Tuesday, July 2, 2013

[Video] Artis Persembahan Akrobat Maut Jatuh Dari Ketinggian 15 Meter

LAS VEGAS - Seorang akrobat sarkas popular, Cirque du Soleil, mati selepas terjatuh ketika dia dinaikkan ke bumbung pentas semasa satu persembahan di sini. Sarah Guyard, 31, menemui ajal pada akhir persembahan Cirque du Soleil berjudul Ka pada Sabtu lalu. 

Media Amerika Syarikat yang memetik kenyataan beberapa saksi kejadian itu melaporkan bahawa Guyard terjatuh pada ketinggian 15 meter semasa dia sedang dinaikkan ke bumbung pentas menggunakan tali untuk adegan pergaduhan.


 Kematian akrobat kelahiran Paris itu adalah yang pertama kali dalam sejarah Cirque du Soleil. 

 "Pada mulanya, kami (penonton) fikir ia adalah sebahagian daripada aksi persembahan, tetapi selepas itu kedengaran suara jeritan dan tangisan dengan ahli-ahli akrobat lain naik ke pentas," lapor media tempatan, Las Vegas Sun. Menurut Cirque du Soleil, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di sini bagi menyiasat punca kemalangan tersebut. - AFP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...