderaan.Biasanya cukup sekadar tuang dalam 60%-70% dari keseluruhan tangki. Tak digalakkan tuang minyak hanya 20%-30% tangki sahaja kerana ini menyebabkan minyak ini akan lebih cepat digunakan dan diserap akibat terlalu banyak ruang kosong dalam tangki.
  2. Kurang beban pada kenderaan.Jangan bawak barang tidak perlu dalam bonet kereta kite. Kerana bile beban terlalu berat,ia akan memerlukan tenaga yang lebih untuk memacu kereta kite.
  3. Tayar standard lebih baik kerana rationya pada kapasiti kenderaan adalah yang paling optimum. Cukuplah zaman kite menukar sportrim bersaiz 16' dan ke atas. Ini akan menyebabkan pertambahan kesan geseran akibat daripada pembesaran dan kelebaran tayar pada permukaan jalanraya.
  4. Jika anda rasakan mematikan enjin kenderaan lebih jimat ketika anda berhenti,anda silap! Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan. Jika kereta anda berhenti atau erti kata lain,enjin dalam keadaan ideal lebih kurang daripada 10-15 minit,anda tidak perlu mematikan enjin kenderaan. Jika enjin dalam keadaan ideal lebih daripada 15 minit, mematikan enjin kenderaan lebih baik. Ini kerana,ketika proses menghidupkan enjin kenderaan,enjin anda mengepam minyak lebih banyak daripada biasa. Maksudnya, kalau anda mahu singgah 4 ke 5 tempat tapi sekejap2,memadai tidak mematikan enjin kenderaan jika dibandingkan anda kena hidupkan kenderaan 4 hingga 5 kali.
  5. Penggunaan air-cond dah biasa. Nak lagi jimat jangan pakai air-cond tapi siapa tahan kan? hahaha...So,pastikan tahap sejuk air-cond kenderaan anda jangan berada pada kedudukan full. Cukup sekadar separuh atau maksimum 60% daripada keseluruhan suhu penyejukan.
  6. Tuang minyak pada suhu sejuk atau dingin juga ade munasabahnya. Kerana ketika itu suhu sekeliling dan tangki berada dalam keadaan selesa dan tenang. Ini mengurangkan minyak kite tersejat lebih banyak. Pastikan kite dapat tuang minyak pada ketika awal pagi atau leat petang atau malam.
  7. Tuang minyak juga,pastikan dalam keadaan konsisten. Jangan terlalu laju dan jangan terlalu perlahan. Ini ade munasabahnya juga.
  8. Teknik pemanduan juga kena betul dan lebih berhemah. Ini berbeza untuk kereta bertranmisi automatik dan manual. Pada transmisi manual,anda sebenarnya sepatutnya dapat menjimatkan lebih baik daripada transmisi automatik. Pastikan timing masuk kereta anda sentiasa betul dan tidak sehingga enjin mengaum baru nak masuk. Jika automatik,jangan push enjin sekuat2nya untuk mempercepatkan kemasukan gear. Layankan sahaja sehingga ia masuk secara semulajadi. Penggunaan minyak yang sia2 kebanyakkannya berlaku ketika kemasukan gear.
  9. Jika memandu untuk perjalanan jauh,halaju kereta yang konsisten akan lebih menjimatkan minyak jika dibandingkan dengan pemanduan yang macam nak pergi berlumba. Elakkan pemanduan dengan halaju lebih daripada 110 km/j kerana kebanyakkan kenderaan sekarang,jika kite memandu lebih daripada kelajuan itu, sistem ignition kereta kite sudah berada pada tahap penggunaan minyak yang lebih tinggi.
  10. Servis kenderaan anda dengan konsisten. Cukuplah sekadar ape yang patut sahaja. Jangan lupa,air-cond juga perlu diservis kereta ia saling berkait dengan beban enjin.

