Wednesday, April 22, 2009

Pusat/Institut Pengajian Tinggi (IPT) Yang Mula Digemari Orang Melayu Sekarang

Pelopor 'IPT'-Antara 'IPT ' tertua di negara ini

Masuk 'IPT' ini,dapat RM1juta.Pastu enjoy...

“PUSAT PENGAJIAN TINGGI” yang aku maksudkan disini adalah pusat-pusat melahirkan lagi lebih ramai tanda-tanda kiamat kelak. Semakin hari semakin banyak rancangan-rancangan seperti ini yang lebih dimonopoli oleh orang kita sendiri. Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million, Gangstarz, My Starz LG, Bintang RTM, Malaysian Idol dan macam-macam lagi. Rancangan realiti dan tidak realiti ini hanya ingin lebih meramaikan lagi industri hiburan. ‘Pusat Pengajian Tinggi’ ini lebih untuk melahirkan ‘graduan’ yang berjaya dan handal dalam nyanyian. Vokal,tempo,pitching,vibrator,tone dan macam-macam lagi ‘teori-teori’ khayalan oleh ‘Profesor-profesor’ dan ‘Doktor-doktor falsafah’ yang pakar dalam hal melahirkan tanda-tanda kiamat ini. Nak tergelak pun ada bila pakar-pakar ini memarahi pelajarnya melebihi memarahi jika meninggalkan solat. Mungkin?

Pelajar yang dapat 1st Class Degree. 'Dekan'nya tersenyum bangga

Ia terlalu banyak sekarang. Itu baru sahaja ‘Pusat-pusat Pengajian Tinggi’ dalam bidang seni suara,bagaimana pulak dari segi lakonan? Zaman sekarang kita sering disogokkan dengan hiburan yang kadang-kadang rasanya sudah melampaui batasan peradaban agama dan budaya kita sendiri. Aku rasa kecewa juga dengan trend semasa sekarang seolah-olah, menggalakkan masyarakat muda kita supaya mengejar kemewahan dan kekayaan dengan cara mudah dari sumber hiburan yang boleh diragui halal haramnya. Silap-silap, mak bapak turut sama merestui anak-anaknya supaya menceburi bidang ini supaya cepat kaya raya dan glamer didunia dan tidak di akhirat.

'IPT' International,orang luar boleh masuk,kasi mereka kaya...

Kita disogokkan dengan hiburan sejak dari kecil lagi. Tak percaya? Rancangan seperti Tom Tombak misalnya dan Macam-macam Aznil dulunya, sebuah rancangan yang lebih menggalakkan anak-anak yang masih kecil dan belum cukup umur ini supaya menyanyi, berlakon dan kadang-kadang seperti biadap dengan orang yang lebih tua. Bila dari kecil sudah mula diajar dunia seperti ini,aku percaya mereka akan terus hanyut dengan dunia ini juga satu hari nanti jika tidak dibimbing dengan betul. Sedih bila melihat anak-anak kecil sudah pandai bergaya menyanyi depan TV. Mak bapak menangis-nangis gembira anaknya ‘berjaya’. Aku tidak jumut tapi risau ia semakin melampaui batas. Sebagai contoh, jemaah alim ulama negara telah mengharamkan Konsert SureHeboh tapi ia terus dijalankan. Mungkin kerana namanya sudah menjadi JomHeboh? Aku menonton semua rancangan seperti ini secara kasar, bagaimana nak mengulas atau memberi pandangan jika kita tidak melihat sendiri? Betul tak?

'IPT' ini menjadikan mentornya yang sudah bertanduk 2 sebgai Sifu Besar

Graduan menganggur semakin ramai, yang dah ada kerja diberhentikan dek kerana ekonomi, yang ada anak bersepah di rumah pun akhirnya mencari jalan dan alternatif mudah menuju kelembah hiburan yang telah jelas dan sahih lebih kearah kemaksiatan. Bila sudah glamer, semua lupa, air kencing setan pun seperti Teh O ais, berzina seperti bercucuk tanam di kawasan tanah-tanah yang luas terbentang, rambut dah hilang warna asalnya sehinggakan kucing dan anjing termenung sendirian melihatnya. Sumber kewangan hidup bila diperolehi dengan cara yang tidak halal, lambat laun kesannya menjelma jua, tidak didunia ia pasti di akhirat bila kiamat kelak. Renungkan antara secebis kisah di “Pusat Pengajian Tinggi’ dibawah ini yang sempat aku lihat:

