Thursday, July 4, 2013

[Gambar] Metallica Akan Ke Malaysia Ogos Ini?

Wajah terkini 2013 Metallica
Metallica...Sape tak kenal Metallica...Aku pun mula minat dieorg ni start kwn2 minat,hahaha...betul ke dieorg nak turun Malaysia? Katanya konsert ini akan diadakan di Stadium Merdeka. Berikut adalah makluman dari laman web rasmi kumpulan gergasi ini:


Setahu aku, ini merupakan konsert pertama Metallica di Malaysia dan aku pasti, para peminat fanatik Metallica mesti ternanti2 kemunculan mereka ini dihadapan mata kepala sendiri. Tiket akan mula dijual pada hari Sabtu ini (6 Julai) bermula jam 11.30 pagi.

Boleh dapatkannya di pusat beli-belah Fahrenheit 88 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Manakala jualan tiket secara online pula akan dibuka pada 8 Julai, jam 10 pagi di www.ticketcharge.com.my dan juga www.galaxy.com.my. Dijangkakan harga tiket bermula pada RM195 sehingga RM680. Untuk sekali seumur hidup, kenapa tidak, kan? hahaha...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...