[Gambar] 3 Model Nissan Antara Di Tarik Balik Seluruh Dunia

Model Infiniti-M
TOKYO - Syarikat pengeluar kereta Jepun, Nissan Motor Co. mengumumkan, pihaknya menarik balik sejumlah 908,900 kenderaannya di seluruh dunia semalam kerana kerosakan pada sensor pemecut.
Masalah tersebut boleh menyebabkan kenderaan bergerak perlahan dan enjin kenderaan gagal berfungsi.
Menurut Nissan, sensor itu dikeluarkan di Jepun.
Model Mini Serena
Penarikan semula itu dilapor membabit- kan model van mini Serena, kereta mewah Infiniti M, kenderaan utiliti sukan X-trail dan beberapa model lain. Bagaimanapun, setakat ini belum ada la- poran kemalangan atau kecederaan berhu- bung masalah tersebut. Firma yang berpangkalan di Yokohama menyatakan bahawa kebanyakan kenderaan yang dipanggil balik melibatkan Jepun, Amerika Utara, Eropah dan Oceania. - AP


Model X-Trail

Amz Campro berkata :

 Selalu jugak aku dengar pasal model kereta yang ditarik balik oleh pengeluarnya akibat daripada laporan kerosakkan teknikal pada model tersebut. Pengeluar yang mengeluarkan arahan ini bukan kecik2, Honda, Volkswagen, Toyota dan yang terbaru Nissan. Kerosakan dilaporkan kebanyakkannya dari aspek teknikal. Kenapa ini berlaku? Biasanya ia berlaku pada model2 baru yang masih dalam tempoh percubaan pada teknologi baru yang baru digunakan.

Penarikan ini pula melibatkan hampir keseluran production pengeluaran model terbabit. Ini kerana, kebanykkan kereta golongan pertengahan ini menggunakan konsep mass production iaitu pengeluaran secara pukal dan banyak dan tertakluk pada  piawaian yang sama setiap pengeluaran. Maksudnya, jika kesilapan teknikal berlaku semasa proses penyambungan, ia akan melibatkan keseluruhan proses penyambungan pada setiap kereta yang dikeluarkan. Ini kerana,prosesnya menggunakan sistem komputer sepenuhnya.

Berbeza pula kereta mewah seperti Bently, Ferrari dan Lamborghini misalnya. Pengeluarannya menggunakan kaedah manula dan kualitinya lebih terjamin kerana pengeluarannya terkawal pada setiap peringkat dan tidak dikelurkan secara pukal dan terlalu banyak dalam masa yang singkat.

Ape2 pun,kesilapan ini memang akan berlaku. Cuma bagaimana syarikat pengeluar itu untuk membaiki semula kepercayaan pengguna sahaja yang memainkan peranan untuk mereka terus berdiri gah di mata pengguna dan peminat automotif dunia.

Wednesday, September 25, 2013

[Video] Bini Mat Yo Vs Pengawal Keselamatan - Komen Amz Campro

 Video detik pertengkaran bini Mat Yo ketika di Subang Airport

Subang Jaya: “Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen.” Itu kata Siti Aisya Adam, 24, isteri penyerang bola sepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha, 27, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo.

Insan2 yang tibe2 mencetuskan fenomena


Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harian Metro semalam untuk mendapat penjelasan berhubung klip video dia bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan yang tersebar dengan meluas di Internet sejak malam kelmarin. Difahamkan, adegan pertengkaran Siti Aisya dengan pengawal keselamatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang, di sini, berlaku di pekarangan lapangan terbang berkenaan pada 12 September lalu.

Sehingga jam 7 malam semalam, rakaman video berdurasi 55 saat itu ditonton hampir 100,000 pelayar Internet di laman YouTube, selain menjadi topik hangat di laman sosial facebook (FB), malah ada pihak yang turut membuat video parodi (meniru secara mengejek) isteri Mat Yo. Ketika ditanya kepada Siti Aisya, sama ada dia memuat naik rakaman video pertengkaran itu ke Internet, dia enggan mengakui atau menafikannya.


Video eksklusif temuramah dengan pengawal keselamatan
 
Amz Campro berkata : 

Isu bini Mat Yo ini sebenarnya sudah lama berkisar dalam alam maya sejak mamat ni bermain dengan TRW lagi. Atau senang cite,sejak mereka berdua bermain. Bini die ni terkenal dengan mulit yang tiada insuransnya dan seolah-olah tidak memikir ape yang die cakap dan die komen. Dalam Facebook misalnya,telah sekian lame ditubuh kan laman khas mengutuk bini Mat Yo ni dek kerana sikapnya yang dianggap lebih kuah dari sudu.

Tapi sejak akhir2 ni, tersebar pula video yang menunjukkan aksi pertengkaran yang boleh diklasifikasi kan agak ganas apabila ayat2 yang dituturkan keterlaluan dan boleh dianggap kurang ajar pada seorang hamba Allah yang hanya menjalankan tugas hakikinya walaupun telah diberi peluang dan kelonggaran. Aku ade paparkan video pertengkaran mereka berdua ini dan hanya disaksikan Mat Yo tanpa ape2 perasaan. Kejadian ini lebih memihak kepada pakcik ini kerana ia nampak lebih tenang.

