Showing posts with label semasa dunia rusuhan london 2011. Show all posts
Showing posts with label semasa dunia rusuhan london 2011. Show all posts

Monday, August 22, 2011

[Video] Kecoh Rakaman Perusuh Di London Rompak Skuter

Sebelum ini kecoh pasal rakaman pelajar Malaysia yang kena tumbuk dan rompak masa rusuhan di London tapi kali ini tak kurang hebatnya. Seorang penunggang skuter yang melalui kawasan perusuh telah di rompak skuternya ketika dia sedang melintas kawasan itu. Ini pun sama tahap dengan trajisnya kesah Asyraf dulu. Saksikan video yang dilampirkan dan petikan akhbar KOSMO di bawah :



CROYDON, selatan London - Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan detik-detik sekumpulan samseng mencuri sebuah skuter yang ditunggang pemiliknya di sini baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku semasa rusuhan yang melanda London ekoran kematian seorang suspek penjenayah, Mark Duggan yang ditembak mati oleh polis.

Dalam kejadian itu, pemilik skuter tersebut pada mulanya berunding dengan sekumpulan samseng yang merusuh di sebatang jalan raya. Pemilik skuter itu kemudian memecut tetapi dia dikejar oleh beberapa perusuh.

Sorang perusuh itu menarik leher pemilik skuter tersebut menyebabkan dia terjatuh. Dia kemudian diheret oleh seorang perusuh ke tepi jalan manakala seorang perusuh lain melarikan skuter tersebut. Detik-detik perusuh itu melarikan skuter tersebut telah dimuat naik ke laman YouTube. - Agensi






Sunday, August 14, 2011

[Gambar] Penyerang dan Perompak Pelajar Malaysia di London Di Dakwa

Reece Donovan

LONDON – Polis Britain mendakwa seorang lelaki kerana merompak pelajar Malaysia, Muhammad Ashraf Haziq Rosli di sini dalam insiden yang ditonton oleh berjuta-juta orang menerusi klip video di Internet, kata agensi polis Scotland Yard semalam

Dalam klip video berkenaan, Ashraf yang mengalami patah tulang rahang dalam kekacauan di Barking, timur bandar raya ini, dilihat sedang dibantu untuk berdiri oleh beberapa lelaki sebelum mereka sebaliknya meragut barang-barang di dalam beg sandangnya.

Susulan kejadian itu, polis Britain mendakwa Reece Donovan yang berusia dalam lingkungan 20-an dan berasal dari Romford, di sini, kerana merompak Ashraf.

Seorang jurucakap polis berkata, Donovan dihadapkan ke mahkamah lewat semalam.

Dia ditangkap pada Khamis lalu berikutan kemarahan orang ramai berhubung serangan yang berlaku ke atas pelajar Malaysia berusia 20 tahun itu.

Ashraf menjalani pembedahan kerana patah tulang rahang pada Rabu lepas susulan serangan tersebut dan dibenarkan keluar dari hospital pada keesokan harinya. Klip video serangan tersebut ditonton hampir tiga juta kali di laman perkongsian video YouTube dengan insiden itu dikecam Perdana Menteri David Cameron yang menganggapnya sebagai ‘menjijikkan’.

Polis Britain telah menangkap lebih 1,600 orang semasa rusuhan empat hari yang menggemparkan bandar raya ini dan beberapa bandar utama lain di Britain pada minggu ini.
– Agensi






Thursday, August 11, 2011

Rusuhan Di London Patut Menjadi Pengajaran Pada Rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR 11 Ogos – Rusuhan ganas di London dan beberapa bandar lain di England seharusnya membuka mata rakyat Malaysia mengenai betapa buruknya kesan sesuatu perhimpunan haram, kata beberapa pemerhati sosial.

Mereka berpendapat, rakyat Malaysia yang mudah terpengaruh untuk mengadakan demonstrasi jalanan, termasuk yang terlibat dalam perhimpunan haram 9 Julai lepas, wajar mengambil pengajaran bahawa tiada pihak yang dapat memberi jaminan perhimpunan yang bermula aman akan terus berlangsung dalam aman.

"Apa pun punca rusuhan itu, kita rakyat Malaysia perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada kita mahu tragedi serupa terjadi di Malaysia?

“Mahukah kita kehilangan nyawa kaum keluarga dan kemusnahan harta benda peribadi dan awam?" kata Prof Datuk Hamdan Adnan ketika diminta mengulas keganasan meluas di England yang berterusan selama tiga hari sejak 8 Ogos.

Kejadian yang turut melibatkan perbuatan mencuri dan merompak premis perniagaan dan pembakaran kenderaan, bangunan, pasar raya malah balai polis oleh ribuan perusuh itu, juga seharusnya membuka mata rakyat negara ini betapa cekap dan tepatnya tindakan polis di Malaysia dalam menangani perhimpunan haram 9 Julai lepas itu, katanya. – Bernama

Amz CamPro berkata :

Aku amat bersetuju dengan artikel akhbar Utusan di atas. Sebenarnya, sejak hari pertama perhimpunan itu dilaksanakan, aku dah dapat rasa yang perhimpunan itu akan berakhir dengan rusuhan. Siapa tidak kenal masyarakat Britain yang rata-ratanya remaja yang suka memberontak dalam memuaskan kehidupan sendiri. Menakutkan rusuhan yang berlaku di London itu. Semakin lama semakin merebak, harta benda musnah, nyawa melayang, kerugian mencecah setengah bilion ringgit. Inikah sebenarnya yang kita mahukan?


