Wednesday, March 27, 2013

[Gambar & Video] Rusdi Ramli Keliru Mahu Ikut Arahan Pengarah Atau Allah SWT

Kuala Lumpur: “Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dengan Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta.

Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora.Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.

“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Rusdi, 43, berkata, penggambaran filem genre romantik arahan Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar.

Artikel : Harian Metro

Monday, March 25, 2013

[Gambar & Video] Apabila David Beckham Jatuh Terlentang Di China

WUHAN, China - Bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham mengalami situasi memalukan apabila dia tergelincir dan terjatuh selepas melakukan satu aksi tendangan bola, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Bintang berusia 37 tahun itu jatuh di hadapan sekumpulan pemain bola sepak muda China semasa dia mengadakan lawatan di Kelab Bola Sepak Zall di wilayah Hubei kelmarin. Beckham muncul di padang dengan mengenakan sut mewah berwarna kelabu dan memakai kasut kulit ketika mengambil tendangan.

Pemain kelab Perancis, Paris Saint-Germain itu dilaporkan menunjukkan cara mengambil sepakan percuma yang sempurna. Bagaimanapun, dia gagal untuk mengimbangi diri lalu jatuh terlentang. Dia berada selama lima hari di negara tembok besar itu kerana memegang peranan sebagai duta sukan bola sepak China. - Agensi
Sumber : KOSMO

Monday, March 18, 2013

[Video] Filem Vikingdom Arahan Yusry KRU Studios Sedia Untuk Ditayangkan

Aku memang suka kerja2 yang dilakukan geng2 KRU ni. Sejak dari cerita CicakMan,aku dah nampak mereka ni akan memecahkan tradisi filem negara dengan teknik CGI dan kualiti berkelas dunia setanding filem2 Hollywood dan buktinya, mereka berjaya menghasilkan filem Hikayat Merong Mahawangsa yang bagi aku ada kualitinya sendiri. Walaupun sesetengah orang mengatakan kualitinya ada cacat celanya tetapi bagi aku, ia berbaloi dengan kos produksi yang jauh lebih murah dari apa yang dilakukan oleh Hollywood dan yang lagi penting, ia hasil kerja 100% anak tempatan.

Terbaru mereka ingin menerbitkan dan mengarah pula filem Hollywood yang meletakkan sasaran lebih tinggi untuk pasaran dunia setanding filem2 epik Hollywood yang lain iaitu VIKINGDOM. Pelakon2  yang diambil mempunyai kelasnya tersendiri dan sudah tentu mempunyai pasaran dunia. Aku tak sabar jugak nak tengok filem ni sebab nak tengok penceritaan dan kualiti kerja2 anak tempatan kita iaitu KRU Studios dan mereka telah mengeluarkan teaser pertama mereka sebelum trailer sebenar akan dikeluarkan sempena tayangan perdana yang dijangka pada Ogos 2013 ini.

Anda saksikan dan nilaikan dulu teaser VIKINGDOM ini. Ingat! letakkan dalam minda ini adalah arahan dan kerja tangan Yusry dan geng2 KRU Studios :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...