Showing posts with label semasa agama hari raya. Show all posts
Showing posts with label semasa agama hari raya. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Gambar Hari Raya Berlatarkan Gereja Di Ketereh,Kelantan?


KOTA BHARU 5 Sept. - Sebuah keluarga dekat sini terkejut apabila dua keping gambar yang diambil di sebuah kedai gambar di Ketereh sebagai kenangan sempena Hari Raya Aidilfitri pada 30 Ogos lalu, mempunyai latar belakang gereja serta tertera lambang salib.

Salah seorang ahli keluarga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, dia menyedari perkara itu selepas melihat imej berkenaan dengan teliti ketika berada dalam kedai gambar berkenaan kelmarin untuk mengambilnya kerana ia sudah siap diproses.

"Semasa mengambil gambar itu, saya ada memberitahu pemilik kedai tersebut supaya meletakkan latar belakang yang bersesuaian namun sebaik sahaja siap diproses, saya terkejut apabila mendapati ia berlatarbelakangkan gereja.

"Selain itu, ia mempunyai lambang salib serta patung-patung yang dikaitkan dengan agama Kristian," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Azman berkata, dua keping gambar ahli keluarganya yang lengkap berbaju raya itu diambil dengan bayaran deposit RM20 di sebuah kedai berhampiran rumah mereka pada hari raya pertama dan pemilik kedai menyuruhnya datang semula kelmarin untuk mengambil gambar yang sudah siap dicuci.

"Saya cuba mendapatkan penjelasan pemilik kedai terbabit yang merupakan seorang wanita berusia lingkungan 40-an dan memaklumkan ia tidak disengajakan dan dia juga tidak mengetahuinya.

"Saya menjelaskan kepadanya bahawa orang Islam tidak boleh mempunyai tanda tersebut dan saya juga mempersoalkan, sepatutnya dia mengetahui sensitiviti itu memandangkan media baru-baru ini telah melaporkan pelbagai isu berkaitan gereja," katanya.

Dakwanya, wanita tersebut membuat tawaran supaya menukar latar belakang pada gambar tersebut namun dia enggan kerana mereka seolah-olah mahu mempersendakan agama Islam.

Pada masa sama, dia juga sempat melihat beberapa keping gambar lain yang siap diproses dan turut tertera lambang sama seperti pada gambar miliknya.

"Saya percaya masih ada banyak gambar yang mempunyai imej tersebut dan pelanggan tidak menyedarinya. Pada mulanya, saya ingin membakar gambar tersebut tetapi ia satu tindakan yang tidak tepat dan sepatutnya ia didedahkan untuk pengetahuan umum," katanya.

Azman meminta pihak berkaitan khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) membuat pemantauan segera berhubung perkara tersebut kerana dikhuatiri boleh memudaratkan selain menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negeri ini.

Sementara itu, katanya, mereka sekeluarga bersedia untuk membuat laporan polis untuk mengelakkan perkara sama berulang kepada orang lain.





Monday, September 5, 2011

Planet Zuhal Disangka Anak Bulan Syawal?

JEDDAH - Sejumlah cendiakawan Islam mengancam untuk menyaman seorang ahli astronomi Arab Saudi yang juga seorang saintis, Khaled Al-Zaaq kerana meragui tarikh Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Khaled sebelum ini mempertikaikan pengakuan beberapa rakyat Arab Saudi yang mengaku melihat anak bulan Syawal pada hari Isnin lalu.

Beberapa rakyat yang melihat anak bulan itu membuat penemuan tersebut kepada Jawatankuasa Melihat Bulan di Arab Saudi yang dikenali sebagai Hilal yang kemudian memutuskan Aidilfitri jatuh pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, Khaled menyatakan apa yang dilihat oleh rakyat Arab Saudi itu adalah planet Zuhal dan bukan anak bulan Syawal.

Beberapa cendiakawan mempertahankan kenyataan kumpulan orang yang melihat anak bulan itu dengan menyatakan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah tepat.

