Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Friday, April 3, 2009

Terima Kasih Pak Lah Daripada Dr Mohd Asri

Saya sebagai rakyat Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada DS Abdullah Ahmad Badawi yang telah berjasa dalam tempoh beliau menjadi PM Malaysia. Saya mempunyai hubungan baik dengan beliau. Demikian saya juga mempunyai hubungan yang amat baik dengan Tun Mahathir. TN Datuk Nik Aziz dan DS Anwar juga agak dekat. Di sini sebagai seorang muslim yang diperintahkan Allah dan RasulNya agar adil dalam setiap perkara, saya ingin merumuskan beberapa hakikat berikut;

1. Pak Lah semasa menjadi PM banyak dinilai daripada kacamata musuh politiknya yang senantiasa melihat keburukan dan permusuhan. Itulah juga yang pernah berlaku pada Tun Mahathir. Mungkin apabila Pak Lah turun kita akan mendengar yang menghinanya habis-habisan akan menyebut kebaikannya. Jika kita masih ingat dahulu ketika awal beliau memerintah, beliau dituduh sebagai boneka Tun M. Apabila beliau bercanggah dengan Tun M beliau dikutuk kerana dikatakan tidak mahu mendengar nasihat orang yang lebih berpengalaman. Itulah politik Malaysia yang menjadikan permusuhan tonggak kepada kritikan.

2. Pak Lah bukanlah seorang pemerintah yang cukup teguh di sudut nilai al-quwwah yang diperlukan oleh seorang pemimpin di negara seperti Malaysia. Ketangkasan yang pernah ditunjukkan oleh Tun M dahulu menjadikan Pak Lah kelihatan jauh ditinggalkan. Namun, kita hendaklah akur Pak Lah adalah seorang pemerintah yang lunak kepada rakyatnya. Ada nilaian agama dalam jiwanya. Memberi banyak ruang dan nafas kebebasan kepada rakyat, berbudi bahasa dan tidak sukakan permusuhan. Hakikat ini janganlah dilupai. Pak Lah sebenarnya BAPA PERUBAHAN MALAYSIA kerana banyak perubahan berlaku pada zamannya, samada disengajakan atau tidak.

3. Pak Lah gagal untuk mengubat penyakit partinya yang parah terutama soal politik wang dan rasuah. Beliau bukan tidak mencuba, tetapi tidak cukup berwibawa dan masalah itu begitu tegar. Kita harapkan usaha-usahanya akan ditingkatkan oleh orang selepasnya jika ada kejujuran.

4. Allah Maha Mengetahui kebaikan dan keburukan seseorang. Di akhirat ditimbang amalan baik dan jahat setiap insan. Sesiapa yang kebaikannya mengatasi-kejahatannya maka dia selamat. Begitulah sebaliknya. Belum tentu yang memaki hamun itu, lebih baik daripada yang dimaki. Kita tahu tiada pemimpin yang maksum, namun kita sebagai rakyat mengharapkan agar seseorang pemimpin itu hendaklah unsur kebaikan mendominasi kehidupannya, bukan kejahatan yang menguasainya. Allah lebih mengetahui tentang hamba-hambaNYa.

Akhirnya, terima kasih Paklah, maaf jika ada bicara dan kritikan yang melampau selama ini..

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Lampeter, UK

Sumber : Dr. Maza Minda Tajdid

Monday, March 2, 2009

Kisah Pak Pandir Moden di Perak


Gambar diatas dipetik daripada HarakahDaily (klik disini) mengatakan yang sidang tergempar DUN Perak yang akan diadakan esok sah dan berjalan seperti biasa. Nak tau cite lanjut klik pada link diatas.

Yang ini plak,notis mengatakan DUN Perak ditutup dan larangan menggunakan dewan oleh SUK Perak tanpa tandatangan. Maknanya,tak bagi buat sidang tergempar DUN lah tu pendek cerita. Nak baca cerita lanjut,(klik disini)

PAK PANDIR MODEN BETUL LAH POLITIK PERAK SEKARANG!

Monday, February 23, 2009

Mungkinkah Ada Usul Tidak Percaya MB Zambry?

Adakah mungkin usul undi tidak percaya MB Zambry akan berlaku? Besar kemungkinan ia akan berlaku kerana ia hanya menunggu pekenan Sultan Perak sahaja walaupun tuan speaker bertindak seakan-akan rancangan Raja Lawak kerana menggantung MB Zambry. Berikut adalah petika dari Harian Kosmo hari ini :

IPOH – Senario politik di Perak tidak akan berakhir begitu mudah walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sudah keluar dari kediaman rasminya semalam.

Ini ekoran cadangan Pakatan Pembangkang untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir (gambar) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas yang bakal diadakan selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Menurut Mohammad Nizar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar telah menulis surat meminta persetujuan Sultan Perak untuk diadakan satu persidangan khas DUN itu dalam tempoh terdekat.

Katanya, surat ‘rayuan’ itu telah dihantar oleh ADUN Tronoh berkenaan kepada Sultan Azlan Shah pada minggu lalu untuk mendapat perkenan bagi mengadakan sidang khas tersebut.

“Dalam sidang khas itu, kita akan menentukan siapa sebenarnya memperolehi majoriti undi supaya dapat dilihat jelas oleh rakyat tentang kedudukan sebenar senario politik di negeri ini.

Kalau mengikut rasa sedap dihati dan ingin mendapatkan sesuatu yang sedap dipandang,undian semula atau usul tidak percaya di DUN sangat molek dilakukan tapi biarlah ia mengikut cara yang sebaik-baik manusia. Benda tidak mustahil berlaku,kta tunggu apakah pekenan Sultan Perak nanti.


Thursday, February 19, 2009

Politik Perak Kelam Kabut - Speaker PR Tunjuk Kuasa

V.Sivakumar -sepatutnya tidak berkuasa lagi sebagai speaker DUN

Petang semalam negara kembali digegarkan dengan isu yang agak menggelikan hati bagi sesetengah pihak,mengejutkan dan menggembirakan pihak yang gila kuasa. Kenapa? V.Sivakumar (sepatutnya Ex-Speaker DUN Perak kerana kerajaan PR tidak lagi memerintah) telah mengeluarkan kenyataan seperti dipetik dari bernama :

"Sivakumar dalam kenyataan akhbar empat perenggan lewat petang tadi mengumumkan Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco berkenaan digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.

Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini. - BERNAMA"

Zambry dan exco-exconya

Politik Perak dalam ambang darurat aku rasa dah sekarang ni. Masing-masing ingin menunjukkan kuasa masing-masing walaupun Sultan Perak telah memberi pekenan kerajaan baru telah ditubuhkan. Undang-undang tubuh negeri Perak sekali lagi menjadi isu dan perdebatan hangat. Balik-balik merujuk kepada kitab pentadbiran itu bagi kedua-dua pihak tak kira PR atau BN. Bila kuasa menjadi perebutan,banyak kekhilafan undang-undang juga berlaku. Aku tak nampak dah yang sekarang rakyat hendak dibela tapi rakyat dijadikan mangsa perebutan kuasa yang dah macam kat Thailand dah cuma tak lah sampai rampas airport.

Pihak PR masih menganggap mereka kerajaan selagi keputusan Mahkamah Tinggi tiadk memutuskan siapa berhak. Pihak BN sudah menganggap mereka kerajaan sah kerana Sulatan sudah memberi perkenan. So? Ape cerita? Masing-masing ingin menang dan silap-silap Zambry dan rakan-rakan exco nya akan membuat tindakan susulan. Mungkin mahkamah juga menjadi penentu? Siapa tahu?Kedaulatan Sultan Perak memang sudah tercemar dek kerana politik kotor ini.

p/s : Alangkah indahnya jika Al-Quran menjadi kitab rujukan Islam paling utama.


Saturday, February 14, 2009

Pilihan Raya Kecil 2 Bukit 7 April

Info 2 PilihanRaya Lepas

PUTRAJAYA - Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau akan diadakan serentak pada 7 April ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga menetapkan hari penamaan calon bagi kedua-dua kerisi itu pada 29 Mac ini, demikian diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada satu sidang akhbar di sini semalam.

Ia diumumkan selepas mesyuarat khas SPR selama hampir dua jam bagi membincangkan tarikh pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan tersebut.

Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada Pas pada 9 Februari akibat diserang sakit jantung manakala kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rajyat (PKR) yang meletak jawatan.

Tarikh writ dan notis pilihan raya masing-masingnya akan dikeluarkan pada 16 Februari dan 17 Februari ini.

Sumber : Bernama

Wednesday, February 11, 2009

Rakyat Sedar Atau Angkara Anwar?

Kestabilan politik negara sejak akhir-akhir ini aku tengok semakin hangat seperti PRU12 yang lalu. Dimulakan dengan kekalahan BN kepada Pakatan Rakyat di 5 negeri iaitu Perak,Selangor,Kedah,P.Pinang dan Kelantan menjadi tamparan hebat kepada Pak Lah dan rakan-rakannya. Walaupun majoriti BN masih mampu mengekal kerajaannya tetapi sengatnya semakin hilang. Rakyat mula sedar atau rakyat tiada pilihan lain dengan tingkah-laku korupsi dan kroni kerajaan yang sekian lama memerintah?Masih menjadi persoalan sehingga sekarang. Terlepasnya Anwar dari bilik besi dan manusia yang diagung-agungkan kepimpinannya ini oleh hampir juga mencapai majoriti rakyat telah memberi kesan besar kepada kepimpinan lembik Pak Lah.

Anwar mula mengorak langkah dan 16september dijadikan misi dan visinya untuk merampas Putrajaya. Bagaimana? Mudah sahaja,lompatlah parti ke PR. Iya,lompat parti! kenapa? siapa yang cakap? Anwar lah yang cakap. Dia lah yang memberi idea supaya melompat parti.Bagaimana nak suruh lompat parti? Mudah sahaja,huluq lah apa yang patut tapi biarlah berjuta.Heheheh...gelak jahat menjelma...duit dari mana? Bukankah Anwar ni bagus orangnya,mana taknya,pensyarah di Universiti luar negara,kerap memberi talk,menjadi pengerusi bermacam-macam agensi luar negara dan bermacam-macam lagilah. Siapa taja? sendiri mau ingat.Sedangkan Dr. Sheikh Muzaffar pun dikutuk kerana mengaut keuntungan dari ceramahnya,inikan pula Anwar berceramah di luar negara? Pikir sendirlah weh...

Grafik kredit kepada pewarismelayu.blogspot

Tapi apa yang terjadi? Tidak mendapat sambutan kempen lompat parti Anwar. Mungkin duit sogokan sikit kot. hahaha...16september berlalu pergi dan tarikh-tarikh baru menyusul sampai skrg tetapi terus senyap tanpa berita. Pilihanraya kecil di 2 tempat iaitu Permatang Pauh yang membolehkan Anwar kembali menjadi YB dan Kuala Terengganu terus menjadi berita kegembiraan buat PR. Misallah PR tewas,aku gerenti SPR dan kerajaan BN akan terus dikutuk kerana membeli undi dan sebagainya. Pepatah 'yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran' terjadi pula pada PR baru-baru ini. Sultan dan institusi diraja menjadi perkara kedua tetapi yang penting kuasa terus dikekalkan.


Kerajaan Perak tewas dek kerana idea lompat parti Anwar memakan diri sendiri.Aku tahu,orang akan cakap ini semua politik wang tetapi begitu jugalah bila PR berjaya merealisasikan lompat partinya.Karpal semakin karam,bengkak dihatinya mula bernanah dan Anwar diterajang secara simbolik. Sultan mahu disamannya. DAP pun terkena tempiasnya. Rakan karib Nizar iaitu Ngeh menjadi mastermind diPerak selama ini tumbang kerana idea rakannya.Politik,semuanya kotor sekarang bila ia jatuh ditangan sendiri ia betul,bila jatuh ketangan orang lain semua salah dan haram. Menerima hakikat tiada dalam kamus PR. Aku tak pasti,kalau betul PR merampas Putrajaya dengan lompat parti,adakah baring dijalanraya turut terjadi?

Hohoho,selamatkan Palestin

Nizar masih menjadi MB,Zambry memang menjadi MB so Perak ada 2 MB lah,bangga apa ada 2 kepala jaga rakyat! hahaha...Derhaka kepada Sultan menjadi point utama,sama seperti Hang Jebat dan rakan-rakan lain yang turut derhaka pada zaman kesultanannya tapi Hang Jebat dan Laksamana Bentan yang mati on the spot kerana derhaka...hahaha...Berita kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang (PAS) Ustz. Roslan Saharom pula menyentuh hati kita semua. Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin. Perletakan jawatan Arumugam di DUN Bukit Silambau pula menjengah kalender politik Malaysia. Ia pun dikatakan berpunca tekanan hidup yang entah dari sape agaknya.hahaha...

Maka,dalam masa terdekat ini,kita semua akan menunggu apa kah kesah si Nizar yang masih dianggap MB oleh PR,keputusan Mahkamah Tinggi tentang kejadia di Perak dan akan datang adalah 2 Pilihanraya kecil bagi mengisi kekosongan kawasan berkenaan. Dua bukit akan cuba terus dikekalkan oleh mereka atau dirampas oleh mereka. Bukit Silambau dan Bukit Gantang menjadi medan terbaru masing-masing menunjuk belang.Kita tunggu dan lihat strategi kedua-dua pihak ini nanti.