'IPT' yang mendapat taraf Apex-semua boleh buat

Terjadi di rancangan Diari Akademi Fantasia 7 baru-baru ini dimana antara peserta ini namanya Qhaud. Mamat ini lebih dikatakan islamik dari peserta yang lain kononnya tapi….hampeh…tergamaknya dia merelakan / menyuruh seorang wanita yang bukan muhrimnya untuk tolong memotong kukunya? Lu bikin wa panasssss jee….Jangan gunakan agama disebalik sikap yang tidak betul tu. Aku lebih rela orang tu biasa-biasa sahaja tanpa menunjuk-nunjuk kealimannya. Peluk-peluk antara ‘pelajar’ dan ‘pakar-pakarnya’ (cikgu) sudah menjadi bebas antara lelaki dan perempuan. Gejala sosial melayu semakin jelas dan terus ditelanjangkan.

p/s : Memikirkan membesarkan anak-anak dizaman ini cukup memberi perasaan takut dan keinsafan di hati aku. Bagaimanakah kita akan lalui dalam membesarkan anak-anak dengan dunia yang penuh pancaroba ini? Hanya doa, didikan agama dan rohani yang sempurna serta berserah kepada-Nya sahaja menjadi perisai kita.

Thursday, April 16, 2009

Isu Pembelian Eurocopter Menggantikan Nuri : Beza Antara Eurocopter Malaysia Dengan Brazil


Ramai yang pertikaikan kenapa Malaysia beli EUROCOPTER dengan harga RM 193 juta, manakala Brazil pulak beli dengan harga RM 82 juta...

Aku pun heran gak. Apasal mahal sangat kita beli ni? Tapi bila tengok perbezaan spesifikasi Eurocopter Malaysia dan Brazil baru le aku tahu. Berikut adalah butirannnya:

Specifications (Cougar EC 725) MALAYSIA


General characteristics

* Crew: 2 (pilot + co-pilot)
* Capacity: 1 chief of stick + 28 troop seats
* Length: 19.50 m (63.98 ft)
* Rotor diameter: 16.20 m (53.14 ft)
* Height: 4.60 m (15.09 ft)
* Empty weight: 5,330 kg (11,750 lb)
* Loaded weight: 11,000 kg (24,250 lb)
* Useful load: 5,670 kg (12,500 lb)
* Max takeoff weight: 11,200 kg (24,700 lb)
* Powerplant: 2× Turbomeca Makila 1A4 turboshafts, 1,800 kW (2,413 shp) each


Performance

* Never exceed speed: 324 km/h, 201 mph (175 kts)
* Maximum speed: 324 km/h, 201 mph (175 kts)
* Cruise speed: 285 km/h, 177 mph (154 kts)
* Range: 857 km, 532 mi (463 nm)
* Service ceiling 6,095 m (20,000 ft)
* Rate of climb: 3.6 m/s (710 ft/min)


Specifications (Cougar EC 725) BRAZIL

General characteristics

* Crew: 1
* Capacity: 24 troop seats
* Length: 19.50 m (63.98 ft)
* Rotor diameter: 16.20 m (53.14 ft)
* Height: 4.60 m (15.09 ft)
* Empty weight: 5,330 kg (11,750 lb)
* Loaded weight: 10,000 kg (22,000 lb)
* Useful load: 5,670 kg (12,500 lb)
* Max takeoff weight: 10,500 kg (23, 100 lb)
* Powerplant: 2× Turbomeca Makila 1A4 turboshafts, 1,800 kW (2,413 shp) each

Performance

* Never exceed speed: 278 km/h (150 knots, 173 mph)
* Maximum speed: 249 km/h (134 knots, 154 mph)
* Cruise speed: 239 km/h (129 knots, 148 mph)
* Range: 573 km (310 nm, 357 mi)
* Service ceiling 3,450 m (11,319 ft)
* Rate of climb: 7.2 m/s (1,417 ft/min)


Untuk memendekkan cerita yang panjang, kisah Eurocopter Malaysia dan Brazil boleh kita gambarkan macam ni. Kita ada beli kereta. Dua Hari lepas tu jiran sebelah rumah kita tu pun beli kereta. Kereta dia pulak tu yang sama model dengan kereta baru kita ni. Dengan muka bangganya jiran kita tu kata, “Hahaha….aku beli kereta ni lagi murah daripada ko tau”.

