Showing posts with label agama semasa. Show all posts
Showing posts with label agama semasa. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

Berhati-hati Ada Air Zam-Zam Palsu


Ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan sendiri walau dengan menipu jemaah haji dan umrah.

Para jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia nampaknya terpaksa waspada semasa membawa pulang air zam-zam sebagai ole-ole. Ini adalah kerana,dikatakan sudah banyak air zam-zam palsu beredar di Arab Saudi. Laman berita Arab News bulan lepas melaporkan air zam-zam palsu itu merupakan campuran antara air zam-zam asli dan air biasa. Air ini banyak dijual oleh pendatang haram Arab Saudi dan rakyat Arab Saudi sendiri.


Air zam-zam palsu ini tidak hanya dijual di jalan tol yang menghubungkan Kota Makkah dan Jeddah. Tapi juga banyak penjual air suci palsu ini di sekitar Masjid Al-Haram, Makkah, dan Masjid Nabawi, Madinah. Ini merupakan dua masjid suci bagi umat Islam. Penjualan zam-zam palsu ini berlaku 24 jam. Di sekitar Masjid Al-Haram, perdagangan zam-zam palsu ini berpusat di kawasan Al- Ghazzah.

Dikatakan pendatang dari Afrika, Bangladesh, dan Burma mengisi penuh air zam-zam dalam bekas. Kemudian bekas ini yang masih kosong dicampur dengan air biasa dan ditambahkan dengan sedikit air zam-zam.Ini berlaku di daerah Kudai.

Air zam-zam palsu ini dijual dalam tiga ukuran . Botol besar 15 riyal, botol sedang 10 riyal, dan botol kecil 5 riyal. Setiap hari para pedagang zam-zam palsu ini memperolehi pendapatab lebih dari 400 riyal dan melonjak menjadi 600 riyal setiap akhir bulan.

Kalangan muslim menganggap air zam-zam sebagai air suci dan boleh mengubati penyakit. Air dari telaga yang tidak pernah kering sejak zaman Nabi Ibrahim itu selalu menjadi ole-ole wajib bagi yang beribadah haji atau umrah ke Arab Saudi. Air zam-zam ini tidak dieksport untuk kepentingan bisnis.

Air Zam-Zam Tercemar Dibantah Pemerintah Arab Saudi

Sementara itu pemerintah Arab Saudi telah membantah kenyataan bahwa air Zam Zam –yang berasal dari mata air didalam kompleks Masjidil Haram Mekah tercemar dan menegaskan tak ada ancaman kesehatan pada air suci itu. Dewan Pimpinan Urusan Dua Tempat Suci mengatakan di dalam satu pernyataan, Sabtu (7/5), dewan tersebut tidak menerima laporan yang menyatakan ada masalah dengan air Zam Zam, yang aman untuk diminum.

Menurut ajaran Islam, mata air itu tak pernah kering selama 4,000 tahun dan ramai peziarah memperlakukan air tersebut sebagai air suci dan memiliki keajaiban dalam penyembuhan. Media Inggris bulan lalu melaporkan telaga zam-zam tersebut telah tercemar dan meminum air Zam Zam dapat menimbulkan penyakit seperti kanser.

Itu bukan pertama kali ada usaha untuk memburuk-burukkan air Zam Zam.

Sementara itu, Kedutaan Besar Arab Saudi di London mengeluarkan kenyataan yang menegaskan air Zam Zam tidak tercemar dan kajian di pelbagai makmal di Eropah pada Mac lalu mengesahkan air tersebut selamat untuk diminum. Raja Abdulah pada September lalu telah merasmikan projek bernilai US$187 juta yang mampu mengisi 200,000 botol sehari di Mekah.

Kredit : Isuhangat.net






Thursday, February 3, 2011

Ini Satu Lagi Manusia Bangang!


Ini seorang lagi manusia bangang,orang macam ni buang ke laut jer,menghabiskan duit SUBSIDI rakyat jer...

