Safee Sali dah selamat pulang ke tanah air dan sekarang sedang sibuk pula untuk latihan intensif sebelum perlawanan dengan Australia 7 Oktober ini. Ketika temuramah ini, Safee menyaksikan perlwanan antara Cardiff dan Leicester dimana Cardiff layak ke pusingan seterusnya dalam Piala Liga. Ikuti temuramah tersebut :
Showing posts with label semasa bola sepak safee sali cardiff city. Show all posts

Friday, September 30, 2011
Wednesday, September 28, 2011
Safee Sali Diberi Peluang Latihan 2 Minggu Lagi?
TEKA-TEKI sama ada penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bakal menyarung jersi kelab England, Cardiff City masih belum terjawab.
Sebaik misi menjalani latihan selama dua minggu bersama skuad kendalian Malky Mackay itu terlaksana sudah kelmarin, pasti- nya ramai peminat bola sepak tempatan kini tertanya-tanya mengenai kesudahan bekas penyerang Selangor itu sama ada layak atau tidak menyarung jersi Cardiff selepas ini.
Apa yang pasti, pemilik Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee juga memahami perasaan penyokong tempatan ketika ini, namun pada masa sama masih menunggu 'lampu hijau' daripada Mackay sendiri sebelum boleh membuat sebarang kenyataan.
"Saya faham, satu Malaysia ternanti-nanti perkara ini (soal Safee menyarung jersi Cardiff) tetapi saya masih menunggu keputusan Mackay.
"Bagi saya, tidak adil untuk mengumumkan perkara itu hanya kepada Kosmo! semata-mata, justeru satu sidang akhbar rasmi akan dibuat oleh kami tidak lama lagi," katanya.
Safee sebelum ini mencetuskan keterujaan peminat bola sepak tempatan apabila berusaha menjadi anak Malaysia pertama beraksi di kancah bola sepak England.
Pemain kelahiran Kajang, Sela- ngor itu telah menjalani sesi lati- han bersama The Bluebirds sejak dua minggu lalu sebaik mendapat pelepasan daripada majikannya, Pelita Jaya.
Meskipun kredibiliti Safee dilaporkan berjaya memikat hati Mackay yang begitu kagum dengan disiplin dan skil yang ditun- jukkan sepanjang mengikuti lati- han tetapi masalah permit kerja dikatakan menggugat peluang Safee beraksi di England.
Namun, ia sedikit pun tidak menjejaskan semangat Safee yang menganggap pemergiannya ke Cardiff sebagai suatu pengalaman berguna bagi melonjakkan kariernya selaku pemain bola sepak.
Penyerang berusia 27 tahun itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini selepas berlepas dari bumi London semalam.
Dalam pada itu, pengurus peri- badi Safee, Zakaria Ab Rahim semasa dihubungi juga mengakui masih belum menerima apa-apa maklumat terkini berhubung perkara tersebut.
"Buat masa ini, Safee sihat dan kami akan menunggu kepulangannya di KLIA petang esok (hari ini).
"Mengenai keputusan (Safee menyarung jersi Cardiff), kita tunggu dan lihat," katanya.
Sebelum pulang ke Indonesia, Safee juga dijangka mewakili bekas majikannya, Selangor bagi aksi Piala Sultan Selangor menentang Singapura terlebih dahulu pada 1 Oktober depan, selain turut membawa cabaran pasukan kebangsaan bagi aksi persahabatan menentang Australia selepas itu.
Dalam pada itu, Kosmo! difahamkan, Safee akan me ngadakan pertemuan dengan Tien Ghee sebaik tiba di tanah air hari ini bagi membincangkan masa depannya bersama Cardiff.
Malah, Safee juga dikhabarkan dikehendaki datang semula ke Cardiff dalam tempoh dua minggu lagi untuk terus dinilai oleh Mac- kay.
Begitupun, ia tidak semudah dijangkakan lantaran khidmat Safee selepas ini pastinya ditagih skuad kebangsaan bagi menentang Australia, selain persoalan sama ada dilepaskan Pelita Jaya ataupun tidak kerana Liga Indonesia dijangka bermula pada 10 Oktober depan.
Sumber : KOSMO

