Showing posts with label drama juvana tv3. Show all posts
Showing posts with label drama juvana tv3. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Video Eksklusif : Apabila Pelakon Juvana Poco-Poco

Sedang aku menyambil-nyambil mengexplore internet ni,aku tak lupa explore kat YouTube kot2 ada video-video menarik yang aku boleh kongsi dengan kalian semua untuk pagi ini...hahaha...ya! memang ada,satu video eksklusif yang aku rasa ramai lagi tak tahu.Sedang kita masih baru meninggalkan siri Juvana di TV3 Isnin lalu, rupanya ada sesuatu kenangan yang mereka semua tinggalkan.Memang eksklusif lah...layankan video tersebut dibawah,hahaha...








Monday, July 18, 2011

Daim Dibunuh? Drama Juvana Sudah Sampai Penghujungnya Malam Ini


Malam ini,akan berakhirlah episod drama Juvana yang bagi aku,ia merupakan drama yang sangat bagus dan memberikan pendekatan berbeza dari drama melayu biasa.Episod yang lepas menunjukkan bahawa terdapat konspirasi jahat antara warden lakonan Bront, Cikgu Azmee dan pengawal. Daim terdengar perbualan antara warden & Tony (pengawal sekolah) mengenai duit yang sepatutnya digunakan untuk pelajar, telah disonglap oleh mereka.



Daim mengalami tekanan & meluahkan kejadian tersebut kepada Cikgu Zakiah. Apabila rahsianya terbongkar, warden telah mengambil tindakan dengan mengurung kesemua pelajar dalam penjara. Mereka juga telah dipukul serta tak diberi makan & minum selama seminggu. Cikgu Zakiah pula dikurung dalam sebuah bilik oleh Cikgu Azmee yang bersekongkol dengan Cikgu Raja.Botak juga terlibat secara tidak langsung dalam konspirasi ini.

Maka apakah kesudahan episod terakhir malam ini? Banyak spekulasi kesah malam ini akan berakhir. Antaranya adalah :

  • Daim mati dibunuh oleh Botak ketika bergelut nak bebaskan Cikgu Zakiah.
  • Daim berjaya melepaskan diri, manakala Cikgu Zakiah menjadi mangsa kerakusan Cikgu Azmee.
  • Daim & Cikgu Zakiah berjaya menyelamatkan diri, manakala Cikgu Raja, Cikgu Azmee & Botak telah ditahan polis. Oh, pengakhiran yang sangat cliche.
  • Botak sebenarnya baik & bekerjasama dengan Tony untuk memerangkap Cikgu Raja & Cikgu Azmee.

  • Cikgu Arifin akan menjadi pembela kepada pelajar-pelajar ini walaupun kebanyakn lakonannya menunjukkan kebencian yang amat pada mereka.
Adakah benar spekulasi ini? malam ini kita saksikan sama-sama yer? layankan...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...