Showing posts with label semasa IT. Show all posts
Showing posts with label semasa IT. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Mereka Baru Berdehem...Kalau Mereka Batuk?


Menurut pakar, penggodam laman-laman web di Malaysia ini baru sahaja ingin menguji kekuatan dan ketahanan kita mematahkan serangan siber mereka. Serangan yang mereka lakukan seolah-olah baru sahaja berdehem,belum lagi batuk. Berikut petikan pakar dari akhbar Berita harian :

Pakar teknologi maklumat (IT) tempatan berpendapat serangan terhadap laman web kerajaan sejak malam kelmarin, hanya strategi percubaan kumpulan penggodam terbabit sebelum mereka melancarkan 'perang sebenar' yang lebih serius tanpa memberi sebarang amaran awal pada masa depan.

Jururunding Keselamatan di sebuah syarikat IT di ibu negara, Hazrul Hamzah, berkata kumpulan penggodam terbabit dipercayai ada muslihat tertentu kerana sanggup memaklumkan secara terbuka menerusi internet mengenai tarikh dan masa mereka akan melakukan serangan berkenaan.


“Kumpulan penggodam terbabit pasti tahu bahawa pihak kerajaan sudah tentu akan mengambil segala langkah yang mampu untuk mematahkan serangan berkenaan, justeru, dipercayai mereka tidaklah sebodoh itu.


“Serangan setakat ini dipercayai hanya untuk menguji serta menjadikan kerajaan leka seolah-olah sudah berjaya mematahkannya, sebelum mereka menggodam dan melakukan kerosakan yang jauh lebih serius tanpa amaran terlebih dulu pada suatu masa nanti.


Apa yang perlu kita buat? Seperti pada entri sebelum ini,aku jangkakan kalau kita gagal berbuat sesuatu, mereka mungkin bertindak lebih kejam dan serius. Mereka baru sahaja berdehem, kita mengambil masa 2 hari untuk membaiki semula.Itu pun mereka baru mencuit interface nya sahaja. Jika mereka mencuit jauh ke dalam, apa pula akan terjadi? Aku setuju sangat kata TPM kita semalam, (macam dia mengulas apa aku cakap pulak,heheh),yerlah aku risau tang bila dia dapat hack maklumat atau data-data yang lebih penting.Bersiap-sedia lebih kuatlah maksud beliau.

SKMM tidak boleh goyang kaki. Menteri yang bertanggungjawab perlu jadikan kejadian peperangan alam siber ini sebagai KPI kepada beliau untuk menyelesaikannya dengan cara terbaik selain isu ASTRO nak naik harga. Kalau berjaya, aku tabik!





Thursday, June 16, 2011

Malaysia di Kancah Peperangan?


Inilah Pengkhianat Negara masa kini


OMG.Itu yang selalu diperkatakan anak-anak muda sekarang. Aku agak terkejut juga dengan apa yang berlaku. Sebelum ini,dalam firasatku betulkah Malaysia akan terlibat dalam peperangan? dan rupa-rupanya ia betul-betul terjadi.Tapi bukan peperangan fizikal lah,kalau macam tu aku pun lari. Malaysia sedang menghadapi peperangan Cyber yang terbesar rasanya dalam kancah alam maya dan dunia cyber ni. Di sini aku bagi petikan beberapa artikel berkaitan peperangan ini :


Petikan Utusan Malaysia :

"Malaysia bersedia menghadapi apa jua kemungkinan serangan siber terhadap mana-mana laman web rasmi kerajaan termasuk ancaman daripada kumpulan yang bergelar anonymous.

Meskipun mengakui ancaman itu merupakan sesuatu di luar jangkaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah sewajarnya telah diambil bagi memastikan laman web kerajaan selamat daripada digodam. "Kami mengambil perkara itu secara serius. Walaupun ia bukan sesuatu yang dijangka, kami sebenarnya telah berdepan dengan cubaan untuk menggodam laman web kerajaan beberapa kali sebelum ini. "Maklumat mengenainya telah dipanjangkan kepada pihak berkuasa dan agensi berkaitan. Kami bersedia berdepan menerusi pakar daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta CyberSecurity Malaysia dan beberapa agensi lain," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. "

Beberapa laman web kerajaan sudah mula di 'hack' sejak semalam. Tapi ada yang boleh dipatahkan dan mula beroperasi semula. KRU studios juga menjadi mangsa dan beberapa website yang aku sempat lihat masih memaparkan kesan daripada 'hackers' terbabit masih lagi berkuasa. Siapakah mereka? Mereka menggelarkan diri mereka Anonymous dan telah melancarkan serangan yang digelar 'Operasi Malaysia'. Bunyi agak menggerunkan.

Mereka dikatakan berpengkalan diluar negara dan pernah terlibat dengan pelbagai perkara membabitkan hackers ini. Banyak negara pernah mengalami kejadian ini dan kekuatan sesuatu kerajaan dan kepakaran mereka sahaja yang mampu mematahkan serangan yang boleh dikatakan 'Pengkhianat Negara' ini dari bermaharajalela.

Kerajaan perlu buat sesuatu. Ini sangat merbahaya dan boleh menjadi sesuatu yang kritikal dan serius jika mereka mula menggodam web rasmi dan berstatus tinggi seperti bank-bank, data-data negara, rahsia ketenteraan dan sebagainya. Benda ini tidak mustahil. Cegah sebelum terlambat. Jangan bagi muka dan ruang waktu pada mereka. Negara memerlukan pakar-pakar IT dan 'hackers yang bagus juga untuk mematahkan serangan mereka.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...