Anak bulan itu amat jelas kelihatan pada malam hari Selasa lalu.

Ia sekali gus menyokong kumpulan orang yang melihat anak bulan itu.

Sejumlah penduduk di kawasan Al-Ais menyatakan mereka melihat anak bulan itu pada Isnin lalu selama setengah jam.

Kumpulan orang yang dipilih untuk melihat anak bulan itu merupakan golongan yang berintegriti.

Mufti Besar, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-Asheikh semasa membacakan khutbah Jumaat lalu di Masjid Imam Turki bin Abdullah di Riyadh menyatakan, ahli astronomi yang mempertikaikan anak bulan tersebut cuba untuk memaksakan pandangan mereka ke atas rakyat.

"Kami mengikuti ajaran Sunah Nabi kita dengan kuat semasa menentukan puasa dan Hari Raya Aidilfitri," katanya. - Agensi






Wednesday, August 24, 2011

Adakah Wanita Telanjang Akan Berleluasa Hari Raya Ini?

Hahahaha...tajuk gempak tapi hakikatnya ia sangat serius sebenarnya untuk dibincangkan. Istilah wanita telanjang @ bogel sekarang ini bukan kerana ia tidak berbaju tetapi berbaju yang seolah-olah tidak berbaju. Mampuh, pening nak paham ayat aku ni tapi korang pahamkan? haha... Fesyen ini sebenarnya dah mula digemari sejak 2 3 tahun ini dan aku perasan sangat fesyen ini. Macam mane tak perasan, pelik dan memerlukan kite memikirkannya.



Bagi aku, aku rase fesyen baju tradisional moden ala-ala langsir ni sebenarnya nampak lagi teruk dan hina dari pkai skirt pulak aku rase. Ops...sori kalau ade yang tak bersetuju yer?hehe...Kenapa? Korang boleh pikirlah sebenarnya. Amik contoh baju di bawah ni, macam pakai singlet jer sebenarnya, tul tak? Aku rase ade banyak lagi fesyen yang lebih extreme dari ini rasenye.


Fesyen baju kurung tak kire lah ape jenis sekalipun tetapi penggunaan kain yang jarang diluar tetapi didalam menampakkan segala-galanya aku tengok semakin di minati. Heran jugak, habis semua aset yang sepatutnya disorokkan di berikan tontonon umum. Boleh tahu ape kaler minah-minah ni pakai. Entahlah, aku bukan tahu sangat ape name kejadah pakaian dalam ni tapi ala-ala korset pun ade, silap-silap boleh nampak bra dah kak oii!


Kita tak sedar sebenarnya. Siapa sebenarnya mula-mula mencipta pakaian tradisi melayu asalnya ini menjadi seolah-olah pakaian nak ke pusat hiburan? Sedih sebenarnye tengok. Memang lah cantik tapi menyeksakan. Lebih2 lagi pulak, kena dengan pemakaian tudung, mak oii tak kena langsung. Tang mane yang ditutup pun tak tahu. Kadang-kadang kita pula rase malu. Ape yang kita perlu buat? Cukuplah menggayakan fesyen ini. Hari Raya ini jadikan ia titik tolak untuk kite pulaukan fesyen jenis begini. Terbang songkok haji pak imam kalu tengok.

Selain dari isu pakaian menjolok mata sedia ada, aku rase pakaian dan fesyen yang bertopengkan kesopanan ini jugalah penyumbang kepada tanda-tanda hari kiamat. Dari aspek agama dah tentu ia harus di tegah kerana tidak menutup aurat secara teknikalnnya Kita mungkin tak sedar, tapi bila dah sarung dibadan, baru tau ia mendedahkan segala-galanya. Jika kita pernah ingat, salah satu tanda hari kiamat adalah seperti pada perenggan No. 4 di bawah :




Kite tengok hari raya ini nanti. Masih adakah fesyen ini. Kalau ade, nampak gayanya, fesyen ini masih digemari dan sudah berbuih agaknye orang menasihati mereka2 yang berkenaan tapi masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kita tunggu...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...