Showing posts with label semasa lawak. Show all posts
Showing posts with label semasa lawak. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Inikah Kebebasan Bersuara Di Malaysia?

Situasi sebenar :
Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari." ....lol

p/s : sekadar gurauan lagi...lawak2...kahkahkah




Monday, November 7, 2011

[Video] Gara-Gara Kemalangan Kecil, Bergaduh Di Lebuh Raya

Pelik tapi benar. Puncanya kecil jer aku rasa, kemalangan kecil yang biasa berlaku ketika jem di jalan raya. Ape lagi, sodok belakanglah maksudnya. Tengok mula-mula agak tenang jugaklah tapi tup2 bertumbuk macam nak rak kat tengah-tengah lebuhraya yang sesak dengan kenderaan. Macam orang giler pun ade, haha...Korang layankan sendiri yer?






[Video] Johan Kantoi Dengan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

Korang masih ingat tak Johan mengajuk atau meniru gaya pakat motivasi Dr. Fadzilah Kamsah dalam satu drama bersiri di Astro Warna? Kalau korang tak ingat, korang boleh tengok balik video tu kat bawah ni sekarang...hahaha...memang lawak dan ade jugaklah gaya yang di tirunya.



Ini yang terbaru, yang terbaru ni, Johan kantoi sendiri dengan Dr.Fadzilah Kamsah. Aku tak pasti ia betul2 kantoi atau pihak ERA sendiri yang kantoikan tapi muka Johan agak cuak dan berubah jugaklah. Tapi dieorang ni baik Johan dan Dr.Fadzilah memang cool dan sempoi.Tak melatah tak kena tempat. Korang layan pulak video kantoi kat bawah ni:






Tuesday, November 1, 2011

Surat Orang Terengganu Mohon Tiang Gol Baru

Setelah Terengganu kecewa dengan kekalahan di tangan N-Sembilan pada final Piala Malaysia lalu, agaknya ramai orang-orang Terengganu sudah mula buka mata dan berusaha dari awal terutama dalam meningkatkan kemudahan permainan dan latihan bola sepak. Salah satunya adalah permohonan orang kampung berikut untuk mendapatkan tiang gol baru di kampungnya. Bacalah...

Sumber: baca-je-lah.blogspot.com




Saturday, October 8, 2011

Apabila Umur Pencen 60 Tahun






Monday, September 26, 2011

[Video] Apabila Kucing Jadi Spiderman

Terpegun jugak aku tengok video ni tapi ianya sebenarnya tak mustahil bagi kucing untuk melakukannya. Kucing mempunyai kekuatan yang luar biasa pada tangan dan kakinya dan kejadian ini sebenarnya biasa cuma agak luar biasa cara dia memanjat dinding tu dan dinding itu tak silap aku dari jenis batuan. Saksikan :






Friday, September 23, 2011

Apabila Kita Menembak Langsung Tak Mengena

Aku rasa semua orang pernah merasai bagaimana menjawab peperiksaan menggunakan kertas OMR dimana soalan peperiksaan kita adalah berbentuk objektif dan kita perlu pilih jawapan antara A-E. Soalan peperiksaan begini sebenarnya betul-betul menyakitkan untuk dijawab bagi yang serius dalam menjawab tetapi tidak bagi yang tidak serius. Senang kata, malas nak stadi lah. Mana taknya, kebarangkalian kita untuk salah semua tu agak mustahil jika dibandinkan dengan soalan berbentuk subjektif atau esei.

Pengalaman aku tentang menjawab soalan objektif ni, bila sampai satu tahap kita tak mampu memikir dah, tekaan atau TEMBAKAN sniper amat-amat diperlukan. Ada yang malas pikir , sniper digunakan pada semua soalan seperti satu salinan jawapan OMR di bawah ni. Yang lagi bestnya, tembakan sniper ini dilakukan hanya pada jawapan C dan kemungkinan untuk betul mesti ada. Tetapi, kenapa keputusan untuk jawapan dibawah ini mendapat 0? Nak tau jawapannya?


Inilah jawapannya kenapa manusia di atas mendapat keputusan 0 dalam peperiksaan tersebut. Cikgu yang menanda jawapan manusia ini telah memberi kata dua :

Untuk Michael :

Setiap Tahun saya selalu berusaha untuk meningkatkan nilai dan peringkat dari setiap murid dengan memberikan ujian yang sangat senang. Yang terdiri dari 100 soalan BETUL/SALAH dari hanya 3 chapter bahan. Selama 20 tahun saya mengajar mata pelajaran Comunication 101 ini saya tidak pernah melihat murid mendapat markah di bawah 65. Nilai 0 kamu ini pertama kalinya dalam sejarah dan membuatkan nilai purata kelas turun keseluruhan 8 angka.

Hanya ada 2 pilihan jawapan : A untuk BETUL, dan B untuk SALAH. Namun, kamu memilih C untuk semua jawapan dengan harapan mendapat kemungkinan 25 persen betul dari 100 soalan. Nampaknya kamu sama sekali tidak membaca soalan. Malang sekali ini menyebabkan anda tidak lulus.Jumpa anda tahun depan!

Sumber: isuhangat.net



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...