Monday, September 26, 2011
[Gambar] Kenangan Safee Sali Sepanjang Di Cardiff City
Sunday, September 25, 2011
Lagi Berita Terbaru Di WalesOnline Tentang Safee Sali Dan Cardiff City (25/9/2011)
Petikan dari laporan walesonline.co.ukHari ini, 25 September 2011 sekali lagi kisah Safee Sali dan Cardiff City di jadikan salah satu berita utama di Walesonlie.co.uk. Kali ini kisah Safee Sali lebih terarah kepada harapan peribadi Safee Sali sendiri setelah tempoh percubaannya sudah hampir mencecah 2 minggu di Cardiff City. Ayat pertama dari laporan itu cukup mudah tetapi memberikan kita gambaran harapan Safee Sali dapat kembali ke Cardiff City. Tajuk laporan ini juga memberikan gambaran harapan Safee Sali :
Malaysian Beckham’ Safee Sali hoping to return after his trial with Cardiff City.
MALAYSIAN superstar striker Safee Sali admits his dream is to play for Cardiff City, but as he complete his two-week trial with the Bluebirds he fears it is an ambition which might not become a reality.
Sali said he had been impressed by Cardiff and manager Malky Mackay, but does admit that problems securing a work permit for the UK might scupper his dreams.
Safee begitu mengimpikan dapat bermain di sana dan berharap bahawa impian itu menjadi realiti tetapi hakikatnya, Safee menyedari kesukaran yang dihadapi. Ketakutan tidak dapat 'kembali' semula ke Cardiff sentiasa menjadi igauan buruk tetapi sperti dikatakan tadi, kesedaran hakikat sebenar menjadi penguat semangat.

“I tried hard, I’m not expecting too much though because there will be a work permit problem.
“But I still do hope I can play at Cardiff. I want to join Cardiff City.
“But whatever happens in the future, my time at Cardiff will make a big difference for me and my family too.
“I will take so many things with me from this very good experience at Cardiff.”
Begitulah kata-kata Safee yang menunjukkan harapan yang tinggi dapat bermain di sana kelak. Banyak yang telah Safee belajar antaranya taktik permainan pantas yang diterapkan dalam Liga Inggeris dan cara permainan Eropah yang terkenal dengan corak permainan pantas. Layanan pengurus pasukan yang tegas dan memberikan pandangan sama taraf teknik latihan diberikan juga menjadi inspirasi kuat pada Safee.
Saturday, September 17, 2011
UPDATE! Komen Malky Mackay Dalam Temuramah & Safee Sali Semakin Menyerlah Di Cardiff City

