Monday, October 3, 2011

[Video] Hujan Batu Di Tanah Suci Mekah Pada 1/10/2011? ?

Fenomena alam yang jarang berlaku di Mekah, Arab Saudi. Hujan lebat yang disertai ketulan air batu,melanda Kota Suci lebih kurang pukul 16.25 waktu tempatan, Sabtu (01/10). Hujan air batu tersebut membuatkan suhu di kota Mekah yang biasanya lebih kurang 40 darja Celcius, berubah menjadi lebih sejuk.

Media Center Haji (MCH) di Mekah, melaporkan, hujan tersebut disertai air batu berdiamater setengah sentimeter.

Hujan air batu cukup membuatkan suhu di kota Mekah yang selama ini cukup panas menjadi lebih sejuk. “Adanya hujan ini mampu menurunkan suhu udara sehingga menjadi sejuk setelah sebelumnya panas” katanya.

Perubahan cuaca yang ekstrem perlu diambil perhatian kepada bakal-bakal jemaah haji Malaysia yang akan datang ke Mekah. Seperti diketahui, tidak lama lagi jemaah haji dari tanahair akan berangkat ke Tanah Suci.




Sumber : isuhangat.net





[Video&Gambar] Gempar! Hantu Dirakam Melalui CCTV

GAMBAR yang disiarkan dimuat naik oleh Andrew Dasilva di YouTube menunjukkan kelibat hantu (dalam bulatan) di sebuah kedai telefon yang dibina di bekas tapak rumah anak yatim Yorkshire.

LONDON - Seorang lelaki, Andrew Dasilva memuat naik imej kelibat seorang gadis yang dipercayai sebagai hantu di YouTube.

Imej itu mendapat liputan di beberapa laman web di Internet yang membincangkan mengenai sama ada ia sebenarnya gambar yang tulen.

Imej itu dirakamkan di sebuah kedai menjual telefon bimbit menerusi kamera litar tertutup (CCTV) pada waktu malam.

Dasilva memberitahu akhbar The Sun baru-baru ini, dia tidak percaya apa yang dilihatnya itu dan ia membuatkan dirinya berasa terkejut.

Kedai itu dibina di lokasi bekas tapak sebuah rumah anak yatim yang dikenali rumah anak yatim Yorkshire. - Agensi

BERIKUT ADALAH VIDEO CCTV TERSEBUT! NAK LAGI POWER BUKAK SOUND SEKALI. SERAM SIOT :






Sunday, October 2, 2011

[Video] Gelagat Teves Tak Nak Main Bola

Isu Teves ini sebenarnya agak sensasi untuk diperkatakan. mana taknya, dia menolak untuk bermain ketika bertemu Bayern Munich. Gelagat dia menimbulkan kemarahan Mancini. Kenapa dia tetiba berubah? Bukankah dia kata dia akan setia dengan City? Mari kita lihat gelagat Teves sehingga sampai mahu dipujuk tapi masih tak nak main :



Ini pula video temuramah Teves yang meluahkan perasaanya. Ketika ditemu bual oleh Susana Gimenez – seorang selebriti talk show yang popularitinya setanding dengan Oprah Winfrey di Amerika Syarikat, subjek tentang model Amerika Selatan tersohor Evangelina Anderson membeli sebuah villa di Marbella (Sepanyol) timbul.

Carlos Tevez pun menjawab, “Tapi Marbella berbeza dengan Manchester. Anda boleh membeli sebuah rumah percutian di Marbella, tapi saya tak akan balik ke Manchester, walaupun untuk pergi bercuti”.

“Dan sudah tentu saya akan beli sebuah rumah di Marbella. Berbanding dengan cuaca dan juga lain-lain, Manchester takde apa-apa pun. Di Marbella anda boleh membeli sebuah rumah di tepi pantai, berehat disana dan bersiar-siar di kawasan sekitarnya. Sebuah rumah di Manchester berharga antara 6 atau 7 juta pound.






[Terkini] Bas Jatuh Gaung Di Bentong

BENTONG 2 Okt. – Seorang penumpang maut apabila bas persiaran yang dinaikinya terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 13, Jalan Bentong-Raub dekat sini awal pagi ini.

Mohd. Azanizar Adnan, 25, beralamat di Taman Mawar, Batu Kikir, Negeri Sembilan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dalam kenderaan itu dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 3.15 pagi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Mansor Mohd. Nor, ketika kejadian, bas persiaran itu yang dalam perjalanan dari Kelantan menghala ke Negeri Sembilan dinaiki 34 penumpang serta dua pemandu bas. - Utusan





Apabila Ching Peng Menerima Balasan


KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (PKM), Chin Peng (gambar) kini koma di sebuah hospital swasta di Bangkok.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 86, kini hidup dalam buangan di Thailand.


Sumber yang rapat dengan keluarganya berkata, Chin Peng yang telah dimasukkan ke hospital itu sejak sebulan lalu.

"Dia semakin uzur, malah ahli keluarganya tidak tolak kemungkinan bimbang Chin Peng akan menamatkan riwayatnya di atas katil hospital,'' katanya yang enggan identitinya didedahkan.

Usaha Chin Peng untuk pulang ke Malaysia menerusi saluran undang-undang gagal pada tahun 2005, malah kerajaan tidak membenarkan dia pulang kerana tidak mahu melukakan hati banyak pihak, terutamanya mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam perang menentang komunis.





[Gambar&Video] Pesawat Rempuh Ferris Sydney Wheel

PESAWAT ringan Cheetah S200 tersangkut di antara kabel keluli roda Ferris sebelum juruterbang dan penumpangnya diselamatkan.

SYDNEY - Sebuah pesawat ringan telah melanggar sebuah roda raksasa Ferris yang sedang bergerak di Festival Old Bar di Taree, kira-kira 250 kilometer dari Sydney, Australia dan nyaris membunuh dua orang kanak-kanak.

Pesawat itu tergantung selama beberapa jam di atas struktur itu sebelum juruterbang dan penumpangnya berjaya diselamatkan. Orang ramai nyata sangat terkejut melihat pesawat Cheetah S200 itu merempuh roda terbabit dan tersangkut di atasnya.

"Sangat mengejutkan," kata Gary Jones yang dua orang anaknya baru sahaja menaiki permainan tersebut. Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dan remaja perempuan berumur 13 tahun berjaya diselamatkan.

Pihak berkuasa keselamatan udara akan menyiasat punca kemalangan itu. - AFP






Saturday, October 1, 2011

Uji Rashid Di Tangkap Merompak?

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki Indonesia bernama Uji Rashid dan lima rakannya yang cuba merompak sebuah kapal dagang di perairan Tanjung Piai, Pontian, 19 Sept lepas dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Uji, 33, Rudiarto, 39; Andagunawan, 27, Edi, 45, Saleh, 45, dan Khairu Fahmi, 25, semuanya berasal dari Dumai, Indonesia, mengaku bersalah cuba melakukan rompakan secara berkumpulan di kapal MT Sky Jupiter pada jam 12.49 malam hari berkenaan.

Mereka yang bekerja sebagai buruh dituduh melakukan perbuatan itu pada kedudukan garis lintang satu darjah 15.44 minit Utara dan garis bujur 103 darjah 28.26 minit Timur di dalam perairan Malaysia pada jarak lebih kurang 2.65 batu nautika perairan berkenaan.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwaan dan senarai barang kes.

"Kesalahan yang dilakukan ini adalah berat, oleh itu setiap kamu dijatuhi hukuman 10 tahun berkuatkuasa dari tarikh tangkapan dan empat kali sebatan," katanya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mirza Muhamad, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...