Sunday, January 23, 2011

Ada Jugak Manusia Bangang Macam Ni???

Klik sini untuk cerita penuh (HMetro.com.my)

Malas sebenrnya nak ngomen pasal artis malaysia ni tapi kadang-kadang terpanggil jugak aku untuk menyuarakan apa yang aku rase kadang-kadang dah terlalu bangang dan melampau. Tengok tajuk jer aku rase dah nak berguling gelak.Macam tak sekolah punya manusia bercakap.Itu belum lagi tanye,ko sekolah agama ke tak? kahkahkah...Kadang-kadang tak paham,kadang-kadang kena paham,memang dah sampai dah masanya kita muhasabah diri,dunia ni tak lama dah lagi...bila hal agama pun bercakap macam hal politik pulak...

Woi,kalau tengok cara berpakaian macam tu pastu suruh orang pikir yang hati budi nurani ko macam orang pakai telekung,mak aii....kucing pun boleh tau silap-silap mane baik buruk...entahlah,sendiri mau ingat lah...

Wednesday, April 22, 2009

Pusat/Institut Pengajian Tinggi (IPT) Yang Mula Digemari Orang Melayu Sekarang

Pelopor 'IPT'-Antara 'IPT ' tertua di negara ini

Masuk 'IPT' ini,dapat RM1juta.Pastu enjoy...

“PUSAT PENGAJIAN TINGGI” yang aku maksudkan disini adalah pusat-pusat melahirkan lagi lebih ramai tanda-tanda kiamat kelak. Semakin hari semakin banyak rancangan-rancangan seperti ini yang lebih dimonopoli oleh orang kita sendiri. Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million, Gangstarz, My Starz LG, Bintang RTM, Malaysian Idol dan macam-macam lagi. Rancangan realiti dan tidak realiti ini hanya ingin lebih meramaikan lagi industri hiburan. ‘Pusat Pengajian Tinggi’ ini lebih untuk melahirkan ‘graduan’ yang berjaya dan handal dalam nyanyian. Vokal,tempo,pitching,vibrator,tone dan macam-macam lagi ‘teori-teori’ khayalan oleh ‘Profesor-profesor’ dan ‘Doktor-doktor falsafah’ yang pakar dalam hal melahirkan tanda-tanda kiamat ini. Nak tergelak pun ada bila pakar-pakar ini memarahi pelajarnya melebihi memarahi jika meninggalkan solat. Mungkin?

Pelajar yang dapat 1st Class Degree. 'Dekan'nya tersenyum bangga

Ia terlalu banyak sekarang. Itu baru sahaja ‘Pusat-pusat Pengajian Tinggi’ dalam bidang seni suara,bagaimana pulak dari segi lakonan? Zaman sekarang kita sering disogokkan dengan hiburan yang kadang-kadang rasanya sudah melampaui batasan peradaban agama dan budaya kita sendiri. Aku rasa kecewa juga dengan trend semasa sekarang seolah-olah, menggalakkan masyarakat muda kita supaya mengejar kemewahan dan kekayaan dengan cara mudah dari sumber hiburan yang boleh diragui halal haramnya. Silap-silap, mak bapak turut sama merestui anak-anaknya supaya menceburi bidang ini supaya cepat kaya raya dan glamer didunia dan tidak di akhirat.

'IPT' International,orang luar boleh masuk,kasi mereka kaya...

Kita disogokkan dengan hiburan sejak dari kecil lagi. Tak percaya? Rancangan seperti Tom Tombak misalnya dan Macam-macam Aznil dulunya, sebuah rancangan yang lebih menggalakkan anak-anak yang masih kecil dan belum cukup umur ini supaya menyanyi, berlakon dan kadang-kadang seperti biadap dengan orang yang lebih tua. Bila dari kecil sudah mula diajar dunia seperti ini,aku percaya mereka akan terus hanyut dengan dunia ini juga satu hari nanti jika tidak dibimbing dengan betul. Sedih bila melihat anak-anak kecil sudah pandai bergaya menyanyi depan TV. Mak bapak menangis-nangis gembira anaknya ‘berjaya’. Aku tidak jumut tapi risau ia semakin melampaui batas. Sebagai contoh, jemaah alim ulama negara telah mengharamkan Konsert SureHeboh tapi ia terus dijalankan. Mungkin kerana namanya sudah menjadi JomHeboh? Aku menonton semua rancangan seperti ini secara kasar, bagaimana nak mengulas atau memberi pandangan jika kita tidak melihat sendiri? Betul tak?