Friday, February 6, 2009

Politik Taksub Boleh Merosakkan Agama Dan Bangsa


Aku bersetuju dengan PanglimaPerangCyber merangkap Yang Di-Pertua BPN. Disini aku senaraikan semula resolusi yang patut di sokong oleh semua masyarakat Malaysia.

1. Keputusan berkenaan permohonan Nizar dan Pakatan Rakyat supaya DUN dibubar sudah jelas diketahui kita semua dan Nizar nampaknya tidak dapat menerima keputusan Sultan walhal berkata dia akan mengikut apa sahaja titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak sebelumnya.

2.Ekoran tindakan 'menderhaka' kepada Sultan Perak yang dipamerkan oleh seorang Menteri Besar maka para penyokong pembangkang sudah mula mengeluarkan kata kata menghina Raja dengan begitu teruk sekali. PAS dan Pakatan Rakyat nampaknya membiarkan sahaja perbuatan tersebut tanpa mendesak penyokong mereka agar akur dengan titah DYMM Sultan Perak..

3. Komen komen yang ditulis dan dipamerkan oleh blog pembangkang itu jelas menunjukkan bagaimana mereka tidak segan silu melibatkan Sultan dalam konflik politik rakyat dan menuduh Sultan dengan berbagai tuduhan yang jelas tidak dapat diterima oleh rakyat yang menghormati Sultan sebagai tonggak kedaulatan Bangsa Melayu dan juga Agama Islam.

4. Sebab itulah pembangkang yang memainkan isu ini nampaknya sedang cuba bermain dengan 'api' dan kita sebagai Blogger Pembela Negara tidak akan membiarkan maruah Sultan sebagai payung agama bangsa dan negara kita dicemar dan dirosakkan begitu sahaja.

5. BPN mendesak agar polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemberi komen khasnya terhadap bekas Menteri Besar Nizar Jamaluddin yang sudah mengingkari janjinya sendiri untuk menerima keputusan Sultan bahkan menderhaka pula kepada baginda.

6. Anugerah yang dikurniakan Tuanku Sultan Perak kepada Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat perlu ditarik kembali sebagai tanda kemurkaan baginda kepada mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga begitu berani menyembah derhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan.

7. Jika ini dibiarkan maka tentu rakyat akan semakin biadap kerana terikut ikut dengan gelagat mereka dan tidak mustahil akan keluarlah selepas ini hasutan dan juga dorongan jahat agar rakyat mula membenci Sultan dan dengan itu agenda menghilangkan kekuasaan Raja selaku tonggak penjaga ketuanan bangsa Melayu dan Agama Islam dan menjadikan negara Malaysia menjadi sebuah Republik seperti di Indonesia, akan tercapai dengan mudah.


BPN pasti akan menolak sekeras kerasnya usaha ini dan kami berikrar akan melawan sesiapa sahaja yang sanggup menjatuhkan maruah Sultan yang mereka hanya puji ketika mereka gembira dengan titah baginda dan mengkeji ketika mereka tidak bersetuju dengan titah tersebut. Klik pada sumber dibawah untuk melihat komen yang agak mengejutkan kita semua apabila politik taksub mula menular.


Thursday, February 5, 2009

Sultan Perak : DUN Tidak Bubar, Nizar Letak Jawatan & Tumbangnya PR di Perak

Berita bakal gugurnya perjuangan PR di Perak memang hangat diperkatakan sejak beberapa minggu ini tetapi ia semakin menjadi kenyataan untuk BN semalam selepas pengumuman Najib tentang majoriti kerusi BN dan PR terikat sama 28kerusi selain Bebas mempunyai 3 kerusi yang turut menyokong penubuhan kerajaan baru menggantikan kerajaan pimpinan Nizar yang baru masuk 11bulan. Berita kembalinya Bota kedalam BN dan murtadnya seorang ahli DAP membantu harapan orang-orang kuat pembangkan PR untuk merampas semula Perak. Dibawah adalah salinan surat rasmi perletakan jawatan dan keluar parti oleh 3 Adun mereka :


Surat DUN-Osman

Surat DUN-Jamaludin

Surat DUN-Yet Fong

Ketika pengumuman Najib semalam,Nizar juga telah mengadap Sultan Perak bagi memberi pekenan pembubaran DUN walaupun Nizar dah umumkan dahulu nak membubarkan sebelum jumpa Sultan. Hasilnya perjumpaan dengan Sultan masih belum keluar lagi semalam dan keputusan terbaru hari ini, Sultan Perak mengarahkan Nizar meletak jawatan dan DUN tidak dibubarkan memberi gambaran sahih bahawa kerajaan baru bakal tertubuh.

Anwar,punca segala-segalanya keatas senario politik Malaysia yang aku rasa memang mendatangkan kesedaran kepada sesetengah orang-orang politik ni tapi Anwar juga bertindak sudah melampaui batas-batas pemimpin yang jahil dan gila kuasa dan takut pada bayang-bayang sendiri. Semoga semua sedar yang sesuatu diimpikan akan ditarik balik jika kita merasakan seolah-olah kita yang paling berkuasa.

Tuesday, February 3, 2009

Bila Tranungkite Online & MalaysiaKini Mula Buka Mata Pada BPN!

MalaysiaKini turut sama merasai kesan dari BPN
(Sumber : EmpayarMalaya-klik disini)


Tranungkite Online sebuah web yang amat popular dan sering menjadi info dan maklumat kepada seluruh rakyat Malaysia yang aku rasa kadang-kadang ada betulnya dan kadang-kadang terlalu ekstrimis dan boleh juga dikatakan agak keterlaluan. Ini semua tak heran kerana kita boleh tahu adakah sesuatu web atau blog tu cenderung kepada pakatan kanan atau kiri. Itu tidak menjadi persoalan dan terserahlah kepada mereka yang membaca untuk menimbang dan menerimanya dengan akal fikiran.


Aku mendapat sumber ni dari salah seorang ahli BPN iaitu GAP tentang Tranungkite Online mula membuka matanya tentang BPN (Bloggger Pembela Negara) dan ahli-ahlinya. Berikut adalah link terus ke web Tranungkite Online yang mula menggeruni BPN!




Saturday, January 17, 2009

Bila Surat 8 Sept Anwar Dibongkar!

Ezam mendedahkan kandungan surat 8 Sept

Ketika blog ini ditulis,aku tak tahu,bagaimanakah keputusan PRK di Kuala Terengganu kelak tapi keputusan akan menjelma juga akhirnya nanti. Tetapi kisah surat damai Anwar kepada Mahathir antara topik hangat pilihanraya kali ini yang sepatutnya memberi gambaran dan kesedaran tentang siapakah Anwar! Dibawah adalah surat asal tulisan Anwar kepada Mahathir tentang rayuan damai nya. Apakah puncanya? Memang mamat Anwar ni begitu orangnya.


