Showing posts with label semasa Lynas Kuantan Nuklear. Show all posts
Showing posts with label semasa Lynas Kuantan Nuklear. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

Loji Kimia Di AS Terbakar, Apa Jaminan Lynas Di Kuantan Selamat?

API dan asap hitam menjulang tinggi di Loji Kimia Magnablend Inc. yang terbakar di Waxahachie, Texas, kelmarin.


Bila terbaca cerita ini, aku terpikir, apakah jaminan yang mengatakan Lynas di Gebeng Kuantan ini selamat? AS yang begitu bangga dengan teknologi dan kepakaran tenaga mahirnya pun tidak mampu melawan takdir jika sesuatu malapetaka berlaku disebabkan kelalaian manusia atau kegagalan teknikal. So jangan angkuh dan bongkak orang Malaysia terutama yang menyokong isu Lynas ini. Nyawa tetap di hujung tanduk. Jangan nafikan perkara hakiki.


Kalau keuntungan dikejar tetapi nyawa terancam untuk apa? Ibarat menjual dadah, untungnya besar tetapi risiko di tangkap dan dihukum di bawah akta 39B yang boleh bawa gantung sampai mati. Tiada bezanya orang yang menjual dadah denagn pembangunan Lynas ini. Mereka sama sahaja cuma cara lebih nampak harmoni dan tak nampak ancamannya. Kita renungkan. Baca artikel KOSMO di bawah :


DALLAS - Satu kejadian kebakaran besar di sebuah loji kimia di selatan Dallas menyebabkan asap tebal kelihatan sehingga memaksa ratusan penduduk di bandar Waxahachie dipindahkan kelmarin, kata beberapa pegawai bomba.

Kebakaran di Loji Kimia Magnablend Inc. itu berlaku kira-kira pada pukul 11 pagi dan merebak dengan cepat.

Ketua Bomba Waxahachie, David Hudgins memberitahu wartawan kelmarin, 80 peratus daripada kebakaran itu berjaya dikawal.

Asap daripada kebakaran itu boleh dilihat dari jarak jauh tetapi tiada seorang pun yang mengalami kecederaan.

Sebahagian daripada mereka yang dipindahkan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada petang kelmarin, jelas seorang jurucakap bandar Waxahachie, Amy Hollywood.

Loji tersebut menghasilkan pelbagai bahan kimia yang digunakan dalam pertanian, pengeluaran minyak, pembersihan perdagangan dan perindustrian serta rawatan air. - Reuters





Thursday, June 30, 2011

Isu Lynas : Agensi Antarabangsa Sahkan Projek Lynas Selamat


KUALA LUMPUR 30 Jun — Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memutuskan bahawa kilang bumi nadir Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Pahang, adalah selamat tetapi syarikat Australia itu perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan di dalam pelbagai bidang sebelum ia boleh meneruskan operasi peringkat seterusnya.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh pemantau nuklear itu hari ini menyatakan bahawa ia tidak menemui satu keadaan mengenai “sebarang ketidakpatuhan dengan standard keselamatan radiasi antarabangsa” di dalam projek itu.

Bagaimana pun, pasukan pengkaji IAEA mengenal pasti 10 isu yang disifatkannya perlu dilakukan penambahbaikan sebelum fasa pengeluaran lesen projek Lynas itu seterusnya.

Dalam satu kenyataan bersama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, rumusan IAEA itu adalah tekal dengan pandangan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan Jabatan Alam Sekitar Malaysia telah melaksanakan tanggung jawab masing-masing secara profesional dan memastikan bahawa Lynas mematuhi dengan standard keselamatan yang perlu.

Laporan itu menonjolkan bahawa undang-undang dan peraturan Malaysia berkaitan keselamatan radiasi adalah komprehensif dan selaras dengan standard IAEA. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia





Tuesday, June 28, 2011

GEMPAR! Jurutera Syarikat Kontroversi Lynas Ditemui Mati Di Bilik Hotel!

KUANTAN 28 Jun - Seorang jurutera kilang ditemui mati di sebuah bilik hotel di Teluk Chempedak di sini, semalam.

Mangsa, Gray Steven Anthony, 54, yang bertugas di kilang Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) di Gebeng dekat sini, ditemui terbaring di atas katil bilik hotel tersebut oleh rakan sekerjanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah ke atas mangsa. -

Sumber : Utusan Malaysia


Amz CamPro berkata :


Berita ini betul-betul mengejutkan tatkala isu Lynas ini cukup heboh diperkatakan kerana radioaktifnya. Tak tahulah ia akan diklasifikasikan sebagai kes apa nanti tapi siasatan awal tiada unsur-unsur jenayah didapati.







Saturday, June 18, 2011

Isu Lynas : Kesan Projek Lynas Diumum Kepada Semua-Syed Muhammad


Disini aku ambil petikan surat dari Berita Harian mengenai keputusan laporan siasatan yang dijalankan baru-baru ini:


KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menghargai surat Yope Key-Dare dari Kuantan pada 15 Jun lalu mengenai isu Lynas. Sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap isu Lynas, MITI mengambil kesempatan ini untuk menerangkan kembali proses yang diambil kerajaan lanjutan kebimbangan segelintir pihak mengenai kesan projek Lynas terhadap keselamatan dan kesihatan.

Syarikat berkenaan diluluskan Lesen Pengilang bagi menghasilkan ‘nadir bumi oksida dan karbonat’ pada 22 Januari 2008. Keputusan itu dibuat berdasarkan laporan pakar teknikal daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap cadangan projek itu mengikut Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Awal tahun ini, ada pengkritik memainkan isu Lynas ini dari aspek keselamatan dan kesihatan. Sebagai kerajaan berpaksikan ‘Rakyat Didahulukan’, pada 22 April lalu kerajaan melantik satu panel bebas antarabangsa bagi mengkaji semula cadangan projek berkenaan.

Ketua Pengarah LPTA diamanahkan berbincang dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna mengenai penubuhan panel itu. Pada 13 Mei lalu, kerajaan mengumumkan persetujuan IAEA melantik sembilan ahli panel pakar mengkaji semula projek Lynas.

Empat pakar daripada IAEA, manakala lima lagi dari negara anggota IAEA. Bagi mengekalkan ketelusan, tiada ahli dilantik dari Malaysia, Australia dan China.

Panel pakar melakukan lawatan kerja ke Malaysia dari 29 Mei hingga 4 Jun lalu sebahagian agenda program mereka. Ini termasuk konsultasi bersama agensi terbabit, pihak syarikat Lynas, persatuan, badan bukan kerajaan, parti politik, juga individu yang mahu memberikan pandangan kepada panel ini.

Keputusan kajian semula panel bebas antarabangsa diserahkan kepada kerajaan 30 Jun ini dan akan diumumkan kepada orang ramai. Keputusan bersifat objektif, berasaskan fakta dan tiada elemen politik.

SYED MUHAMMAD SYED NADZIR,
Ketua Komunikasi Korporat,
Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...