Dan aku ade paparkan pula video luahan perasaan pengawal keselamatan tentang kejadian ini. Kite tak tahu hal sebenar ape yang berlaku. Tapi ape yang kite tahu, bini Mat Yo memang dah terkenal dengan sikapnya yang over acting dek kerana STAR nya lakinya bermain bola cuma kite terkilan pada sikap yang ditunjukkan Mat Yo dalam menyelesaikan hal ini. Mat Yo seolah2 meredhai pertengkaran kebudak2kan mereka berdua.Aku tabik pada pakcik ini, die betul2 sabar melayan karenah manusia seperti ini.
Pengawal keselamatan ini pula kita mengharapkan ia menjalankan tugasnya dengan betul. menegur dengan penuh kesopanan misalnya. Bukan ape,aku pun banyak kali terkena dengan pekerja2 atau kakitangan2 yang bersikap biadap ni cuma mungkin aku jenis yang bukan cepat melenting tak tentu pasal macam bini Mat Yo...haha...Korang bayangkan satu kes ni berlaku di PEJABAT AGAMA DI SEBUAH NEGERI DI PANTAI TIMUR. Kerana urusan ingin mendaftar pernikahan dan perkahwinan,aku di layan seperi orang nak kawin lari.

Ape, die ingat aku ni kawen 2 3 kali ke kena faham tentang prosedur? Sebab tu aku tanye,macam mane nak setel kan hal ni tapi di balas dengan muke dan kate2 yang seolah2 xde ilmu adab walaupun bekerja di pejabat agama. sebab nak kawen,aku telan jerlah....hahaha...Kat bawah ni video yang dikatakan seorang anggota polis berbahasa agak kasar dan ade orang kate die tegas tapi kite tak pasti mane betul.


Cume ape nak aku nasihatkan dan komen disini. Tolong lah buang sikap panas baran, provokasi melampau tak kiralah ko sape. Ko anak raja ke,ko anak VVIP mane ke,ko orang berkuasa ke tapi akhirnya kita tetap di masukkan di liang lahad dan berdindingkan tanah yang sama. Jangan angkuh dan sombong tentang hal duniawi. Bila kite di atas,bile2 sahaja kite boleh jatuh. Ingat perkara ini. Kepada pak2 menteri,orang2 kaya di atas sana,ini lah teguran dari orang2 di bawah yang dah lame tersepit dek kerana ingin meneruskan kehidupan yang semakin menyesakkan. jangan di tambah dengan sikap jahil dan tindakan tanpa menggunakan akal dan fikiran yang diberi oleh NYA.

Wednesday, September 18, 2013

[Video] Sinopsis Filem Ustaz,Mu Tunggu Aku Datang!

Mula2 aku tak percaya ini filem,dah lame dengar bunyi2 cerite ini akan lahir ke dunia tahun ni. Bukan ape,ustaz kegilaan ramai di Malaysia sekarang ni dikatakan akan membintangi filem ini. Sape lagi,Ustaz Azhar Idrus lah...Bintang lain adalah kumpulan lawak yang lahir dari program Raja Lawak iaitu kumpulan Shiro. Filem ini dijangkakan akan ditayangkan pada 28 November 2013 ini. 


PELAKON: Ustaz Azhar Idrus Shiro, Along Eyzendy, Mikael Andre dan Zalif Sidek.
PENERBIT: Metrowealth Pictures Sdn Bhd (MIG)
PENGARAH: Pierre Andre
TAYANGAN : 28 November 2013

SINOPSIS FILEM INI
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.

Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.


Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.

Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah.

[Video] Benarkah Ini Penampakan Malaikat Di Syria?

Peperangan saudara di Syria betul2 memberi kesan mendalam kepada kita sebagai umat Islam.Pelbagai seksaan dan kekejaman dari pihak tentera kerajaan mereka yang menindas rakyatnya sendiri dengan menggunakan kekerasan tanpa mengira usia. Kita semua dah sedia maklum tentang perkara ini cuma kat sini,aku sempat jumpa 2 video keadaan di mana hura-hara ketika peperangan itu berlaku.