Surat asal tulisan Anwar

Kita patut sedar yang Anwar ni memang tidak boleh dipakai dari dulu lagi malah lebih teruk daripada apa yang berlaku sekarang. Kita diperbodohkan denga sikapnya yang munafik dan pandai bermain madah. madah berhelah kata lagu Ziana Zain. Ah! untuk cerita lebih lanjut layari blog dibawah dengan pendedahan surat yang lebih lengkap.


http://medan-info-kita.blogspot.com

Ayuh,kita dedahkan lagi siapa Anwar?!

Thursday, January 1, 2009

Bila Fitnah Dah Jadi Darah Daging!

Aku ada terbaca dan dengar cerita yang mengatakan Wan Farid taklah baik sangat orangnya so macam-macam fitnah ditaburkan kepadanya sempena Pilihanraya Kecil KT akan datang ni. So aku taknak cerita banyak,dibawah adalah sedikit cerita kebenaran yang sebenar. Tak semua manusia dalam dunia ni perfect kecuali yang dikasihiNya tapi bila kebenaran bukti sebenar dah ada,kita berhak sebarkannya.


Ini gambar yang dikatakan Wan Farid sedang beronggi ponggi berkaraoke bersama wanita yang tidak dikenali


Ini adalah gambar sebenar sebelum di crop oleh kaki fitnah dan busuk hati. Majlis makan malam bersama keluarga dikatakan beronggi ponggi tak ingat dunia


Sendiri mau ingat....



Wednesday, December 31, 2008

Inikah Harapan Baru Mat Anwar-PKR?

PKR,satu pertubahan pakatan yang ditubuhkan untuk membela rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia dan ia di tunjangi oleh mat Anwar yang aku tak tahulah kemaruk atau sakit apa yang dah merasuk kat dia. Mungkin Chikugunnya kot? tapi sakit ni merebak ke otak yang buat otak jadi tak betul. Argh! memang aku anti betul lah mamat ni tapi masih waras...heheheh...macam mana orang masih agung-agungkan dia ni lagi?heran?

Ini ketika perhimpunan yang baru diadakan meletakkan Harapan Baru mamat Anwar

Slogan yang seolah-olah ada kaitan dengan apa yang dicanang oleh PKR sebelum ini


Progress ketika Oktober 2008

Calvary Convention Centre (CCC) / Pusat Konvensyen Majlis Gereja Calvary


Aku terbaca dalam sebuah blog dan ia sedang disebarkan dan ia agak memeranjatkan kita semua kerana pembinaan bangunan ini merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku selama ini (aku rasalah) kerana ia dikatakan merupakan antara pusat pengajian dan kajian terbesar kristian moden.Fuhh..memang harapan baru lah tapi bukan untuk rakyat majoriti Melayu dan Islam di Malaysia! Mereka terlalu terbuka dan melampau sampai ketahap seolah-olah mencabuli agama Islam sebagai agama rasmi walaupun Malaysia mengamalkan kebebasan beragama bagi agama-agama lain.

Antara komen yang aku sempat baca adalah,ia dikatakan mula dibina betul-betul baru lepas PRU12 dalam mei 2008 dan cakap-cakap mulut mengatakan yang kelulusan pembinaan dan perancangan ini telah dibuat sebelum PRU12 lagi so ia kembali semula kepada kerajaan Selangor dahulu pimpinan Khir Toyo. Entahlah,susah nak cakap hal ni,ikut logik memang begitu tapi bagi aku lah,sesiapa yang berkuasa dan mahukan sesuatu secepat yang boleh,mereka akan lakukannya,setakat 2 bulan,kelulusan kerajaan negeri yang baru boleh dibuat bila-bila masa lebih-lebih lagi Khalid Flinstone ni aku tengok blur dan serabut semacam.Mungkin juga mamat Anwar ini dah berbincang lebih awal tentang cadangan pembinaannya? siapa tahu?

Kita tunggu dan lihat jerlah,apakah bangunan sebenar yang akan siap dan tersergam ini nanti. Adakah benar CCC yang naik atau CYC? Apa CYC? Championship Youth Cup..Hahahaha..Whatever... Untuk cerita lebih lanjut,klik link dibawah kerana dia sendiri telah mengkaji kewujudan projek ini.

Sumber : AIDC-Faizal hakim

Tuesday, December 16, 2008

Bila Pakatan Rakyat (PR) Beli Berhala Bergerak

Aku muak jugak bila mendengar cerita pasal berhala bergerak ni. Korang tahu kan apa itu berhala bergerak? Istilah ini diguna pakai oleh Faridisme kepada suatu produk dari cabang automotif yang memang menjadi pujaan dan seolah-olah sembahan dari kalangan yang memang mengagung-agungkan dan megimpi-impikan memilikinya. Apakah ia? Ia terdiri dari kereta-kerata yang berkuasa dan berprestij tinggi seperti Mercedes Benz, BMW, Toyota Camry, Honda Accord dan macam-macam spesis lagilah dan ianya berharga RM150K keatas kecuali yang diseludup dan dicuri.huhuhu...


Berbalik kepada topik asal kita, sebenarnya ia dimulakan oleh kepimpinan kerajaan Terengganu berkaitan pembelian 14 bijik Mercedes Benz C200 menggantikan Proton Perdana Exec yang dikatakan mempunyai mutu dan kualiti yang amat mengecewakan sehinggakan kos penyelenggaraannya mencecah ratusan ribu ringgit hanya dalam beberapa tahun. ALASANNYA mudah dan PENYELESAIANNYA juga mudah,gantikannya dengan kereta bermutu dan lebih murah mengikut jangka masa panjang, BELILAH Mercedes,baru jimat! Macam biasa, kata-kata simpati dan biasa dipoltikkan akan digunakan iaitu….



