Monday, November 15, 2010

SUKAN ASIA BOLA SEPAK : Malaysia Hanya Ada 13 orang pemain sahaja! K.Rajagobal Kena Turun Main!

Layangan pedih ke hulu hati (Ehsan KOSMO)


Kita semua sedia maklum tentang perlawanan antara China dan Malaysia Sabtu lalu yang betul-betul memberikan kesan mendalam kepada semua peminat bola sepak tanahair. Kegagalan pengadil kelahiran Australia,Ben Williams menjalankan tangunggjawab denga profesional telah merosakkan harapan negara. Bagi aku,beliau juga telah merosakkan seni bola sepak itu sendiri kerana memberika 3 layangan kad merah dan 5 kad kuning kepada hanya pasukan Malaysia.

Bila didengari laporan ini,seolah-olah perlawanan ini bermandikan darah.Terbayang pergaduhan,terjahan yang amat keras ataupun rusuhan pemain yang betul-betul boleh menjejaskan perlawanan oleh pemain sendiri. Tetapi malangnya itu semua tidak berlaku. Perlawanan ini di anggap biasa sahaja. Sentuhan,takel dan body contact yang biasa dalam adat bola sepak dianggap cukup keras dan merbahayakan.

Aku percaya,pengadil ini mesti ada 'sesuatu' yang mengganggu fikiran dan benak hatinya. Dan yang lebih penting,pengadil ini yang juga menimbulkan kontroversi ketika Malayisa menentang UAE 2 tahun lepas tak silap aku. Mungkin dia terlalu anti dengan Malaysia? (aku tak tau anti tang mana,bola sepak Malaysia penah ganggu hidup dia ke?) bayangkan hanya ada 13 pemain,itu pun termasuk penjaga gol simpanan, so coach hanya ada pilihan 12 pemain sahaja ( 1 gantian lah jawabnya). Hanya nasib dan ketentuan sahaja yang memungkin Malaysia mampu lakukan sesuatu. Walau bagaimanapun,perjuangan harus diteruskan. Kepada coach negara,buat yang terbaik.Kepada pemain,perform yang terbaik,tunjukkan anada mampu setanding dengan pemain senior yang lain.




Tuesday, November 9, 2010

PEPATAH MELAYU UNTUK ZAID IBRAHIM : Keluar Mulut Harimau Masuk Mulut Buaya!


Ini 'harimau'

Ini beliau


Ini 'buaya'

Ulasannya,korang faham-faham sendiri lah. Pi cek kat kamus dewan maksud pepatah itu.
Sekian.




Monday, November 8, 2010

UPDATE! Sukan Asia ke-16 Guangzhou 2010 : Keputusan Bola Sepak Malaysia Vs Kyrgyzstan

Semua sedia maklum bahawa Malaysia diundi bersama -sama tuan rumah China,Jepun dan Kyrgystan dalam Kumpulan A.

Kumpulan A
1.China
2.Jepun
3.Kyrgyzstan
4.Malaysia

Keputusan perlawanan pertama Malaysia pada hari ini jam 4:00 petang tadi waktu Malaysia adalah seperti berikut :

Malaysia (2) VS Kyrgyzstan (1)

Jaringan Malaysia : Norshahrul Idlan Talaha 27' dan Suppiah 60'
Jaringan Kyrgyzstan : Sydykoz 37'



Permulaan yang baik untuk pasukan bola sepak Malaysia.Tahniah dari kami di Malaysia! teruskan keputusan yang lebih baik berdepan China dan Jepun selepas ini.






Adakah anda BOS atau PEMIMPIN?


Anda seorang ketua di tempat kerja anda? Tetapi adakah anda boss atau pemimpin? Tapi yang aku nampak kebanyakkannya memang ramai BOSS dari PEMIMPIN...hmmm

1.Seorang BOSS menciptakan rasa takut dalam diri anak buahnya
Seorang PEMIMPIN membangunkan kepercayaan

2. Seorang BOSS mengatakan “saya”.
Seorang PEMIMPIN mengatakan “kita”

3. Seorang BOSS tahu bagaimana pekerjaan mesti dilakukan.
Seorang PEMIMPIN tahu bagaimana suatu karier harus diperkembangkan

4. Seorang BOSS mengutamakan kepada kekuasaan.
Seorang PEMIMPIN mengutamakan kerjasama.

5. Seorang BOSS mengarah
Seorang PEMIMPIN memimpin

6. Seorang BOSS menyalahkan
Seorang PEMIMPIN menyelesaikan masalah dan memperbaiki kesalahan

7. Seorang BOSS menguasai 10% pekerja bermasalah.
Seorang PEMIMPIN menguasai 90% pekerja yang kooperatif.

8. Seorang BOSS menyebabkan menumbuhkan perasaan dendam.
Seorang PEMIMPIN memupuk keghairahan yang tumbuh para pekerja untuk mencapai sasaran.

9. Seorang BOSS menyebabkan pekerjaan menjemukan kepada pekerja
Seorang PEMIMPIN menyebabkan pekerjaan menyenangkan/menarik

10. Seorang BOSS melihat masalah sebagai musibah yang akan menghancurkan perniagaan
Seorang PEMIMPIN melihat masalah sebagai kesempatan yang dapat diatasi staff yang bersatu padu, dan berubah menjadi pertumbuhan.

11.SEORANG BOS BERKATA, “PERGI!”
SEORANG PEMIMPIN BERKATA, “JOM PERGI!”

Sumber : isuhangat.net



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...