Thursday, September 12, 2013

[Gambar] Anak Kesayangan Maut Di Langgar Kereta

Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.

“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.”

Keadaan bapa mangsa yang masih tergamam tentang apa yang berlaku
Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.

Jelas kelihatan tempat kejadian dimana kesan percikan darah di dinding
Mohd Ali berkata, sebelum kejadian, anak keempatnya, Aiman Yasin, dipercayai mengambil kunci kereta miliknya tanpa disedari ahli keluarga lain.

Keadaan mangsa yang maut ditempat kejadian
Sumber : myMetro

Amz Campro berkata :

Takziah diucapkan kepada keluarga ini kerana kehilangan anak kesayangan mereka yang baru berusia 2 tahun dek kerana tindakan diluar jangkaan abangnya yang baru berusia 4 tahun yang bertindak mengambil kunci kenderaan ayahnya dan menghidupkan enjin kenderaan tersebut lalu menyebabkan kejadian ini berlaku.

Bagi aku, perkara begini kerap berlaku dan kadang2 kita terlepas pandang tentang kecuaian yang mungkin berlaku. Pengalaman aku pun,anak aku yang berusia 4 tahun pun dah pandai start enjin kereta sendiri dan tahu tentang gear auto yang biasa kita gunakan. Perkara macam ni yang sentiasa merisaukan kita. Oleh itu,elakkan meninggalkan anak2 kecil kite duduk bersendirian dalam kenderaan kite. 

Jika ade penjaga dlm kereta sekali pun, pastikan mereka tidak bermain di bahagian pemanduan dan enjin kereta mesti dimatikan. Budak2 sekarang sudah bijak. Mereka belajar dari pergerakan kite. Imaginasi mereka juga semakin tinggi. Hanya kita sahaja yang mampu cuba mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Yang lain,kite berserah pada Nya/ Al-Fatihah.

Wednesday, September 11, 2013

QS World University Rankings 2013/2014- Komen Amz Campro

Heboh sekarang ini,ramai yang mempertikaikan kredibiliti universiti-universiti tempatan terutamanya berstatus IPTA yang semakin merudum rankingnya didunia. Kenapa jadi begini? Universiti tertua yang ada di Malaysia pun di ranking 167 dunia. Hanya ada 7 sahaja IPTA yang masuk ranking ini.Itupun jauh tertinggal. Bagi aku yang jahil ini,tidak bertitle,tidak berPhD,tidak berstuts profesor mahupun keahlian profesional dalam akademik,aku boleh nampak beberapa perkara yang banyak mengganggu kepada peningkatan taraf universiti kita di Malaysia ini. Antaranya adalah :
  • Jumlah bilangan tenaga pengajar dan penyelidik yang mempunyai tahap pendidikan tertinggi masih rendah. Kalau entitle PhD atau profesor pun boleh dinilai kualitinya.
  • Terlalu dikongkong oleh dasar2 kerajaan yang sememang jumut dan di sekat oleh mentaliti politik yang kadang2 menjengkelkan.
  • Apabila ada ahli akademik yang berkualiti dan sedaya upaya cuba membangunkan kualiti sesuatu universiti itu,ia disekat oleh mentaliti pekerja2,pensyarah2 bawahan yang sudah selesa dibawah yang hanya menunggu gaji tiap2 bulan dan bonus yang sentiasa di mohon CUEPACS..heheh...
  • Elaun dan kerja admin yang dilakukan ahli akademik yang tidak setimpal dengan kerja yang dikerah oleh orang atasan juga menjadikan langkah pembangunan taraf universiti ini terbantut.
  • Kekurangan hasil penyelidikan yang menjadi rujukan dunia (citation) juga menjadi faktor. Aku nampak,sesetengah ahli akademik di Malaysia ini cukup KEDEKUT dengan ilmu yang mereka ada. Mereka terlalu susah untuk berkongsi ilmu.
  • Penyelidikan yang dijalankan seolah2 sia2 sahaja kerana tidak di komersialkan atau dipukul canang di selruh dunia. Sepatutnya,ada badan atau kerajaan sendiri bertindak dalam memabntu perkara2 berkaitan dengan merealisasikan hasil2 penyelidikan ini. Kita mampu menyelidik dan merekabentuk setanding dengan penyelidikan luar tetapi dipandang sepi dinegara sendiri.
  • Minda dan pergerakan pelajar/mahasiswa di Malaysia tidak perlu dikongkong dengan hal2 berkaitan politik sahaja.Ia perlu diterjemahkan dalam hakikat sebenar dan mampu diguna pakai apabila tamat pengajian kelak.
Itulah serba sedikit komen aku yang jahil ini. Mungkin betul,mungkin tidak. Kita ade hak untuk mengkritik dan menegur. Bukan hanya menerima bulat2 sahaja. Jadikan tahun2 mendatang sebagai penilaian yang terbaik dalam meningkatkan kualiti universiti kita. Sebelum mengakhiri celoteh ini,saksikan ranking terbaru tersebut di sini :


Friday, September 6, 2013

[Video & Gambar] Jam Tangan Pintar SAMSUNG Galaxy Gear Akhirnya Lahir Ke Dunia


BERLIN - Syarikat teknologi terkemuka dunia dari Korea Selatan, Samsung semalam memperkenalkan gajet yang ditunggu-tunggu ramai iaitu jam tangan pintar. Jam tangan digital itu didedahkan beberapa minggu lebih awal berbanding pesaing utamanya, Apple yang dijangka menawarkan peranti hampir sama.