“SEMUANNYA MEMBAZIR…DUIT RAKYAT JUGAK DIGUNAKAN…..?!”
(ayat mereka yang ingin menghentam)

“DENGAN CARA INI, DUIT RAKYAT DAPAT DIJIMATKAN DENGAN LEBIH LAGI…KITA LEBIH PRIHATIN DENGAN RAKYAT...!”
(ayat mereka yang melakukannya)


Cerita pasal berhala bergerak tidak terhenti disitu sahaja, akhirnya timbul juga pendirian dari kerajaan negeri yang lain yang katanya memang berbeza dan ingin membela nasib rakyat yang selama ini telah lama ditindas. Itulah kerajaan negeri Perak (16 bijik) dan diikuti oleh kerajaan negeri Kedah (tak tau lagi kereta ape nak beli) dan Selangor (14 bijik). Apakah jenis berhala bergerak yang hendak dibeli? Kali ini, Toyota Camry menjadi idaman mereka. Hmm,harga murah sikitlah dari Merz tapi masih berada pada RM150K keatas. ALASANNYA dan PENYELESAIANNYA sama sahaja. Tak kiralah haluan kanan ke,haluan kiri ke, manusia tetap manusia dan nafsu tetap nafsu. Ayat yang digunakan masih sama bila di minta komen tentang penggantian kereta baru untuk mereka iaitu…


“DENGAN CARA INI, DUIT RAKYAT DAPAT DIJIMATKAN DENGAN LEBIH LAGI…KITA LEBIH PERIHATIN DENGAN RAKYAT...!”
(ayat mereka yang melakukannya)


Mana ayat yang menghentam? Memang takdelah sebab dia DAH BUAT DULU. Wahahahaha



Kesimpulannya, jangan cakap tak serupa bikin lah. Buat kerja biar ikhlas,tak payah tunjuk-tunjuk, pukul canang satu kampung akulah yang terbaik, kecoh sana sini,konspirasi politik, putar belit politik. Rakyat dapat menilai semuanya. Buktikan dulu baru nak hentam orang lain. Persamaan yang patut diberikan kepada politician ini semua ialah...

Saturday, December 6, 2008

Anwar Ibrahim disanjung oleh Majlis Gereja


Oleh : AIDC

"Pilihan raya ke-12 itu telah melemahkan Islamisasi di Malaysia, kata Peter Riddell"
sebagai pembuka ayat dalam Church Times, yang ditulis pada 14 March, 2008.

Peter Riddell atau nama sebenar Dr Peter G. Riddell, adalah Profesor dan Dekan di Pusat Kajian Islam & Kepercayaan-kepercayaan Lain di Kolej Kitab Bible Victoria, di Australia.

Kata-kata pembuka bicara profesor Kristian itu ditulis dalam artikel bertajuk "Satu titik perubahan untuk Malaysia " (A watershed for Malaysia) sebagai mengulas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dalam PRU 12 Mac lalu.

Dakwa Peter Riddell; Kemenangan itu didorong oleh rasa tidak puas hati rakyat Malaysia yang berbilang agama dengan dasar kerajaan. Minoriti agama lain, yang mempunyai 40 peratus undi telah menyuarakan protes. Komuniti Kristian, yang menyumbang sembilan peratus undi telah dilayan secara tidak adil dengan dakwaan kerajaan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Tulis Peter Riddell lagi; Pihak berkuasa Islam di Malaysia telah mengharamkan penggunaan perkataan “Allah" untuk penganut Kristian dalam sembahyang dan penerbitan-penerbitan mereka. Masyarakat Kristian di Malaysia berhujah perkataan "God" itu merujuk kepada "Allah" jika diterjemah Kitab Bible ke Bahasa Melayu.

Dakwa penulis itu lagi, dasar-dasar ketidakadilan kerajaan dalam pembahagian ekonomi menyebabkan penganut agama Hindu dan Buddha di Malaysia telah bersama-sama menyuarakan bantahan. Akibat perobohan kuil-kuil, beribu-ribu penganut Hindu telah berdemonstrasi di jalan-jalan ibu kota pada November lalu.

Penulis itu merumuskan kejayaan besar PR di Malaysia kerana faktor Anwar Ibrahim yang memiliki karisma tinggi. Anwar Ibrahim yang membawa imej Islam Moderat dalam partinya (PKR) telah berjaya menyatukan pembangkang dan dalam masa sama PKR menumpukan sepenuh perhatian kepada pengundi bukan Islam.

Hasilnya PKR berjaya menghantar 31 wakil di parlimen dan menjadi rakan kongsi senior dalam kerajaan campuran di tiga negeri yang dimenangi oleh PR.

Tulisnya lagi, Golongan bukan Islam sangat gembira dengan keputusan itu berasaskan beberapa faktor. Pertama, tiada lagi dominasi Islam kerana PAS juga termasuk dalam PR yang bersedia menggugurkan konsep "Negara Islam" diganti dengan "Negara Kebajikan". Kedua, tiada lagi perlumbaan menjadi jaguh agama dalam PR tetapi diganti dengan sifat pluralist dan Islam-friendly kerana diketuai oleh PKR yang bercakap kepelbagaian etnik dan persamaan pelbagai agama.

Anwar Ibrahim pula berkata; “Orang ramai telah mengundi dengan tegas untuk satu era baru di Malaysia, di mana kerajaan mesti benar-benar menyeluruh, dan mengiktiraf semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, budaya atau agama, kerana mereka adalah sebuah negara bangsa Malaysia."

Menyentuh mengenai PAS, profesor Kristian itu menulis seperti berikut; Golongan lama PAS, yang diwakili oleh Mursyidul Am, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah dipaksa menyebut dalam syarat-syarat serupa dan mengisytiharkan: “Kita akan menghampiri kemenangan daripada satu sudut pandangan Islam, dan ini bermaksud semua orang adalah sama rata. Semua adalah bersaudara. Sepatutnya tiada lagi pembahagian rakyat berasakan perkauman."

Membaca lanjut tulisan Peter Riddell, klik di sini


Mengapa Anwar terkenal dalam masyarakat Kristian ?

Nama Anwar Ibrahim bukanlah asing kepada Dr Peter G. Riddell, Profesor di Pusat Kajian Islam Kolej Kitab Bible Victoria, Australia itu kerana sebelum ini, pada tahun 2006, Anwar pernah menghadiri dailog antara agama anjuran Majlis Gereja-gereja Victorian, di Australia.

Rev Dr Duncan Reid dari Majlis Gereja-gereja Victorian menulis laporan mengenai ucapan Anwar dalam majlis itu.

Anwar Ibrahim bersama Rev Dr Duncan Reid dari the Victorian Council of Churches (Majlis Gereja-gereja Victorian), Mr Malcolm Thomas, Presiden the Islamic Council of Victoria, Professor Camilleri, dan Dr Michális Michael,dari Centre for Dialogue Research Fellow. Sumber foto klik di sini.


Tulisnya, Anwar memberitahu, sepanjang tempohnya, 6 tahun di penjara, beliau bukan hanya menghafal surah-surah dalam al_Quran, tetapi juga membaca kitab Shakespere sebanyak empat kali setengah, “dan jika Perdana Menteri membenarkan saya tinggal dipenjara untuk tempoh 6 bulan lagi, jumlah tersebut akan menjadi lima kali”.

Dakwa Anwar, "Mengapa tidak kita sebagai Muslim, Kristian, Hindu dan Buddha menjadi lebih matang? Ini adalah lebih dari dialog kepercayaan antara agama yang merangkumi nilai dan budaya, malah mengenai manusia secara menyeluruh. Konsep utama bukan setakat tolak ansur, tetapi bagaimana untuk mengetahui, memahami dan menghargai antara satu sama lain, termasuk kepercayaan masing-masing.”

