
KUALA TERENGGANU: “Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar  jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan  kebenaran mahkamah.”
  
  Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid  Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz  Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul  Aziz, semalam.
     
  Selain itu, kata Mohd Yazid, tiada laporan lengkap daripada pihak  hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf  Hafiz dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor  dipanggil memberi keterangan.
 “Selepas kes ini diperhalusi dan  diteliti daripada semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada  masyarakat, mahkamah menolak permohonan ini,” katanya.
  
    
  
 
  
Bagaimanapun, Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen tidak hadir  di mahkamah semalam dan hanya diwakili peguamnya, Horley Isaacs.
Amz CamPro berkata :
Bila dengar kes ini,beristighfar dalam hati,adakah kita sudah jauh menyimpang dari normal-normal kehidupan? Kalau tengok muka sekali imbas dah memang macam perempuan.Siap dah tukar jantina lagi.Nauzubillah...elok2 tuhan dah bagi belalai ditukarnya apam.Itulah masyarakt kita sekarang,sampai tak boleh berfikir secara waras.Sekarang siap pakai tudung lagi tu,kalau perempuan betul2 kire dah agak solehah lah tapi hakikatnya dia tetap lelaki.
Tindakan dia untuk mengubah nama kerana susah untuk meneruskan kehidupan kerana namanya lelaki tapi fizikalnya perempuan.Tu baru susah didunia kan? Alhamdulillah,mujur mahkamah menolak permintaannya atas alasan fakta kes seperti berkaitan hormon dan mempunyai anggota lelaki.Mudah-mudahan dia sedar dan sempat bertaubat.Kita patut sama2 bendung perkara begini dari berleluasa.