
Alhamdulillah...sejak akhir2 ini aku tengok kita semakin mengambil berat isu halal dan haram produk atau barangan samada dimakan atau digunakan. Macam-macam perkara cuba dibongkarkan dan akhirnya menemui kebenaran. Kali ini, kita digemparkan pula dengan produk kosmetik terkenal Datuk Siti kita iaitu SimplySiti yang dikatakan tidak halal dan disahkan Jabatan Agama Islam Pahang. Berikut adalah salinan pengesahan tersebut :


Sumber : sazuya.blogspot.com
Tetapi ia telah di nafikan oleh pemiliknya sendiri iaitu Datuk Siti. Tidak halal itu timbul dari berus yang dikatakan dari berus babi. Berikut penafian beliau di laman Twitter nya @CTNurhaliza11 jam 4 petang tadi :
“Semua produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim.” – Siti Nurhaliza
Mungkin isu ini telah selesai dan jika masih timbul keraguan,anda tahu mana hendak dihubungikan? Tepuk dada tanya iman.