Tuesday, April 14, 2009

Surat Terbuka AmzCamPro Kepada YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib

AmzCampro
Kuantan,
Pahang Darul Makmur
http://amzcampro.blogspot.com

Kepada,

Y.A.B Dato’ Sri Najib Bin Tun Hj Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

14 APRIL 2009

Dato’ Sri,

Per: PANDANGAN DAN HARAPAN KEPADA DATO’ SRI BAGI PEMBANGUNAN PENDIDIKAN PAHANG

Di sini saya sebagai seorang rakyat biasa yang mewakili penduduk negeri Pahang khususnya dan rakyat Malaysia amnya ingin meminta jasa baik Dato’ Sri supaya dapat menimbangkan cadangan dan pandangan saya ini demi kebaikan rakyat negeri Pahang.

2. Terlebih dahulu,sekali lagu ucapan tahniah dari saya diatas perlantikan Dato’ Sri sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 yang merupakan anak jati Pekan,Pahang semoga Dato’ Sri dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sekalian rakyat dan ini mendorong saya memberi surat terbuka ini kepada Dato’ Sri. Saya sebagai rakyat Pahang yang telah bermastautin selama 11 tahun disini ingin memberikan sedikit pandangan dan cadangan setelah sekian lama menetap di sini yang sebelum ini berasal dari negeri Johor, negeri kelahiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.

3. Pembangunan prasarana di Pahang terutama sekali di Kuantan amat perlahan dan perlu diberikan perhatian terutama dalam bidang pembangunan sumber pendidikan rakyat Pahang sebelum ia tertinggal lebih jauh. Memandangkan saya sebahagian daripada pendidik yang berkhidmat untuk anak jati bangsa, ia menjadi sesuatu yang saya nampak perlu diberi perhatian. Sudilah apa kiranya Dato’ Sri menimbangkan pembangunan perpustakaan negeri yang agak daif dan menambahkan lagi perpustakaan mini di negeri ini. Ia amat mendukacitakan saya kerana kemudahan seperti ini sepatutnya tidak dilupakan. Sejak saya mula menjejakkan kaki ke negeri ini 11 tahun dahulu sehingga sekarang, perpustakaan negeri ini amat memalukan kita sebagai rakyat negeri Pahang. Kemanakah peruntukan kerajaan untuk pembangunan pendidikan negeri ini?

4. Pembangunan prasarana dan infrastruktur institusi-institusi pengajian tinggi di negeri Pahang juga amat mendukacitakan. Satu-satunya universiti awam yang berada di negeri Pahang iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mendapat kritikan hebat dengan menduduki carta terendah IPTA di seluruh negara. Ini tidak termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Pahang atau kolej-kolej bersekutu MARA seperti Kolej Poly-Tech Mara, Kolej Profesional Mara, UiTM cawangan Pahang dan sebagainya. Di cadangkan supaya institusi pengajian tinggi sedia ada yang lebih bercirikan negeri Pahang iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), IKIP International College (IIC), Kolej PSDC (Pahang Skill Development Centre),Kolej Shahputra dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) terus dibangunkan dan dinaiktarafkan lagi demi kemajuan negeri Pahang teutama dalam sektor pendidikan.

5. Sebelum mengakhiri surat ini,sudilah juga apa kiranya Dato’ Sri memberi penjelasan yang lebih cepat dan jitu mengenai pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) kerana ia akan menjadi isu yang agak besar jika ia terus didiam dirikan dan rakyat terus dihimpit dengan tanggapan buruk oleh pihak yang ingin menggunakan peluang ini sebagai memburukkan lagi kepimpinan kerajaan yang baru setahun jangung ini kerana kementerian itu berkait rapat dengan golongan bumiputera sendiri. Saya juga berharap, harga pasaran minyak dapat dikaji semula memandangkan rebat tunai sudah dimansuhkan atau sekurang-kurangnya ia dijelaskan kepada rakyat. Tidak lupa juga isu PTPTN tentang caj perkhidmatan 3% menjadi 1% yang masih mengelirukan sesetengah peminjam yang telah dahulu membuat peminjaman supaya diseragamkan.

Akhir kata,pandangan dan harapan saya ini mungkin menjadi harapan dan pandangan rakyat yang lain juga. Saya sudahi surat saya ini dengan jutaan terima kasih dan harapan menggunung rakyat negeri Pahang khususnya dan seluruh negara amnya.

Sekian,

Yang benar,

(AMZCAMPRO)
http://amzcampro.blogspot.com

2 comments:

Hanggokan said...

pasal perpustakaan...koi sokong bebenor. kecik dan daif! warga membaca, warga berjaya beb.

last skali...aku tak nampak pon kat kuantan nih ada prasarana yg bercirikan teknologi canggih. mungkin kerana kuantan belum dinaik taraf kepada bandaraya? kahkahkah!!

kudabesi said...

sokong..

dah-dah la datuk tabur duit kat negeri yang belum tentu lagi hargai

tingkatkan la pendidikan di pahang ni bersama-sama pembangunan, malu la dgn negeri lain

jangan la dibiarkan kawasan luar bandar ada masalah keperluan asas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...