Showing posts with label semasa bonus kerajaan. Show all posts
Showing posts with label semasa bonus kerajaan. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Kakitangan Kerajaan Dapat Duit Raya! Syukurlah Walaupun Bukan 2 Bulan


Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.








Friday, July 15, 2011

PM,Tolonglah Kami Kakitangan Kerajaan Yang Daif Ini,Kami Nak Bonus...


KUANTAN 15 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu dan mengharapkan berita baik daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet Oktober ini.

"Kami telah menghantar surat memohon dua bulan bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi keseluruhan penjawat awam, namun ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

"Penjawat awam harapkan sesuatu tahun ini kerana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ada yang mendapat sehingga lapan bulan bonus sedangkan kita penjawat awam yang betul-betul di bawah kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan hanya dapat bantuan khas RM500,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan kali ke-24 ANULAE cawangan Majlis Perbandaran Kuantan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemberian bonus yang kali terakhir diberi pada dua tahun lepas perlu dipertimbangkan berdasarkan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini. – Bernama

Sumber : Utusan

Amz CamPro berkata :

Kesian aku tengok kakitangan kerajaan sekarang ni.Macam dah sampai macam minta sedekah dengan PM kita sejak Datuk Seri Najib jadi PM. Aku rasa dah sampai masanya PM kita bersuara dan bagilah sikit bonus kat dieorang ni.Tapi kadang-kadang bagus jugak tak bagi,kalau bagi bangkang kerajaan jugak,hahaha...kalau tak bagi lagi bangkang...mana satu ek? tapi tulah manusia,sangat memerlukan apa yang dia mahu,pa nak jadi jadilah...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...