Membaca lanjut laporan Rev Dr Duncan Reid, klik di sini

Semasa Anwar Ibrahim diwawancara oleh majalah Aliran Monthly, pada 5 Jun 2007, beliau secara tegas mengatakan hanya dengan IFC (Interfaith Council) dapat mewujudkan keharmonian antara agama.

Kata Anwar, "Kita mesti bergerak ke arah itu (IFC). Tiada pilihan. Bagaimana, dalam apa bentuk sekalipun, untuk mendapatkan kumpulan yang lebih mesra mestilah bermula daripada perbincangan – itulah yang telah saya usaha dengan dialog di kalangan Muslim. Saya tidak tahu sama ada anda melihat bahagian dalam resolusi di mana isu komitmen kepada demokrasi dan kebebasan bersuara dipersetujui oleh semua pihak. Atau isu toleransi dan bagaimana ia diikat dengan urus tadbir dan tanggungjawab. Ini adalah isu-isu yang lebih luas, kita perlu mempunyai komitmen yang bersatu"

Membaca wawancara penuh Anwar-Aliran Monthly, klik di sini

Terence Netto menulis di Malaysiakini pada 2 Februari 2008, mengenai pertemuan tertutup Anwar Ibrahim dengan 200 paderi dan aktivis Kristian dari Persekutuan Kristian Malaysia di Petaling Jaya, menjelangnya saat-saat akhir PRU 12.

Kehadiran Anwar dan wan Azizah sebagai tetamu jemputan Ketua Biskop Kristian Murphy Pakiam pada 25 Disember 2007, di Rumah Terbuka anjuran Christian Federation of Malaysia di Bukit Nanas, dilihat sebagai satu gambaran positif kepada penganut agama Kristian di Malaysia.

Kunjungan balas, wakil Persekutuan Kristian Malaysia mengunjungi Rumah Terbuka Anwar sempena hari raya aidilfitri


Pertemuan tertutup ini ekoran daripada kunjungan Anwar dan Azizah sebagai tetamu jemputan Majlis Rumah Terbuka Perayaan Christmas, Catholic Archbishop Murphy Pakiam yang dianjurkan oleh Christian Federation of Malaysia pada 25 Disember 2007.

Dalam pertemuan itu Anwar telah berjanji empat perkara utama kepada masyarakat Kristian.

Pertama : Walaupun beliau beragama Islam, tetapi pegangan Islam beliau bukan penghalang kepada pembelaannya untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang bebas dan demokratik serta berpegang teguh kepada Perlembagaan Merdeka.

Kedua : PKR akan menjadi 'orang tengah' untuk menuetralkan sekularisma yang didukung oleh Democratic Action Party(DAP) dengan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Manakala dasar PKR secara tegas menolak Negara Islam.

Ketiga : Sekiranya PR membentuk kerajaan, penganut Kristian Malaysia boleh dibenarkan menggunakan perkataan ‘Allah’ kerana rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi.

Keempat : Mahkamah Syariah hanya terhad kepada muslim sahaja khusus dalam Undang-undang Keluarga Islam dan pewarisan tetapi Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa ke atas masyarakat bukan Islam.

Membaca laporan penuh Terence Netto, klik di sini


Sebenarnya hubungan baik Anwar dengan Kristian bukanlah sesuatu yang asing. Pada tahun 1990-an, beliau pernah dianugerahkah ijazah kedoktoran kehormatan oleh sebuah universiti Kristian di Filifina iaitu Ateneo de Manila University dan anugerah presiden oleh Universiti Kristian Amerika, Georgetown University.

Selepas dibebaskan dari penjara Malaysia, Anwar telah berhijrah ke Amerika dan menjadi pensyarah pelawat di Pusat Persefahaman Muslim dan Kristian, Universiti Georgetown di bawah seliaan gurunya John Esposito.

Pada tahun 2007, semasa di Amerika, Anwar merupakan salah seorang aktivis Muslim yang menandatangani surat kepada Pemimpin-pemimpin Kristian seluruh dunia meminta diadakan perdamaian dan persefahaman. Surat itu dinamakan "A Common Word Between Us and You". Klik di sini


Sumber : AIDC
06 Disember 2008

Wednesday, November 26, 2008

KeADILan Perlu Jelaskan Kegagalan 16 September

Intan Abdullah
Wed Nov 26, 08 5:00:00 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Hrkh) - KeADILan perlu memberikan penjelasan berhubung kegagalan pelan 16 September yang dicanangkan kepada umum pada Kongres KeADILan peringkat nasional yang akan berlangsung pada 28,29 dan 30 November akan datang. Iklan

Seorang pensyarah sains politik sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang enggan dikenali berkata, parti tersebut perlu membuat penjelasan mengenai kegagalan tersebut bagi menjaga sokongan masyarakat umum khususnya para pengundi pembangkang yang berharap ia menjadi kenyataan.

"Mereka mempunyai sokongan dan kepercayaan pengundi khususnya yang amat berharap akan berlaku perubahan selepas kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, dan apabila 16 September gagal apa alternatif baru," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan agar perkara-perkara berkaitan konsep multi-racial yang ingin diketengahkan oleh Pakatan Rakyat diperincikan.

"Ia termasuklah bagaimana KeADILan merangka hala tuju bagi membina Malaysia baru serta menguatkan hubungan sesama rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Bahkan mereka perlu turut berperanan bagi membangunkan kebajikan ahli KeADILan serta sumbangan yang telah diberikan khususnya terhadap negeri yang diterajui parti itu," ujarnya.

Walau apapun, apa yang penting ujarnya, KeADILan perlu fokus untuk mengurus selia tugas dan tanggungjawab yang diberikan buat masa ini agar ia tidak menjadi sia-sia.

"Fokus pada tanggungjawab mentadbir Selangor sebagai negeri yang kaya dengan sumber pendapatan kerana kita bimbang mereka akan jadi seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran," katanya lagi.

Tambahnya lagi, KeADILan perlu mencari dan membentuk formula pembentukan sebuah kerajaan selepas meneliti kelemahan kerajaan Umno-BN yang memerintah negara ini sejak 51 tahun lalu.

Kongres KeADILan Nasional akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam bermula 28 hingga 30 November akan datang.

Sumber : HarakahDaily

Sunday, October 12, 2008

Aduhlah...Bagi Datuk ke Shah Rukh Khan???