Kita dengan terbakarnya pun jawab le, “Eleh, memang le kereta ko tu murah. Ko beli yang tak ada sport rim, tak ada tinted,tak ada spoiler, kusyen ko bukan kulit! Lainlah mcm kereta aku ni, semua tu ada tau. CD player aku siap boleh main MP3 lagi.Bleh main DVD,ada LCD...Bukan mcm kereta ko yang CD player boleh main CD biasa jek…Hahaha”.

Rujukan : Amie and Amz

Tuesday, April 14, 2009

Surat Terbuka AmzCamPro Kepada YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib

AmzCampro
Kuantan,
Pahang Darul Makmur
http://amzcampro.blogspot.com

Kepada,

Y.A.B Dato’ Sri Najib Bin Tun Hj Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

14 APRIL 2009

Dato’ Sri,

Per: PANDANGAN DAN HARAPAN KEPADA DATO’ SRI BAGI PEMBANGUNAN PENDIDIKAN PAHANG

Di sini saya sebagai seorang rakyat biasa yang mewakili penduduk negeri Pahang khususnya dan rakyat Malaysia amnya ingin meminta jasa baik Dato’ Sri supaya dapat menimbangkan cadangan dan pandangan saya ini demi kebaikan rakyat negeri Pahang.

2. Terlebih dahulu,sekali lagu ucapan tahniah dari saya diatas perlantikan Dato’ Sri sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 yang merupakan anak jati Pekan,Pahang semoga Dato’ Sri dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sekalian rakyat dan ini mendorong saya memberi surat terbuka ini kepada Dato’ Sri. Saya sebagai rakyat Pahang yang telah bermastautin selama 11 tahun disini ingin memberikan sedikit pandangan dan cadangan setelah sekian lama menetap di sini yang sebelum ini berasal dari negeri Johor, negeri kelahiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.

3. Pembangunan prasarana di Pahang terutama sekali di Kuantan amat perlahan dan perlu diberikan perhatian terutama dalam bidang pembangunan sumber pendidikan rakyat Pahang sebelum ia tertinggal lebih jauh. Memandangkan saya sebahagian daripada pendidik yang berkhidmat untuk anak jati bangsa, ia menjadi sesuatu yang saya nampak perlu diberi perhatian. Sudilah apa kiranya Dato’ Sri menimbangkan pembangunan perpustakaan negeri yang agak daif dan menambahkan lagi perpustakaan mini di negeri ini. Ia amat mendukacitakan saya kerana kemudahan seperti ini sepatutnya tidak dilupakan. Sejak saya mula menjejakkan kaki ke negeri ini 11 tahun dahulu sehingga sekarang, perpustakaan negeri ini amat memalukan kita sebagai rakyat negeri Pahang. Kemanakah peruntukan kerajaan untuk pembangunan pendidikan negeri ini?

4. Pembangunan prasarana dan infrastruktur institusi-institusi pengajian tinggi di negeri Pahang juga amat mendukacitakan. Satu-satunya universiti awam yang berada di negeri Pahang iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mendapat kritikan hebat dengan menduduki carta terendah IPTA di seluruh negara. Ini tidak termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Pahang atau kolej-kolej bersekutu MARA seperti Kolej Poly-Tech Mara, Kolej Profesional Mara, UiTM cawangan Pahang dan sebagainya. Di cadangkan supaya institusi pengajian tinggi sedia ada yang lebih bercirikan negeri Pahang iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), IKIP International College (IIC), Kolej PSDC (Pahang Skill Development Centre),Kolej Shahputra dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) terus dibangunkan dan dinaiktarafkan lagi demi kemajuan negeri Pahang teutama dalam sektor pendidikan.

