Showing posts with label bola sepak harimau muda slovakia 2011. Show all posts
Showing posts with label bola sepak harimau muda slovakia 2011. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

[Video] Gol-Gol Harimau Muda Di Slovakia 30 Julai 2011 dan 2 Ogos 2011

Aku rasa ramai yang mungkin dah tau tentang pencapaian skuad Harimau Muda kita di Slovakia baru-baru ini di mana setelah 3 perlawanan persahabatan berlangsung, kita menang ketiga-tiga perlawanan tersebut dengan keputusan 1-0, 2-1 dan 2-1. Nama pasukan yang mereka bertemu ada di catatkan pada blog aku ini di sebelah kanan di bawah logo Ultras Malaya. Aku nak taip balik malas pulak sebab agak payah ejaan dan sebutannya,hahaha...

Di sini aku nak berikan video tentang perlawanan kedua terakhir mereka dimana perlawanan pertama pada 26 Julai kita menang 1-0 menerusi jaringan tunggal Wan Zack Haikal tapi videonye tidak didapati. Aku sertakan 2 video pada 30 Julai dan 2 Ogos untuk tatapan sekalian peminat.

Harimau Muda A (2-1) MFK Topvar Topolcany 30 Julai 2011
Gol jaringan Mohd Ferris Danial, Mohd Fandi Othman





Harimau Muda A (2-1) MFK Tatran Liptovsky Mikulas 2 Ogos 2011
Gol jaringan Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Irfan Fazail







Monday, August 1, 2011

Harimau Muda Terus Mengaum Kali Kedua Di Slovakia 2011

BARISAN skuad Olimpk negara ketika turun menentang Topvar Topolcany di Slovakia kelmarin.

SKUAD Olimpik negara mencatat kemenangan kedua pada siri aksi persahabatan di Slovakia setelah menewaskan kelab Liga 2 Slovakia, Topvar Topolcany 2-1 di tempat lawan malam kelmarin.

Setelah menang 1-0 ke atas kelab Liga 1 Slovakia, Bodva Moldava hasil jaringan Wan Zack Haikal Wan Nor pada aksi sulung Selasa lalu, jurulatih Ong Kim Swee hanya menurunkan barisan simpanan pada aksi kedua itu.

“Saya merehatkan lima pemain yang beraksi pada Selasa lalu iaitu Izham Tarmizi Roslan, Irfan Fazail, Syazwan Tajuddin, Syahrul Azwari Ibrahim dan Wan Zack Haikal.

“Dalam kesebelasan utama kali ini, saya meletakkan K. Sasikumar, Affize Faisal Mamat, Amer Saidin, Azrul Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Faizal Abu Bakar, Nazmi Faiz Mansor, Azrif Nasrulhaq Badrul, Izuan Solahuddin, Ferris Danial Mat Nasir dan Ahmad Hazwan Bakri.

“Enam pertukaran dibuat sepanjang babak kedua iaitu memasukkan Gary Steven Robbat, Shukor Jusoh, Fandi Othman, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu dan Zubir Azmi,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.

Pada perlawanan tersebut, Topvar Topolcany mendahului pada minit ke-21 menerusi Durcek Michal sebelum skuad Olimpik negara membalas hasil jaringan Ferris Danial pada minit ke-64 dan sepakan penalti Fandi (87).

Jelas Kim Swee, enam pemain baru iaitu Azrul, Syazwan, Nazmi, Azrif, Hazwan dan Izuan masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan skuad yang dianggotai majoriti pemain Harimau Muda A itu.

“Antara mereka ini, Hazwan telah menunjukkan kematangan serta mencuba beberapa kali ke arah penjaga gol lawan tetapi yang lain memerlukan sedikit lagi masa untuk menyesuaikan corak permainan.

Perlawanan ketiga bakal berlangsung malam esok dengan satu lagi kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas.

Sumber : KOSMO






Friday, July 29, 2011

Harimau Muda Mengaum Di Slovakia Untuk Sesi 2011!


Walaupun skuad seniiro kita kalah semalam tapi penuh dengan maruah.Mereka tetap terbaik. Dalam kita sedang fokus pada team senior,skuad Harimau Muda yang kini berada di Slovakia telah memulakan perlawanan persahabatan pertamanya semalam dan keputusan sangat membanggakan! Malaysia memenanginya dengan jaringan tunggal Wan Zack Haikal. Ikuti laporan yang telah dibuat :

Skuad Harimau Muda yang berkelana ke Slovakia memenangi perlawanan sulung ketika bertemu dengan kelab FK Bodva Moldava nad Bodvou hasil jaringan tunggal Wan Zack Haikal Wan Noor pada minit ke-47.



Skuad b-23 tahun yang dibimbing jurulatih Ong Kim Swee kini dalam rangka persiapan menjelang kelayakan Olimpik September ini serta dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA.

Harimau Muda dijangkan akan mengadakan 12 perlawanan persahabatan dengan Kelab Liga Divisyen Satu Slovakia termasuk dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu skuad Olimpik Austria dan Republik Czech.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...