Kepada mereka yang terlalu bangga dengan perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, perkara beginikah yang anda mahukan? Perhimpunan aman kononya, tetapi bertukar menjadi perhimpunan yang tidak terkawal dan seperti dirasuk syaitan. Aku percaya, masyarakat kita tidak jauh bezanya dengan masyarakat di England ini. Maaflah kalau aku menyinggung pembaca sekalian tapi aku bercakap atas pendapat aku. Rata-rata yang memberontak adalah remaja dan apa yang terjadi di Malaysia juga adalah di kalangan remaja yang menjadi pendukung kepada pemimpin yang terlalu mengikut emosi.

Terkejut jugak aku melihat cara polis dan pihak berkuasa melawan rusuhan yang berlaku. Bagi aku, ini bukan ciri kemanusian dan hak asasi manusia yang diperjuangkan. Kalau dah terlalu berlembut sampai bakar harta benda, membunuh, merompak, itu hak asasi dan kebebasan macam mana yang di mahukan? Habis, orang yang merusuh itu penuh sifat kemanusiaan ke? Penuh dengan ciri-ciri hak asasi ke? Ambil contoh di London. Tindakan seperti manusia tiada undang-undang merompak dan memusnahkan harta benda awam, menyusahkan orang lain, jauh dari sifat kemanusiaan.




Dalam hal ini, aku rasa setuju sangat tindakan polis Malaysia menangani isu BERSIH 2.0 baru-baru ini. Cegah dan tegas (kasar) dahulu sebelum menjadi lebih buruk. Hak asasi ada batasnya, kemanusiaan ada batasnya. Jika sampai merosakkan negara, nyawa dan ketenteraman, itu bukan kebebasan dan hak asasi yang diperjuangkan. Semalam PM David Cameron mengatakan kekecewaannya dan baru MEMBERI KEBENARAN kepada polis dan pihak berkuasa mengambil tindakan seperti menggunakan pancutan air dan gas pemedih mata. Mak aii, memang lembut hati pihak berkuasa di Britain ini setelah semuanya seperti tidak terkawal baru tindakan di ambil.

Mungkin itu yang di mahukan sebahagian rakyat Malaysia, dapat mebuat huru-hara baru nak berundur. Memang betul, sesetengah tindakan kerajaan kita sekarang ini kadang-kadang sangat pahit untuk dutelkan dan diterima tetapi itulah kehidupan. Gunakanlah cara yang bertamadun dan berhemah untuk menentang anasir-anasir jahat dan pemimpin yang tamak haloba ini. Bukannya dengan cara memberontak tak tentu pasal. Renung-renungkanlah rakyat Malaysia.






Tuesday, August 9, 2011

[Video] Pelajar Malaysia Cedera Rusuhan Di London Di Rompak

Rusuhan di London semakin teruk dan sudah masuk hari ketiga. Ia bermula di kota London dan mula merebak ke Birmigham, Bristol dan Liverpool. Keadaan semakin lama seolah-olah semakin tidak terkawal. Perhimpunan AMAN asalnya semakin menjadi HURU-HARA. Semuanya berpunca daripada polis yang dikatakan tertembak salah seorang remaja dimana ketika itu berlaku berbalas tembakan. Isu itu seolah-oleh semakin senyap ditelan huru-hara rusuhan.

Rusuhan mula merebak dengan membakar bangunan, kereta dan mula merosakkan harta benda dan merompak harta benda awam di kota London dan semakin merebak ke bandar lain. Ramai rakyat cedera dan takut untuk keluar rumah. Polis dan pihak berkuasa ramai yang cedera dengan tindakan ganas perusuh yang majoritinya remaja dan semakin tidak terkawal.

Salah seorang yang cedera adalah pelajar Malaysia yang menuntut di sana seperti di laporkan berita di TV3 malam tadi dimana pelajar Malaysia ini cedera di mulut ketika rusuhan yang mungkin disebabkan ditumbuk dan terduduk di kaki lima jalan. Malang menimpa lagi pelajar itu. Di sangkakan orang ramai ingin membantu tetapi rupanya dia dirompak dan tidak mampu melakukan apa2, saksikan video tersebut :



Pelajar terbabit di jangka menjalani pembedahan di bahgian mulutnya dan aku tak pasti apa harta benda mereka dia yang hilang. Semoga rakyat Malaysia kita di sana selamat hendaknya. Inikah yang kita mahukan? Mula-mula memang aman perhimpunan tetapi bila syaitan merasuk jiwa, hilang pertimbangan dan mula merosakkan harta benda awam dan semakin tidak terkawal. Kemakmuran dan keselamatan negara mula tergadai disebabkan perkara yang boleh selesai dengan cara lebih baik. Renung2kanlah rakyat Malaysia. Aku akhiri dengan video malapetaka yang menimpa London sekarang.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...