Sunday, June 12, 2011

Jangan Menangis Red Warriors,Cuti Anda Tak Ditarik Balik


Petikan Akhbar Utusan Malaysia:

"Pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira Terengganu apabila gol kemenangannya pada minit ke-109 masa tambahan membawa skuad Putih Hitam itu menjulang Piala FA 2011 dengan menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir yang dramatik, semalam.

Dia yang masuk menggantikan Ismail Faruqi Ashari, merembat masuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat selepas mendapat umpanan tandukan Joseph Kallang Tie daripada satu sepakan sudut sebelah kiri."

Aku rasa masih ramai penyokon setia lautan merah masih kecewa dan mungkin ada yang tidak boleh menerima hakikat tentang keputusan yang mereka alami semalam. Aku rasa keyakinan mereka terlalu tinggi sehinggakan belum main lagi dah bagi cuti sehari. Last-last kalaoh pulok...


Keyakinan melampau ini disebabkan kemenangan mereka pada Liga Super sebelum ini terhadap musuh yang sama mereka tentang semalam.Jangan kecewa,cuti anda semua masih berjalan dan tidak ditarik balik.Teruskan bercuti dan muhasabah diri...heheheh





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...