'IPT' ini menjadikan mentornya yang sudah bertanduk 2 sebgai Sifu Besar

Graduan menganggur semakin ramai, yang dah ada kerja diberhentikan dek kerana ekonomi, yang ada anak bersepah di rumah pun akhirnya mencari jalan dan alternatif mudah menuju kelembah hiburan yang telah jelas dan sahih lebih kearah kemaksiatan. Bila sudah glamer, semua lupa, air kencing setan pun seperti Teh O ais, berzina seperti bercucuk tanam di kawasan tanah-tanah yang luas terbentang, rambut dah hilang warna asalnya sehinggakan kucing dan anjing termenung sendirian melihatnya. Sumber kewangan hidup bila diperolehi dengan cara yang tidak halal, lambat laun kesannya menjelma jua, tidak didunia ia pasti di akhirat bila kiamat kelak. Renungkan antara secebis kisah di “Pusat Pengajian Tinggi’ dibawah ini yang sempat aku lihat:

'IPT' yang mendapat taraf Apex-semua boleh buat

Terjadi di rancangan Diari Akademi Fantasia 7 baru-baru ini dimana antara peserta ini namanya Qhaud. Mamat ini lebih dikatakan islamik dari peserta yang lain kononnya tapi….hampeh…tergamaknya dia merelakan / menyuruh seorang wanita yang bukan muhrimnya untuk tolong memotong kukunya? Lu bikin wa panasssss jee….Jangan gunakan agama disebalik sikap yang tidak betul tu. Aku lebih rela orang tu biasa-biasa sahaja tanpa menunjuk-nunjuk kealimannya. Peluk-peluk antara ‘pelajar’ dan ‘pakar-pakarnya’ (cikgu) sudah menjadi bebas antara lelaki dan perempuan. Gejala sosial melayu semakin jelas dan terus ditelanjangkan.

p/s : Memikirkan membesarkan anak-anak dizaman ini cukup memberi perasaan takut dan keinsafan di hati aku. Bagaimanakah kita akan lalui dalam membesarkan anak-anak dengan dunia yang penuh pancaroba ini? Hanya doa, didikan agama dan rohani yang sempurna serta berserah kepada-Nya sahaja menjadi perisai kita.

Friday, March 13, 2009

Dr. Mohd Asri : Berhubung Isu Nama Allah

Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.

Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH. Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.

Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.

Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.

Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam”

-Dr. Mohd Asri,
Lampeter, UK.

Sumber : Minda Tajdid


Amz CamPro berkata :


Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Dr. Asri itu. Isu ini terlalu kecil untuk diperbesarkan tetapi kita risau yang kecil boleh menjadi besar. Saya setuju juga, JAKIM menggunakan ayat mengatakan Kerajaan Malaysia Mengharamkan Penggunaan Nama Allah pada agama lain bagi mengelakkan kekeliruan.

Bagi mengukuhkan lagi isu ini,JAKIM telah pun membincangkan hal ini pada majlis muzakarah tahun ke-82 nya iaitu pada 5-7 Mei 2008 dan telah memutuskan hal ini iaitu penggunaan Allah khusus untuk umat Islam sahaja. (rujuk web JAKIM dan PanglimaPerangCyber)

Tuesday, March 10, 2009

Penghinaan Islam dan Penggunaan Allah Secara Terbuka,Inikah Yang Kita Mahukan?


Bersesuaian dengan isu hangat kekeliruan penggunaan perkataan 'Allah' didalam penerbitan gereja Kristian.