Sebelum ini kita dah tau,anugerah pingat dalam Malaysia ni macam bagi ang pow masa raya jer (tu pun susah nak dpt dah zaman skrg..hahaha) kot iya pun dah bersepah sangat pingat nak bagi,takkanlah sampai mamat Bollywood tu plak boleh dapat? banyak lagi orang yang layak boleh dapat dari duk bagi ke mamat bangang tu! bodoh pun ada gak...aku tertarik dengan petikan ayat dari GAP berkaitan hal ini :


"SRK pernah menjawap satu satu wawancara beliau bahawa beliau pengamal sekular yang jelas walaupun beragama islam. malah isterinya masih hindu dan SRK juga menyediakan anak2nya untuk memilih apa sahaja agama yang minat demi menyuburkan fahaman sekularisme .

apa sumbangan SRK kepada umno sampai dianugerahkan gelaran dato ?

SRK pernah jadi calon kumpulan aspirasi universiti malaya ka ?
SRK yang lead demonstrasi UITM pasal kuota 10% ke ?
dato nenek SRK pernah membunuh jww birch ke ?
atau SRK pernah bersama2 dato onn menubuhkan umno ?
atau SRK pernah membawa pasukan bolasepak negeri melaka menjuarai kejohanan champions league mengalahkan barcelona tahun lepas ?

bagaimana satu contoh terbaik MUNAFIK PALING SESAT DUNIA boleh dianugerahkan gelaran dato oleh sebuah negeri umno ? dah takde idea lagi ali rustam ?"


Itu adalah petikan dari kata-kata dari blog GAP.So,apa lah masalahnya orang kita ni? mengiktiraf orang yang entah apa jasanya kat negara kita seperti John Tordt orang kuat Ferrari, Michelle Yeoh yang memang terkenal satu dunia tapi bukan duk sini pun. Argh! walaupun asal keturunan Malaysia,tapi bukan naik dari negara ini,bukan sampai tahap boleh diiktiraf bagi Datuk! Melayu terus bodoh dan diperbodohkan...S.Shamsudin bile nak dapat Datuk? Sekian...


p/s : Merujuk kepada Berita Harian (12/10/2008) m/s 17, manusia yang mencadangkan nama mamat sesat ni adalah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin.Apa gamoknya dalam kepala hotak die pikir...

Sumber : Berita Semasa dan G.A.P

Tuesday, October 7, 2008

Mufti Perlis: Penyokong Anwar Jangan Taksub

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Penyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar tidak terlalu taksub hingga dilihat seolah-olah memuja pemimpin itu.

Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata tindakan penyokong Anwar membina replika setinggi 12.2 meter itu seolah-olah mereka terlalu mengagung-agungkannya.

"saya tak salahkan Anwar, bukan dia yang pasang gambar itu. Penyokong beliau itu jangan bertindak berlebih-lebihan kerana ia boleh memesongkan akidah umat Islam," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah beliau tindakan memasang replika tersebut perlu dihentikan segera kerana bimbang perkara itu akan menjadi satu amalan dalam masyarakat.

Dr. Mohd Asri berkata jika perkara tersebut dibiarkan masyarakat akan beranggapan ia sebagai sesuatu yang biasa.

"Kita tak mahu perkara ini jadi satu amalan dalam masyarakat. Sekarang gambar Anwar, lepas ini mungkin gambar pemimpin lain pula yang akan diagung-agungkan," katanya.

Beliau berkata, para penyokong seseorang pemimpin itu boleh memuji mengenai kepimpinan dan juga idealisme pemimpin mereka.

"Kita patut puji sumbangan pemimpin kita, bukan dengan cara memuja mereka," katanya.

Tegasnya umat Islam seharusnya menentang sebarang bentuk pembinaan patung dan mengelakkan sebarang unsur pemujaan.

"Mereka mungkin menidakkannya, tapi ia sebenarnya adalah unsur pemujaan melampau kerana jelas sekali tujuan mereka adalah untuk menyanjungi Anwar.

"Jadi replika itu perlu diturunkan segera dan ia merupakan satu pembaziran," katanya.

Ditanya bagaimana dengan tindakan meletakkan gambar pemimpin pada sepanduk atau poster, beliau berkata ia bergantung tujuannya.

"Kita perlu lihat pada tujuannya dahulu. Contohnya gambar pemimpin pada poster pilihan raya, ia bertujuan memperkenalkan pemimpin itu.

"Tapi kalau bina replika sebesar itu apa pula maksudnya?" katanya.


Sumber : Mstar

Thursday, September 18, 2008

Ancaman dan Ugutan Anwar Seterusnya

TEPAT JAM 2:20PETANG TADI,TAMATLAH SUDAH SIDANG MEDIA YANG DI SIARKAN SECARA LANGSUNG DI LAMAN-LAMAN WEB RASMI PKR YANG MENDESAK PERDANA MENTERI MALAYSIA,DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI SUPAYA MENGADAKAN SIDANG TERGEMPAR PARLIMEN SELEWAT-LEWATNYA PADA HARI SELASA 23 SEPTEMBER 2008 DI PARLIMEN. DIKATAKAN DESAKAN TERSEBUT DIBUAT BERDASARKAN PERATURAN 11(3) PARLIMEN.

ANTARA LAIN DESAKAN ITU PERLU BAGI MEMBAHASKAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA PENTADBIRAN PIMPINAN PAK LAH DAN SEKALIGUS MENGUMUKAN AHLI PARLIMEN (MP) BARISAN NASIONAL YANG AKAN MENGUMUMKAN LOMPAT PARTI SEKALIGUS MENDAPAT MAJORITI PENUBUHAN KERAJAAN BARU. SURAT TERSEBUT DIKATAKAN TELAH MENDAPAT PERSETUJUAN DAN TANDATANGAN DARI PRESIDEN PAS,PRESIDEN DAP DAN ANWAR SENDIRI.

DIFAHAMKAN 35 ORANG TELAH BERSETUJU DAN MINTA DIRAHSIAKAN NAMANYA SEHINGGA WAKTU SESUAI UNTUK DIUMUMKAN BAGI MENGELAKKAN KERAJAAN PIMPINAN PAK LAH MENGAMBIL TINDAKAN I.S.A KEPADA MEREKA YANG AKAN BERPALING TADAH. SURAT TELAH DISAMPAIKAN KEPADA PERDANA MENTERI.

Sama-samalah kita berdoa dan mengharapkan yang terbaik dan bukan yang terburuk terjadi keatas negara ini. Kita juga berdoa semoga Allah SWT dapat memberi petunjuk dan hidayahNya kepada siapa yang benar dan siapa yang salah dan semuanya atas keredhaan dariNya

Amin Ya Rabbal-Alamin


Sumber : HarakahDaily ; AnwarIbrahimBlog

Saturday, September 13, 2008

Dulu Lain Sekarang Lain dan Bila Dah Mula Sekali

BILA DAH MULA SEKALI,TIDAK MUSTAHIL PILIHANRAYA UMUM 4 ATAU 5 TAHUN SEKALI INI AKAN PUPUS.KERAJAAN AKAN SENTIASA BERTUKAR DENGAN PINTU BELAKANG SAHAJA.

