Tuesday, December 16, 2008

Alhamdulillah Sekali Lagi…


Berkuatkuasa tengah malam tadi,harga minyak petrol terbaru menjadi RM1.80/liter setelah diturunkan lagi 10sen dan harga diesel pula juga turun 10sen menjadi RM1.70/liter. Aku berharap akhir bulan ini,minyak akan dapat diturunkan lagi kepada nilai sebenar mengikut pasaran dunia sekarang iaitu lingkungan US$45 setong. Kenapa? Kita mesti ingat 2 perkara ini iaitu :

1) Harga minyak sebelum kenaikan mendadak 6 bulan dahulu iaitu RM1.92/liter adalah ketika harga minyak dunia sekitar US$75 setong. Maka,sepatutnya harga minyak kita adalah pada RM1.15/liter sekurang-kurangnya tanpa subsidi dan RM1.45/liter dengan subsidi 30sen.

2) Rebat tunai RM625 masih berkuatkuasa sehingga Mac 2009. Maka,selewat-lewatnya harga minyak kita mesti turun sehingga RM1.15/liter tanpa subsidi (jika minyak dunia masih berlegar diantara US$45 setong.

Kita hanya mampu berdoa, tawakal, tunggu, lihat dan akhirnya bersyukur!


p/s : So far sekarang aku dah banyak berjimat dengan kos bulanan minyak, kalau turun lagi,bertambah lagi jimat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...