Monday, June 3, 2013

[Gambar & Video] Diploma Kejuruteraan Mekanikal (UTM) : Kolej Antarabangsa IKIP : Yayasan Pahang




Maklumat ringkas mengenai Kolej Antarabangsa IKIP
(Kampus Taman Gelora,Kuantan,Pahang D.M)


Apakah syarat untuk memasuki program kerjasama UTM ini?

Syarat ini telah ditetapkan oleh pihak UTM. Berikut adalah syarat minimum kemasukan :
  • Minimum 3 kredit SPM/setaraf termasuk WAJIB kredit dalam subjek Matematik,salah satu subjek sains dan mana-mana subjek lain yang diluluskan UTM.
  • Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Pelajar yang masuk dengan minimum 3 kredit akan mengambil 2 subjek pengukuhan pada dua semester pertama pengajian.
  • Pelajar yang cukup 5 kredit termasuk WAJIB kredit Matematik dan salah satu subjek sains,tidak perlu mengambil subjek pengukuhan.

Apakah Kelebihan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DDPJ) kerjasama UTM ini?

  •  Program adalah milik penuh Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Program dijalankan secara kerjasama dengan pihak UTM

Sijil validasi daripada pihak UTM bukti pemantauan kualiti setaraf universiti
  • Program adalah sah mengikut MQA dan KPT seperti mana di UTM.

 
Perakauan akreditasi daripada MQA mengesahkan pelajar-pelajar program ini sah dalam sistem pendidikan tinggi negara
  • Silibus pengajian adalah dari UTM
  • 3 daripada 4 makmal/bengkel akan dijalankan di UTM,Jalan Semarak,Kuala Lumpur.
  •  Mempunyai Latihan Industri/Praktikal di akhir semester pengajian (semester 6).
  • Pengajaran dan Pembelajaran dipantau oleh UTM (Bengkel pengajaran dan bengkel penilaian diwajibkan kepada pensyarah kolej kerjasama pada setiap semester)
  • Peperiksaan akhir (soalan) dikelolakan dan dibuat oleh UTM tetapi dijalankan di kolej kerjasama.
  • Diploma dan transkrip akademik dianugerahkan oleh pihak UTM. 
Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang dianugerahkan oleh UTM
Transkrip akademik juga dianugerahkan oleh UTM
  • Anugerah Dekan  (pointer lebih 3.50) dianugerahkan oleh UTM.
  •  Majlis Konvokesyen akan diadakan dan dijalankan di UTM,Skudai,Johor dan juga di IKIP. 
Buku Majlis Konvokesyen UTM tertera nama Kolej Antarabangsa IKIP dan Suasana Konvokesyen di UTM,Skudai,Johor

Apakah kursus/subjek yang akan diambil sepanjang 3 tahun pengajian? 

Berikut adalah subjek/kursus yang akan diambil sepanjang pengajian. Jumlah jam kredit adalah 99 bagi membolehkan anda dianugerahkan diploma dengan CGPA/PNGK lebih daripada 2.00 :




Bagaimana dengan tenaga pengajar/pensyarahnya?

Tenaga pengajar di Kolej Antarabangsa IKIP semuanya berkelayakan dan pakar dalam bidang masing-masing. Bagi program Diploma Kejuruteraan Mekanikal sahaja, kami mempunyai 5 orang pensyarah dan seorang juruteknik merangkap tenaga pengajar teknikal bagi kursus berasaskan bengkel.

4 daripada 5 pensyarah mempunyai kelayakan akademik sehingga Ijazah Sarjana (Master) dan seorang Ijazah Sarjana Muda. Kesemua pensyarah ini berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia atau lebih dikenali dengan Boards of Engineers Malaysia (BEM) dan pertubuhan profesional Institution of Engineers,Malaysia (IEM).

Selain program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, adakah program lain yang turut ditawarkan?

Ya, terdapat 5 lagi program yang ditawarkan di Kolej Antarabangsa IKIP dengan kerjasama UTM iaitu :
  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
  • Dploma Pengurusan Teknologi
  • Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan)
  • Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat)
Kelayakan yang lain mudah sahaja, jika anda melepasi kelayakan untuk program kejuruteraan,InsyaAllah tidak ada masalah untuk kelayakan program yang lain. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi pihak kolej di talian 09-5678999 samb bahagian pemasaran (bagi program lain) atau terus kepada En. Mohd Hamisa Abdul Hamid (pensyarah kejuruteraan mekanikal) di talian 019-9793212 dan e-mail hamisa@ikip.edu.my.

Transformasi Kolej Antarabangsa IKIP : Pelan Pembangunan Kampus Tetap Kolej (siap sepenuhnya dijangka 2017)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...