PHNOM PENH: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun terbunuh dalam letupan ketika mayat neneknya dibakar di pusat pembakaran, semalam.
Polis berkata, letupan berlaku selepas ahli keluarga mangsa mencurah minyak tanah ke atas mayat berkenaan bagi mempercepat pembakaran.
Insiden itu mencederakan 12 yang lain, termasuk seorang kritikal. - AFP
Sumber: Metro
Wednesday, August 3, 2011
Kontroversi : Iklan Ramadhan 8TV Berunsur Perkauman?
Kita dulu dikejutkan dengan iklan hari raya oleh satu syarikat media yang gah di Malaysia ini. Rasanya dia dah star sangat sampai buat iklan pun seolah-olah menghina agama sendiri. Penerbit mana agaknya tak sekolah punya orang. Setahun dah berlalu, timbul pula iklan sempena Ramadhan oleh sebuah anak syarikatnya 8TV. Bagi aku, ia tidak bersesuaian dan terlalu open. Nampak sangat perkaumannya. Entahlah, pandangan masing2 lain2 so cuba anda nilaikan iklan dibawah :
Tuesday, August 2, 2011
Indonesia Pula Mahu Uji Pasukan Harimau Malaya - September 2011

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Indonesia mempelawa skuad Harimau Malaya untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan sebagai persediaannya menghadapi perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada September ini.
Anggota jawatankuasa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Bob Hippy berkata, Malaysia dipilih memandangkan ia adalah negara jiran yang dekat.
Indonesia juga merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Australia, katanya melalui laman web rasmi PSSI.
Indonesia diundi dalam Kumpulan E bersama Iran, Bahrain dan tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar.
Bob berkata, walaupun Indonesia diundi dalam kumpulan bersama pasukan dari Timur Tengah, namun ia tidak bercadang untuk mengadakan perlawanan persahabatan di rantau itu kerana faktor lokasi dan masa.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azuddin Ahmad ketika dihubungi berkata pihaknya masih menunggu butiran lanjut berhubung tarikh dan lokasi perlawanan tersebut. - Bernama
Sumber : UTUSAN

[Gambar & Video] Ular Muncul Secara Tiba-Tiba Ketika Memandu Di Lebuhraya!

MEMPHIS - Rachel Fisher dan keluarganya sangat nernasib baik apabila seekor ular yang muncul secara tiba-tiba di hadapan keretanya tidak menyebabkan berlakunya kemalangan. Sedangkan ketika itu Rachel sedang memandu pada kelajuan 105 km/j.

Ular tersebut tiba-tiba muncul dari enjin kereta dan merayap ke cermin hadapan sehingga membuat Rachel dan ketiga anaknya terperanjat dan menjerit ketakutan. Namun, Rachel masih dapat mengendalikan sterengya dengan baik.
Sementara suamninya Tony, yang duduk disebelahnya, tetap tenang dan merakamkan kejadian tersebut menggunakan kamera telefon bimbitnya dan kemudian dimasukkan ke dalam Youtube, dan menjadi video popular setelah tiga hari.

"Saya sebenarnya tidak takut ular, namun saya terperanjat apabila tiba-tiba ada penumpang yang tidak sepatutnya berada ketika sedang memandu laju pada kelajuan 105 km per jam, ketiga-tiga anak saya pun turut menjerit, tapi kami semua tertawa akhirnya," kata Rachel Fisher seperti dipetik dari Dailymail, Selasa (2/8/2011).
Peristiwa tersebut berlaku pada minggu lalu, ketika Rachel bersama suami dan ketiga anaknya, Elizabeth (3), Judah (2), dan Rivers (4 bulan) kembali ke Memphis setelah mengunjungi orang tuanya di Cordova.
Ular tersebut akhirnya terjatuh ke atas jalan setelah sekitar tiga hingga empat minit berada di atas cermin hadapan. (Tonton Youtube disertakan!)
Rachel dan suaminya menduga, ular tersebut menjalar masuk ke dalam enjin kenderaan mereka pada malam ketika mereka parkir di kawasan berhutan dan keluar dari enjin kerana kepanasan. Video milik Tony pun sudah dilihat sekitar 26,000 kali di Youtube.

Oman Mahu Uji Pasukan Harimau Malaya - 10 Ogos 2011

Setelah proses pengundian berlangsung,pasukan masing-masing begitu giat ingin memantapkan lagi pasukan mereka dengan perlawanan persahabatan sebelumpusingan ketiga menjelang pertengahan September nanti. Maka inilah peluangnya untuk kita mencuri tumpuan dan menggunakan peluang mengadakan perlawanan persahabatan dengan mereka yang telah layak ke pusingan ketiga.
Oman,merupakan satu negara antara yang telah layak ke pusingan ketiga dan sekumpulan dengan Thailand,Australian dan Arab Saudi telah menjemput Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan di tempat mereka. Inilah peluang yang dikatakan itu.Gunakannya.Cari lagi peluang dan mungkin satu lagi perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa juga akan dilangsungkan pada 15 Ogos pula cuma menunggu keputusan rasmi.
Monday, August 1, 2011
Salam Ramadhan Al-Mubarak Dan Kenaikan Harga Barang

Alhamdulillah...Ramadhan datang lagi...Syukur juga kita kepadaNya kerana diberi umur dan peluang untuk menikmati dan merasai kenikmatan Ramadhan sekali lagi. Hari pertama kita lalui hari ini dan semalam, malam pertama Terawikh di jalankan. Terasa kekok pula di masjid sebab jarang ke masjid...hehehe...Ke masjid pun sebab solat Jumaat tapi itulah sebenarnya kenikmatan yang dicari. Mendidik kita supaya membiasakan diri dan mendekatkan diri kepadaNya.