Kelmarin Ahli Parlimen Baling, Dato Taib Azamuddin semasa pembahasan di Parlimen mengenai isu ini mengulas "Allah yang mana" yang mereka maksudkan. Kita biasa mendengar orang Cina menyebut 'Tuhan Alah'.

Sesiapa yang pernah mengambil subjek TITAS (Tamaddun Islam Tamadun Asia Tenggara) dahulu ada mengajar mengenai agama-agama mereka iaitu Hindu,Budha, Kristian dan sebagainya, juga yang tidak beragama dipanggil "pagan" serta yang tidak mempercayai agama di panggil ateis .

Agama Budha,Kristian dan Hindu dipanggil agama langit. Tutor saya ada menyebut mereka juga percaya Tuhan yang betul ialah Allah cuma mereka menggunakan perantaraan.

Di dalam Kristian, mereka mendakwa 'God' di dalam bible mereka tu adalah Allah iaitu bapa kepada jesus mereka dan suami kepada Mary mereka . Namun begitu tiada sepatah pun di dalam bible yang menyebut perkataan Allah. Begitu juga dengan agama Hindu dan Budha.

Namun begitu, orang Kristian di Indonesia telah menggunakan perkataan Allah. Contohnya lirik lagu Agnes Monica (Kristian) yang bertajuk "Allah Peduli".

Di sini jelas menunjukkan keburukan jika mereka dibenarkan menggunakan perkataan Allah walau pun tidak sama dengan Allah SWT kita.

Tidak mustahil orang Islam yang kerana fanatik atau pun jahil tentang Islam menyanyikan lagu tersebut. Saya yang kurang ilmu agama ni berpendapat adalah murtad menyanyikan lagu tersebut walaupun ia hanya sekadar lirik lagu sahaja kerana Allah yang Agnes Monica itu adalah bapa Jesus mereka.

Jadi kepada peminat Agnes Monica khasnya dan peminat lagu-lagu Indonesia amnya..berhati-hatilah! Mungkinkah Agnes Monica cuba mengkristiankan orang Islam!

Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Su at u perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku mengerti


Sumber : isuhangat.blogspot

Thursday, March 5, 2009

RESOLUSI MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009


Aku baru sahaja selesai menjalankan tanggungjawab aku sebagai penyambut tetamu (usher)untuk program yang julung-julung kali diadakan di Kompleks Yayasan Pahang pada 3-5 Mac 2009. Walaupun bertindak sebagai usher sahaja tapi ia dah cukup untuk aku mengetahui apa yang akan, sedang dan bakal berlaku. Disini aku tulis semula RESOLUSI yang telah dicapai sepanjang MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009.

RESOLUSI MULTAQA INSTITUSI TAHFIZ KEBANGSAAN 2009


Multaqa Institusi Tahfiz Kebangssan 2009 yang berlangsung pada 3 hinga 5 Mac 2009 bersamaan 6 hingga 8 Rabiulawal 1430 Hijriah di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang telah membentang,meneliti dan membincangkan kertas-kertas kerja yang disertai anggota-anggota persidangan dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Negara Brunei Darussalam; dengan ini secara sebulat suara merumuskan resolusi seperti berikut :


(1) Mengiktiraf wujudnya keperluan pengajian integratif di kalangan institusi tahfiz di seluruh negara.


(2)Mengemas kini sistem dan kurikulum yang diguna pakai di institusi tahfiz dengan membangunkan suatu sistem dan kurikulum kebangsaan yang bersepadu.


(3)Menstruktur program-program tahfiz dalam penawaran pelbagai displin.


(4)Memasukkan pengajian Tahfiz dalam arus perdana pendidikan negara, justeru kerajaan melalui :


  1. Kementerian Pendidikan Malaysia mendirikan Sekolah Menengah Kebangsaan Tahfiz.

  2. MARA menubuhkan Maktab Rendah Sains Tahfiz MARA.

  3. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mewujudkan pengajian tahfizdan qiraat diperingkat universiti. Memandangkan Darul Quran yang telah ditubuhkan sejak tahun 1966, maka disarankan kepada kerajaan supaya menaiktaraf Darul Quran sebagai sebuah Universiti Al-Quran.

