Wednesday, August 15, 2012
Friday, August 10, 2012
[Gambar] Pingat Gangsa Dari Pandalela Di Sukan Olimpik London 2012
Atlet penerjun wanita Malaysia Pandelela Rinong berjaya memenangi 
pingat gangsa selepas menduduki tempat ketiga dalam acara final 10m 
Platform Wanita Individu(Women’s 10m Platform) pada Sukan Olimpik 2012 di London. Pingat emas untuk Chen Roulin peserta dari China dan perak Brittany Broben peserta dari Australia.Walaupun ketinggalan pada terjunan ketiga berada pada kedudukan ke-10
 tetapi Pandelela Rinong anak kelahiran Sarawak berjaya bangkit pada 2 
terjunan terakhir mengumpul mata keseluruhan 359.20 sekaligus mencipta 
sejarah atlet wanita pertama memenangi pingat di Sukan Olimpik.
Seorang 
lagi penerjun negara iaitu Bryan Nickson Lomas akan beraksi dalam acara 
10m Platform Individu Lelaki pada hari Sabtu 11 Ogos 2012 bermula pukul 
2:00 pagi waktu Malaysia.
Ini menjadikan pingat yang kedua untuk kontinjen Malaysia selepas 
Datuk Lee Chong Wei memperolehi perak dalam acara badminton perseorangan
 lelaki.Wednesday, August 8, 2012
Tuesday, August 7, 2012
[Video] Wall-E Di Filem Sebenarnya Wujud!
Filem Wall-E ini tak silap aku tahun 2008 mula ditayangkan dan aku baru start tengok pun dalam sekitar tahun 2010. Tu pun sebab dah takde cerita nak tengok kat TV...kahkahkah...Tapi mula-mula aku layan cite ni, dah pertengahan jalan dah,layan punya layan, sedap plak cite ni. Pastu baru aku start tengok dari awal cite ni bila diulang tayang semula. Biasalah, Astro kat jaguh bab ulang tayang kan...kahkahkah...
Memang best cite ni, semua benda ada dalam cite ni.
Tertarik dengan CGI nya, animationnya dan watak yang di hidupkan. Heronya Wall-E, agak menarik bila dia mula jatuh cinta pandang pertama pada robot moden name Eva....hahaha...rupanya robot Wall-E ni memang wujud. Ia di cipta hampir sama dengan watak dalam filem tersebut cuba anda saksikan dan buat perbandingan : 
Wall-E dalam filemnya :
Wall-E di alam nyata :
Monday, August 6, 2012
Hantu Dalam Pesawat AirAsia?
Ini kesah yang diceritakan oleh seorang pemuda yang dikatakan terjun dari pesawat AirAsia sebelum berlepas dari Miri. Aku difahamkan jugak,dia ni terjun asalnya sebab bergaduh dengan aweknya dalam kapal terbang. Mungkin sebab bengang dengan aweknya dia tak puas ati pastu terjun dari pintu kecemasan pesawat. Tapi hari ini lain pulak citenye. Ikuti cerita dari akhbar KOSMO ini :
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran 
bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan 
mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.
Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus
 membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada 
penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.
"Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak 
kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.
"Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan
 memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya
 tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika 
ditemui di Hospital Miri di sini semalam.
Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia 
memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum
 dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.
Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat 
duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu 
menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang 
menakutkan di situ.
Saturday, August 4, 2012
[Video18SG] Apabila Voltan Berkuasa Tinggi (High Voltage) Meletup
Terus terang cakap,video yang anda akan saksikan memang akan membuatkan anda kecut perut. Tergamak mamat ni amik video kejadian ini yang berlaku dibelakang rumahnya yang aku rasa tidak lah begitu jauh jika dibandingkan dengan impak voltan berkuasa tinggi yang mungkin akan membunuhnya. Saksikan :
Friday, August 3, 2012
[Video] Aksi Kejar Mengejar Polis Yang Cute!
Kejadian ini berlaku North Houston US dimana satu kejadian kejar mengejar antara polis dengan penjenayah yang hanya menggunakan Smart Car. Memang makan asap polis tu tapi last-last, tewas jugak.Walaubagaimanapun,kejadian ini dikatakan unik dan juga cute,kahkahkah...layankan!
Farizal marlias Dalam Diam Kena Tangkap Khalwat Rupanya?
Luluh hati kita rakyat malaysia rupanya hero yang menjaga pintu gol negara ketika menentang Arsenal dan Man. City ini pernah di tangkap khalwat. Cewah...luluh hati tu...heheh...Hmmm...ini satu cerita tak baik.Kita perlu ambil teladan,kenapa sampai jadi macam ni? mungkin ada kesah disebaliknya : 
Penjaga gol skuad kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias (gambar) yang sepatutnya dituduh di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas kesalahan berkhalwat dengan isteri orang tidak muncul di mahkamah semalam kerana kurang sihat. 
Pegawai Pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli berkata, penjamin Mohd. Farizal, 26, iaitu Khairul Izwan Mohamed Jamaluddin hadir untuk menyerahkan salinan sijil sakit kepada mahkamah sejurus prosiding berakhir.
Terdahulu, semasa kes khalwat Mohd. Farizal yang masih bujang disebut di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad, tertuduh yang juga penjaga gol utama skuad bola sepak Negeri Sembilan tidak kelihatan begitu juga dengan pasangannya, Zaiton Othman, 29. 
Sumber : KOSMO 
Subscribe to:
Comments (Atom)
 
 


