Friday, September 13, 2013

[Gambar] Isu Analisis Penggunaan Minyak Dalam Sebulan Daripada Seorang 'Menteri' Di Astro AWANI

Analisis penggunaan minyak rakyat dalam sebulan seperti terpapar di Asto AWANI

Tersebar luas gambar yang di snap di kaca televisyen berkenaan analisis penggunaan minayk RON95 oleh rakyat Malaysia sebulan daripada seorang balaci rakyat bergelar menteri dan dianugerah Datuk iaitu Datuk Ahmad Maslan. Apa yang dipaparkan adalah hanya mengikut tahap pendapatan isi rumah yang dipecah menjadi 2 kategori iaitu RM3000 dan ke bawah dan RM5000 dan keatas.

Analisis yang dijalankan ini seperti seolah2 tidak masuk akal malah menjadi bahan gelak ketawa orang ramai yang rata2nya boleh mencongak dengan kepala sahaja. Dari mana ia diperolehi? Bagaimana mereka2 ini mengiranya? Analisis aku pulak ikut kepala dan logik akal aku jugaklah,heheh...

Aku anggap mereka ini hanya menggunakan kenderaan yang kereta biasanya mempunyai 1500cc ke bawah seperti VIVA,Saga dan Myvi dan yang berkerja mungkin seorang. Kalu berkerja 2 orang pun, paling tinggi seorang gajinya RM1500. Kereta sebijik dalam cc yang disebutkan tadi biasanya menggunakan minyak bergantung kepada pergerakan kenderaan. Kalau kita bergerak jauh tapi berterusan, minyak RM50 atau lebih kurang 26.3 liter (ni sebelum naik 20sen) biasanya boleh guna +- 350km. Tapi kalau main jalan bandar dengan jem lah, trafic lite lah, melayan keta2 sengal dijalan raya lah, biasanya kita leh guna pun maksimum 200km sahaja.

Simple calculation : Aku boleh masuk dalam kategori untuk RM5000 dan ke atas sebab laki bini kerja so kiraan ringkas aku begini :

Aku guna RM50 seminggu = 23.8 liter untuk kereta 1600cc.
Maka, sehari  aku guna 3.4 liter. Ini rutin perjalanan setakat ini,tak termasuk jalan2 makan angin.
Makanya, sebulan aku guna 30 X 3.4 liter = 102 liter bersamaan dengan RM214.20 lebih kurang. Nak kira mudah RM 50 X 4 minggu pun dah RM200 sebulan. So,untuk kategori kedua ade logiknya bagi certain2 kes dan tempat. Tapi ade certain2 kesnya, ia tak logik juga.

Bagi kategori RM3000 dan ke atas pula lebih kepada TIDAK LOGIK dek akal. Majoritinya aku rasa analisis ini mengira secara purata dan responden yang digunakan tidak cukup dan  ia memberikan hasil yang tidak munasabah. So, mana datangnya RM132 sebulan seperti menteri tersebut katakan? Aku leh anggap mudah, pengguna ini mungkin menggunakan kenderaan bermotosikal semata-mata untuk ke tempat kerja dan mungkin menggunakan kenderaan seperti kereta pada ketika hujung minggu sahaja. Itu mungkin logik tapi kite dah boleh nampak kesusahan dan ketidakselesaan rakyat dalam menanggung kos perjalanan setiap hari.

Kesimpulannya, analisis yang ditunjukkan kan ini kurang cerdik sebenarnya. Sepatutnya hasil dapatan ini di pukul canang juga dan bagaimana ia diperolehi. Kalau setakat responden seribu ke 2 ribu jer, ia tidak valid digunakan. Responden sepatutnya mengikut tempat kerja, komitmen pekerja (hantar anak sekolah,tadika,tuisyen,rumah pengasuh dan sebagainya) kenderaan yang digunakan selain dari isi rumah sahaja. Sekian.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...