(5)Menjalinkan hubungan secara efektif di antara institusi tahfiz dan qiraat dengan Institusi Pengajian Tinggi bagi memudahkan para pelajar melanjutkan pengajian mereka.

(6)Menyarankan agar program-program yang dijalankan di Maahad Tahfiz mendapatkan pengiktirafan MQA daripada Kementerian Pengajian Tingi dan keahliannya terdiri daripada pakar penilaian pengajian Tahfiz.


(7)Mencadangkan supaya ditubuhkan Majlis Institusi Tahfiz di peringkat negara sebagai badan yang menentukan dasar dan forum yang membincangkan pembangunan serta perkembangan institusi tahfiz.


(8)Mencadangkan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mengadakan peruntukan dalam belanjawan pembangunan Islam untuk membangunkan institusi tahfiz awam dan swasta di negara ini.


(9)Mewujudkan jalinan dan memperkukuhkan kolobrasi dikalangan Majlis Agama Islam Negeri, Kementerian Pelajaran, Jabatan Agama Islam dan Institusi Pengajian Tinggi.


(10)mencadangkan agar institusi tahfiz mempunyai visi dan misi yang jelas menggunakan pelan tindakan strategik yang mantap dan menyeluruh serta mengamalkan kaedah tadbir urus yang baik khususnya dalam menguruskan pentadbiran dan kewangan.


(11)Menyediakan Indikator Prestasi Utama (IPU) untuk meningkatkan kecemerlangan tenaga pengajar institusi tahfiz.


(12)Mencadangkan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dinaikkan taraf sebagai sebuah kolej dan mempunyai kurikulum yang mampu melahirkan huffaz profesional yang dapat memenuhi keperluan pembangunan negara.


(13)Mencadang untuk ditubuhkan sebuah organisasi bagi Alumni Tahfiz memandangkan telah ramai graduan tahfiz dan qiraat di seluruh negara.


(14)Meminta jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang untuk menyampaikan resolusi Multaqa Institusi Tahfiz Kebangsaan 2009 ini kepada Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI)


(15)Menyembahkan ucapan junjung kasih Kebawah Duli Yang teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang di atas keperihatinan baginda terhadap Institusi Tahfiz di negeri Pahang khususnya dan Malaysia umumnya.


(16)Menyampaikan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas keperihatinan serta sokongan beliau dalam memartabatkan institusi tahfiz di Pahang khususnya dan di Malaysia umumnya.


Bagi merealisasikan resolusi ini, Majlis Agama Islam Negeri di peringkat negeri, Lembaga Penasihat Penyelarasan Pendidikan Islam (LEPAI) yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja dan JAKIM akan bertindak sebagai urusetia untuk melaksana dan memantau keberkesanan resolusi.

Tuesday, February 24, 2009

Penghina Islam Mohon Maaf Secara Terbuka Melalui Surat

Aku tak pasti samada kalian semua mengetahui hal ini atau tidak tetapi ia penting untuk kita supaya kita sekurang-kurangnya tahu dan mengambil berat. Ia berpunca daripada pengedaran gambar-gambar yang agak menghiris orang Islam. Seorang forumer yang menggunakan nickname stOrmfury @ william telah membuka satu thread undian yang bertajuk "Ya Allah, which one should I choose?" dengan meletakkan empat keping gambar yang sedang mengangkat tangan.

Gambar-gambar yang menghina Islam

Forumer berbangsa Cina ini niat asalnya mengatakan dia hanya ingin menghiburkan rakan-rakan di sebuah forum dan membuat undian gambar mana paling menarik? tetapi ia menyentuh sensitiviti orang Islam. Aku hairan,semakin lama semakin berani orang-orang begini mempermain-mainkan agama Islam sedangkan kita sebagai Muslim turut diajar supaya menghormati orang lain.

