Showing posts with label semasa politik PM dan TPM. Show all posts
Showing posts with label semasa politik PM dan TPM. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

Hakikat Sebenarnya : Najib Bukan Naik Bas Seperti Di Rasai Rakyat


Semalam kecoh tentang mesrta rakyat PM kita, Najib Tun Razak serta isterinyanya yang vogue itu melakukan satu lawatan kerja di Ipoh. Perjalanan, penjelajahan rombongan VVIP ini memusing seluruh negeri Perak tapi bezanya kali ini, mereka semua menaiki bas. Kenapa naik bas? Inilah alasan biasa tokoh pemimpin yang sebenarnya hanya omong kosong.

"Dulu naik kereta, kali ini kita naik bas jumpa rakyat, mesejnya nak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dan rakyat.

"Tak boleh pisah antara satu sama lain dan ini akan bawa pemimpin dekat dengan rakyat," katanya pada acara pertama lawatannya iaitu jamuan Aidilfitri bersama Perdana Menteri di Taman Soon Choon di sini.

Itulah alasannya. Nampak sungguh memahami bukan? Rombongan ini melibatkan 5 buah bas dan hakikatnya bas ini bukan sebarang bas. Kalau benarlah ingin menyelamai rasa susah rakyat, rasa sebenar rakyat menaiki bas sebenar, naiklah bas yang betul-betul menjadi kenderaan rasmi setiap hari rakyat jelata, itu baru betul dan aku respek.

Ini bukan, apa yang aku rasa dan nampak setakat ini, bas ini mampu membeli 10 lagi bas kepada persatuan atau orang-orang yang lebih memerlukan. Kalau aku salah, tolong betulkan ok? Aku tak naik bas PM kita naik tu so kalau aku salah, buktikan yang PM kita tu naik bas biasa yang kita gunakan. Layankan gambar bas sebenar PM kita naik :

Kalau ini lah rupanya, duduk bertahun-tahun, jalan beribu kilometer pun takpe...huhu...maka, renung-renungkan dan selamat jalan!







Tuesday, June 28, 2011

Betulkah Kos Lawatan PM & TPM Serta Isteri Masing-masing Sebegini Rupa?


Aku tak pasti betul atau tidak fakta ini kerana ia masih lagi tidak jelas dan boleh dimanipulasikan.Memang agak melampau jika kita lihat kos ini kerana dipihak rakyat, kita diminta berhemah dalam pelbagai aspek, dari aspek makanan, kehidupan dan kehendak hidup tetapi jika ini berlaku pada pemimpin yang tidak melihatkan tauladan,ia sediki sebanyak boleh mengecewakan hati ramai rakyat yang berkesempitan untuk hidup di bumi bertuah ini.

Walaubagaimanapun, ia sepatutnya dijelaskan oleh pihak kerajaan,bagaimana kos ini diperolehi. Aku cuba bagi pandangan yang jelas supaya ia tidak mengelirukan kita :

  • Kos ini merangkumi apa? Adakah kos mereka berdua atau melibatkan keseluruhan deligasi lawatan yang terdiri daripada menteri-menteri atau pegawai-pegawai yang terlibat?Kalau macam itu, ia biasa bagi kos deligasi.
  • Adakah kos ini mengikut dan melibatkan bajet yang dipersetujui dalam parlimen kerajaan? Maksud aku, dengan bajet sedemikian rupa, apakah faedah dan pelaburan yang boleh diperolehi? Erti kata lain, berbaloikah kos itu. Jika perlaburan berbilion ringgit yang berjaya dimasukkan ke bumi Malaysia, ia boleh diangap berbaloi dengan tugas sebagai seorang marketing negara.
  • Adakah kos yang diberikan ini melibatkan perbelanjaan peribadi sendiri PM, TPM dan keluarganya? Itu dia punya hal lah kan.Jangan masuk dalam kos dikeluarkan kerajaan,betul tak?

Kerajaan perlu jelaskan perkara ini lebih detail dan jelas. kalau betul ia melibatkan perbelanjaan tidak berhemah, ia perlu di ubah dan mengaku kesalahan. Rakyat akan menilai dengan mudah tanpa berfikir panjang. Buatlah sesuatu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...