Tuesday, September 20, 2011

Isu Filem Hantu Bonceng : Lembaga Penapisan Filem Teliti Semula Filem Hantu Bonceng


Setelah hampir 4 minggu filem ini ditayangkan dan sudah membolot RM8 juta seperti dikatakan, baru Lembaga Penapisan Filem sedar dan mahu teliti semula filem ini yang dikatakan ada menghina agama dalam satu babak dimana Zizan mengucap Syahadah tetapi tersangkut dan disambung dengan perkataan syaitan. Aku percaya, kesilapan ini boleh dielakkan kerana filem kita masih lagi menggunakan sistem dubing semula suara pelakon selepas penggambaran dijalankan.

Sepatutnya pihak teknikal filem sedar akan kesilapan dan keterlanjuran ini. Aku respek dengan Zizan kerana mengakui kesilapan beliau dalam babak itu tetapi Ahmad Idham angkuh pula dalam hal ini dimana die telah menjawab tuduhan ini dengan tidak cerdik dan penuh emosi. Korang boleh carik email tentang jawapan Ahmad Idham tentang isu ini,ok?



Kat sini aku bagi petikan artikel dari Harian Metro tentang LPF akan meneliti semula filem ini dan terus aku terfikir.Dieorang ni mase lulus filem ini tengok wayang sambil makan pop corn ke? Ke tertido mase buat penapisan sebelum memberi pelepasan? Korang sendiri pikir lah yerk?

KOTA BAHARU: Lembaga Penapisan Filem akan meneliti semula filem 'Hantu Bonceng' yang didakwa oleh Dewan Pemuda PAS mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam dalam satu babak filem itu.

Pengerusinya Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata pihaknya menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.

Beliau berkata pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan".

"Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh.

"Sebaliknya ketika Zizan menyebut Syahadah beliau terhenti seketika sebelum menyebut perkataan syaitan selepas itu," katanya kepada Bernama. - Bernama






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...