Benarkah Amerika menggunakan Al-Quran sebagai sumber rujukan sistem keadilan mereka? Isu ini telah dibongkarkan oleh Mahkamah tinggi Washington (Supreme Court in Washington) dimana ia telah digunakan sejak di zaman pemerintahan presiden US ke-3, Thomas Jefferson lagi. Kita saksikan petikan pendedahan dari video berikut :
Monday, September 30, 2013
Friday, September 27, 2013
Tips Jimat Minyak Dari Amz Campro
Kite dah sedia maklum tentang kenaikan minyak petrol dan diesel 20 sen baru-baru ini dan kite juga sudah sedia maklum sejak sebelum PRU-13 lagi yang minyak akan naik. Dan dalam masa terdekat ini,dikatakan juga minyak akan naik lagi dengan alasan dan sebab2 yang boleh dikatakan agak celaka dari mulut seorang yang dikatakan pakar dan balaci rakyat ini sepatutnya memikirkan cara terbaik supaya tidak membebankan rakyat. Itulah,bile dah diberi muka sangat,begini lah jadinya.
Aku nak share cara tips minyak kepada rakan2 sekalian base kepada pengalaman aku memandu selama hampir 12 tahun dan juga dari maklumat2 tambahan dari tips2 yang pernah di sharekan sebelum2 ini. Tips berikut adalah :
Aku nak share cara tips minyak kepada rakan2 sekalian base kepada pengalaman aku memandu selama hampir 12 tahun dan juga dari maklumat2 tambahan dari tips2 yang pernah di sharekan sebelum2 ini. Tips berikut adalah :
- Ade orang kata, kalau tuang minyak full dapat jimat minyak sikit nak dibandingkan dengan tuang sikit2. Ade betulnya tapi bagi aku,aku elakkan tuang minyak full bagi mengurangkan beban pada kenderaan.Biasanya cukup sekadar tuang dalam 60%-70% dari keseluruhan tangki. Tak digalakkan tuang minyak hanya 20%-30% tangki sahaja kerana ini menyebabkan minyak ini akan lebih cepat digunakan dan diserap akibat terlalu banyak ruang kosong dalam tangki.
- Kurang beban pada kenderaan.Jangan bawak barang tidak perlu dalam bonet kereta kite. Kerana bile beban terlalu berat,ia akan memerlukan tenaga yang lebih untuk memacu kereta kite.
- Tayar standard lebih baik kerana rationya pada kapasiti kenderaan adalah yang paling optimum. Cukuplah zaman kite menukar sportrim bersaiz 16' dan ke atas. Ini akan menyebabkan pertambahan kesan geseran akibat daripada pembesaran dan kelebaran tayar pada permukaan jalanraya.
- Jika anda rasakan mematikan enjin kenderaan lebih jimat ketika anda berhenti,anda silap! Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan. Jika kereta anda berhenti atau erti kata lain,enjin dalam keadaan ideal lebih kurang daripada 10-15 minit,anda tidak perlu mematikan enjin kenderaan. Jika enjin dalam keadaan ideal lebih daripada 15 minit, mematikan enjin kenderaan lebih baik. Ini kerana,ketika proses menghidupkan enjin kenderaan,enjin anda mengepam minyak lebih banyak daripada biasa. Maksudnya, kalau anda mahu singgah 4 ke 5 tempat tapi sekejap2,memadai tidak mematikan enjin kenderaan jika dibandingkan anda kena hidupkan kenderaan 4 hingga 5 kali.
- Penggunaan air-cond dah biasa. Nak lagi jimat jangan pakai air-cond tapi siapa tahan kan? hahaha...So,pastikan tahap sejuk air-cond kenderaan anda jangan berada pada kedudukan full. Cukup sekadar separuh atau maksimum 60% daripada keseluruhan suhu penyejukan.
- Tuang minyak pada suhu sejuk atau dingin juga ade munasabahnya. Kerana ketika itu suhu sekeliling dan tangki berada dalam keadaan selesa dan tenang. Ini mengurangkan minyak kite tersejat lebih banyak. Pastikan kite dapat tuang minyak pada ketika awal pagi atau leat petang atau malam.
- Tuang minyak juga,pastikan dalam keadaan konsisten. Jangan terlalu laju dan jangan terlalu perlahan. Ini ade munasabahnya juga.
- Teknik pemanduan juga kena betul dan lebih berhemah. Ini berbeza untuk kereta bertranmisi automatik dan manual. Pada transmisi manual,anda sebenarnya sepatutnya dapat menjimatkan lebih baik daripada transmisi automatik. Pastikan timing masuk kereta anda sentiasa betul dan tidak sehingga enjin mengaum baru nak masuk. Jika automatik,jangan push enjin sekuat2nya untuk mempercepatkan kemasukan gear. Layankan sahaja sehingga ia masuk secara semulajadi. Penggunaan minyak yang sia2 kebanyakkannya berlaku ketika kemasukan gear.
