Monday, March 18, 2013

[Video] Filem Vikingdom Arahan Yusry KRU Studios Sedia Untuk Ditayangkan

Aku memang suka kerja2 yang dilakukan geng2 KRU ni. Sejak dari cerita CicakMan,aku dah nampak mereka ni akan memecahkan tradisi filem negara dengan teknik CGI dan kualiti berkelas dunia setanding filem2 Hollywood dan buktinya, mereka berjaya menghasilkan filem Hikayat Merong Mahawangsa yang bagi aku ada kualitinya sendiri. Walaupun sesetengah orang mengatakan kualitinya ada cacat celanya tetapi bagi aku, ia berbaloi dengan kos produksi yang jauh lebih murah dari apa yang dilakukan oleh Hollywood dan yang lagi penting, ia hasil kerja 100% anak tempatan.

Terbaru mereka ingin menerbitkan dan mengarah pula filem Hollywood yang meletakkan sasaran lebih tinggi untuk pasaran dunia setanding filem2 epik Hollywood yang lain iaitu VIKINGDOM. Pelakon2  yang diambil mempunyai kelasnya tersendiri dan sudah tentu mempunyai pasaran dunia. Aku tak sabar jugak nak tengok filem ni sebab nak tengok penceritaan dan kualiti kerja2 anak tempatan kita iaitu KRU Studios dan mereka telah mengeluarkan teaser pertama mereka sebelum trailer sebenar akan dikeluarkan sempena tayangan perdana yang dijangka pada Ogos 2013 ini.

Anda saksikan dan nilaikan dulu teaser VIKINGDOM ini. Ingat! letakkan dalam minda ini adalah arahan dan kerja tangan Yusry dan geng2 KRU Studios :

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...