Friday, September 27, 2013

[Gambar] 3 Model Nissan Antara Di Tarik Balik Seluruh Dunia

Model Infiniti-M
TOKYO - Syarikat pengeluar kereta Jepun, Nissan Motor Co. mengumumkan, pihaknya menarik balik sejumlah 908,900 kenderaannya di seluruh dunia semalam kerana kerosakan pada sensor pemecut.
Masalah tersebut boleh menyebabkan kenderaan bergerak perlahan dan enjin kenderaan gagal berfungsi.
Menurut Nissan, sensor itu dikeluarkan di Jepun.
Model Mini Serena
Penarikan semula itu dilapor membabit- kan model van mini Serena, kereta mewah Infiniti M, kenderaan utiliti sukan X-trail dan beberapa model lain. Bagaimanapun, setakat ini belum ada la- poran kemalangan atau kecederaan berhu- bung masalah tersebut. Firma yang berpangkalan di Yokohama menyatakan bahawa kebanyakan kenderaan yang dipanggil balik melibatkan Jepun, Amerika Utara, Eropah dan Oceania. - AP


Model X-Trail

Amz Campro berkata :

 Selalu jugak aku dengar pasal model kereta yang ditarik balik oleh pengeluarnya akibat daripada laporan kerosakkan teknikal pada model tersebut. Pengeluar yang mengeluarkan arahan ini bukan kecik2, Honda, Volkswagen, Toyota dan yang terbaru Nissan. Kerosakan dilaporkan kebanyakkannya dari aspek teknikal. Kenapa ini berlaku? Biasanya ia berlaku pada model2 baru yang masih dalam tempoh percubaan pada teknologi baru yang baru digunakan.

Penarikan ini pula melibatkan hampir keseluran production pengeluaran model terbabit. Ini kerana, kebanykkan kereta golongan pertengahan ini menggunakan konsep mass production iaitu pengeluaran secara pukal dan banyak dan tertakluk pada  piawaian yang sama setiap pengeluaran. Maksudnya, jika kesilapan teknikal berlaku semasa proses penyambungan, ia akan melibatkan keseluruhan proses penyambungan pada setiap kereta yang dikeluarkan. Ini kerana,prosesnya menggunakan sistem komputer sepenuhnya.

Berbeza pula kereta mewah seperti Bently, Ferrari dan Lamborghini misalnya. Pengeluarannya menggunakan kaedah manula dan kualitinya lebih terjamin kerana pengeluarannya terkawal pada setiap peringkat dan tidak dikelurkan secara pukal dan terlalu banyak dalam masa yang singkat.

Ape2 pun,kesilapan ini memang akan berlaku. Cuma bagaimana syarikat pengeluar itu untuk membaiki semula kepercayaan pengguna sahaja yang memainkan peranan untuk mereka terus berdiri gah di mata pengguna dan peminat automotif dunia.

Wednesday, September 25, 2013

[Video] Bini Mat Yo Vs Pengawal Keselamatan - Komen Amz Campro

 Video detik pertengkaran bini Mat Yo ketika di Subang Airport

Subang Jaya: “Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen.” Itu kata Siti Aisya Adam, 24, isteri penyerang bola sepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha, 27, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo.

Insan2 yang tibe2 mencetuskan fenomena


Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harian Metro semalam untuk mendapat penjelasan berhubung klip video dia bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan yang tersebar dengan meluas di Internet sejak malam kelmarin. Difahamkan, adegan pertengkaran Siti Aisya dengan pengawal keselamatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang, di sini, berlaku di pekarangan lapangan terbang berkenaan pada 12 September lalu.

Sehingga jam 7 malam semalam, rakaman video berdurasi 55 saat itu ditonton hampir 100,000 pelayar Internet di laman YouTube, selain menjadi topik hangat di laman sosial facebook (FB), malah ada pihak yang turut membuat video parodi (meniru secara mengejek) isteri Mat Yo. Ketika ditanya kepada Siti Aisya, sama ada dia memuat naik rakaman video pertengkaran itu ke Internet, dia enggan mengakui atau menafikannya.


Video eksklusif temuramah dengan pengawal keselamatan
 
Amz Campro berkata : 

Isu bini Mat Yo ini sebenarnya sudah lama berkisar dalam alam maya sejak mamat ni bermain dengan TRW lagi. Atau senang cite,sejak mereka berdua bermain. Bini die ni terkenal dengan mulit yang tiada insuransnya dan seolah-olah tidak memikir ape yang die cakap dan die komen. Dalam Facebook misalnya,telah sekian lame ditubuh kan laman khas mengutuk bini Mat Yo ni dek kerana sikapnya yang dianggap lebih kuah dari sudu.

