Showing posts with label malaysia vs lubnan 2011 live olympic qualifying match 23 Jun 2011. Show all posts
Showing posts with label malaysia vs lubnan 2011 live olympic qualifying match 23 Jun 2011. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Video Gol & Final Result : TAHNIAH! Malaysia Layak Ke Pusingan Peringkat Kumpulan!

MALAYSIA (2) vs (1) LUBNAN

Malaysia layak ke pusingan perimgkat kumpulan sebelum 2 pasukan terbaik peringkat kumpulan layak ke Sukan Olimpik 2012. Memang mendebarkan perlawanan malam ini. Malaysia mendahului 2-0 dengan jaringan cantik oleh Irfan Fazail min ke-8 dan Wan Zack Haikal min ke-41. Pasukan Malaysia terpaksa bermain 10 orang sepanjang hampir 40 minit selepas Gary di buang padang kerana mengutip 2 kad kuning.

Malaysia hilang permainan selepas bermain 10 orang dan ini cukup memberi pengajaran pada mereka. Izzaq,anda terlalu lembik walaupun besar badannya setinggi 6 kaki. Ong Kim Swee perlu lebih berusaha mencari kelemahan yang masih lagi ketara. Walaubagaimanapun,tahniah dari aku.

Berikut gol-gol yang di hasilkan Malaysia :

GOL IRFAN FAZAIL






GOL WAN ZACK HAIKAL







Malaysia Vs Lubnan (2nd League Olympic Qualifying Match) Stadium Nasional,Bukit Jalil 23 June 2011


Malam ini berlangsung perlawanan kedua kelayakan Olimpik 2012 di antara pasukan Malaysia menentang Lubnan. Berikut maklumat perlawanan :

  • Tarikh : 23 Jun 2011 (Khamis)
  • Masa : 8:45 pm
  • Tempat : Stadium Nasional,Bukit Jalil
Kita memerlukan keajaiban sebenarnya. Bagi firasat aku, pasukan pimpinan Ong Kim Swee ini masih lemah dalam banyak aspek nak dibandingkan pasukan senor negara. Mereka kena buktikan apa yang aku cakapkan ini salah. Tunjukkan permainan yang betul-betul boleh memberi harapan pada semua rakyat Malaysia. Kesungguhan sahaja tidak cukup,ini perlu diiukuti dengan keyakinan mengawal bola dan mengawal perlawanan serta bijak mengambil peluang yang terhidang didepan mata.


MALAYSIA (0) vs (0) LUBNAN
*Keputusan perlawanan pertama


Aku akan bagi Live Streaming untuk rakyat Malaysia di luar untuk tengok perlawanan malam ini. Aku cuba bagi link yang sebaik mungkin untuk tatapan rakyat Malaysia. Kalau tak jumpa, aku akan updatekan result secepat mungkin. Malaysia Boleh!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...