Showing posts with label semasa agama berebut pondan. Show all posts
Showing posts with label semasa agama berebut pondan. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

Isu Berebut Pondan : Akhirnya Ada Juga Jabatan Agama Yang Sedar

Betul tak aku cakap? Takdekah badan-badan agama yang bertanggungjawab ambil tindakan isu ini? Apa yang aku difahamkan, timbalan menteri kita ini mintak jabatan agama negeri Perlis buat tindakan susulan isu ini dan ape yang aku fahamkan juga, pihak jabatan agama tersebut sedia mengambil langkah-langkah sewajarnya. Patutnya dari awal dah ambil tindakan. So harap semuanya kembali aman dengan isu kotor macam ni. Berikut petikan dari Harian Metro :

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Negeri Perlis digesa bertindak segera menahan Natasya, 28, lelaki berperwatakan wanita, sekali gus menghukumnya mengikut peruntukan undang-undang yang sewajarnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, hanya jabatan itu yang terletak di bawah pemerintahan negeri mempunyai kuasa berbuat demikian, malah bertanggungjawab membendung masalah sosial kalangan umat Islam.


“Kita tak boleh membiarkan perkara begini. Dia sudahlah berperwatakan wanita, mengaku dirinya perempuan, ada pula lelaki yang kata sanggup ikut ke mana saja walaupun diri sakit akibat disimbah asid.

“Hubungan sejenis begini bukan suatu yang dibenarkan dalam Islam...haram, bukan budaya kita pun untuk diikut. Kalau tidak bertindak kita membiarkan perkara ini berlaku dengan lebih teruk lagi.


“Jadi saya minta Jabatan Agama Islam Negeri, mengambil tindakan yang tegas kerana jika tidak kita akan dilihat seperti mengiktiraf mereka (dan hubungan songsang yang terjalin),” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Dr Mashitah berkata, tidak mahu isu berkenaan dipandang ringan sebaliknya, mahu semua pihak khususnya penguat kuasa agama di peringkat negeri mengambil iktibar atas kes Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang memohon menukar namanya kepada Aleesya Farhana.






Wednesday, September 7, 2011

Isu Berebut Pondan : Mujur Ada Keluarga Yang Sedar

Semalam (KLIK SINI) aku kupas isu perhubungan songsang dua bangsa Melayu kita iaitu Hafizuddin dan seorang pondan sehingga sampai berebut-rebut dan ditimpa musibah disimbah asid. Hari ini isu itu dikupas lagi oleh KOSMO dimana hubungannya tidak direstui dan Hafizuddin dibawa lari oleh keluarganya yang aku rasa menjalankan satu tanggungjawab yang betul sebelum menjadi lebih parah dan dilaknati. Ikuti petikan artikel dibawah :


KANGAR – Hajat seorang pondan, Natasha yang mahu membawa diri bersama temannya, Mohd. Hafizuddin Johari, 20, yang menerima aib setelah disimbah asid ekoran cemburu dengan perhubungan mereka, nampaknya terpaksa ditangguhkan sementara.

Ini kerana, menurut jurujual tersebut yang berusia 28 tahun, rancangan mereka untuk menjalani kehidupan baharu di negeri lain tidak menjadi apabila Mohd. Hafizuddin ‘dirampas’ daripadanya oleh ahli keluarga pemuda itu kelmarin.

Katanya, Mohd. Hafizuddin telah dibawa pulang oleh bapa saudaranya ketika mereka berdua sedang menikmati minum petang di sebuah gerai makan di Padang Besar dekat sini.

“Kejadian tersebut berlaku dengan pantas, bapa saudara Hafizuddin bersama seorang lagi rakannya yang menaiki kereta telah menghampiri kami di gerai tersebut.

“Tanpa bercakap sepatah, tiba-tiba tangan Hafizuddin ditarik oleh bapa saudara mereka ke dalam kereta dan mereka meninggalkan saya,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Seri Bakau, di sini semalam.