Tapi sejak akhir2 ni, tersebar pula video yang menunjukkan aksi pertengkaran yang boleh diklasifikasi kan agak ganas apabila ayat2 yang dituturkan keterlaluan dan boleh dianggap kurang ajar pada seorang hamba Allah yang hanya menjalankan tugas hakikinya walaupun telah diberi peluang dan kelonggaran. Aku ade paparkan video pertengkaran mereka berdua ini dan hanya disaksikan Mat Yo tanpa ape2 perasaan. Kejadian ini lebih memihak kepada pakcik ini kerana ia nampak lebih tenang.

Dan aku ade paparkan pula video luahan perasaan pengawal keselamatan tentang kejadian ini. Kite tak tahu hal sebenar ape yang berlaku. Tapi ape yang kite tahu, bini Mat Yo memang dah terkenal dengan sikapnya yang over acting dek kerana STAR nya lakinya bermain bola cuma kite terkilan pada sikap yang ditunjukkan Mat Yo dalam menyelesaikan hal ini. Mat Yo seolah2 meredhai pertengkaran kebudak2kan mereka berdua.Aku tabik pada pakcik ini, die betul2 sabar melayan karenah manusia seperti ini.
Pengawal keselamatan ini pula kita mengharapkan ia menjalankan tugasnya dengan betul. menegur dengan penuh kesopanan misalnya. Bukan ape,aku pun banyak kali terkena dengan pekerja2 atau kakitangan2 yang bersikap biadap ni cuma mungkin aku jenis yang bukan cepat melenting tak tentu pasal macam bini Mat Yo...haha...Korang bayangkan satu kes ni berlaku di PEJABAT AGAMA DI SEBUAH NEGERI DI PANTAI TIMUR. Kerana urusan ingin mendaftar pernikahan dan perkahwinan,aku di layan seperi orang nak kawin lari.

Ape, die ingat aku ni kawen 2 3 kali ke kena faham tentang prosedur? Sebab tu aku tanye,macam mane nak setel kan hal ni tapi di balas dengan muke dan kate2 yang seolah2 xde ilmu adab walaupun bekerja di pejabat agama. sebab nak kawen,aku telan jerlah....hahaha...Kat bawah ni video yang dikatakan seorang anggota polis berbahasa agak kasar dan ade orang kate die tegas tapi kite tak pasti mane betul.


Cume ape nak aku nasihatkan dan komen disini. Tolong lah buang sikap panas baran, provokasi melampau tak kiralah ko sape. Ko anak raja ke,ko anak VVIP mane ke,ko orang berkuasa ke tapi akhirnya kita tetap di masukkan di liang lahad dan berdindingkan tanah yang sama. Jangan angkuh dan sombong tentang hal duniawi. Bila kite di atas,bile2 sahaja kite boleh jatuh. Ingat perkara ini. Kepada pak2 menteri,orang2 kaya di atas sana,ini lah teguran dari orang2 di bawah yang dah lame tersepit dek kerana ingin meneruskan kehidupan yang semakin menyesakkan. jangan di tambah dengan sikap jahil dan tindakan tanpa menggunakan akal dan fikiran yang diberi oleh NYA.

Wednesday, September 18, 2013

[Video] Sinopsis Filem Ustaz,Mu Tunggu Aku Datang!

Mula2 aku tak percaya ini filem,dah lame dengar bunyi2 cerite ini akan lahir ke dunia tahun ni. Bukan ape,ustaz kegilaan ramai di Malaysia sekarang ni dikatakan akan membintangi filem ini. Sape lagi,Ustaz Azhar Idrus lah...Bintang lain adalah kumpulan lawak yang lahir dari program Raja Lawak iaitu kumpulan Shiro. Filem ini dijangkakan akan ditayangkan pada 28 November 2013 ini. 


PELAKON: Ustaz Azhar Idrus Shiro, Along Eyzendy, Mikael Andre dan Zalif Sidek.
PENERBIT: Metrowealth Pictures Sdn Bhd (MIG)
PENGARAH: Pierre Andre
TAYANGAN : 28 November 2013

SINOPSIS FILEM INI
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.

Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.


Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.

Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah.

[Video] Benarkah Ini Penampakan Malaikat Di Syria?

Peperangan saudara di Syria betul2 memberi kesan mendalam kepada kita sebagai umat Islam.Pelbagai seksaan dan kekejaman dari pihak tentera kerajaan mereka yang menindas rakyatnya sendiri dengan menggunakan kekerasan tanpa mengira usia. Kita semua dah sedia maklum tentang perkara ini cuma kat sini,aku sempat jumpa 2 video keadaan di mana hura-hara ketika peperangan itu berlaku.