Betul jugak,kenapa perlu ambil MP BN kalau dah hampeh sangat?

Jikalau Anwar berjaya menakluki Putrajaya pada 16 September dengan menggunakan back door adalah perkara yang memalukan bagi seorang yang memperjuangkan keadilan.

Sebagai negara yang demokrasi dan berparlimen yang menentukan kepimpinan negara melalui peti undi adakah adil menarik MP BN menyertai PR bagi membolehkan PR memerintah negara. Ia seumpama seperti rampasan kuasa kerana rakyat telah memberi mandat kepada BN untuk memerintah negara walaupun kalah di buah negeri. Inikah keadilan ? Mengapa tidak mahu menunggu PRU13 ? Jawapanya mudah kerana PR sebuah pakatan yang rapuh dan takut pakatan ini akan lebur sebelum pilihanraya yang akan datang dan kegopohan, ketamakan dan kegilaan kuasa pemimpin PR.

Jangan menggunakan alasan negara akan hancur kalau BN memerintah negara kerana jika PR memerintah negara menggunakan taktik yang teramat kotor, negara akan dalam kucar kacir jikalau anwar tidak dapat menunaikan janji-janji manisnya terhadap rakyat ? Sudah tentunya rusuhan, tunjuk perasaan, ketegangan antara kaum, jenayah akan meningkat dan lain-lain perkara buruk mungkin berlaku.


Inikah yang kita mahukan. Tunggulah PRU13 jika Anwar betul-betul GENTLEMEN !!!! Aku percaya,Anwar akan memenangi PRU13 ini denga majoriti yang agak besar jika beliau lebih bersabar. Tapi,belum apa-apa dah megamalkan cara demokrasi songsangnya.Memang kerajaan sekarang haprak tapi guna jalan yang betul. Aku percaya,bila KERAJAAN PIMPINAN ANWAR NAIK KELAK,MEREKA SEMUA AKAN MENGGUNAKAN KUASA VETONYA JUGA UNTUK MEMPERTAHANKAN KERAJAAN DARI DIGUGURKAN OLEH RAKYAT-RAKYAT LAIN (tidak semua sokong pada kerajaan 'baru' ini).

Bak kata aku, HARAKAH AKAN MENJADI BERITA HARIAN,SUARA KEADILAN AKAN MENJADI UTUSAN MALAYSIA DAN TVPAS AKAN MENJADI TV3. SUARA MEDIA AKAN TETAP DIGUNAKAN SEBAGAI MEMPERTAHANKAN DIRI. Kira tukar nama jelah nanti. Sekarang pun dah tau kalau baca akhbar-akhbar mereka.

Jika I.S.A HENDAK DIHAPUSKAN,KERAJAAN 'BARU' INI KELAK AKAN TAHU BETAPA PENTINGNYA I.S.A TERUS DIKEKALKAN KERANA IA MEMBENDUNG ORANG-ORANG EKSTRIMIS DARI MEMBUAT BENDA SESUKA HATI. Nama pun Akta Keselamatan Dalam Negeri so kita kena jagalah orang-orang ekstrimis ni dari duk mengapi-api benda sensatif. I.S.A PERLU DIKEKALKAN cuma PENDEKATAN yang digunakan PERLU DIUBAH. Aku percaya,JIKA I.S.A DIHAPUSKAN ORANG-ORANG EKSTRIMIS 'PEMBANGKANG' YANG BARU AKAN BOLEH BERBUAT SESUKA HATI UNTUK MENJATUHKAN DAN MENGAIBKAN KERAJAAN 'BARU' INI. ITUPUN KALAU AMERIKA TAK CAMPUR TANGAN. Silap-silap,AKTA lain ditubuhkan tapi format asalnya macam I.S.A sebab nak cover orang ekstrimis yang membangkang kerajaan 'baru' ni.


Takpo lah,kita tunggu dan lihat jelah.uhuk...


Thursday, September 11, 2008

Bila Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bagi Teguran

Tan Sri Abdul Aziz Zainal,Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM)


Bila terdengar dan terbaca berita dan kisah dari TV atau laman-laman lain berkenaan dengan teguran atau pandangan Jeneral ATM berkaitan isu semasa yang semakin meruncing sekarang. Aku betul-betul rasa ia agak serius dan perlu di ambil berat. Kenapa? Mereka tahu,siapakah musuh yang sebenar yang akan menggangu gugat negara jika ia tidak dibendung.

Perpaduan dan saling menghormati diantara kaum-kaum di Malaysia adalah sesuatu yang perlu dijaga dan dikekalkan kerana jika ia runtuh,ia adalah musuh utama kita yang akan menggugat keamanan,kesejahteraan dan kestabilan negara.

Lebih kurang macam tulah kata-katanya. Ringkas tapi penuh bermakna dan patut kita renungkan. Tak taulah apa nak jadi sekarang ni. Aku percaya,ia tidak lari dari punca kepimpinan Pak Lah sendiri sejak menerajui kerajaan yang agak lembap serta tidak tegas dalam sesuatu perkara dan juga terlepasnya Anwar Ibrahim yang terkenal dengan ayat-ayat dan janji-janji manisnya yang majoritinya tak boleh dipakai dan dipercayai. Sejak dibebaskan racist semakin menjadi-jadi dengan api perkauman disemarakkan pada setiap bangsa dengan cerita yang lebih memberi kepentingan pada kaum-kaum tertentu. Kira sana cakap lain,sIni cakap lain.

Perkauman perlu dielakkan. Agama perlu saling dihormati dan bukan disama levelkan kerana mereka masing-masing mempunyai kepercayaanya sendiri terutama Islam. Tak perlu membangkit kisah-kisah lama yang hampir seabad telah berlalu.Hidup perlu diteruskan. Terima lah hakikat,bangsa Cina menguasai ekonomi negara. Melayu perlu lagi menguatkan keazaman dan semangat ingin maju bagi mendekatkan lagi jurang ekonomi sedia ada dan terima jugalah hakikat bahawa pemerintahan negara perlu berada ditangan Melayu. Indian perlu mengorak langkah bagi sama-sama menceburi semua bidang yang sentiasa terbuka untuk mereka. Dengan sikat give and take,bantu- membantu,tidak menoleh ke belakang lagi,aku percaya semuanya akan berjalan dengan lancar dan negara ini lebih berjaya dan membangun.

Yang penting sekarang,tampok pemerintahan iaitu orang Melayu sendirilah yang perlu bijak mengawal emosi dan mengurus takbir negara dengan lebih efisyen dan tegas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...