Showing posts with label semasa tony fernandes qpr. Show all posts
Showing posts with label semasa tony fernandes qpr. Show all posts

Monday, September 5, 2011

QPR : Tony Fernandes Idam David Beckham Daripada Safee Sali?


Fuhh...Mesti gempak ini tajuk, bos besar QPR yang baru nak tawarkan kontrak kat Beckham tu...hahaha...Bukan selok sangat suke cume rase macam bangang pun ade...Dari aspek teknikal bola sepak,memang nampak bangang tapi dari aspek bisnes dan keuntungan, ia mungkin satu pelaburan yang sangat bagus. Ape taknya, Beckham ini masih menjadi idaman banyak lagi kelab dunia, bukan itu sahaja die menjadi idaman ramai gadis2 di luar sana dek ke machoannya.

LONDON: Pemilik baru Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes bercadang untuk mendapatkan khidmat David Beckham. Ahli perniagaan Malaysia itu percaya ia akan membantu impian Olimpik Beckham dan mahukannya di Loftus Road sebaik musim MLS berakhir bersama LA Galaxy. Tony bagaimanapun sedar harga Becks terlalu mahal namun percaya penjualan jersi dan barangan lain mampu menebus semula kos membawanya ke barat London.

Itu sedikit petikan dari laporan akhbar Harian Metro. Nampak ia lebih dari aspek bisnes kan? Walaupun kite tak nafikan, skill Beckham ini boleh tahan dan ade kelasnye yang tersendiri tapi dari aspek berbaloi bisnes lebih di pandang serius oleh bos QPR ini. Kalau ikutkan, masih ramai lagi bakat muda yang skill lebih mengancam di luar sana boleh cube diketengahkan macam Safee Sali, hehehe...contoh player Malaysia jugak aku amik,kahkahkah...tapi kalau bisnes punye pasal, aku pun amik Beckham.


Seluar dalam die pun dah boleh buat untung, tul tak? kahkahkah..Kalau ia menjadi kenyataan, kite akan tengok, ramai pulak anak muda terutama gadis2 di dunia ini akan beli jersi QPR dari jersi MU kot,hahaha...Kite tunggu dan lihat. Untuk Safee Sali, anda kena lebih macho lepas ini,hahaha...






Thursday, August 18, 2011

BPL : Akhirnya Tony Fernandes Sah Miliki Queens Park Rangers



Akhirnya sah QPR menjadi hak milik rakyat Malaysia dimana Tan Sri Tony Fernandes yang juga tokei besar AirAsia dan satu kumpulan F1 Lotus telah menjadi bos besar QPR dengan pegangan saham yang lebih besar dari jangkaan sebelum ini iaitu 66% daripada 51%. Fuyoo...pandai betul dia ni melabur, kelab ini pulak dah naik musim ini ke liga perdana. Huh, ape lagi, sape yang rasa nak main BPL mase ni lah perform kaw2 dalam permainan bola sepak tak kira ape peringkat, mane tau kot2 bleh memikat tokei baru ini,huhu...ikuti artikel dari akhbar ini :


LONDON 18 Ogos - Jutawan penerbangan Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes melengkapkan pengambilalihan kelab bola sepak Liga Perdana England, Queens Park Rangers (QPR) di sini. Fernandes, pemilik penerbangan bajet AirAsia, memuktamadkan pembelian itu selepas beroleh 66 peratus kepentingan dalam pasukan London barat yang baru dinaikkan bahagian itu daripada pemilik saham terdahulu, Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore.

Dalam satu kenyataan, Fernandes, 47, yang juga pemimpin pasukan Formula Satu Team Lotus, akan bekerja di samping keluarga Mittal yang mengekalkan 33 peratus kepentingan dalam kelab itu. Fernandes yang menganggapnya seorang peminat West Ham pada Twitternya berkata, dia sejak sekian lama memegang satu ‘tempat lembut’ bagi QPR yang digelarnya sebagai sebuah ‘berlian mentah’. - AFP

Sumber : UtusanMalaysia






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...