Menarik tentang kedua-dua video ini adalah, ia dikatakan mempunyai cerita dan misteri sendiri iaitu penjelmaan lembaga misteri ketika pertempuran sedang berlaku. Lembaga itu dikatakan jelmaan malaikat Allah dalam membantu para mujahidin. Adakah ini benar? Perkara ini tidak mustahil dan ia pernah berlaku ketika peperangan zaman Rasulullah dan para sahabat. Kita saksikan dan nilaikan : 

Kedudukan Terkini Watson Piala Malaysia 2013-18 September 2013


Tuesday, September 17, 2013

[Video] Filem Terbaru Robocop 4 Akan Menemui Anda Di Pawagam 2014


Aku antara peminat setia jugak filem Robocop ni,sejak dari zaman buadak2 lagi. Hehehe...Robocop ni kire fenomena jugaklah satu masa lalu,kirenye macam cite Upin Ipin zaman sekarang lah,heheh...penah sekali aku beria nak tengok Robocop ni depan mate,mase dieorang jelajah dunia dengan costume Robocop ni.
Memang nampak real. Lame dah cite ni takde kesinambungan dan tup2 Robocop ni muncul balik dan filem terbarunya adalah ROBOCOP 4 yang dijangka dilancarkan pada tahun 2014. Robocop ni remake balik dimana asal usul Robocop ni terjadi daripada Police Officer Murphy.Trailer awalnya dah keluar dan mari kite saksikan. Rupanya dah sedikt berubah lah sebab teknologi dan canggih sikit kan sekarang,heheh...layankan : 

Friday, September 13, 2013

[Gambar] Isu Analisis Penggunaan Minyak Dalam Sebulan Daripada Seorang 'Menteri' Di Astro AWANI

Analisis penggunaan minyak rakyat dalam sebulan seperti terpapar di Asto AWANI

Tersebar luas gambar yang di snap di kaca televisyen berkenaan analisis penggunaan minayk RON95 oleh rakyat Malaysia sebulan daripada seorang balaci rakyat bergelar menteri dan dianugerah Datuk iaitu Datuk Ahmad Maslan. Apa yang dipaparkan adalah hanya mengikut tahap pendapatan isi rumah yang dipecah menjadi 2 kategori iaitu RM3000 dan ke bawah dan RM5000 dan keatas.

Analisis yang dijalankan ini seperti seolah2 tidak masuk akal malah menjadi bahan gelak ketawa orang ramai yang rata2nya boleh mencongak dengan kepala sahaja. Dari mana ia diperolehi? Bagaimana mereka2 ini mengiranya? Analisis aku pulak ikut kepala dan logik akal aku jugaklah,heheh...

Aku anggap mereka ini hanya menggunakan kenderaan yang kereta biasanya mempunyai 1500cc ke bawah seperti VIVA,Saga dan Myvi dan yang berkerja mungkin seorang. Kalu berkerja 2 orang pun, paling tinggi seorang gajinya RM1500. Kereta sebijik dalam cc yang disebutkan tadi biasanya menggunakan minyak bergantung kepada pergerakan kenderaan. Kalau kita bergerak jauh tapi berterusan, minyak RM50 atau lebih kurang 26.3 liter (ni sebelum naik 20sen) biasanya boleh guna +- 350km. Tapi kalau main jalan bandar dengan jem lah, trafic lite lah, melayan keta2 sengal dijalan raya lah, biasanya kita leh guna pun maksimum 200km sahaja.

Simple calculation : Aku boleh masuk dalam kategori untuk RM5000 dan ke atas sebab laki bini kerja so kiraan ringkas aku begini :

Aku guna RM50 seminggu = 23.8 liter untuk kereta 1600cc.
Maka, sehari  aku guna 3.4 liter. Ini rutin perjalanan setakat ini,tak termasuk jalan2 makan angin.
Makanya, sebulan aku guna 30 X 3.4 liter = 102 liter bersamaan dengan RM214.20 lebih kurang. Nak kira mudah RM 50 X 4 minggu pun dah RM200 sebulan. So,untuk kategori kedua ade logiknya bagi certain2 kes dan tempat. Tapi ade certain2 kesnya, ia tak logik juga.

Bagi kategori RM3000 dan ke atas pula lebih kepada TIDAK LOGIK dek akal. Majoritinya aku rasa analisis ini mengira secara purata dan responden yang digunakan tidak cukup dan  ia memberikan hasil yang tidak munasabah. So, mana datangnya RM132 sebulan seperti menteri tersebut katakan? Aku leh anggap mudah, pengguna ini mungkin menggunakan kenderaan bermotosikal semata-mata untuk ke tempat kerja dan mungkin menggunakan kenderaan seperti kereta pada ketika hujung minggu sahaja. Itu mungkin logik tapi kite dah boleh nampak kesusahan dan ketidakselesaan rakyat dalam menanggung kos perjalanan setiap hari.