- Jika memandu untuk perjalanan jauh,halaju kereta yang konsisten akan lebih menjimatkan minyak jika dibandingkan dengan pemanduan yang macam nak pergi berlumba. Elakkan pemanduan dengan halaju lebih daripada 110 km/j kerana kebanyakkan kenderaan sekarang,jika kite memandu lebih daripada kelajuan itu, sistem ignition kereta kite sudah berada pada tahap penggunaan minyak yang lebih tinggi.
- Servis kenderaan anda dengan konsisten. Cukuplah sekadar ape yang patut sahaja. Jangan lupa,air-cond juga perlu diservis kereta ia saling berkait dengan beban enjin.
[Gambar] 3 Model Nissan Antara Di Tarik Balik Seluruh Dunia
![]() |
| Model Infiniti-M |
Masalah tersebut boleh menyebabkan kenderaan bergerak perlahan dan enjin kenderaan gagal berfungsi.
Menurut Nissan, sensor itu dikeluarkan di Jepun.
![]() |
| Model Mini Serena |
![]() |
| Model X-Trail |
Amz Campro berkata :
Selalu jugak aku dengar pasal model kereta yang ditarik balik oleh pengeluarnya akibat daripada laporan kerosakkan teknikal pada model tersebut. Pengeluar yang mengeluarkan arahan ini bukan kecik2, Honda, Volkswagen, Toyota dan yang terbaru Nissan. Kerosakan dilaporkan kebanyakkannya dari aspek teknikal. Kenapa ini berlaku? Biasanya ia berlaku pada model2 baru yang masih dalam tempoh percubaan pada teknologi baru yang baru digunakan.
Penarikan ini pula melibatkan hampir keseluran production pengeluaran model terbabit. Ini kerana, kebanykkan kereta golongan pertengahan ini menggunakan konsep mass production iaitu pengeluaran secara pukal dan banyak dan tertakluk pada piawaian yang sama setiap pengeluaran. Maksudnya, jika kesilapan teknikal berlaku semasa proses penyambungan, ia akan melibatkan keseluruhan proses penyambungan pada setiap kereta yang dikeluarkan. Ini kerana,prosesnya menggunakan sistem komputer sepenuhnya.
Berbeza pula kereta mewah seperti Bently, Ferrari dan Lamborghini misalnya. Pengeluarannya menggunakan kaedah manula dan kualitinya lebih terjamin kerana pengeluarannya terkawal pada setiap peringkat dan tidak dikelurkan secara pukal dan terlalu banyak dalam masa yang singkat.
Ape2 pun,kesilapan ini memang akan berlaku. Cuma bagaimana syarikat pengeluar itu untuk membaiki semula kepercayaan pengguna sahaja yang memainkan peranan untuk mereka terus berdiri gah di mata pengguna dan peminat automotif dunia.
Wednesday, September 25, 2013
[Video] Bini Mat Yo Vs Pengawal Keselamatan - Komen Amz Campro
Video detik pertengkaran bini Mat Yo ketika di Subang Airport
Subang Jaya: “Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen.” Itu kata Siti Aisya Adam, 24, isteri penyerang bola sepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha, 27, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo.
![]() |
| Insan2 yang tibe2 mencetuskan fenomena |
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harian Metro semalam untuk mendapat penjelasan berhubung klip video dia bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan yang tersebar dengan meluas di Internet sejak malam kelmarin.
Difahamkan, adegan pertengkaran Siti Aisya dengan pengawal keselamatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang, di sini, berlaku di pekarangan lapangan terbang berkenaan pada 12 September lalu.
Sehingga jam 7 malam semalam, rakaman video berdurasi 55 saat itu ditonton hampir 100,000 pelayar Internet di laman YouTube, selain menjadi topik hangat di laman sosial facebook (FB), malah ada pihak yang turut membuat video parodi (meniru secara mengejek) isteri Mat Yo. Ketika ditanya kepada Siti Aisya, sama ada dia memuat naik rakaman video
pertengkaran itu ke Internet, dia enggan mengakui atau menafikannya.
Video eksklusif temuramah dengan pengawal keselamatan
Isu bini Mat Yo ini sebenarnya sudah lama berkisar dalam alam maya sejak mamat ni bermain dengan TRW lagi. Atau senang cite,sejak mereka berdua bermain. Bini die ni terkenal dengan mulit yang tiada insuransnya dan seolah-olah tidak memikir ape yang die cakap dan die komen. Dalam Facebook misalnya,telah sekian lame ditubuh kan laman khas mengutuk bini Mat Yo ni dek kerana sikapnya yang dianggap lebih kuah dari sudu.
Tapi sejak akhir2 ni, tersebar pula video yang menunjukkan aksi pertengkaran yang boleh diklasifikasi kan agak ganas apabila ayat2 yang dituturkan keterlaluan dan boleh dianggap kurang ajar pada seorang hamba Allah yang hanya menjalankan tugas hakikinya walaupun telah diberi peluang dan kelonggaran. Aku ade paparkan video pertengkaran mereka berdua ini dan hanya disaksikan Mat Yo tanpa ape2 perasaan. Kejadian ini lebih memihak kepada pakcik ini kerana ia nampak lebih tenang.
