Showing posts with label semasa bola sepak malaysia vs arsenal 13 julai 2011. Show all posts
Showing posts with label semasa bola sepak malaysia vs arsenal 13 julai 2011. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Video Kenangan Kemenangan Malaysia vs Arsenal Tahun 1975

Esok 13 Julai 2011 tepat jam 8:45mlm di Stadium Nasional Bukit Jalil berlangsung perlawanan bersejarah antara pasukan Harimau Malaya bertemu The Gunners buat kali ketiga dalam sejarah selepas pada tahun 1975 dan tahun 1999 dimana pada tahun 1975, kita menang 2-0 jaringan Allahyarham Mokhtar Dahari dan kita kalah pula 0-2 pada tahun 1999 dibawah pimpinan Abdul Rahman Ibrahim. Esok,adakah satu lagi sejarah tercipta? Kita saksikan video kenangan kegemilangan tahun 1975 semoga dapat dijelmakan semula esok...







Skuad Arsenal Tak Kenal Pasukan Malaysia?

Senarai pemain Arsenal Yang Turun Di Malaysia
Wojciech Szczesny

Vito Mannone
Sebastian Squillaci
Johan Djourou
Kieran Gibbs
Carl Jenkinson
Laurent Koscielny
Andrey Arshavin
Marouane Chamakh
Ryo Miyaichi
Armand Traore
Thomas Vermaelen
Bacary Sagna
Theo Walcott
Alex Song
Jack Wilshere
Tomas Rosicky
Denilson
Aaron Ramsey
Emmanuel Frimpong
Samir Nasri
Carlos Vera
Robin van Persie

Ini sebenarnya satu tamparan untuk pasukan kita pimpinan Datuk K.Rajagobal.Mana taknya,semasa sidang media semalam,pengurus pasukan itu ditanya tentang pasukan Malaysia. Berikut petikan temubual dari sebuah akhbar :

"SAYA tak pernah menonton (rakaman video aksi skuad kebangsaan Malaysia). Jadi ia akan menjadi satu pengalaman baru buat saya."

Demikian pengakuan jujur pengurus Arsenal, Arsene Wenger ketika diajukan soalan itu pada sidang media di Hotel Saujana, Subang petang semalam.

Malah dua pemain Arsenal, Robin van Persie dan Bacary Sagna yang dibawakan khas untuk ditemu bual media tempatan turut menyatakan mereka langsung tidak mengetahui latar belakang skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal.

"Saya tak tahu (tentang skuad Malaysia)," kata van Persie.

Sagna pula berkata: "Saya juga langsung tak tahu tetapi sudah tentu apabila ia se- buah skuad kebangsaan, para pemainnya adalah yang terbaik."

Ini menunjukkan skuad ini tidak ambil kesah dengan perlawanan ini berbanding pasukan Manchester United 2 tahun lalu yang sempat membuat kajian dan mengenal latar belakang skuad ini. Memandang rendah reputasi skuad Raja Asia Tenggara ini patut diterjemahkan dengan keputusan dan tentangan yang sengit pada 13 Julai ini. Ngauman dan bahaman Malaysia perlu ditunjukkan.







Monday, July 11, 2011

Menjelang Pertemuan Malaysia Vs Arsenal 13 Julai 2011 : Datuk K.Rajagobal Bertemu Arsene Wenger

PENGURUS pasukan Arsenal, Arsene Wenger bersalaman dengan ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K Rajagobal (kiri) pada sidang media di Hotel Saujana, Subang hari ini sempena Arsenal Jelajah Asia 2011. Turut kelihatan, pemain Arsenal, Robin Van Persie dan Bacary Sagna. - Foto Osman Adnan


LONDON: Pemain tengah Arsenal yang mahu berhijrah, Samir Nasri (gambar) disenaraikan dalam skuad 23 pemain kelab itu dalam jelajah ke Asia Tenggara dan Timur Jauh, semalam.

Pemain antarabangsa Perancis itu menjadi subjek spekulasi musim panas ini mengaitkannya dengan penghijrahan daripada Stadium Emirates, dengan sama ada Manchester City atau United menjadi pilihan.

Di sebalik spekulasi itu, Nasri dinamakan dalam senarai skuad Arsene Wenger yang menuju ke Malaysia dan China semalam selepas bos Gunners itu menegaskan beliau akan melakukan sedaya mungkin untuk mengekalkan bekas pemain Marseille itu dan bintang tengah, Cesc Fabregas.

Seperti dijangka Fabregas, yang bergelut dengan masalah kecederaan hamstring, tidak disenaraikan.






“Liga Perdana Inggeris amat popular di Asia dan Arsenal adalah sebuah pasukan yang amat popular di Asia,” kata Wenger.


“Kebanyakan pemain tidak pernah bermain di sana jadi kami amat teruja mengenainya. Ia satu pengalaman bagus buat pasukan.

“Anda boleh jangkakan untuk melihat ramai penyokong Arsenal dan kami akan memberikan keseronokan buat mereka yang hadir dan menyaksikan kami bermain.” Pembelian penyerang Lille, Gervinho belum dilengkapkan dan dia tidak dapat menyertai skuad itu yang menyenaraikan pemain muda Ryo Miyaichi dari Jepun, Emmanuel Frimpong dan Carl Jenkinson. Manuel Almunia dan Nicklas Bendtner tidak disenaraikan.

Arsenal menuju ke Malaysia untuk berdepan pasukan kebangsaan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu ini, sebelum pergi ke China untuk berdepan Hangzhou Greentown. - AFP

Sumber : Harian Metro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...