5. Sebelum mengakhiri surat ini,sudilah juga apa kiranya Dato’ Sri memberi penjelasan yang lebih cepat dan jitu mengenai pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) kerana ia akan menjadi isu yang agak besar jika ia terus didiam dirikan dan rakyat terus dihimpit dengan tanggapan buruk oleh pihak yang ingin menggunakan peluang ini sebagai memburukkan lagi kepimpinan kerajaan yang baru setahun jangung ini kerana kementerian itu berkait rapat dengan golongan bumiputera sendiri. Saya juga berharap, harga pasaran minyak dapat dikaji semula memandangkan rebat tunai sudah dimansuhkan atau sekurang-kurangnya ia dijelaskan kepada rakyat. Tidak lupa juga isu PTPTN tentang caj perkhidmatan 3% menjadi 1% yang masih mengelirukan sesetengah peminjam yang telah dahulu membuat peminjaman supaya diseragamkan.

Akhir kata,pandangan dan harapan saya ini mungkin menjadi harapan dan pandangan rakyat yang lain juga. Saya sudahi surat saya ini dengan jutaan terima kasih dan harapan menggunung rakyat negeri Pahang khususnya dan seluruh negara amnya.

Sekian,

Yang benar,

(AMZCAMPRO)
http://amzcampro.blogspot.com

Monday, April 13, 2009

Perbandingan Terakhir Sebelum Pelancaran 15 April


Terima kasih kepada isuhangat.blogspot untuk gambar perbandingan antara dari kiri Avanza, Lavina dan Exora yang dilihat dari pandangan sisi. Kapasiti enjin sahaja yang berbeza iaitu dari kiri 1.5 untuk Avanza,1.5 Lavina dan 1.6 CPS untuk exora. Kita tengok sendiri dan uji pandu sendiri selepas pelancaran.

Friday, April 10, 2009

Azilah dan Sirul Sudah Dihukum Mati,Inikah Wajah Mereka?

Inikah wajah mereka? Setelah sekian lama dibicarakan sehingga hukuman dah dijatuhkan,batang hidung mereka memang tak penah dilihat. Inilah yang menjadi kemusykilan dan menimbulkan curiga kepada rakyat. Hanya Allah yang tahu dan membalasnya siapa yang benar dan siapa yang salah.



Wednesday, April 8, 2009

Tahniah Kepada Pemenang PRK, Janji Manis Pak Anwar dan Penyokong Bola Sepak Kelantan

Kisah Pertama

Pemenang Batang Ai,bunyinya agak melucahkan...kah kah kah dan Bukit Segantang

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang PRK di 2 bukit dan 1 batang semalam. Tahniah kepada calon BN yang menang dengan majoriti 1854 undi kepada calon PKR di DUN Batang Ai,tahniah kepada calon PAS yang menang dengan majoriti 2789 undi kepada calon BN di Parlimen Bukit Gantang dan tahniah kepada calon PKR yang yang menang dengan majoriti 2403 undi dengan calon BN di DUN Bukit Selambau. Tahniah sekali lagi. Apa kesimpulan yang dapat aku buat di sini adalah :
  • Penyokong pembangkang masih terus mempertahankan kubunya.
  • Kekeliruan rakyat masih nyata.
  • Jentera kerajaan masih menggunakan taktik dan strategi lama
  • Bukit Gantang : Nizar meraih undi simpati atau pun rakyat Perak memberi petanda DUN Perak wajar dibubarkan semula
  • Bukit Selambau : Masyarakat India memilih calon India yang lebih rendah profilenya dari calon BN yang merupakan seorang Datuk.
  • Batang Ai : Kubu kuat BN yang hampir jatuh ketangan pembangkang dan rakyat masih memberi peluang kepada kerajaan untuk mengotakan janjinya.
  • Dan antara sebab yang dikatakan kuat juga,janji Pak Anwar yang akan mendedahkan rahsia JIKA PR menang di ketiga-tiga PRK (kalau dedah sebelum PRK,tak best katanya)

