Showing posts with label liwat. Show all posts
Showing posts with label liwat. Show all posts

Monday, July 28, 2008

Laporan Perubatan Pulok!



Hmm,entahlah nak kata betul ke tak aku tak pasti. Berikut adalah paparan laporan atau salinan yang telah di scan agaknya menyatakan mamat Saiful ni tidak ada tanda-tanda dia dikerjakan dari arah belakang. Sumber yang diperolehi adalah dari Malaysiakini. Menurut cerita malaysiakini,laporan dua muka surat itu telah tersebar luas dan doktor yang memeriksanya adalah dari Hospital Pusrawi,Mohd Osman Abdul Hamid. Menurut cerita gak,Saiful ni telah ke hospital tersebut dahulu sebelum ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif ketika dihubungi Agendadaily menyifatkan,laporan Malaysiakini yang mendakwa ada laporan tiada kesan liwat ke atas mamat Saiful ni berniat jahat bagi memberi gambaran tiada perbuatan liwat berlaku. Fuhh! plak katanya,doktor boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perubatan 1971 kerana mendedahkan rahsia pesakit (tu pun kalau betul-betul sakitlah). Secara bergurau senda Datuk Dr Latif buat lawak "jika laporan pesakit didedahkan,itu adalah diluar tabie"..

Apa-apa pun,terpulanglah kat kita nak percaya ke tak. Sumber ini datang dari Malaysiakini dan Agendadaily (www.agendadaily.com).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...