Ini kesah yang diceritakan oleh seorang pemuda yang dikatakan terjun dari pesawat AirAsia sebelum berlepas dari Miri. Aku difahamkan jugak,dia ni terjun asalnya sebab bergaduh dengan aweknya dalam kapal terbang. Mungkin sebab bengang dengan aweknya dia tak puas ati pastu terjun dari pintu kecemasan pesawat. Tapi hari ini lain pulak citenye. Ikuti cerita dari akhbar KOSMO ini :
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran 
bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan 
mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.
Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus
 membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada 
penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.
"Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak 
kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.
"Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan
 memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya
 tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika 
ditemui di Hospital Miri di sini semalam.
Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia 
memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum
 dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.
Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat 
duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu 
menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang 
menakutkan di situ.
1 comment:
Hantu pun dah naik Airasia..
tambang murahhhh..
Post a Comment