Dikenali sebagai Galaxy Gear, ia diperkenalkan di sini, pada acara pameran elektronik tahunan Internationale Funkausstellung (IFA) kelmarin. Menurut Samsung, Galaxy Gear boleh bertindak sebagai peranti tambahan kepada telefon pintar. Ia berfungsi memberitahu pengguna mengenai panggilan dan mesej yang diterima menerusi paparan skrinnya bersaiz 1.63 inci.

Pengguna juga boleh membuat panggilan tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar mereka.
Galaxy Gear dilengkapi satu kamera asas. Ia juga boleh menggunakan aplikasi seperti Twitter dan RunKeeper. Peranti yang dikuasakan oleh Android itu akan mula dijual mulai 25 September depan di kebanyakan negara pada harga AS$299 (RM988) seunit. Para penganalisis teknologi berpendapat jam tangan pintar itu akan menjadi hadiah yang mesti dimiliki pada musim cuti pada tahun ini. - AP

Thursday, September 5, 2013

[Gambar] Bila Kereta Ini Nak Jual?


DAEJEON, Korea Selatan - Dengan hanya satu klik pada telefon pintar anda, kereta prototaip elektrik, Armadillo-T buatan Korea Selatan mampu memarkir dan melipatkan dirinya di ruang tempat letak kereta, sekali gus memberi lebih ruang di bandar-bandar yang sesak.


Kereta unik berkapasiti dua tempat duduk itu dinamakan sempena nama tenggiling. Prototaip itu bagaimanapun mungkin tidak dikeluarkan. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada trend pembangunan kenderaan mesra alam untuk kawasan bandar. Kereta tersebut mampu bergerak sejauh 100 kilometer selepas dicaj selama 10 minit dan boleh memecut selaju 60 kilometer sejam.

Apabila hendak diparkir, bahagian hadapan Armadillo-T mampu melipatkan diri sehingga mencecah ukuran 1.65 meter. "Kereta ini boleh diletakkan di setiap sudut di jalan raya dan bangunan sama ada pangsapuri, pusat beli-belah atau pasar raya," kata Profesor Suh In-soo dari Institut Sains dan Teknologi Lanjutan Korea yang mengetuai pembangunan kereta berkenaan.

In-soo menggantikan cermin sisi dengan beberapa buah kamera digital kecil yang memaparkan bahagian belakang dan sisi kereta.
Satu sistem komputer berasaskan aplikasi Windows akan berkomunikasi dengan telefon pintar pemandu. Ini membolehkan kereta unik itu meletakkan dirinya di tempat letak kereta yang disediakan. - Reuters

Wednesday, August 21, 2013

Waktu Operasi dan Harga Masuk Kolam Renang Wisma Belia Indera Mahkota,Kuantan,Pahang 2013

Aku dah lama sebenarnya tunggu nak pergi balik kolam renang kat Wisma Belia Indera Mahkota Kuantan ni tapi semenjak ditutup berpunca daripada proses menaiktaraf untuk SUKMA, aku rasa ada juga 3-4 tahun dia tutup. Ini satu2nya kolam renang dibuka untuk public dan masih dikategori murah untuk disertai. Dan selepas SUKMA, akhirnya kolam renang ini dibuka semula untuk public. Aku tak pasti bila die bukak semula, betul2 lepas SUKMA atau pun tunggu beberapa bulan pas SUKMA baru bukak.
Apa2 pun sekarang die dah bukak balik dan aku nak share kan masa operasi dan harga yang ditetapkan. Tempatnya aku rasa korang tau, area stadium hoki dan wisma belia indera mahkota. Dekat dengan Kolej Universiti Shahputra dan terminal bas baru Kuantan. So, ape lagi,mari berenang,heheh...


Thursday, August 1, 2013

[Gambar] Pemain Hoki Negara Chua Boon Huat Maut Dalam Kemalangan

Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut selepas terlibat dalam kemalangan apabila kereta dinaikinya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat Kelana Jaya di sini, pukul 3 pagi tadi. Beliau berusia 33 tahun. Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Huat antara pemain hoki paling lama bermain untuk negara dengan mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998. 

Kehilangan beliau amat dirasai dalam kita sedang berusaha untuk melayakkan diri ke Piala Dunia hoki dan karisma beliau sangat2 di kagumi oleh atlit2 sukan yang lain. Takziah diucapkan pada keluarga beliau.