Dengan tersebarnya gambar-gambar ini,satu surat memohon maaf secara terbuka telah ditulis.Permohonan maaf secara bertulis ini dilakukan di depan forumer salah sebuah forum iaitu Carigold setelah admin dan forumer lain tersebut berjumpa dengannya dan bapanya juga ditemani oleh paderi dari Sri Petaling (sumber Isuhangat.blogspot)

stOrmfury @ william


Surat terbuka memohon maaf (klik pada imej utk besar)

Umat Islam masih lena dibuai mimpi,bercakaran antara sendiri sehinggakan agama Islam diperlekehkan. Sedarlah kita,siapa lagi yang ingin mempertahankan agama Islam yang suci ini kalau bukan kita? Hukuman kepada mereka yang mempersendakan agama seperti ini sepatutnya diwujudkan dan dihukum dan surat permohonan maaf seperti ini juga sepatutnya diterima sebagai permohonan maaf yang diharapkan ikhlas dari pihak yang menghina.

Friday, January 9, 2009

Boikot Barangan Israel Laknatullah dan Sekutunya US


Berikut adalah antara barangan Israel dan US secara tidak langsung yang patut diboikot dan tidak diteruskan pembelian atau penjualannya. Ini adalah salah satu cara kita menolong dan berjihad menentang mereka yang zalim dan kejam selain kita berdoa dan bersolat hajat memohon pertolongan dan juga memberi bantuan kemanusian seperti wang tunai dan hal-hal ini.




Allahuakbar!

Thursday, January 8, 2009

Insaflah : Kepada Kaki Clubbing

Buat renungan,gambar dibawah adalah antara gambar kejadian Kelab Malam aka disko terbakar ketika menyambut Tahun baru 2009 di Thailand. Kelab malam mewah di Santika,Thailand ini telah musnah dan 61orang penghuni didalamya mati hangus serta merta (tak termasuk yang cedera). Mati dalam keadaan keji begini cukup memalukan jika kita orang Islam yang mengaku beragama Islam.







Kepada mereka diluar sana,buatlah azam baru (bukan azam 2009 sahaja tapi azam 1430) supaya kita kembali dan berubah tidak mengamalkan aktiviti yang dilaknat ini. Azab di dunia sudah ditunjuk dan azab di akhirat menanti dengan lebih pedih!

Sekadar renungan....


Boikot Barangan Israel & Amerika



Saturday, January 3, 2009

Kerajaan! Buat Sesuatu!

Nampaknya blog2 menghina Rasullullah, Nabi Muhammad SAW semakin bernai dan menjadi-jadi. Berikut adalah blog terbaru AdibahAhmed tentang penghinaan laknat itu terhadap Rasul tercinta.


http://adibahahmed.blogspot.com/


Mari kita hapuskan blog ini dan kesan mereka yang kurang ajar!
Jangan jemu, mari kita FLAG blog tersebut.
Cara flag ada di post http://isuhangat.blogspot.com/2008/12/blog-adibah-ahmad.html

Di harap para blogger jangan merahsiakan cara hide navbar buat sementara ini.
Mari berjihad di alam cyber!

Sumber : isuhangat

Monday, November 17, 2008

Wasiat 3 Pengebom Bali

Banyak persoalan timbul samada mereka syahid atau tidak? Tindakan mereka betul atau tidak dalam menjalankan perjuangan fisabillillah? Tidak kurang juga yang menganggap mereka pengganas di abad ini selain pengganas yang meruntuhkan tembok keegoan US,WTC beberapa tahun lalu. Walau apa pun anggapan kita,hanya Allah SWT yang tahu.

Banyak cerita yang kita dengar ketika jenazah mereka di bawa pulang dan ketika mereka sedang menjalankan hukuman tembak. Antaranya, kelihatan burung-burung yang entah dari mana terbang mengelilingi kawasan hukuman dijatuhkan dan ada juga mengatakan,jika dilihat di berita TV, kedengaran bunyi petir semasa jenazah di bawa pulang ke kampung halaman mereka walhal cuaca terang benderang. Hanya Allah yang mengetahui...