Kesimpulannya, analisis yang ditunjukkan kan ini kurang cerdik sebenarnya. Sepatutnya hasil dapatan ini di pukul canang juga dan bagaimana ia diperolehi. Kalau setakat responden seribu ke 2 ribu jer, ia tidak valid digunakan. Responden sepatutnya mengikut tempat kerja, komitmen pekerja (hantar anak sekolah,tadika,tuisyen,rumah pengasuh dan sebagainya) kenderaan yang digunakan selain dari isi rumah sahaja. Sekian.


Thursday, September 12, 2013

[Gambar] Anak Kesayangan Maut Di Langgar Kereta

Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.

“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.”

Keadaan bapa mangsa yang masih tergamam tentang apa yang berlaku
Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.

Jelas kelihatan tempat kejadian dimana kesan percikan darah di dinding
Mohd Ali berkata, sebelum kejadian, anak keempatnya, Aiman Yasin, dipercayai mengambil kunci kereta miliknya tanpa disedari ahli keluarga lain.

Keadaan mangsa yang maut ditempat kejadian
Sumber : myMetro

Amz Campro berkata :

Takziah diucapkan kepada keluarga ini kerana kehilangan anak kesayangan mereka yang baru berusia 2 tahun dek kerana tindakan diluar jangkaan abangnya yang baru berusia 4 tahun yang bertindak mengambil kunci kenderaan ayahnya dan menghidupkan enjin kenderaan tersebut lalu menyebabkan kejadian ini berlaku.

Bagi aku, perkara begini kerap berlaku dan kadang2 kita terlepas pandang tentang kecuaian yang mungkin berlaku. Pengalaman aku pun,anak aku yang berusia 4 tahun pun dah pandai start enjin kereta sendiri dan tahu tentang gear auto yang biasa kita gunakan. Perkara macam ni yang sentiasa merisaukan kita. Oleh itu,elakkan meninggalkan anak2 kecil kite duduk bersendirian dalam kenderaan kite. 

Jika ade penjaga dlm kereta sekali pun, pastikan mereka tidak bermain di bahagian pemanduan dan enjin kereta mesti dimatikan. Budak2 sekarang sudah bijak. Mereka belajar dari pergerakan kite. Imaginasi mereka juga semakin tinggi. Hanya kita sahaja yang mampu cuba mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Yang lain,kite berserah pada Nya/ Al-Fatihah.

Wednesday, September 11, 2013

QS World University Rankings 2013/2014- Komen Amz Campro

Heboh sekarang ini,ramai yang mempertikaikan kredibiliti universiti-universiti tempatan terutamanya berstatus IPTA yang semakin merudum rankingnya didunia. Kenapa jadi begini? Universiti tertua yang ada di Malaysia pun di ranking 167 dunia. Hanya ada 7 sahaja IPTA yang masuk ranking ini.Itupun jauh tertinggal. Bagi aku yang jahil ini,tidak bertitle,tidak berPhD,tidak berstuts profesor mahupun keahlian profesional dalam akademik,aku boleh nampak beberapa perkara yang banyak mengganggu kepada peningkatan taraf universiti kita di Malaysia ini. Antaranya adalah :
  • Jumlah bilangan tenaga pengajar dan penyelidik yang mempunyai tahap pendidikan tertinggi masih rendah. Kalau entitle PhD atau profesor pun boleh dinilai kualitinya.
  • Terlalu dikongkong oleh dasar2 kerajaan yang sememang jumut dan di sekat oleh mentaliti politik yang kadang2 menjengkelkan.
  • Apabila ada ahli akademik yang berkualiti dan sedaya upaya cuba membangunkan kualiti sesuatu universiti itu,ia disekat oleh mentaliti pekerja2,pensyarah2 bawahan yang sudah selesa dibawah yang hanya menunggu gaji tiap2 bulan dan bonus yang sentiasa di mohon CUEPACS..heheh...
  • Elaun dan kerja admin yang dilakukan ahli akademik yang tidak setimpal dengan kerja yang dikerah oleh orang atasan juga menjadikan langkah pembangunan taraf universiti ini terbantut.
  • Kekurangan hasil penyelidikan yang menjadi rujukan dunia (citation) juga menjadi faktor. Aku nampak,sesetengah ahli akademik di Malaysia ini cukup KEDEKUT dengan ilmu yang mereka ada. Mereka terlalu susah untuk berkongsi ilmu.
  • Penyelidikan yang dijalankan seolah2 sia2 sahaja kerana tidak di komersialkan atau dipukul canang di selruh dunia. Sepatutnya,ada badan atau kerajaan sendiri bertindak dalam memabntu perkara2 berkaitan dengan merealisasikan hasil2 penyelidikan ini. Kita mampu menyelidik dan merekabentuk setanding dengan penyelidikan luar tetapi dipandang sepi dinegara sendiri.
  • Minda dan pergerakan pelajar/mahasiswa di Malaysia tidak perlu dikongkong dengan hal2 berkaitan politik sahaja.Ia perlu diterjemahkan dalam hakikat sebenar dan mampu diguna pakai apabila tamat pengajian kelak.
Itulah serba sedikit komen aku yang jahil ini. Mungkin betul,mungkin tidak. Kita ade hak untuk mengkritik dan menegur. Bukan hanya menerima bulat2 sahaja. Jadikan tahun2 mendatang sebagai penilaian yang terbaik dalam meningkatkan kualiti universiti kita. Sebelum mengakhiri celoteh ini,saksikan ranking terbaru tersebut di sini :


