Showing posts with label Hari-Hari Terakhir Khidmatnya Tanjung Pagar Railway Station. Show all posts
Showing posts with label Hari-Hari Terakhir Khidmatnya Tanjung Pagar Railway Station. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

Hari-Hari Terakhir Khidmatnya Tanjung Pagar Railway Station


Hari-hari terakhir stesen keratapi Tanjung Pagar berkhidmat. Banyak memori yang ada pada stesen ini. Khidmat dan jasanya tetap dikenang. Keutuhanmu memberi jasa akhirnya kecundang dek kerana kemajuan pesat zaman ini. Ikuti sejarahnya :

Stesen Keretapi Tanjung Pagar, yang juga dikenali sebagai Stesen Keretapi Keppel Road, mempunyai nilai yang sungguh berharga dari segi sejarah dan sentimen bukan sahaja kepada Singapura malahan jirannya Malaysia.

Apapun berkuatkuasa 1 Julai, 2011, perkhidmatan kereta api ke stesen Tanjung Pagar dan Bukit Timah akan ditamatkan, dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mengakhiri perkhidmatan kereta api ke republik itu di Woodlands Train Checkpoint (WTCP).
Stesen Tanjung Pagar yang dibuka pada 1932 dan stesen Bukit Timah yang dibuka pada 1903 dijangka menyaksikan peranan baru tetapi struktur dan warisannya akan terus dikekalkan.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Md Hussin Nayan berkata, langkah mewartakan kedua-dua stesen itu sebagai tapak warisan adalah antara Perkara Perjanjian Malaysia-Singapura (POA) yang dicapai pada 1990.

Beliau memberitahu Bernama Stesen Tanjung Pagar khasnya mempunyai nilai sentimental bagi rakyat Malaysia selain melambangkan hubungan sosial dan budaya antara kedua-dua belah tambak.

Md Hussin berkata, persiapan bagi perkhidmatan KTMB berakhir di WTCP sedang berjalan lancar dan mengikut jadual.

Memandangkan kepada nilai sejarah kedua-dua stesen itu dan langkah untuk melindungi peninggalan fizikal warisan sejarah, kerajaan Singapura baru-baru ini mengumumkan komitmen untuk memulihara kedua-dua stesen itu.
Lembaga Pemuliharaan Monumen (PMB) mewartakan Stesen Keretapi Tanjung Pagar sebagai monumen negara, sementara Lembaga Pembangunan Bandar (URA) mewartakan Stesen Keretapi Bukit Timah Railway sebagai bangunan terpelihara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...