Menarik tentang kedua-dua video ini adalah, ia dikatakan mempunyai cerita dan misteri sendiri iaitu penjelmaan lembaga misteri ketika pertempuran sedang berlaku. Lembaga itu dikatakan jelmaan malaikat Allah dalam membantu para mujahidin. Adakah ini benar? Perkara ini tidak mustahil dan ia pernah berlaku ketika peperangan zaman Rasulullah dan para sahabat. Kita saksikan dan nilaikan : 

Kedudukan Terkini Watson Piala Malaysia 2013-18 September 2013


Tuesday, September 17, 2013

[Video] Filem Terbaru Robocop 4 Akan Menemui Anda Di Pawagam 2014


Aku antara peminat setia jugak filem Robocop ni,sejak dari zaman buadak2 lagi. Hehehe...Robocop ni kire fenomena jugaklah satu masa lalu,kirenye macam cite Upin Ipin zaman sekarang lah,heheh...penah sekali aku beria nak tengok Robocop ni depan mate,mase dieorang jelajah dunia dengan costume Robocop ni.
Memang nampak real. Lame dah cite ni takde kesinambungan dan tup2 Robocop ni muncul balik dan filem terbarunya adalah ROBOCOP 4 yang dijangka dilancarkan pada tahun 2014. Robocop ni remake balik dimana asal usul Robocop ni terjadi daripada Police Officer Murphy.Trailer awalnya dah keluar dan mari kite saksikan. Rupanya dah sedikt berubah lah sebab teknologi dan canggih sikit kan sekarang,heheh...layankan : 

Friday, September 13, 2013

[Gambar] Isu Analisis Penggunaan Minyak Dalam Sebulan Daripada Seorang 'Menteri' Di Astro AWANI

Analisis penggunaan minyak rakyat dalam sebulan seperti terpapar di Asto AWANI

Tersebar luas gambar yang di snap di kaca televisyen berkenaan analisis penggunaan minayk RON95 oleh rakyat Malaysia sebulan daripada seorang balaci rakyat bergelar menteri dan dianugerah Datuk iaitu Datuk Ahmad Maslan. Apa yang dipaparkan adalah hanya mengikut tahap pendapatan isi rumah yang dipecah menjadi 2 kategori iaitu RM3000 dan ke bawah dan RM5000 dan keatas.

Analisis yang dijalankan ini seperti seolah2 tidak masuk akal malah menjadi bahan gelak ketawa orang ramai yang rata2nya boleh mencongak dengan kepala sahaja. Dari mana ia diperolehi? Bagaimana mereka2 ini mengiranya? Analisis aku pulak ikut kepala dan logik akal aku jugaklah,heheh...

Aku anggap mereka ini hanya menggunakan kenderaan yang kereta biasanya mempunyai 1500cc ke bawah seperti VIVA,Saga dan Myvi dan yang berkerja mungkin seorang. Kalu berkerja 2 orang pun, paling tinggi seorang gajinya RM1500. Kereta sebijik dalam cc yang disebutkan tadi biasanya menggunakan minyak bergantung kepada pergerakan kenderaan. Kalau kita bergerak jauh tapi berterusan, minyak RM50 atau lebih kurang 26.3 liter (ni sebelum naik 20sen) biasanya boleh guna +- 350km. Tapi kalau main jalan bandar dengan jem lah, trafic lite lah, melayan keta2 sengal dijalan raya lah, biasanya kita leh guna pun maksimum 200km sahaja.

Simple calculation : Aku boleh masuk dalam kategori untuk RM5000 dan ke atas sebab laki bini kerja so kiraan ringkas aku begini :

Aku guna RM50 seminggu = 23.8 liter untuk kereta 1600cc.
Maka, sehari  aku guna 3.4 liter. Ini rutin perjalanan setakat ini,tak termasuk jalan2 makan angin.
Makanya, sebulan aku guna 30 X 3.4 liter = 102 liter bersamaan dengan RM214.20 lebih kurang. Nak kira mudah RM 50 X 4 minggu pun dah RM200 sebulan. So,untuk kategori kedua ade logiknya bagi certain2 kes dan tempat. Tapi ade certain2 kesnya, ia tak logik juga.

Bagi kategori RM3000 dan ke atas pula lebih kepada TIDAK LOGIK dek akal. Majoritinya aku rasa analisis ini mengira secara purata dan responden yang digunakan tidak cukup dan  ia memberikan hasil yang tidak munasabah. So, mana datangnya RM132 sebulan seperti menteri tersebut katakan? Aku leh anggap mudah, pengguna ini mungkin menggunakan kenderaan bermotosikal semata-mata untuk ke tempat kerja dan mungkin menggunakan kenderaan seperti kereta pada ketika hujung minggu sahaja. Itu mungkin logik tapi kite dah boleh nampak kesusahan dan ketidakselesaan rakyat dalam menanggung kos perjalanan setiap hari.

Kesimpulannya, analisis yang ditunjukkan kan ini kurang cerdik sebenarnya. Sepatutnya hasil dapatan ini di pukul canang juga dan bagaimana ia diperolehi. Kalau setakat responden seribu ke 2 ribu jer, ia tidak valid digunakan. Responden sepatutnya mengikut tempat kerja, komitmen pekerja (hantar anak sekolah,tadika,tuisyen,rumah pengasuh dan sebagainya) kenderaan yang digunakan selain dari isi rumah sahaja. Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...