Showing posts with label semasa dunia somalia. Show all posts
Showing posts with label semasa dunia somalia. Show all posts

Monday, September 5, 2011

3 Jenis Mati Syahid : Allahyarham Noramfaizul InsyaAllah Syahid Akhirat


Mati syahid adalah satu mati yang sangat dikejar-kejar oleh sekalian manusia yang beriman kepadaNya. Mati syahid terdiri daripada 3 jenis iaitu :

  • Mati Syahid Dunia iaitu mati yang disebabkan menjurus kepada peperangan kerana dunia.
  • Mati Syahid Akhirat iaitu mati yang disebabkan penyakit berbahaya seperti wabak taun atau ditembak dan
  • Mati Syahid Dunia Akhirat mati disebabkan peperangan dalam memperjuang dan mempertahankan agama Islam
"Dalam kejadian menimpa arwah, pahala kematiannya insya-Allah syahid akhirat, namun urusan pengebumiannya masih perlu melalui proses sama seperti jenazah lain iaitu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan akhir sekali dikebumikan di tanah perkuburan,”

Begitulah kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menyifatkan kematian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sebagai mati syahid akhirat kerana terkorban ketika bertugas dalam misi menghapuskan kejahilan, kemiskinan dan penyakit yang melanda Somalia.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Amin




Sunday, September 4, 2011

[Gambar] Tragedi Mogadishu Berulang : Analisis Mudah AmzCampro & Kerajaan Perlu Belajar Dari Kesilapan

Kedudukan tembakan betul-betul pada kedudukan Allahyarham di sebelah kanan kenderaan

Keadaan Allahyarham yang nazak dan kesan tembakan di atas bahu!

Beginilah keadaan Allahyarham Noramfaizul selepas dikatakan tertembak dengan peluru sesat ketika konvoi mereka dalam perjalanan pulang ke penginapan. 2 gambar yang diperolehi iaitu gambar Allahyarham dan keadaan kenderaan pacuan 4 roda mereka memberikan pandangan dan analisis secara awal tentang kejadian yang berlaku. Berikut adalah analisis dari pandanagn aku berdasarkan 2 gambar tadi dan laporan berita dunia :

  • Perhatikan keadaan kesan tembakan pada bahu Allahyarham, ia menunjukkan tembakan itu datang dari arah atas kanan atau seolah-olah bersudut iaitu keadaan lebih tinggi dari kedudukan Allahyarham. Ini menunjukkan tembakan itu seolah-olah memang mahu disasarkan pada konvoi yang sedang bergerak. Kebanyakan tembakan pada sasaran di Mogadishu datang dari kedudukan bangunan tinggi di sepanjang jalan.

  • Kesan tembakan yang membunuh Allahyarham cukup kuat. Kesan tembusan tembakan mengenai organ dalaman. Kesan tembakan seolah-olah datang dari senjata jenis RIFLE yang biasa digunakan oleh seorang SNIPER. Tembakan sniper mampu membunuh 100% sasaran.

  • AU atau African Union dikatakan menjadi punca tembakan rambang ini mengikut saksi kejadian. AU merupakan kumpulan tentera maka tidak mustahil ia dilakukan oleh seorang tentera.(UPDATE : KLIK SINI)

Kita pernah kehilangan seorang perajurit di sana pada tahun 1993 pada misi PBB di Mogadishu. Prebet Mat Aznan Awang terkorban semasa misi disana ketika menyelamatkan sekumpulan tentera US yang terkepung di zon perang Mogadishu. Pengorbanan Allahyarham Mat Aznan yang merupakan seorang tentera semasa beliau sedang memandu Condor konvoi menyelamat tentera US adalah satu pengorabanan seorang pahlawan negara. Kerajaan perlu mengambil iktibar hal ini. Kita telah kehilangan 2 nyawa di Mogadishu dan menurut statistik sudah 38 orang wartawan seluruh dunia terkorban sejak tahun 1992.

Kejadian yang menimpa Allahyarham Noramfaizul ini tidak mustahil berlaku lagi. Sedangkan seorang tentera yang memang terlatih dan mempunyai pelbagai senjata dan sokongan boleh terkorban, inikan pula seorang rakyat biasa yang bertugas dalam misi bantuan. Amerika Syarikat sendiri telah menyatakan ketidakmampuannya menyelesaikan isu di Somalia kerana apa yang berlaku di Somalia bukan peperangan biasa. Peperangan saudara di Somalia tidak mengira mangsa dan ia akan berterusan.









Saturday, September 3, 2011

[Gambar] Lagi Gambar Terakhir Allahyarham Noramfaizul Dan Detik Kejadian Berlaku

Kejadian yang berlaku betul2 mengejutkan kita. Kejadian ini bukan sahaja menjadi bualan di Malaysia malah seluruh dunia. Berikut adalah gambar terakhir Allahyarham dan seorang lagi kakitangan media TV3 yang tercedera serta keadaan kenderaan pacuan 4 roda yang telah di ambush semasa perjalanan di Mogadishu, Somalia.

Aji Siregar Mazlan, 26, (tengah) jurukamera TV3 yang mengalami kecederaan ditangan kanannya dan lelasan di bawah ketiak beliau. Muhamad Solleh Ahmad Kamal (kiri) dan Melissa Ong dari Ntv-7 menenangkan Aji selepas beliau menerima rawatan awal. Dua wartawan telah diserang dan menyebabkan satu kematian dan satu kecederaan.

Foto Allahyarham Noramfaizul yang diambil pada awal pagi bersama rakan-rakan media dan blogger, Bani Amin Ahmad Zabidi (Jinggo) beberapa jam sebelum dia ditembak, di sini, Jumaat.



Kenderaan 4WD mereka telah ditembak ketika di dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan mereka selepas membuat liputan Bantuan Kemanusiaan Malaysia kepada Somalia. Lagi berita penuh, KLIK SINI.

Sumber : BERNAMA




Al-Fatihah Kepada Allahyarham Noramfaizol Mohd Nor


KUALA LUMPUR 2 Sept. – Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.

Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar seperti dipetik oleh Bernama berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Sementara itu, menurut wartawan Utusan Malaysia, Metra Syahril Mohamed yang mengikuti misi kemanusian tersebut ketika dihubungi lewat malam tadi memberitahu, selain jurukamera BernamaTV, jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan juga terkena tembakan dan cedera di bahu.

Menurut Metra, mereka ditembak oleh pihak yang tidak diketahui yang dipercayai menyasarkan tentera Kesatuan Afrika (AU).

Tambahnya, kesemua wakil media diarahkan untuk mengemas pakaian dan barang keperluan masing-masing.

Kesemua wakil media yang menyertai misi tersebut pada 28 Ogos lalu dijangka pulang ke tanah air pada 8 September ini dan kemungkinan akan pulang lebih awal malam ini atau esok pagi (waktu tempatan).

Sumber : UtusanMalaysia






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...