Alhamdulillah...Ramadhan datang lagi...Syukur juga kita kepadaNya kerana diberi umur dan peluang untuk menikmati dan merasai kenikmatan Ramadhan sekali lagi. Hari pertama kita lalui hari ini dan semalam, malam pertama Terawikh di jalankan. Terasa kekok pula di masjid sebab jarang ke masjid...hehehe...Ke masjid pun sebab solat Jumaat tapi itulah sebenarnya kenikmatan yang dicari. Mendidik kita supaya membiasakan diri dan mendekatkan diri kepadaNya.
Bila Ramadhan menjelma, terus terfikir betapa bertuahnya diri ini diberi lagi peluang olehNya. Terbayang dan teringat kepada mereka yang telah tiada. Tahun lepas, dia ada bersama-sama kita dan hari ini, tahun ini, dia sudah kembali kepadaNya. Tiada lagi Ramadhan baginya. Kita patut bersyukur dan gunakan peluang ini sebaiknya. Syaitan Laknatullah telah dirantai. Hanya nafsu sendiri menjadi penghalang yang patut di kalahkan. Jika gagal, kita telah umumnya menjadi sahabat yang baik kepada 'mereka'.
Hari ini ujian pertama akan menyusul. Bazar Ramadhan akan menjadi saksi nafsu makan manusia. Biasalah, hari pertama,macam2 nak telan. Kita tengok nanti. Petang ini terhidang pelbagai jenis masakan. Bagaimana kita akan melawannya? Perut semakin lapar. Nafsu membuak-buak. Kuih muih terhidang dengan rapinya. Fuhh..memang sedap. Sedar tak sedar kita balun macam-macam jenis kuih untuk dimakan dalam se'maghrib'. Sedar tak sedar RM10 melayang untuk kuih muih sahaja. Nafsu akhirnya menang juga. Malamnya, se'eh nak ke masjid pulak.Adus...ruginya...
Bagi aku juga, hari ini titik tolaknya untuk mengetahui harga semasa kuih muih di Malaysia ini. Adakah ia masih kekal atau sebaliknya? Adalah sekarang RM1 dapat hanya 2 biji kuih sedangkan sebelum ini dapat 4? Kenapa pulak camtu? Sebab dalam setahun ini sahaja, macam-macam sudah naik. Elektrik sudah naik, minyak RON sudah naik, barangan asas macam gula, tepung sudah naik maka tiada alasan harga tidak naik. Apa? Ko ingat boleh hidup? Begitulah gamoknya pekedai kita merungut.
Fuhh...tak sabar pulok rasanya nak ke bazar petang ini. Nak tau sendiri harga sudah naik atau tidak.Kalau tak naik, kuihnye makin kecut atau makin kosong tanpa inti.Hari ini akan terjawab.Pastu pandai2lah nilai sendiri.Nak beli atau tidak. Silap2 masak kat rumah jauh lebih jimat dan sedap. Ingat, ada yang lebih menderita dari kita seperti di Somalia. Seksa tengok anak2 kecil tak cukup makan tapi kita mewah dengan makan. Semoga Ramadhan ini memberi sinar keinsafan kepada mereka dan kita sendiri. Amin.
2 comments:
btul tu...hrp2 masa nak ke bazar nnti tak rmbg mata...
huhu...harap2 begitulah..klu rambang jugak...layan dgn penuh keimanan,heheh
Post a Comment