Wednesday, July 11, 2012

[Video] Mengamuk Akibat Layanan Buruk SEN-Q?

Banyak benar kesah orang mengamuk kita dengan semenjak dua menjak ni. Mengamuk sebab bodoh pun ada, mengamuk sebab dikatakan sewel pun ada, dan macam-macam jenis mengamuk lagi. Mengamuk biasanya berlaku bila sifat amarah dalam diri tidak boleh dibendung lagi dan manusia itu sendiri tidak dapat mengawal perasaan amarahnya sehingga ia melepaskannya seperti manusia yang sudah hilang akal.

Sikap hubungan antara manusia juga memainkan peranan penting. Sikap seseorang yang tidak menghormati antara satu sama lain, tidak memahami hati budi dan perasaan orang juga mampu mencetuskan perasaan ingin mengamuk bagi menunjukkan ketidakpuasan diri. Lain pula dalam kes mengamuk yang dikatakan berlaku di Sabah ini.

Dia dikatakan mengamuk kerana barangan elektrik atau elektronik yang dibelinya dari sebuag syarikat SEN-Q (tak payah cover dah sebab jelas lagi nyata) telah rosak dan pihak syarikat acuh tak acuh melayannya dan mungkin tidak mahu bertanggungjawab. Akibatnya, dia mengamuk di kedai SEN-Q ini secara live dirakam oleh seseorang yang dia turut sama ingin memalukan pihak syarikat.

Saksikan kejadian 'amuk' ini. Tapi cuba anda nilaikan, dia pun bijak jugak,barang2 mahal dia tak hentak sampai jahanam pulak,kahkahkah

[Video] Ahli Politik Berdebat Sampai Keluar Pistol!

Kesah ini memang berlaku di Jordan. 2 orang ahli politik sedang berdebat secara LIVE tiba-tiba masing-masing naik minyak sehingga sukar untuk moderator menenangkan mereka berdua. Per'debatan' sehingga ke tahap provokasi melampau akhirnya hampir berakhir dengan pertumpahan darah apabila salah seorang ahli parlimen tersebuat mengeluarkan pistol mengugut ahli parlimen seorang lagi. Jadikan hal ini sebagai pengajaran. Kita di Malaysia sedang hangat duk nak berdebat sekarang tapi adakah kualitinya seperti dikehendaki? Adakah berdebat sekadat ingin memprovokasi pihak lain? aayau sekadar melepaskan amarah dalam diri? atau sekadar menegakkan benang yang basah? Kita renung-renungkan kejadian ini.

Tuesday, July 10, 2012

[Video] Apakah Kisah Sebenar Kes Amukan Di JPM?

PUTRAJAYA - Seorang pengikut ajaran sesat yang menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahdi mati ditembak ketika menceroboh kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Presint 1 di sini semalam. Kejadian menggemparkan selama 20 minit yang bermula pukul 2.30 petang itu mengakibatkan Khalil Afandi Abd. Hamid, 47, mati setengah jam kemudian ketika dirawat di Hospital Putrajaya. Dia terkena dua das tembakan di tangan dan bahagian bawah perut.

Rakannya yang turut menceroboh premis itu, Muhdalina Ahmad, 28, cedera apabila terkena tembakan di paha. Ketika itu mereka membawa bersama senjata tajam seperti pedang samurai, keris dan tiga bilah pisau. Beberapa saksi memberitahu, Khalil Afandi yang pada mulanya memakai jaket berwarna hijau kemudian membukanya dan dalam keadaan tidak berbaju, dia menjerit mahu menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa kali. Ia merupakan kejadian pertama penceroboh ditembak mati sejak pusat pentadbiran negara berpindah dari ibu negara ke sini pada 1998 iaitu 14 tahun lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...