Keadaan kereta mendiang selepas berlaku kemalangan

Keadaan mendiang yang cedera parah dan maut ditempat kejadian

Monday, July 15, 2013

[Video & Gambar] Alvin dan Vivian : Penghinaan Terhadap Muslim, Komen Rakyat Malaysia Di FB dan Permohonan Maaf Terbuka

Inilah gambar/poster yang menecewakan ramai pihak

Pasangan ini sudah banyak menimbulkan kemarahan dan rasa kurang senang rakyat Malayisa terutama sekali yang beragama Islam. Sebelum ini,mereka gemparkan seluruh dunia dengan aksi seks mereka dan mengagung2kan seks secara terbuka. Tak percaya? Ko taip jer dalam google name dua manusia ini. macam2 yang keluar. (Untuk bulan pose ini,biarkan dulu yer). Berbalik kepada kesah dua orang ni.Terbaru mereka menimbulkan kegemparan lain, menghina bulan Ramadhan ini dengan mempromosikan menu buka puasa dengan makanan yang tidak halal kepada orang muslim tetapi dengan meletakkan pula logo HALAL.

Ini muka mereka.Tak payah cover2 dah,Orang dah tau.
Bagi mereka,mereka anggap ini gurauan. Bagi mereka,tiada yang lagi seronok melainkan kepusan diri dan membengongkan diri sendiri dengan hal2 begini. Ini bukan isu perkauman. Aku percaya, tak semua masyarakat Cina mahupun bangsa lain macam ini. Kita perlu menghormati antara satu sama lain. Kehidupan berbilang kaum dan agama ni dah lama sebati dalam masyarakat Malaysia tetapi dek kerana sesetengah manusia yang lebih mementingkan kepuasan,kebebasan bersuara,bebas itu dan ini, maka inilah jadinya. Dalam jiwanya "aku peduli ape,bukan orang kesah pun!"

Yang lagi sedih,orang Melayu yang mengaku dirinya Islam pun kadang2 tak jauh beza dengan 2 orang manusia ini. Cakap macam ustaz ustazah tapi hakikatnya, hanya tuhan yang tahu. Siapa lagi yang boleh respek agama dan bangsa kita kalau bukan kita sendiri yang menjaganya dan saling menghormati antara satu sama lain? Korang renung2kanlah. Sekarang ini, pasangan yang pandai mencari publisti murahan ini sedang disiasat dan dengan kabor, FB mereka telah di banned!. Di sini aku paparkan beberapa komen masyarakat Malaysia di FB mereka yang boleh dijadikan peringatan dan ikhtibar :

“Nothing wrong with ur msg, but it is so wrong to use halal logo! You should be a bit more sensitive about this... because it causes direct insult to MUSLIM as the religion that our Malay friends believe,” said a Pete Sin, whose comment received close to 700 likes in 14 hours.

Hazel Sia: Can we just ignore this shameless couple? They do not represent the Malaysian Chinese, they are the worst garbage... no respect for others and their own families.

Abel Chow : Fellow Malaysians, these two are the perfect prime example of trollers in Malaysia. They do nothing but try their very best to incite any form of reaction through the means of social media to increase their fame. For regardless of how much you hate them or love them (No publicity is bad publicity in terms of fame / showbiz). Therefore the very best we can do is refrain ourselves to paying any form of response towards their distasteful acts and they will soon be forgotten.

Moving on to the topic of racism, these two are the prime example of Chinese people (in fact any or every minority) in Malaysia of which considers Malays to be racist yet they themselves are being racist. Morality and respect of honor with towards one another exists in the very soul of an individual. It is not solely contained in any form of race nor religion. So my fellow Malaysians, rejoice in the fact that there are amongst us that so share the love of sharing this country lovingly. It is time we be one.

I am a Chinese, I must admit I feel ashamed for those amongst my race that do not share my sentiments towards peace and understanding as well. Prouder to say, I'm Malaysian. To my Muslim friends and all
partaking in this Ramadan, I wish you all Ramadan Kareem.

Asyraful Sabqi Sadun : They dont represent the chinese. So dont blame the race guys.

HamDan MooNir : This post is great...You just make millions of Muslim people enraged with your behavior...Your girl just kena rob before this.
You will for sure get the bad punishment when the time comes...At that time,no one will even offer to help you... May Allah give the full lesson to you...

Farzana Zamry: Ur trick wont make me sceptical to my chinese friend. This doesnt work. I think both of u have some sort of mental illness. Btw tanjung rambutan is ready for u.

Mohd Azrul : Dear Alvin & Vivian, we hope that you will regret for this. As we respect Chinese culture and religion, please do the same thing to us.Well we do understand Buddhist dont eat beef as for their religion, please understand that the sensitivity of muslims. We dont force you to eat beef or make fun of it! we respect! I have Chinese friends too and they are ashamed of what you did. ALL OF US do!

Choi Khiat Ong: Please respect my Muslim friends ! I am ashamed of you two! Put them into jail!

Itu antara komen yang dapat dipetik melalui FB mereka sebelum di banned. Sedang mereka disiasat untuk memberi keterangan,akhirnya mereka telah mengeluarkan satu video dari laman YouTube tentang permohonan maaf terbuka mereka terhadap seluruh masyarakat Islam yang bagi aku bukan sahaja di Malaysia malah untuk masyarakat Islam seluruh dunia. Saksikan :
 

Sumber : Sinar Harian dan Yahoo!News Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...