Mengimbas kejadian tersebut, Natasha memberitahu, dia amat terkejut dan takut dengan insiden tersebut ekoran Mohd. Hafizuddin dibawa dengan paksaan oleh ahli keluarga tersebut.

“Kami telah merancang untuk teruskan hidup bersama dan Hafizuddin dengan rela hati ikut saya tetapi lain pula jadi hubungan kami mendapat tentangan keluarganya,” ujarnya.

Tambahnya, dia akui hubungannya itu mendapat tentangan keluarga Hafizuddin dan ramai pihak namun jurujual tersebut meneruskannya ekoran pemuda itu banyak keistimewaannya.


Ya Allah, macam takde pegangan agama aku tengok. Kite pun bukan baik sangat tapi isu ini sudah melampau. Cukuplah mengupas isu yang boleh memalukan agama kite sendiri ini. Selesaikanlah dengan cara lebih tertutup dan berhemah. Tiadakah jabatan2 agama yang sudi menjalankan peranan dakwah dan kaunseling nasihat kepada kedua2 hamba Allah ini? Tepuk dada,tanya iman...





Tuesday, September 6, 2011

Berebut Pondan? Apalah Nak Jadi Dengan Bangsa Kita

Kalau korang berkesempatan, kesah ini dah semalam berlaku dan disiarkan di dada akhbar cuma hari ini, special sikit sebab ada gambar dan ulasan seolah-olah ada yang tidak kena dengan masyarakat bangsa Melayu Islam kita ini. Sedih sebenarnye baca kesah mereka ini, bukan sedih sebab si jantannya di simbah asid tapi sedih dengan kehidupan bangsa kita ini seolah-olah sudah tidak ade batasnya yang di tunjangi agama. Cuba tengok gambar dibawah. Natasha (kanan) seorang pondan yang menjadi punca pertelingkahan perebutan antara dua lelaki. Apa sebenarnya masalah yang sedang berlaku?

Hafizuddin, lelaki mangsa simbahan asid dek kerana cemburu dengan pondan rebutan. Tak sedarkah Hafizuddin bahawa apa yang berlaku itu hikmah atau bala dari Allah SWT? Ini bukan sebarang ujian, sepatutnya die dan kite kena sedar. Masyarakat sekeliling perlu tahu tanggungjawab masing-masing. Sesuatu perlu dilakukan. Jangan jadikan hubungan terlarang ini semakin merebak dalam bangsa kita. Ikuti sedikit petikan dari ulasan akhbar KOSMO berikut :

KANGAR – “Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini.”

Demikian luahan seorang pondan yang mahu dikenali sebagai Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.

Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian, Mohd. Hafizuddin Johari, 20.

“Sejak kami bersama, ramai pihak tidak senang dengan hubungan kami sehingga sering diugut dan dicaci.

“Kejadian ini amat menakutkan saya dan demi keselamatan dan keselesaan hidup, kami akan pindah,” katanya ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perlis di sini semalam.

“Saya sayangkan Hafizuddin sebab dia banyak menolong dan memberi sokongan kepada saya. Oleh itu, keputusan kami ini baik untuk semua pihak,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Hafizuddin yang bekerja di bidang penyediaan makanan memberitahu, dia akan mengikut Natasha kerana serasi hidup bersama sejak mengenalinya empat bulan lalu.

Kesah ini dipertontonkan seolah-olah tiada ape masalah pun dalam hubungan mereka. Aku percaya, hubungan mereka bukan sekadar hubungan antara rakan lelaki tetapi boleh dikategorikan hubungan songsang. Hafizuddin yang dikatakan pelajar IPTA di utara tanah air betul-betul menggemparkan negara. Menyedihkan dan memalukan. Dimana silapnya? Silapkah didikan ibubapanya? Silapkah sistem pendidikan negara? atau memang manusia itu sendiri akan jahil dengan sendirinya? Hanya Allah yang tahu...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...