Bila Ramadhan menjelma, terus terfikir betapa bertuahnya diri ini diberi lagi peluang olehNya. Terbayang dan teringat kepada mereka yang telah tiada. Tahun lepas, dia ada bersama-sama kita dan hari ini, tahun ini, dia sudah kembali kepadaNya. Tiada lagi Ramadhan baginya. Kita patut bersyukur dan gunakan peluang ini sebaiknya. Syaitan Laknatullah telah dirantai. Hanya nafsu sendiri menjadi penghalang yang patut di kalahkan. Jika gagal, kita telah umumnya menjadi sahabat yang baik kepada 'mereka'.

Hari ini ujian pertama akan menyusul. Bazar Ramadhan akan menjadi saksi nafsu makan manusia. Biasalah, hari pertama,macam2 nak telan. Kita tengok nanti. Petang ini terhidang pelbagai jenis masakan. Bagaimana kita akan melawannya? Perut semakin lapar. Nafsu membuak-buak. Kuih muih terhidang dengan rapinya. Fuhh..memang sedap. Sedar tak sedar kita balun macam-macam jenis kuih untuk dimakan dalam se'maghrib'. Sedar tak sedar RM10 melayang untuk kuih muih sahaja. Nafsu akhirnya menang juga. Malamnya, se'eh nak ke masjid pulak.Adus...ruginya...

Bagi aku juga, hari ini titik tolaknya untuk mengetahui harga semasa kuih muih di Malaysia ini. Adakah ia masih kekal atau sebaliknya? Adalah sekarang RM1 dapat hanya 2 biji kuih sedangkan sebelum ini dapat 4? Kenapa pulak camtu? Sebab dalam setahun ini sahaja, macam-macam sudah naik. Elektrik sudah naik, minyak RON sudah naik, barangan asas macam gula, tepung sudah naik maka tiada alasan harga tidak naik. Apa? Ko ingat boleh hidup? Begitulah gamoknya pekedai kita merungut.

Fuhh...tak sabar pulok rasanya nak ke bazar petang ini. Nak tau sendiri harga sudah naik atau tidak.Kalau tak naik, kuihnye makin kecut atau makin kosong tanpa inti.Hari ini akan terjawab.Pastu pandai2lah nilai sendiri.Nak beli atau tidak. Silap2 masak kat rumah jauh lebih jimat dan sedap. Ingat, ada yang lebih menderita dari kita seperti di Somalia. Seksa tengok anak2 kecil tak cukup makan tapi kita mewah dengan makan. Semoga Ramadhan ini memberi sinar keinsafan kepada mereka dan kita sendiri. Amin.
Harimau Muda Terus Mengaum Kali Kedua Di Slovakia 2011
SKUAD Olimpik negara mencatat kemenangan kedua pada siri aksi persahabatan di Slovakia setelah menewaskan kelab Liga 2 Slovakia, Topvar Topolcany 2-1 di tempat lawan malam kelmarin.
Setelah menang 1-0 ke atas kelab Liga 1 Slovakia, Bodva Moldava hasil jaringan Wan Zack Haikal Wan Nor pada aksi sulung Selasa lalu, jurulatih Ong Kim Swee hanya menurunkan barisan simpanan pada aksi kedua itu.
“Saya merehatkan lima pemain yang beraksi pada Selasa lalu iaitu Izham Tarmizi Roslan, Irfan Fazail, Syazwan Tajuddin, Syahrul Azwari Ibrahim dan Wan Zack Haikal.
“Dalam kesebelasan utama kali ini, saya meletakkan K. Sasikumar, Affize Faisal Mamat, Amer Saidin, Azrul Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Faizal Abu Bakar, Nazmi Faiz Mansor, Azrif Nasrulhaq Badrul, Izuan Solahuddin, Ferris Danial Mat Nasir dan Ahmad Hazwan Bakri.
“Enam pertukaran dibuat sepanjang babak kedua iaitu memasukkan Gary Steven Robbat, Shukor Jusoh, Fandi Othman, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu dan Zubir Azmi,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.
Pada perlawanan tersebut, Topvar Topolcany mendahului pada minit ke-21 menerusi Durcek Michal sebelum skuad Olimpik negara membalas hasil jaringan Ferris Danial pada minit ke-64 dan sepakan penalti Fandi (87).
Jelas Kim Swee, enam pemain baru iaitu Azrul, Syazwan, Nazmi, Azrif, Hazwan dan Izuan masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan skuad yang dianggotai majoriti pemain Harimau Muda A itu.
“Antara mereka ini, Hazwan telah menunjukkan kematangan serta mencuba beberapa kali ke arah penjaga gol lawan tetapi yang lain memerlukan sedikit lagi masa untuk menyesuaikan corak permainan.
Perlawanan ketiga bakal berlangsung malam esok dengan satu lagi kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas.
Sumber : KOSMO

Subscribe to:
Posts (Atom)