Showing posts with label semasa hiburan hantu bonceng. Show all posts
Showing posts with label semasa hiburan hantu bonceng. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

[Video] Isu Filem Hantu Bonceng : Ustaz Idrus Beri Penjelasan


Isu Hantu Bonceng ini telah membawa kepada Zizan meminta pandangan dan penjelasan dengan Ustaz Idrus dan sekali lagi memohon maaf atas kesilapannya. Berikut adalah penjelasan Ustaz Idrus. Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidakberniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.






Tuesday, September 20, 2011

Isu Filem Hantu Bonceng : Lembaga Penapisan Filem Teliti Semula Filem Hantu Bonceng


Setelah hampir 4 minggu filem ini ditayangkan dan sudah membolot RM8 juta seperti dikatakan, baru Lembaga Penapisan Filem sedar dan mahu teliti semula filem ini yang dikatakan ada menghina agama dalam satu babak dimana Zizan mengucap Syahadah tetapi tersangkut dan disambung dengan perkataan syaitan. Aku percaya, kesilapan ini boleh dielakkan kerana filem kita masih lagi menggunakan sistem dubing semula suara pelakon selepas penggambaran dijalankan.

Sepatutnya pihak teknikal filem sedar akan kesilapan dan keterlanjuran ini. Aku respek dengan Zizan kerana mengakui kesilapan beliau dalam babak itu tetapi Ahmad Idham angkuh pula dalam hal ini dimana die telah menjawab tuduhan ini dengan tidak cerdik dan penuh emosi. Korang boleh carik email tentang jawapan Ahmad Idham tentang isu ini,ok?



Kat sini aku bagi petikan artikel dari Harian Metro tentang LPF akan meneliti semula filem ini dan terus aku terfikir.Dieorang ni mase lulus filem ini tengok wayang sambil makan pop corn ke? Ke tertido mase buat penapisan sebelum memberi pelepasan? Korang sendiri pikir lah yerk?

KOTA BAHARU: Lembaga Penapisan Filem akan meneliti semula filem 'Hantu Bonceng' yang didakwa oleh Dewan Pemuda PAS mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam dalam satu babak filem itu.

Pengerusinya Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata pihaknya menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.

Beliau berkata pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan".

"Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh.

"Sebaliknya ketika Zizan menyebut Syahadah beliau terhenti seketika sebelum menyebut perkataan syaitan selepas itu," katanya kepada Bernama. - Bernama






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...