Wednesday, September 25, 2013

[Video] Bini Mat Yo Vs Pengawal Keselamatan - Komen Amz Campro

 Video detik pertengkaran bini Mat Yo ketika di Subang Airport

Subang Jaya: “Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen.” Itu kata Siti Aisya Adam, 24, isteri penyerang bola sepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha, 27, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo.

Insan2 yang tibe2 mencetuskan fenomena


Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harian Metro semalam untuk mendapat penjelasan berhubung klip video dia bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan yang tersebar dengan meluas di Internet sejak malam kelmarin. Difahamkan, adegan pertengkaran Siti Aisya dengan pengawal keselamatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang, di sini, berlaku di pekarangan lapangan terbang berkenaan pada 12 September lalu.

Sehingga jam 7 malam semalam, rakaman video berdurasi 55 saat itu ditonton hampir 100,000 pelayar Internet di laman YouTube, selain menjadi topik hangat di laman sosial facebook (FB), malah ada pihak yang turut membuat video parodi (meniru secara mengejek) isteri Mat Yo. Ketika ditanya kepada Siti Aisya, sama ada dia memuat naik rakaman video pertengkaran itu ke Internet, dia enggan mengakui atau menafikannya.


Video eksklusif temuramah dengan pengawal keselamatan
 
Amz Campro berkata : 

Isu bini Mat Yo ini sebenarnya sudah lama berkisar dalam alam maya sejak mamat ni bermain dengan TRW lagi. Atau senang cite,sejak mereka berdua bermain. Bini die ni terkenal dengan mulit yang tiada insuransnya dan seolah-olah tidak memikir ape yang die cakap dan die komen. Dalam Facebook misalnya,telah sekian lame ditubuh kan laman khas mengutuk bini Mat Yo ni dek kerana sikapnya yang dianggap lebih kuah dari sudu.

Tapi sejak akhir2 ni, tersebar pula video yang menunjukkan aksi pertengkaran yang boleh diklasifikasi kan agak ganas apabila ayat2 yang dituturkan keterlaluan dan boleh dianggap kurang ajar pada seorang hamba Allah yang hanya menjalankan tugas hakikinya walaupun telah diberi peluang dan kelonggaran. Aku ade paparkan video pertengkaran mereka berdua ini dan hanya disaksikan Mat Yo tanpa ape2 perasaan. Kejadian ini lebih memihak kepada pakcik ini kerana ia nampak lebih tenang.

Dan aku ade paparkan pula video luahan perasaan pengawal keselamatan tentang kejadian ini. Kite tak tahu hal sebenar ape yang berlaku. Tapi ape yang kite tahu, bini Mat Yo memang dah terkenal dengan sikapnya yang over acting dek kerana STAR nya lakinya bermain bola cuma kite terkilan pada sikap yang ditunjukkan Mat Yo dalam menyelesaikan hal ini. Mat Yo seolah2 meredhai pertengkaran kebudak2kan mereka berdua.Aku tabik pada pakcik ini, die betul2 sabar melayan karenah manusia seperti ini.
Pengawal keselamatan ini pula kita mengharapkan ia menjalankan tugasnya dengan betul. menegur dengan penuh kesopanan misalnya. Bukan ape,aku pun banyak kali terkena dengan pekerja2 atau kakitangan2 yang bersikap biadap ni cuma mungkin aku jenis yang bukan cepat melenting tak tentu pasal macam bini Mat Yo...haha...Korang bayangkan satu kes ni berlaku di PEJABAT AGAMA DI SEBUAH NEGERI DI PANTAI TIMUR. Kerana urusan ingin mendaftar pernikahan dan perkahwinan,aku di layan seperi orang nak kawin lari.

Ape, die ingat aku ni kawen 2 3 kali ke kena faham tentang prosedur? Sebab tu aku tanye,macam mane nak setel kan hal ni tapi di balas dengan muke dan kate2 yang seolah2 xde ilmu adab walaupun bekerja di pejabat agama. sebab nak kawen,aku telan jerlah....hahaha...Kat bawah ni video yang dikatakan seorang anggota polis berbahasa agak kasar dan ade orang kate die tegas tapi kite tak pasti mane betul.


Cume ape nak aku nasihatkan dan komen disini. Tolong lah buang sikap panas baran, provokasi melampau tak kiralah ko sape. Ko anak raja ke,ko anak VVIP mane ke,ko orang berkuasa ke tapi akhirnya kita tetap di masukkan di liang lahad dan berdindingkan tanah yang sama. Jangan angkuh dan sombong tentang hal duniawi. Bila kite di atas,bile2 sahaja kite boleh jatuh. Ingat perkara ini. Kepada pak2 menteri,orang2 kaya di atas sana,ini lah teguran dari orang2 di bawah yang dah lame tersepit dek kerana ingin meneruskan kehidupan yang semakin menyesakkan. jangan di tambah dengan sikap jahil dan tindakan tanpa menggunakan akal dan fikiran yang diberi oleh NYA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...