Berikut adalah wasiat dari mereka sebelum mereka dihukum:

AMROZY (klik pada gambar)

SHUFIAN (klik pada gambar)

IMAM SAMUDRA (klik pada gambar)
Al-Fatihah buat mereka dan biarlah Allah menentukan segala-galanya.


Sumber : isuhangat

Monday, November 10, 2008

Bila Majlis Fatwa Di Tentang

Saya mungkin tersilap tetapi seingat saya tidak pernah dalam sejarah negara ini mana-mana pihak, samada masyarakat Islam, lebih-lebih lagi yang bukan Islam berani secara terbuka menentang apa-apa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa tempatan. Dalam posting saya sebelum ini saya telah menegaskan bahawa fatwa-fatwa yang dikeluarkan ini adalah untuk makluman, rujukan dan tindakan umat Islam, ianya tidak ada kena mengena dengan penganut agama lain.

Kalau ada orang Islam yang tidak dapat menerima atau menolak satu-satu fatwa sekalipun, biasanya ia akan hanya berdiam diri kerana isu agama adalah sensitif, yang jahil sekalipun tidak mahu dilihat menolak apalagi menentang ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama.

Tetapi semalam satu sejarah telah tercipta dalam negara ini. Semalam menurut laporan akhbar, dan liputan oleh Malaysiakini, satu perhimpunan telah diadakan untuk menentang keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini yang mengharamkan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki dan minat kepada kaum sejenis, istilah semasa yang digunakan adalah “pengkid”.


Gambar dari Malaysiakini
Menurut keputusan yang dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa yang ke 83 pada 23 Oktober lalu, perbuatan seumpama ini melanggar tabii serta fitrah oleh itu jelas bertentangan dengan Islam.

Jadi apakah mesej yang mahu dibawa oleh himpunan semalam? Menurut Malaysiakini himpunan yang disertai kira-kira sedozen peserta itu terdiri dari wakil-wakil dua kumpulan iaitu “Katagender” (yang mempromosi kesaksamaan gender) dan satu lagi kumpulan yang dikenali “Food-not-bombs”. Dan menurut Malaysiakini jurucakap ini adalah seorang bukan Islam bernama Lee Wei San.

Menurut akhbar The Star jurucakap ini mempersoalkan mengapa tubuh wanita selalu dijadikan bahan pertikaian bagi menetapkan nilai moral masyarakat? Salah satu kain rentang yang dibawa oleh kumpulan inis emalam berbunyi:

“Lawan semua fatwa menindas perempuan”

Apa sudah jadi dengan masyarakat kita? Apakah yang telah kita lakukan sehingga apa pun isu dalam negara ini dipolitkkan sehinggalah keputusan Majlis Fatwa yang hanya melibatkan orang Islam pun mahu dipolitikkan dan dijadikan bahan cabar-mencabar?

Bagi saya kumpulan ini jelas telah masuk ke lembah larangan, mereka tidak sedar yang mereka membakar api kemarahan umat Islam dan cuba mencetuskan ketidakpuasana hati serta mengadu-domba dalam hal-hal yang tidak pernah dipertikaikans ecara terbuka sebelum ini.

Saya berharap pimpinan kita samada dari mana parti sekalipun akan menasihatkan kumpulan ini agar jangan menjolok sarang tebuan. Negara kita kini berhadapan dengan masalah yang lebih besar yang perlu kita tangani bersama, umpamanya krisis ekonomi dunia yang sedang memberi kesan kepada negara, jangan cetuskan masalah baru! Jangan sampai majoriti masyarakat Islam pula nanti bangkit mencabar tindakan kumpulan kecil yang tidak bertanggungjwab ini.

HAPUSKAN GOLONGAN PENGKID LAKNATULLAH INI!

Sumber : MalaysiaKini & Roslan SMS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...