Dan aku ade paparkan pula video luahan perasaan pengawal keselamatan tentang kejadian ini. Kite tak tahu hal sebenar ape yang berlaku. Tapi ape yang kite tahu, bini Mat Yo memang dah terkenal dengan sikapnya yang over acting dek kerana STAR nya lakinya bermain bola cuma kite terkilan pada sikap yang ditunjukkan Mat Yo dalam menyelesaikan hal ini. Mat Yo seolah2 meredhai pertengkaran kebudak2kan mereka berdua.Aku tabik pada pakcik ini, die betul2 sabar melayan karenah manusia seperti ini.
Pengawal keselamatan ini pula kita mengharapkan ia menjalankan tugasnya dengan betul. menegur dengan penuh kesopanan misalnya. Bukan ape,aku pun banyak kali terkena dengan pekerja2 atau kakitangan2 yang bersikap biadap ni cuma mungkin aku jenis yang bukan cepat melenting tak tentu pasal macam bini Mat Yo...haha...Korang bayangkan satu kes ni berlaku di PEJABAT AGAMA DI SEBUAH NEGERI DI PANTAI TIMUR. Kerana urusan ingin mendaftar pernikahan dan perkahwinan,aku di layan seperi orang nak kawin lari.
Ape, die ingat aku ni kawen 2 3 kali ke kena faham tentang prosedur? Sebab tu aku tanye,macam mane nak setel kan hal ni tapi di balas dengan muke dan kate2 yang seolah2 xde ilmu adab walaupun bekerja di pejabat agama. sebab nak kawen,aku telan jerlah....hahaha...Kat bawah ni video yang dikatakan seorang anggota polis berbahasa agak kasar dan ade orang kate die tegas tapi kite tak pasti mane betul.
Cume ape nak aku nasihatkan dan komen disini. Tolong lah buang sikap panas baran, provokasi melampau tak kiralah ko sape. Ko anak raja ke,ko anak VVIP mane ke,ko orang berkuasa ke tapi akhirnya kita tetap di masukkan di liang lahad dan berdindingkan tanah yang sama. Jangan angkuh dan sombong tentang hal duniawi. Bila kite di atas,bile2 sahaja kite boleh jatuh. Ingat perkara ini. Kepada pak2 menteri,orang2 kaya di atas sana,ini lah teguran dari orang2 di bawah yang dah lame tersepit dek kerana ingin meneruskan kehidupan yang semakin menyesakkan. jangan di tambah dengan sikap jahil dan tindakan tanpa menggunakan akal dan fikiran yang diberi oleh NYA.
Wednesday, September 18, 2013
[Video] Sinopsis Filem Ustaz,Mu Tunggu Aku Datang!
Mula2 aku tak percaya ini filem,dah lame dengar bunyi2 cerite ini akan lahir ke dunia tahun ni. Bukan ape,ustaz kegilaan ramai di Malaysia sekarang ni dikatakan akan membintangi filem ini. Sape lagi,Ustaz Azhar Idrus lah...Bintang lain adalah kumpulan lawak yang lahir dari program Raja Lawak iaitu kumpulan Shiro. Filem ini dijangkakan akan ditayangkan pada 28 November 2013 ini.
PELAKON: Ustaz Azhar Idrus Shiro, Along Eyzendy, Mikael Andre dan Zalif Sidek.
PENERBIT: Metrowealth Pictures Sdn Bhd (MIG)
PENGARAH: Pierre Andre
TAYANGAN : 28 November 2013
TAYANGAN : 28 November 2013
SINOPSIS FILEM INI
Ustaz,
Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol)
yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak
pernah serius dalam hidup.
Tinggal
serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup
kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama
mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.
Bagaikan
satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam
di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan
baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai
aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.
Insiden
itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke
pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan
untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai
musibah.
[Video] Benarkah Ini Penampakan Malaikat Di Syria?
Peperangan saudara di Syria betul2 memberi kesan mendalam kepada kita sebagai umat Islam.Pelbagai seksaan dan kekejaman dari pihak tentera kerajaan mereka yang menindas rakyatnya sendiri dengan menggunakan kekerasan tanpa mengira usia. Kita semua dah sedia maklum tentang perkara ini cuma kat sini,aku sempat jumpa 2 video keadaan di mana hura-hara ketika peperangan itu berlaku.
Menarik tentang kedua-dua video ini adalah, ia dikatakan mempunyai cerita dan misteri sendiri iaitu penjelmaan lembaga misteri ketika pertempuran sedang berlaku. Lembaga itu dikatakan jelmaan malaikat Allah dalam membantu para mujahidin. Adakah ini benar? Perkara ini tidak mustahil dan ia pernah berlaku ketika peperangan zaman Rasulullah dan para sahabat. Kita saksikan dan nilaikan :
Subscribe to:
Posts (Atom)






