Showing posts with label bola sepak Piala FA 2011. Show all posts
Showing posts with label bola sepak Piala FA 2011. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

Jangan Menangis Red Warriors,Cuti Anda Tak Ditarik Balik


Petikan Akhbar Utusan Malaysia:

"Pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira Terengganu apabila gol kemenangannya pada minit ke-109 masa tambahan membawa skuad Putih Hitam itu menjulang Piala FA 2011 dengan menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir yang dramatik, semalam.

Dia yang masuk menggantikan Ismail Faruqi Ashari, merembat masuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat selepas mendapat umpanan tandukan Joseph Kallang Tie daripada satu sepakan sudut sebelah kiri."

Aku rasa masih ramai penyokon setia lautan merah masih kecewa dan mungkin ada yang tidak boleh menerima hakikat tentang keputusan yang mereka alami semalam. Aku rasa keyakinan mereka terlalu tinggi sehinggakan belum main lagi dah bagi cuti sehari. Last-last kalaoh pulok...


Keyakinan melampau ini disebabkan kemenangan mereka pada Liga Super sebelum ini terhadap musuh yang sama mereka tentang semalam.Jangan kecewa,cuti anda semua masih berjalan dan tidak ditarik balik.Teruskan bercuti dan muhasabah diri...heheheh





Saturday, June 11, 2011

Daudsu Pemusnah Red Warriors?

Insan yang paling kecewa Final Piala FA 2011

Bagi aku,aku rasa bukan dia sorang yang patut disalahkan. Ia melibatkan keseluruhan pasukan Kelantan yang begitu yakin akan menjulang Piala FA malam tadi. Tapi orang akan ingat Daudsu adalah pemusnah harapan Red Warriors kerana gol sendirinya di masa 10 saat sebelum perlawanan tamat. Kalau aku jadi dia,aku pun tensen,piala dah depan mata terlepas macam tu jer.

Perlawanan ini sebenarnya layak dan adil untuk Terengganu kerana mereka agak konsisten mengawal perlawanan di sepanjang 120 minit mereka bermain. Tahniah untuk Terengganu kerana memenangi Piala FA edisi ke-22 2011 ini dengan penuh bergaya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...