Monday, February 23, 2009

Mungkinkah Ada Usul Tidak Percaya MB Zambry?

Adakah mungkin usul undi tidak percaya MB Zambry akan berlaku? Besar kemungkinan ia akan berlaku kerana ia hanya menunggu pekenan Sultan Perak sahaja walaupun tuan speaker bertindak seakan-akan rancangan Raja Lawak kerana menggantung MB Zambry. Berikut adalah petika dari Harian Kosmo hari ini :

IPOH – Senario politik di Perak tidak akan berakhir begitu mudah walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sudah keluar dari kediaman rasminya semalam.

Ini ekoran cadangan Pakatan Pembangkang untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir (gambar) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas yang bakal diadakan selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Menurut Mohammad Nizar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar telah menulis surat meminta persetujuan Sultan Perak untuk diadakan satu persidangan khas DUN itu dalam tempoh terdekat.

Katanya, surat ‘rayuan’ itu telah dihantar oleh ADUN Tronoh berkenaan kepada Sultan Azlan Shah pada minggu lalu untuk mendapat perkenan bagi mengadakan sidang khas tersebut.

“Dalam sidang khas itu, kita akan menentukan siapa sebenarnya memperolehi majoriti undi supaya dapat dilihat jelas oleh rakyat tentang kedudukan sebenar senario politik di negeri ini.

Kalau mengikut rasa sedap dihati dan ingin mendapatkan sesuatu yang sedap dipandang,undian semula atau usul tidak percaya di DUN sangat molek dilakukan tapi biarlah ia mengikut cara yang sebaik-baik manusia. Benda tidak mustahil berlaku,kta tunggu apakah pekenan Sultan Perak nanti.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...