BAGAIKAN pahlawan di zaman silam, penyerang Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali jelas tidak pernah mengenal erti mengaku kalah.
'Takkan Safee hilang di dunia', kecederaan otot yang selama ini membelenggunya ternyata tidak menghalang penyerang prolifik itu daripada berterusan menjaringkan gol semasa latihan ujian pemilihan bersama kelab England, Cardiff City setakat ini.
Semalam, Safee sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila berjaya mengatasi beberapa pemain pertahanan Cardiff sebelum meledak beberapa gol, dan aksinya itu dikatakan mula menggamit perhatian pengendali Cardiff, Malky Mackay yang kini dikatakan lebih cenderung menguji Safee berbanding penyerang lain semasa sesi latihan tersebut.
Doa ribuan peminat bola sepak tanah air yang mengiringi pemergiannya ke bumi Cardiff sejak Isnin lalu bagi memburu misi sebagai pemain pertama Malaysia beraksi dalam kancah saingan bola sepak England ternyata berbaloi apabila Safee tidak lagi dihantui kecederaan itu.
Pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata, buat masa ini Safee masih dipantau pengawai perubatan kelab tersebut bagi mengelak kecederaannya bertambah buruk meskipun Safee memberitahu tidak lagi merasa terjejas akibat kecederaan lamanya itu.
"Safee memberitahu dia tidak lagi merasa sakit semasa melakukan percubaan ataupun ketika menggelecek bola, dan ia sememangnya perkara positif apabila dia berjaya menjaringkan beberapa gol hari ini (semalam) dalam sesi latihan setelah kali pertama melakukannya sebaik menjalani sesi latihan Selasa lalu.
"Misi Safee untuk menyarung jersi Cardiff juga agak cerah apabila dilihat lebih kerap diuji berbanding penyerang lain, dan saya harap Safee dapat mengekalkan aksi konsistennya selepas ini," katanya kepada Kosmo!
Episod perjalanan Safee bagi menjadi pemain pertama negara bermula apabila mendapat 'lampu hijau' daripada majikannya, Pelita Jaya bagi mengharungi sesi ujian pemilihan bersama Cardiff selama kira-kira dua minggu sehingga 27 September depan.
Selain Safee, turut dipanggil mengikuti ujian pemilihan tersebut ialah bekas rakan sepasukannya di Selangor, Safiq Rahim dan aksi kedua-dua pemain tersebut dikatakan mula menggamit perhatian setelah beraksi cemerlang dalam Kejohanan Prajelajah Asia baru-baru ini.
Malah, ketajaman Safee dalam melakukan aksi penyudah ketika beraksi di pentas antarabangsa ketika ini persis lagenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari satu masa dahulu juga dikatakan banyak dipengaruhi oleh latihan keras yang dijalaninya sepanjang berada di Indonesia, dan Zakaria sendiri tidak menolak kemungkinan itu.
"Semasa beraksi bersama Pelita Jaya, Safee banyak beraksi dengan pemain-pemain antarabangsa yang lebih kompetitif, dan ia pastinya mempengaruhi corak permainannya agar menjadi lebih bahaya di depan gawang lawan.
"Malah, Safee juga berjaya menjaringkan tujuh gol meskipun hanya beraksi sebanyak 14 kali bersama Pelita Jaya sebelum ini, selain turut dianugerahkan pemain terbaik perlawanan sebanyak tiga kali," katanya.

PUJIAN MALKY MACKAY PADA SAFEE SALI PADA MINIT KE-5:10

VIDEO KOMPILASI JARINGAN SAFEE YANG DIWAR-WARKAN DI LAMAN WEB WALESONLINE.CO.UK
Episod perjalanan Safee bagi menjadi pemain pertama negara bermula apabila mendapat 'lampu hijau' daripada majikannya, Pelita Jaya bagi mengharungi sesi ujian pemilihan bersama Cardiff selama kira-kira dua minggu sehingga 27 September depan.
Selain Safee, turut dipanggil mengikuti ujian pemilihan tersebut ialah bekas rakan sepasukannya di Selangor, Safiq Rahim dan aksi kedua-dua pemain tersebut dikatakan mula menggamit perhatian setelah beraksi cemerlang dalam Kejohanan Prajelajah Asia baru-baru ini.
Malah, ketajaman Safee dalam melakukan aksi penyudah ketika beraksi di pentas antarabangsa ketika ini persis lagenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari satu masa dahulu juga dikatakan banyak dipengaruhi oleh latihan keras yang dijalaninya sepanjang berada di Indonesia, dan Zakaria sendiri tidak menolak kemungkinan itu.
"Semasa beraksi bersama Pelita Jaya, Safee banyak beraksi dengan pemain-pemain antarabangsa yang lebih kompetitif, dan ia pastinya mempengaruhi corak permainannya agar menjadi lebih bahaya di depan gawang lawan.
"Malah, Safee juga berjaya menjaringkan tujuh gol meskipun hanya beraksi sebanyak 14 kali bersama Pelita Jaya sebelum ini, selain turut dianugerahkan pemain terbaik perlawanan sebanyak tiga kali," katanya.
Sumber : KOSMO
Subscribe to:
Posts (Atom)