Friday, September 6, 2013

[Video & Gambar] Jam Tangan Pintar SAMSUNG Galaxy Gear Akhirnya Lahir Ke Dunia


BERLIN - Syarikat teknologi terkemuka dunia dari Korea Selatan, Samsung semalam memperkenalkan gajet yang ditunggu-tunggu ramai iaitu jam tangan pintar. Jam tangan digital itu didedahkan beberapa minggu lebih awal berbanding pesaing utamanya, Apple yang dijangka menawarkan peranti hampir sama.


Dikenali sebagai Galaxy Gear, ia diperkenalkan di sini, pada acara pameran elektronik tahunan Internationale Funkausstellung (IFA) kelmarin. Menurut Samsung, Galaxy Gear boleh bertindak sebagai peranti tambahan kepada telefon pintar. Ia berfungsi memberitahu pengguna mengenai panggilan dan mesej yang diterima menerusi paparan skrinnya bersaiz 1.63 inci.

Pengguna juga boleh membuat panggilan tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar mereka.
Galaxy Gear dilengkapi satu kamera asas. Ia juga boleh menggunakan aplikasi seperti Twitter dan RunKeeper. Peranti yang dikuasakan oleh Android itu akan mula dijual mulai 25 September depan di kebanyakan negara pada harga AS$299 (RM988) seunit. Para penganalisis teknologi berpendapat jam tangan pintar itu akan menjadi hadiah yang mesti dimiliki pada musim cuti pada tahun ini. - AP

Thursday, September 5, 2013

[Gambar] Bila Kereta Ini Nak Jual?


DAEJEON, Korea Selatan - Dengan hanya satu klik pada telefon pintar anda, kereta prototaip elektrik, Armadillo-T buatan Korea Selatan mampu memarkir dan melipatkan dirinya di ruang tempat letak kereta, sekali gus memberi lebih ruang di bandar-bandar yang sesak.


Kereta unik berkapasiti dua tempat duduk itu dinamakan sempena nama tenggiling. Prototaip itu bagaimanapun mungkin tidak dikeluarkan. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada trend pembangunan kenderaan mesra alam untuk kawasan bandar. Kereta tersebut mampu bergerak sejauh 100 kilometer selepas dicaj selama 10 minit dan boleh memecut selaju 60 kilometer sejam.

Apabila hendak diparkir, bahagian hadapan Armadillo-T mampu melipatkan diri sehingga mencecah ukuran 1.65 meter. "Kereta ini boleh diletakkan di setiap sudut di jalan raya dan bangunan sama ada pangsapuri, pusat beli-belah atau pasar raya," kata Profesor Suh In-soo dari Institut Sains dan Teknologi Lanjutan Korea yang mengetuai pembangunan kereta berkenaan.

In-soo menggantikan cermin sisi dengan beberapa buah kamera digital kecil yang memaparkan bahagian belakang dan sisi kereta.
Satu sistem komputer berasaskan aplikasi Windows akan berkomunikasi dengan telefon pintar pemandu. Ini membolehkan kereta unik itu meletakkan dirinya di tempat letak kereta yang disediakan. - Reuters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...