Kisah Kedua

"Apakah lagi peraduan yang ingin aku buat?"bisiknya didalam hati

Masih ingat kah kita dengan janji Anwar kepada rakyat dan penduduk di PRK baru-baru ini. Dengan muka yang dan penuh tawaduknya dia telah berjanji kakan mendedahkan rahsia dan sentah apa-apa lagi kepada seluruh rakyat jika PR menang di ketiga-tiga PRK? Aduh,janji Pak Anwar seperti ini selalu didengari sampai ke tahap aku sendiri hampir menyayanginya.kah kah kah...Kesimpulan dari kisah kedua ini adalah :
  • Anwar sungguh bijak bermain kata-kata.
  • Adakah dia tidak yakin dengan PR sudah tentu dapat mengekalkan kerusi yang dipegang PR dahulu?
  • Atau pun dia dah tahu,Batang Ai susah nak rampas so timbullah janji barunya yang sure tak akan dedahkan sebab di Batang Ai,BN akan kekal dan syarat pendedahan rahsia itu mesti kena menang ketiga-tiga PRK?
  • So sekarang ini,Pak Anwar ada alasan kukuh tak akan mendedahkan rahsia yang ingin dibongkarkan kerana PR kalah di Batang Ai. Alahai,bak kata Dr.Badrul Amin (PAS) " ooooo mudoh sangattttttt.......!"
  • Rakyat terus dihimpit dengan peraduan Pak Anwar,gores di ketiga-tiga PRK,boleh menang kereta BMW 5 series.kah kah kah...apa punya turrr( bak kata Faridisme-dalam kenangan)

Kisah Ketiga

Katanya,kenderaan Polis diterbalikkan dan dibakar

Peminat bola sepak di Malaysia dikejutkan dengan rusuhan penyokong ala-ala penyokong bola di Argentina dan Colombia semalam di Stadium Sultan Mohamad ke -IV Kota Bharu semalam. Dari berita yang diketahui, dapat disimpulkan bahawa rusuhan berpunca daripada :
  • Kekalahan pasukan Kelantan 0-1 ditangan N.Sembilan pada saingan merebut Piala FA
  • Rusuhan terjadi juga berpunca dari Halim Napi (terkenal dengan gangsternya dan penah masuk berita pasal kedaifannya menjadi gembala lembu) bergaduh selepas perlawanan dengan pemain N.Sembilan iaitu Aidil Zafuan (laki Rita Rudaini) dan seterusnyaberkait dengan pemain lain.
  • Mungkin kerana Halim Napi jeles kat Aidil kot atau pun Halim Napi nak ajar budak tu supaya hormat orang tua? kah kah kah
  • Mungkin kerana tidak boleh menerima hakikat kekalahan pasukannya ditempat sendiri? (kalau kalah pilihanraya,ada KLCC dibakarnya)
  • Mungkin kerana pengadil yang berat sebelah mengadili perlawanan.
  • Emosi orang Kelantan memang gila babi,bukan sahaja bergaduh tak kira pemain dan penyokong,tapi ketahap membakar dan merosakkan kenderaan awam yang lain termasuk Presiden Bola Sepak Kelantan sendiri.
Itulah kisah semalam atau orang kata semalam dalam sejarah...

Tuesday, April 7, 2009

Tergamaknya Ungkapan Ini Terkeluar dari Seorang Muslim?

Dato' Mustafa Ali -bak lalang ditiup angin

Perihal ayat Quran, tarian dan kongsi gelap!
Intan Abdullah & Nyza Ayob
Tue | Apr 07, 09 | 5:58:10 am MYT

Bukit Gantang, 7 April (Hrkh) - Penggunaan ayat al-Quran oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming Rakyat memberi kesan positif kepada Islam apabila bukan Islam turut berminat dan yakin dengan al-Quran.

Demikian ditegaskan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali sewaktu sidang akhbar di Markas PAS Air Kuning, dekat sini. Turut hadir ialah Pengarah Pilihan raya PAS Bukit Gantang, Asmuni Awi.

Beliau menegaskan, BN yang sudah lama bergabung dengan MCA dan MIC usahkan hendak membaca al-Quran tetapi susah hendak memberi salam.

Baca seterusnya DISINI

Amz CamPro berkata :

Tergamaknya dia berkata begitu,entahlah bagi aku,aku takleh anggap macam mana dia anggap. Kalau dah bukan muslim,bukan muslimlah juga selagi tak mengucap dua kalimah syahadah. Islam melayu memang terus hanyut,tak tahu hanyut ke mana. Semoga kita dijauhkan dari azabnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...